Mukkadimah
“Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan." (Muttafaq Alaihi)
“Dapat diperkirakan bahwa kamu akan diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap isi mangkuk (makanan). Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Tidak, bahkan saat itu jumlah kalian banyak sekali tetapi seperti buih air bah (tidak berguna) dan kalian ditimpa penyakit wahan." Mereka bertanya lagi, "Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati." (HR. Abu Dawud)
Penggunaan nama MCD selaku jenama makanan segera yang berasal dari syarikat makanan segera milik pemodal Yahudi US memerlukan mana-mana syarikat franchais (tak kira ditubuhkan atas entiti apa pun sekalipun 100% sahamnya dimiliki oleh orang Islam)memerlukan pembayar yuran atas penggunaan nama/jenama yang bukan sedikit, tetapi hampir berjuta ringgit setiap tahun. maka wang inilah yang disalurkan oleh tauke-tauke yahudi sebagai CSR kepada negara haram Israel. jika masih belum jelas hal ini, sila rujuk apa yang dinamakan Franchais itu sendiri dan bagaimanakah ianya berfungsi dan bagaimanakah ianya mendatangkan keuntungan kepada pemilik asal jenama berkenaan.
jesteru itu, samaada McD atau KFC atau yang sekutu dengannya DICABAR untuk membuat satu kutipan yang konsisten selama setahun untuk tabung Palestine. adakah mereka mampu melakukanya atau ianya terhalang oleh kerana dasar-dasar syarikat yahudi US yang memiliki jenama McD atau KFC itu sendiri. Selama ini mereka hanya mampu membuat kutipan ke atas badan-badan kebajikan yang ada antaranya sedia dikenali sebagai penggerak kepada kerja-kerja penyebaran dakyah akidah yang bertentangan dengan Islam.
Anda sendiri perlu menyelidiki siapakah yang disebalik Kelab Rotary, Kelab Lion dan sejenis dengannya. Mengapakah kedua-dua syarikat makanan ringan ini lebih sudi memberi sumbangan kepada dua badan yang kononnya badan kebajikan ini berbanding sumbangan kepada rakyat palestine. Pernahkah kedua-dua syarikat ini menaikkan poster besar-besaran atau iklan selama 1 minit untuk turut sama menggalakkan orang ramai menderma kepada tabung palestine.
Pernahkah kedua-dua syarikat ini menyatakan bahawa setiap 10sen pembelian makanan ringan di syarikat mereka akan didermakan untuk rakyat palestine yang saban hari disembelih oleh yahudi laknatullah, sepertimana penyembelih ayam menyembelih ayam KFC atau penyembelih lembu yang menyembelih lembu untuk menyediakan daging burger McD??
isu disini, walau apapun dakwaan syarikat yang menjalankan perniagaan kedua-dua franchais makanan ringan ini di malaysia, mereka tetapi perlu membayar sejumlah wang kepada syarikat milik Yahudi di US atas dasar mereka MENGGUNAKAN JENAMA TERSEBUT dalam perniagaan. adalah menjadi HAK SECARA PERUNDANGAN mana-mana syarikat yang memiliki jenama menerima habuan/bayaran yuran sekiranya terdapat mana-mana syarikat yang lain berhasrat menggunakan jenama mereka untuk menjalankan perniagaan. itu dasar kapitalis yang diimani sebahagian besar umat Islam tidak kira di dunia arab mahupun di bumi malaysia tercinta ini. Jika besar keuntungan diperolehi, maka besarlah juga jumlah wang perlu dibayar kepada pemilik jenama asal.
Hatta cara urusniaga yang dilaksanakan kebanyakan syarikat makanan ringan yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemilikan yahudi juga adalah jauh menyimpang dari tatacara urusniaga makanan yang sedia dimasak dalam Islam. Sebagai contoh, dalam urusniaga makanan yang sedia dimasak, islam menggariskan bahawa harga makanan haruslah dibayar setelah pelanggan berpuas hati dengan makanan yang telah dimakannya dan BUKANNYA pembayaran dilakukan sebelum pelanggan menikmati makanan tersebut. Urus niaga dalam Islam adalah menitibberatkan konsep keadilan dan pembeli perlulah berpuashati dengan apa yang dibeli barulah tranksaksi boleh dilaksanakan.
tidak timbul mengatakan sebahagian besar pekerja bagi kedua-dua rangkaian makanan ringan ini terdiri dari orang Islam sendiri dan alasannya ianya juga membantu ekonomi umat islam. masalahnya, sekiranya tiada umat islam yang bekerja di KFC ataupun McD, masih ada peluang pekerjaan lain yang mampu dijalankan dan tidak pulak kita dengar ada umat Islam yang tidak dapat bekerja di McD dan KFC mati kelaparan mahupun mati kena bom, tetapi kita saban hari mendengar bahawa Yahudi laknatullah sering mengebom dan membunuh umat Islam dengan menggunakan senjata canggih mereka di mana sebahagian kitalah yang menyumbang kepada ekonomi persenjataan Yahudi Israel zionis laknatullah itu.
kepada yang memberi alasan bahawasanya umat islam juga mencari rezeki di McD atau KFC ingat maksud hadis ini:
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan." (Muttafaq Alaihi)
bagi yang masih beralasan untuk tidak memboikot syarikat proksi yahudi ini turut sama diingatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
Dari Jarir Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Aku terlepas (tanggung jawab) dari setiap orang muslim yang tinggal di antara kaum musyrikin.(Riwayat Bukhari).
Jika Rasulullah s.a.w. sendiri sudah memberikan amaran bahawa baginda tidak bertanggungjawab atas umat islam yang beralasan untuk tinggal bersama musyrikin, dikiaskan sudah tentu umat Islam yang mengatakan tidak perlu boikot dan beralasan mereka mencari rezeki dalam perniagaan syarikat proksi yahudi ini juga tidak diperakui selaku umat baginda. itu kias yang dapat kita simpulkan.
memboikot rangkaian syarikat yang menyumbang kepada negara haram Israel merupakan satu jihad bagi umat islam dalam membela saudara seagama mereka yang dizalimi di bumi para ambiya.
Dari Anas bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu." Riwayat Ahmad dan Nasa'i. Hadits shahih menurut Hakim.
Penutup
“Dapat diperkirakan bahwa kamu akan diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap isi mangkuk (makanan). Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Tidak, bahkan saat itu jumlah kalian banyak sekali tetapi seperti buih air bah (tidak berguna) dan kalian ditimpa penyakit wahan." Mereka bertanya lagi, "Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati." (HR. Abu Dawud)
Wallahualam.
Source: Mister Y.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment