سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, January 22, 2010

++ [NASYEED] Always Be There - MAHER ZAIN

Always Be There
www.iluvislam.com
Artis : Maher Zain
Editor : Im Koyube
http://www.facebook.com/MaherZain

Jika anda menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup dan pernah menyimpang dari kehidupan yang sepatutnya, lagu di bawah adalah lagu yang mampu menenangkan hati anda. Hayatilah liriknya.
Allahu Akbar…

If you ask me about love

And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Download dan install lyrics plugins winamp atau XMMS
untuk me-load lirik diatas secara otomatis
Dapatkan lirik -lirik nasyid di http://liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak

TUMI di Seri Kembangan, Serdang semalam

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

**Susungguhnya SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU**

Semoga menjadi tauladan pada diri ana dan kita semua..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Tuesday, January 19, 2010

++ ALFARABIBAND BAKAL BERJUANG DI TANAH BERLIN PADA 28.Feb ini !!

Bismillah..Assalamualaikum..


Introduction / Pengenalan

Muzik adalah sesuatu yang universal dan menjadi kemestian bagi semua manusia. Tidak kira ianya muzik rock, r&b, hiphop, rap, jazz, latin, nasyid dan sebagainya,ia menjadi keperluan manusia sehari-harian. Muzik menggambarkan perasaan dan luahan hati manusia.Dan muzik jugalah yang mempengaruhi dan mencorak kehidupan manusia. Tidak kurang juga boleh dikatakan muzik menjadi penghubung antara manusia yang jauh jaraknya. Atas landasan ini, Alfarabiband terpanggil untuk berdepan dengan masyarakat menggunakan medium muzik. Dengan berbekalkan muzik instrumental, genre funky rock dan respon dari peminat, Alfarabiband bergerak selangkah kehadapan lagi dengan menganjurkan konsert Alfarabiband di Berlin, ibukota salah seorang peminat Alfarabiband.


„THE GREAT LOVE CONCERT“ Abend der erhabenen Liebe Konzert 2010

Type:
Network:
Global
Date:
Sunday, February 28, 2010
Time:
2:30pm - 7:00pm
Location:
UNIVERSAL HALL, Gotzkowskystraße 22, 10555 Berlin, Deutschland

14:30 Uhr : Publikumseinlass
15:00 Uhr : Eröffnung der Veranstaltung durch

3 Moderatorinnen(deutsch, indonesisch, malaysisch)

Programmteil aus Indonesien
• indonesische Studentenrockband W.T.E.F.
• Gruppe Wedang Jahe (Gamelan kontemporär)
• Kleine Fashionshow (Busana Muslim)
• Theater des PMI (pengajian permuda mencari iman)
• Tari Saman Aceh (traditioneller Tanz aus Aceh Nordsumatra)

PAUSE
Angebote von Speisen, Getränk, Souveniere und Informationsmaterialien aus Indonesien und Malaysia.
Programmteil aus Malaysia
The Great Love Concert with AlFarabiBand
Berlin Germany 09

Alle Spenden und Einnahmen aus den Verkäufen des Abends gehen an das
IWKZ zu gunsten des Projekts
„ Ein Haus im Paradies“
( Al-Falah Rumahku di Surga )


p/s Jadi kepada sesiapa sahaja yang berminat tuk mengenali SOLID ROCK BAND ini, silalah layari laman web mereka di =>

*FACEBOOK*MYSPACE*YOUTUBE SEARCH = Alfarabiband
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ 5 SYARAT nak buat maksiat!!Jom2 tgk syarat2 tuh!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”



“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Allahu a’lam bisshawab.
-----------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Ciri-Ciri yang perlu ada.



Ana rasa bagi seseorang penasyid, ciri-ciri paling tepat yang perlu ada padanya ialah ciri-ciri yang ada pada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sebab Allahyarham adalah antara insan yang paling tepat menggambarkan imej nasyid dan apa yang sepatutnya seorang penasyid ada, antara sifat beliau yang patut penasyid ikut ialah:

1. 'Alim (sehingga beliau bergelar ustaz dan sering menjadi sumber rujukan) - Mempunyai pengetahuan agama yang luas, memang sepatutnya seorang pendakwah mempunyai pengetahuan agama yang lengkap.

2. Thiqah - Beliau sentiasa menjaga cara penampilan, cara bercakap, cara berinteraksi sehingga tampak jelas kewibawaan beliau sebagai seorang pendakwah dan contoh ikutan.

3. Tawaddhu' - Allahyarham adalah seorang yang sangat tawaddhu' dan merendah diri, sehingga kekadang apabila berinteraksi dengan beliau dek kerana rendah dirinya, kita terlupa bahawa pengalaman berpuluh tahunnya dalam bidang nasyid sepatutnya sudah menjadikan beliau seorang yang sepatutnya sangat disegani, atau dengan kata lainnya seorang Otai atau Sifu...

4. Ramah dan sentiasa senyum - Beliau sangat mudah mesra dan sentiasa tersenyum. Keramahan beliau membuatkan beliau mudah didekati khususnya golongan artis biasa yang cenderung untuk mendekati dakwah nasyid, beliau disegani dan dihormati tapi mudah didekati. Ciri-ciri tepat seorang pendakwah...

5. Pengetahuan ilmu Al-Quran yang baik - Beliau membaca Al-Quran dengan baik dari segi hukum tajwid dan makhrajnya, beliau juga mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang tarannum, marhaban, berzanji dan seumpamanya... Ciri yang sepatutnya wajib ada bagi setiap penasyid, kerana ilmu Al-Quran dan Tarannum adalah rujukan untuk mengalunkan nasyid...

6. Ikhlas - Walaupun kita tidak mengetahui isi hati beliau, tapi keikhlasannya terpancar dari perlakuan beliau dan cara penyampaian nasyid beliau, serta cara dealing show beliau, cara beliau mentadbir Rabbani dan banyak lagi..

Banyak lagi ciri-ciri baik yang kita boleh ambil contoh dari Allahyarham... Semoga diri ana sendiri dan penasyid-penasyid baru dan lama dapat menerapkan ciri-ciri yang beliau ada... Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para syuhada' dan solihin dan pemergian beliau dinilai sebagai syahid di jalan dakwah... amiinnn...

(sourse: Sis Rina *Alfarabiband*)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ JIWA!!

jiwa.
jgn putus asa.

jiwa.
jgn berhenti berharap.

jiwa.
jgn lupe matlamat.

jiwa.
usah dilayan kecelaruan yg ada.

jiwa.
jgn dibiarkn mati dek hal dunia.

jiwa.
bawa dekat pd-Nya!




----------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Jangan BIAR rasa ITU pudar..



Bismillah

Assalamualaikum..

manusia...
yang sering alpa..
terkadang lupa untuk menghitung diri...
tak henti2 menyibukkan diri dengan hal duniawi...
tak henti2 berbicara tentang ummah di sana sini..
gelagat si pulan dan si pulan..
hingga lupa diri...
lupa diri yang akan dihisab kelak nanti...

manusia...
yang sering lalai...
terkadang merasa diri sudah berada di zon selesa...
sudah merasa cukup dengan segala2nya...
sudah merasa diri di sisi Ilahi...
sedangkan belum tentu amalan diterima...
itu semua perasaan sendiri...
hasil hasutan dan bangga diri...

manusia...
merasa perkara terbesar dalam hidup...
tak lebih daripada berjaya di mata insani...
sedangkan taqwa itu lebih diutama...
sedangkan almulk menyebut 'ayyukum ahsanu amala'
sehingga kan hak2 pada tuhannya boleh dilupakan...
hak2 saudaranya boleh diabaikan...
hak2 jiwa hati dan nuraninya boleh disingkirkan....

manusia...
tak lekang dek sikap penting diri...
bahagia dengan rasa hidup selesa, aman dan sentosa...
hingga boleh melihat penderitaan saudara seaqidah sebelah mata...
hingga merasa cukup dengan insan2 tercinta selamat di sisi...
peduli apa dengan mereka di sana sini dihujani peluru..
perlu apa peduli dengan mereka yang berjuang dengan air mata darah saban hari...
seakan itu masalah nafsi2...

manusia...
ego mengaku diri manja...
dihidangkan hujah2 berapi sebagai bukti itu salah baginya...
walhal sibuk memberi alasan bila ditanya...
walhal sendiri tak sanggup berkorban bila dipinta...
menyembunyi rasa itu agar tersimpul erat...
meski membarah dan bernanah dalam diri...
dibiar busuk memakan diri...

bukankah sudah tahu tubuh dan nyawa itu pinjaman?
bukankah sudah tahu yang beriman itu akan merasakan kesakitan saudaranya?
ke mana sensitiviti iman?
ke mana pergi hasil didkan amalan?
ke mana bukti atau sekadar pandai berkata2?

manusia...
memerlukan turning point dalam diri.
memerlukan kesedaran yang sentiasa dibajai.
memerlukan sokongan sekeliling untuk terus teguh.
memerlukan jati dalam diri agar terus teguh.
memerlukan tarbiyah Ilahi agar jiwanya terus basah mengingati Ilahi.

Andai esok tiada lagi, ke mana akan kupergi?




p/s: pesan buat diri yang sering alpa. tolong jangan biar rasa ini pudar. tolong sedar, tanpa amalan manusia tidak ke mana-mana. tolong sedar hamba yang angkuh pada tuannya tak ubah seperti iblis yang keluar dari syurga. tolong didik diri, pupuk iman dan ajak org lain. Buat yang membaca entri ini saudara-mara, kawan2 seantero dunia... jom sama2 kita buka pintu hati kita. hati bila diketuk cahaya jangan ditutup pintunya, bimbang sekali ketuk ia pergi dan takkan kembali... saya lemah, saya ada banyak kekurangan... saya tak mungkin sempurna, sila bantu saya!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Monday, January 18, 2010

++ Sahabat yang terbaik bukanlah sekadar mengikut keinginan



assalamua'laikum..
sahabat yang terbaik bukanlah sekadar mengikut keinginan
dan kemahuan hati kita sebaliknya sahabat yang terbaik adalah sentiasa menasihati apabila kita melakukan kesalahan,menjadi penghibur apabila kita sedih,menjadi pendorong apabila kita gagal,membantu apabila kita berada dalam kesulitan,sentiasa mengingati kita bila kita terlalu gembira dan yang paling penting sentiasa mendorong kita ke arah maa'ruf (kebaikkan) dan mencegah kita dari melakukan kemungkaran..Itulah sahabat sejati dunia akhirat..
moga persahabatan kita sehingga ke Jannah..
InsyaAllah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Allah ist meine größte Liebe



Oh Allah Du bist mein Gott
Es gibt keinen Gott außer dir
Du bist mein größte Liebe
Prophet Mohammed ist dein Gesandter

Oh Allah, Du bist die Quelle der Glücklichkeit.
und Du bist der beste Retter Oh Allah,
Du bist die Quelle der Sicherheit.
Oh Allah, Du bist alles.

Oh Allah, Du bist mein bester Beschützer Und Du bist die Quelle meines Bedarfs.
Wenn ich krank bin, heilst Du mich.
Habe ich Hunger, gibst Du mir Essen.

Oh Allah, Du bist meine größte Liebe.
Gib mir bitte auch Deine Liebe.
Oh Allah, Du bist meine größte Liebe.
Bitte lehne meine Liebe nicht ab.

Bitte laß mich nicht ohne Deine Führung gehen.
FÜhre mich den richtigen Weg.
Oh Allah, Du bist meine einzige Hoffnung.
Bitte lasse mich nicht allein.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Buah Hati Nabi Junjungan

Orangnya tampan, matanya hitam, rambutnya ikal. Perwatakannya yang menarik itu memang tidak dapat disembunyikan kerana sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpikat. Tetapi yang paling mengagumkan orang ialah kebijaksanaan dan ketajaman fikirannya.
Muaz bin Jabal itulah namanya, seorg pemuda Yathrib yg memeluk Islam di tangan Mus’ab bin Umair.Ketika di Madinah, Muaz seboleh mungkin cuba untuk berada di sisi
Rasulullah s.a.w dan teman-teman sebaya untuk mengkaji Al-Quran dan undang-undang Islam hingga mahir.Kerana bijak dan tajamnya fikiran Muaz, ke mana sahaja dia pergi, orang akan datang merujuknya utk menyelesaikan masalah. Ini bukanlah pelik,memandangkan Muaz sendiri dididik oleh Rasulullah dan mempelajari ilmu sebanyak mungkin daripada baginda, ditambah pula dengan fikirannya yang tajam.
Muaz dikatakan murid yang paling baik kerana dididik oleh guru yang paling baik iaitu Rasulullah.Ilmu Muaz dihormati dan diiktiraf. Pengiktirafan terbaik yang diperolehinya ialah pengiktirafan daripada Rasulullah sendiri apabila baginda berkata,“Umatku yang paling luas pengetahuannya dalam perkara halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.”
Rasulullah telah melantik Muaz menjadi amir dengan iringan beberapa orang Sahabat untuk memantapkan Islam di Yaman.Lalu Rasullullah pun bertanya kepada Muaz,”Apakah panduan engkau untuk memutuskan segala penghakiman dan keadilan?” “Berpandukan Kitab Allah,” jawab Muaz.“Dan jika engkau masih tak dapat menemui jawapan di dalamnya?” “Aku akan berpandukan sunnah Rasulullah.” “Dan jika engkau masih tidak dapat menemuinya dalam sunnahku?” “Maka aku akan menggunakan segala kebijaksanaan dan pengetahuanku (ijtihad)untuk membuat keputusanku sendiri.”

Rasulullah berpuas hati dan gembira dengan jawapaan itu dan berkata,”Segala puji bagi Allah yang telah memberi panduan kepada utusan Nabi dan menyenangkan hati Nabi.”

Rasulullah s.a.w. berjalan beriringan dengan Muaz dan berkata, “Wahai Muaz,mungkin engkau tidak akan bertemu dengan aku lagi. Mungkin apabila engkau pulang nanti, engkau hanya akan dapat melihat masjid dan kuburku.”
Mendengar kata-kata itu, Muaz pun menangis. Sahabat-sahabat yang lain turut ada bersama mereka juga menangis.Rasa pilu dan sepi amat dirasainya tatkala tiba saat berpisah dengan Rasulullah s.a.w. yang tercinta itu.Kata-kata Rasulullah itu ternyata benar berlaku. Muaz tidak dapat bertemu Rasulullah lagi selepas itu. Rasulullah wafat sebelum Muaz sempat pulang dari Yaman. Muaz begitu sedih kerana apabila pulang ke Madinah, dia mendapati Rasulullah tiada lagi utk menemaninya.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a., Muaz dihantar ke Bani Kilab untuk membahagikan gaji dan sedekah daripada orang kaya kepada fakir miskin. Setelah selesai tugasnya itu, Muaz kembali kepada isterinya dgn hanya membawa pulang sehelai selimut yang menutupi lehernya, tidak ada sebarang harta yang tinggal.
Lalu isterinya bertanya,”Di manakah hadiah yang sepatutnya Dibawa pulang untuk keluarga nya oleh wakil-wakil yang berkhidmat dengan Khalifah?”“Aku ada Pemerhati yang mengawasi gerak-geriku,” jawab Muaz.
“Bukankah engkau seorang yang dipercayai Rasullullah dan Abu Bakar? Tidak patut Umar menghantar pemerhati untuk mengawasi engkau,” tambah isterinya.Hal itu sampai ke pengetahuan Umar, lalu Umar memanggil Muaz.
“Adakah aku menghantar seorang pemerhati untuk mengawasi gerak-gerimu?” “Tidak Amirul Mukminin,” kata Muaz.
“Tetapi itu hanyalah alasan yang dapat aku cari untuk isteriku.” Muaz menerangkan bahawa Pemerhati yang dimaksudkannya adalah Allah s.w.t. Umar ketawa lalu memberikan Muaz hadiah,”Aku harap dapat pemberian ini menggembirakan hatimu.”

Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar juga , Muaz bersama dua Sahabat yanglain iaitu Ubadah bin as-Samit dan Abu ad-Darda’ dihantar ke Syria untuk mengajar ilmu Islam kepada saudara-saudara baru di sana. Ubadah ditinggalkan di Homs, Abu ad-Darda’di Damascus dan Muaz sendiri di Palestin.
Di Palestin, Muaz jatuh sakit kerana dijangkiti penyakit. Sewaktu hampir menemui ajalnya, Muaz menghadap kiblat dan mengulangi kata-kata ini,”Selamat datang ajal, selamat datang. Setelah sekian lama, seorang pengunjung datang…”
Muaz berkata, “Wahai Tuhan, Engkau tahu aku tidak inginkan dunia dan aku tidak mahu dipanjangkan hayatku untuk tinggal di dunia…Wahai Tuhan,ambillah rohku dengan kebaikan sebagaiman Engkau menerima roh orang yang beriman…”Lalu Muaz bin Jabal yang sepanjang hayatnya telah mengabdikan diri untuk berkhidmnat di jalan Allah itu, menghembuskan nafas terakhirnya jauh dari keluarga dan kaumnya. -------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Subject: Islamic Phrases: Make our deeds Effective and Meaningful

Subject: Islamic Phrases: Make our deeds Effective and Meaningful

Please try to always say these beautiful phrases as much as you can:


1. Greet with: Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

and reply with: Walaikum Assalam Warahmatullahi Wabarakatuhu

2. Before starting any word say: Bismillahi Rahmanir Rahim

3. When intending to do something: Inshallah

4. For praising: Subhanallah

5. When expressing appreciation: Mashallah

6. For thinking: Zazakallah Khayer

7. When participating in prayer: Ameen

8. When awakening from sleep: La-Ilaha-Illallah

9. When any sad news is received: Inna-Lillahi Wa-Inna Ilahi Raji-un


And please share your wisdom to with fellows... -------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Maaf / Afwan buat Sahabah dan Sahabiah semua..



Salam semua..
Jutaan kemaafanku hulurkan kerana hampir berbulan2 ana x dapat meng'update' blog ana ni...(rasa mcm dah kekok pulak..hehe) Maklumlah sibuk dengan belajar dan komitmen lain sebagai seorang pelajar dan hambaNYA (juga line internet yang tidak menentu)..
Apa2 pun syukran jazilan diucapkn kepada Sahabat dan sahabiah semua kerana masih sudi menyingah dan meluangkan masa antum tuk mencapai dan menimba serba sedikit ilmu yg dapat dikongsi didalam blog ana ni...
Alhamdulillah semua sudah selesai dn InsyaALLAH akan ana cuba tuk meng'update' blog ana ni, dgn perkongsian ilmu2 dunia mahupun akhirat kpd semua.. Semoga bermanfaat dan terima kasih sekali lagi....

Jazakallahu Khairan.. (^_^)

Wasalam,
Ukhti Najibah




-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam