سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, June 3, 2008

++10 AMALAN YANG TERBALIK

Artikel ini dah lama, tetapi tetap segar.


Memperingati diri sendiriMarilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.
Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas...

Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

++Iman sihat otak cerdas

LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1) Tidak boleh sama sekali bersetubuh ketika berada didalam terlalu kenyang atau terlalu lapar. 2) Mandi setelah makan.
3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5) Berjaga malam selain dari qiamullail. 6) Memakan daging yan g tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yan g sedap.
3) Banyak man di yang bukan dari man di kerana bersetubuh. 4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis .

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak
3) Makan banyak.
4) Banyak bersetubuh.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1) Banyak bersetubuh.
2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minumlah madu lebah asli yan g dibubuhkan ke dalam air sejuk (air masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minu man ,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minu man itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi / sudah selamat digunakan.
Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Melancap.
3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4) Meminum minu man atau memakan makanan yang bercampur semut. 5) Tidak membaca Al-Quran.
6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7) Mengumpat dan mengata.
8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

++Tanda lelaki suami orang ..

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. <<>>

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita. <<>>

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

++Masih di JOHOR..MAAF xdapat selalu on9

SALAM alaik..

Alhamdulillah... aku kembali online setelah sekian lame menyepi..huhu...
still di jb...dan seperti biasa agak susah untuk aku online..bila time kat umah makcik je aku boleh reply comment2 & msg2 u all semua..agak membosankan...huhu..

anyway, nuthing much happend here lately...cume last 2 days agak bz menjahit skirt aku ...erm...bagi nampak baru sket...hehehe jahit rende2 n butang2 kat situ..bagi meriah sket.. :P..

pastu, jage si kecik tu..erm..baby fatimah..yang x habis2 meragam..huhu..mintak di dukung jer...nasib bek x lama..so what else..jalan2 kat jb..dengan my niece, Haziqah gi city square..tngk cite "Apa Kata Hati" lakonan Raja Farah & Farid Kamil....overall cite tu ok...but hmm biase la...banyak ciri2 kebaratan yang diorang tonjolkan..apa2 pun, amik pengajaran dari situ..

erm...x lama lg aku akan pulang semula ke kl...insyaAllah 23 ni kot..erm..tiket bus x beli lagi..hehehe.. oklah rasenye x banyak yang aku nak cite kat sini...cume x sabar nak balik semula ke kl...last few days, mak aku ada call...dia kata adik aku..Muhammad dah gunting rambut...agaknye camne la muke dia eyh...dulu, time rambut panjang, orang kate dia cam girl la..emak orang la..hahaha..kelakar nye..xpe2..ni da potong ni..nampak cam laki balik la tu..biasela..bile sekolah international je leh bela rambut panjang...so time tu la dia gunekan peluang sehabis2nye bela rambut..ni dah masuk balik skolah kebangsaan kenelah potong..kalau tak..mau kene marah dengan guru disiplin nanti..hehehe

so, syukran jazilan coz sudi meluangkan masa membaca aktiviti aku sepanjang aku di Johor..maaf kerana tak dapat online selalu..

Wasalam..

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam