سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Thursday, November 13, 2008

++ DOA NABI YUNUS.. mmg AJAIB

assalamualaikum,

doa Pictures, Images and Photos

khasiat ayat ni kalau diamalkan segala kesulitan dpt diselesaikan dgn mudah sgt.. saya mmg rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari
terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa penyakit sekalipun, bgtau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi mmg betul.

disebabkan saya tak tau byk ayat yg power, saya hanya hafal ayat ini sahaja.alhamdulillah..memang power ayat ni.sgt2 miracle. Assalamualaikum wbt ........ Kalau berita 'lain' mudah hantar, harap yang di bawah ni pun boleh hantar kepada member-member

JGN DELETE walaupun sebelum ni dah pernah terima e mail macam ni dan juga dah pernah fwd pada kengkawan. Kerja baik buat selalu pun tak per.. Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)

Sebarkan, insyaallah Allah akan memecahkan segala kesulitan dan kebuntuan mu!
Salam.

++ Mengapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam

Encik Faris sedang mengajar Pengajian Malaysia dalam kelas DIT S4 L01, beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing2 tentang tajuk “Mengapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam

Mira: Pada pendapat saya remaja yg sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yg tidak berkemampuan menyewa hotel.

King: Saya tidak bersetuju, kerana ada dikalangan mereka yg berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Aziah: Mengikut firasat tok guru saya, mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel @ tempat yg lebih sesuai & yg paling penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.

Fian: Saya tidak setuju Encik Faris, bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Aziah: Kenapa pulak? Bukankah mereka yg sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama @ tidak tahu menghayatinya.

Encik Faris: (bertanya kepada Fian ) kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat Aziah tadi?

Fian: Sebenarnya mereka sangat arif tentang agama. Sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas & jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yg mereka lakukan.

Encik Faris: (dalam hati) rosak student aku sorang nie!!!

++ Pukul 4 pagi yang sunyi...

Photobucket

(Kalo rajin bacelah kalo x, xyah bace sebab xde ape2 yang penting)..
kalo nak baca gak..Silekan ;p..
.



Salam..

ah sudah.. sekarang ni dah pukul 4 pagi.. mate x boleh nak tutup.. minggu ni pulak minggu 'holiday' jadi berehat sakan le sekarang ni.. ooh ye..patut r, tadi dah tido..huhu..mule2 ingatkan nak tengok tv..last2 tv yang tgk ana balik..
emak,yah, muhd masing2 da lene dibuai mimpi.. erm baguslah. adolah sikit idea nak pok pek dalam ni. Kebuhsanan.. selalunye time ni ade la jugak hamba Allah yang dok melayan.. tapi sekarang x dah. pasai dia dah mule sibuk dengan hal2 dia.. xpelah.
nak available to everyone rase malas pulak nak layan.. karang ade je yang tego.. bile x tego karang kate sombong..baik sonyap je la..

sambil2 online ni, rase mcm nak makan lakse penang mak masak tadi.. Perghh! sedap siot.. Alhamdulillah.. terus terangle katekan..mak ana ni memang pandai masak.. bukan nak cakap besar..tapi hakikat nya.. hehe yang ana ni je yang kene belajar dr mak..kalau x camne nak menuju ke alam perkhawinan kan.. huhu. :P

erm entahle..nampaknye puas sakan le ana dok umah ni..dari tahun lepas bulan 8 sampai la ni.. ish ish.. nampknye menganggur sementara le.. huhu .. tapi xpe, InsyaAllah dengar2 borang UPU kuar bulan 1 ni.. erm..harap2 dapat le tempat nanti.. Kamu semua Doakan ye!

sekarang ni, sambil2 online kat ym, nasib bek oneesan ade.. so adelah teman nak berborak..
tapi x lame pun.. dia da nak masuk tdo.. ala hai tgl le sorang2 lagi.. huhu..

oklah sebelum ana melalut lobeh2 baik ana stop dulu.. so InsyaAllah jika dipanjangkan umur kite berjumpe lagi... Ilalli'qa..



Photobucket

++ KISAH LIMA PERKARA ANEH



Kisah Sabahat Nabi Pictures, Images and PhotosAbu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.
"
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.
Nabi itu kebingungan sambil berkata,
"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.
"
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.
"
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.
"
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T.
bahwa,

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.
"
Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.
Fikirkanlah...


++ 3 Cahaya~

cahaya Pictures, Images and Photos

> > Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

> > * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
> > * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
> > * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

> > Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

> > 'Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
> > Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
> > Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.'

> > Kala Jengking Neraka: Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.

> > Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
> > Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
> > Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
> > Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
> > Kelima, orang yang suka minum arak.'

> > Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya'Allah

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam