سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, November 18, 2008

++ Tulisan jawi di semua papan tanda di Kelantan

TESCO KB

KOTA BHARU 17 Nov. - Kerajaan negeri akan menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi mengikut saiz yang ditetapkan dengan ejaan yang betul di semua papan tanda mulai tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan salah satu langkah memperkasakan tulisan itu melalui peranan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Buat permulaan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) diminta berbincang dengan syarikat-syarikat pengiklanan untuk menetapkan saiz yang sesuai dan setiap yang dihasilkan, mesti dirujuk kepada MPKB-BRI sebelum mengesahkan ia dibenarkan atau sebaliknya.

IklanBertudung

"Tulisan di papan tanda baru tidak harus dibuat dengan saiz yang begitu kecil, ejaan yang salah, malah terlindung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Tulisan Jawi yang diadakan di sini hari ini.

Bengkel sehari itu dianjurkan oleh MPKB dengan kerjasama Perpustakaan Malaysia, serta Dewan Bahasa dan Pustaka.


ARKIB Utusan Malaysia : 18/11/2008

jawi


++ Siapa nampak Tuhan?

Photobucket
Ader seorg guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nk brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhanthinkerummmmmmmm.Die pun mdpt satu akal...Wink

Guru tadika : Ank2,nampak tak pen ni.
Ank2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kn.
Ank2 : Ader cikgu.

kemudia guru tadika td memasukkn pen tu dalam poket die,kemudian bertanya lg..
talking
Guru tadika : Ank2,nampak tak pen?
Ank2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Ank2 : takder cikgu.

Guru tadika: Ank2 nmpk tuhan tak?
Ank2 : tak nmpk cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Ank2 : takder cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nk brain wash otak bdk2 tu berjayayes .Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun mengangkat tgn...i know

Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.

Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader kn?
Kwn2 : ader.

Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader.
pmsl

p/s hormatilah cikgu kitePhotobucket~
bravo

++ Martabat Istiqamah

Photobucket



Firman Allah s.w.t.: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang lurus(benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu.” Surah Hud:112pray Pictures, Images and Photos

Dato’ Hj Dusuki Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah: “tetap hati, tekun dan terus-menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.” Menurut definisi ini, kita fahami bahawa individu yang mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah individu yang tidak istiqamah.emoticon

Sebenarnya istiqamah itu lebih meluas pengertian, konteks dan kehendaknya dari sekadar kosisten. Sebagaimana pengertian akhlak dan etika. Akhlak itu lebih syumul, murni dan berpahala serta didorong oleh iman, manakala etika hanya sifat yang dibiasakan pada waktu dan ditempat tertentu tanpa dikaitkan dengan iman. Etika belum tentu kekal menjadi pakaian diri berbanding dengan akhlak yang telah sebati.Photobucket

Istiqamah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, baik rohaniah atau jasmani, baik hablumminallah (hubungan dengan Allah) mahupun hablumminannas (hubungan dengan manusia). Istiqamah yang paling utama adalah istiqamah di dalam aqidah dan keimanan. Hati Emoticonmukmin tidak akan goyah dan goyang walau diuji seberat mana sekalipun.

Imannya sama sekali tidak dicelahi penyakit syak, zdan dan waham iaitu kategori penyakit ragu-ragu dan kurang yakin. Pendek kata, mukmin itu tetap dan lurus di dalam keimanannya.

Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu berasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu’.” Surah Fussilat:30
pray Pictures, Images and Photospray Pictures, Images and Photos
istiqamah

++ Tabah Terhadap Kesusahan Untuk Agama

jihad Pictures, Images and Photos


Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpama kita untuk menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan agama sebagaimana yang telah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah.

Kitab-kitab sejarah penuh dengan kisah-kisah sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara yang asing. Malah kita tidak ingin pun bersusah-payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut.

Dalam bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai contoh. Saya memulakan dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w kerana menyebut Baginda ialah asbab keberkatan. Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi s.a.w menjalankan usaha dakwah di Mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum Baginda s.a.w.

Dikalangan orang yang menolong Baginda s.a.w, terdapat hanya segolongan kecil daripada mereka yang telah menerima Islam serta segelintir orang yang masih belum memeluk Islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusahkan dan mempersendakan Baginda s.a.w serta para Sahabat r.a dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada. Bapa saudara Baginda s.a.w, Abu Talib juga ialah antara mereka yang baik hati. Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda s.a.w dalam semua segi.

Selepas sepuluh tahun baginda s.a.w menjadi nabi, apabila Abu Talib meniggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan meyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka. Nabi s.a.w telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.

Setelah tiba di sana, Baginda s.a.w telah berbicara dangan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda s.a.w menyeru mereka kepada agama ALLAH dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda, sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali. Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan bangsa Arab. Sebaliknya mereka telah menjawab secara kasar. Mereka juga tidak rela Nabi s.a.w tinggal di sana. Nabi s.a.w menganggap mereka yang merupakan pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata:

"Hoi! Engkaukah orangnya yang ALLAH hantar sebagai nabi?"

Orang yang kedua pula berkata,"Tidakkah orang lain daripada kamu yang ALLAH temui untuk diutus sebagai Nabi?"

Orang yang ketiga pula berkata,"Aku tidak ingin bercakap dengan kamu, kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mandatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu."

Apabila Nabi s.a.w tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda s.a.w cuba bercakap-cakap pula dengan orang lain kerana Baginda s.a.w ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada seorang pun yang sanggup menerima. Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan telah berkata kepada Nabi s.a.w, "Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka."

Apabila Baginda s.a.w sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda s.a.w telah memulakan langkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar, megejek,mempersendakan dan melontari Baginda s.a.w dengan batu hinggakan kedua-dua kasut Baginda s.a.w dilumuri dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah Nabi s.a.w pulang. Apabila Baginda s.a.w sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut, Baginda s.a.w berdoa:

Mahkfum doa nabi : "Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali denganMu."

Dengan doa sedemikian, bersemaraklah sifat qahhar ALLAH s.w.t, Raja segala kerajaan. Lalu Jibrail a.s datang memberi salam dan berkata, "ALLAH s.w.t telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab ke atas gunung-gunung. Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa yang tuan kehendaki." Selepas itu, malaikat tersebut memberi salam dan berkata,"Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan." Baginda s.a.w ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda s.a.w telah memberi jawapan,"Aku tetap menaruh harapan kepada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah ALLAH s.w.t dan beribadat kepadaNya di kalangan anak-anak mereka."

Iinilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari dengan kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak akan padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w. Setelah menaggung kesusahan dan penderitaan yang sebegitu dasyat, Baginda s.a.w sendiri tidak pun mendoakan keburukan ke atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindakbalas.

Sumber : http://sahabatx.blogspot.com/
www.iluvislam.com




- Muhammad Utusan Terakhir -

++ Video: The Deen Show = Culture vs. Islam

++ Erti Bersahabat

Sahabat Pictures, Images and Photos


HuakakakkakakaDalam dunia ini,


Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.


Tetapi dalam kita bersendiri,


Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.


Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.


Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.


Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.


Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..


Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.


Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??


Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.


Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,


Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,


Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?


Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?


Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?


Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?


Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,


Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.


Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.


Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.


Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,


disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,


kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


Sumber:http://ukhwahfillah.wordpress.com/

Kepada sahabat & sahabiah ku yang masih ada atau yang telah pergi, be sad ana doakan antum bahagia sentiasa...amiin.. Smile_always

++ Finnish Movie: FC Venus (Deutschland 2005/2006)

Photobucket

FC Venus is a modern comedy about women and men, and the differences between the two.

The main characters in the film are Anna and Pete, a couple in their late twenties who live happily together in Helsinki. Pete plays football on a team called FC HeMan, in the lowest possible league. The team sucks, but its players still play, watch, and live football. Anna hates the whole sport, but doesn´t interfere with Pete´s hobby because she loves him.

Anna´s love for Pete is put to the test when she finds out to her shock that Pete has ordered tickets with his teammates to the Football World Cup in Germany, putting his team first and her second.

In a fit of anger, Anna ends up making a bet with Pete: She puts together a team from the wives and girlfriends of the FC HeMan players and challenges the men to a match at the end of the summer. If the women win, the men will have to give up football. If the men win, the women will never again give the men a hard time about their hobby.

Thus is the women´s team FC Venus formed. The film follows the women during one summer on their quest towards the football match to end all football matches.

It´s his game but her rules.




kepada sesape yang suka tengok movie yang berkonsepkan 'perlawanan bola sepak' this is one of the best movie i have seen.. p/s This movie is in German language..

++ German Film: Das fliegende Klassenzimmer (The Flying Classroom)

Photobucket

The Flying Classroom, (in the original German Das Fliegende Klassenzimmer), is a 1933 novel for children written by the German writer Erich Kästner.

In the book Kästner took up the predominantly British genre of the school story, taking place in a boarding school, and transferred it to an unmistakable German background.

Plot summary

The story covers a few days left for the students of Johann-Sigismund Gymnasium before Christmas. The main characters - students from Quarta (Year 7) - are rehearsing a Christmas drama called 'The Flying Classroom' when their attention is distracted by a brawl against the students of the local Realschule. The depiction of the "war", taken very seriously by both sides, seems to be Kästner's wry way of commenting on grown-up wars, nationalism and patriotism. The protagonists then find out that the Nichtraucher, or non-smoker, the man who lives in a surplus second class non-smoking car lying in the Schrebergarten, is actually the long-lost best friend of their much-beloved teacher, Der Justus. They then try to reunite the long-separated friends, while coping with their own individual problems.

more at: wikipedia



das Fliegende Klassenzimmer Trailer

++ German Drama: Türkisch für Anfänger die neuen Folgen ! (Turkish for Beginners) the new series!








At the moment, I'm watching a relatively new German series called
" Türkisch für Anfänger " and so far I'm loving it. It's much better than any new German series, mainly because it's a comedy and it has some great humor.

Thematically, it's about the culture clash between Moslems and European Christians. A female German psychotherapist and a Turkish chief inspector move together. Both have - respectively - a son and a daughter and the everyday life between them isn't very easy. The main character Lena is 16 years old, then there is her little brother Nille (Nils), and their step brother Cem and step sister Yamur. Yamur has a strong belief in Allah, unlike the other two Turks and she tries to persuade the others to Islam.


It's a fun series, the best German one I've seen in a looong while
. Most of all, it's quite politically incorrect.


The love triangle between Cem, Lena and her new boyfriend Axel (she calls him 'Axeli') is not only heartbreaking, but also very funny. Cem wants to beat Axel up ^^.


Morgen geht es weiter mit neuen Folgen!


Die dritte Staffel mit Geschichten um Liebe und multikulturelle Katastrophen rund um die berühmte Fernsehfamilie aus Berlin ist ab 18. November 2008 immer dienstags bis freitags um 18.50 Uhr im Ersten zu sehen. Nach einem fast zweijährigen Zeitsprung heißt es nun in der Familie Schneider-Öztürk "Erwachsenwerden für Anfänger".

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam