سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, January 11, 2009

++ PrOMiSe~♥♥♥♥

Freundschaft Pictures, Images and Photos

I promise you my heart♥
♥I promise you my life♥
♥I promise we'll never be apart♥
♥I promise not to hurt you♥
♥I promise to never make you cry♥
♥I promise to always trust you♥
♥I promise not to lie♥
♥I promise you forever♥
♥I promise you tonight♥
♥I promise you my respect♥
♥I promise to do things right♥
♥I promise to always be there♥
♥I promise until the end♥
♥I promise to always love you♥
♥I promise to be your best friend♥
♥I promise you my love♥
♥I promise you my life♥
♥I promise this forever♥
♥I promise our friendship is my life♥
♥u're the PEANUT to my BUTTER ,♥
♥u're the STAR to my BURST,♥
♥u're the POP to my TART,♥
♥u're the MILKY to my WAY,♥
♥u're the FRUIT to my LOOP,♥
♥u're the LUCKY to my CHARMS,♥
♥u're the ICE to my CREAM,♥
but mostly....
♥u're the BEST to my FRIEND like all others..♥
Freundschaft
♥SEND THIS TO 13 or more than tat OF YOUR closes FRIENDS (INCLUDING ME)
♥I promise you my heart♥
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Fruendschaft @ Friendship



-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Bila Hati Tidak Bahagia

wanita solehah Pictures, Images and Photos

Suatu hari, ada seorang pemuda di tepi telaga. Dia termenung. Renungan matanya kosong menatap air telaga di hadapannya. Seluruh penjuru angin telah di lewatinya, namun tak ada satu pun tempat yang membuatnya puas. Kosong dan senyap, hingga ada suara yang menyapanya.

"Sedang buat apa kau di sini wahai anak muda?" tanya orang itu, seorang tua. "Apakah yang sedang kau risaukan..?"

Anak muda itu menoleh ke sebelahnya, "Saya letih, Pak Cik. Telah jauh jalan yang saya tempuh untuk mencari kebahagiaan, namun tidak juga saya temukan rasa itu dalam diri saya. Saya telah berjalan melewati gunung dan lembah, tapi tidak ada tanda kebahagiaan yang hadir dalam diri saya. Ke manakah harus saya mencarinya? Bilakah akan saya temukan rasa itu?"

Orang tua itu duduk semakin dekat sambil mendengarkan dengan penuh perhatian. Di pandangnya wajah lesu di hadapannya. Lalu, dia mula berbicara, "Di depan sana ada sebuah taman. Jika kamu ingin jawapan dari pertanyaanmu, tangkaplah seekor rama-rama untukku.

Mereka berpandangan.

"Ya... tangkaplah seekor rama-rama untukku dengan tanganmu" pak tua mengulangi kalimatnya lagi.

Perlahan-lahan pemuda itu bangkit lalu menuju ke taman. Tidak berapa lama dijumpainya taman itu. Taman yang yang bersemarak dengan pohon dan bunga-bunga yang mekar. Tidak hairanlah mengapa banyak rama-rama berterbangan disana.

Orang tua itu melihat dari jauh, memperhatikan tingkah laku pemuda yang sedang gelisah itu. Anak muda itu mula bertindak. Dengan terhendap-hendap ditujunya seekor rama-rama. Dengan perlahan dia cuba menangkapnya. Namun gagal.

Di kejarnya pula rama-rama itu. Dia cuba menangkapnya lagi, tapi gagal. Dia mula berlari tidak keruan. Kakinya menerjah ke sana sini. Rumput-rumput dipijaknya dan tanaman dirempuhnya untuk mengejar rama-rama itu. Dirempuhnya semak dan duri. Aksinya nampak semakin liar.

Adegan itu terus berlangsung, namun belum ada satu rama-rama pun yang dapat ditangkap. Si pemuda mula keletihan. Nafasnya mencungap dadanya bergerak naik-turun dengan cepat.

Hingga akhirnya ada satu teriakan, "Hentikan dulu hai anak muda. Berehatlah."

Maka nampaklah dia orang tua tadi berjalan perlahan menujunya. Tapi si pemuda kehairanan melihat ada sekumpulan rama-rama berterbangan di kiri kanan orang tua itu. Rama-rama itu terbang berkeliling dan sesekali hinggap di tubuh orang tua itu.

"Begitukah cara kamu mengejar kebahagiaan? Berlari dan mengejar? Menerjah tak tentu arah, memijak tanpa pedulikan apa yang kau rusakkan?"

Orang tua itu menatap si pemuda. "Anakku, mencari kebahagiaan itu adalah bagai menangkap rama-rama. Semakin kau kejar semakin itulah ia akan menjauhimu. Semakin kau buru semakin pula ia pergi jauh dari dirimu."

"Kerana itu tangkaplah rama-rama itu dalam hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Carilah rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari kemana-mana. Bahkan tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang dengan sendiri."

Orang tua itu mengangkat tangannya. Tiba-tiba seekor rama-rama hinggap di hujung jarinya. Kelihatanlah kepak-kepak sayap rama-rama itu memancarkan keindahan ciptaan Tuhan. Begitu mempersona dan mengagumkan bila melihat kelopak sayap yang mengalun perlahan-lahan, bagaikan kebahagiaan yang hadir di dalam hati. Warna kepaknya begitu indah, seindah kebahagiaan yang dirasai oleh mereka yang mampu menyelaminya.

APAKAH YANG KAU KEJAR?

Mencari kebahagiaan adalah bagai menangkap rama-rama. Sukar bagi mereka yang terlalu bernafsu tapi mudah bagi mereka yang tahu apa sebenarnya yang mereka cari. Kita mungkin dapat mencarinya dengan menerpa ke sana-sini, menerjah ke sana-sini. Kita boleh mengejarnya dengan berlari kencang ke seluruh penjuru arah. Kita pun boleh saja mengejarnya dengan bernafsu, bagai menangkap buruan akan akan kita makan setelah mendapatnya. Namun kita perlu belajar. Kita perlu belajar bahawa kebahagiaan tidak bisa di dapati dengan cara-cara seperti itu. Kita perlu belajar bahawa bahagia bukanlah sesuatu yang dapat di genggam atau sesuatu yang dapat disimpan.

Bahagia adalah udara, dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu. Kita belajar bahawa bahagia itu memang ada di dalam hati. Semakin kita mengejarnya, maka semakin kebahagiaan itu akan pergi dari kita. Semakin kita berusaha mendapatkannya, semakin pula kebahagiaan itu akan menjauh dari kita. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hati kita sendiri.

Biarkanlah rasa kebahagiaan itu menetap dan abadi dalam hati kita. Temukanlah kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan. Dalam bekerja, dalam belajar, dalam menjalani hidup kita. Dalam sedih, dalam gembira, dalam sunyi dan dalam keriuhan.

Temukanlah bahagia itu dengan perlahan, dalam tenang, dalam ketulusan hati kita. Percayalah, bahagia itu ada dimana-mana. Rasa itu ada di sekitar kita. Mungkin, bahagia itu telah hinggap di hati kita namun kita tak pernah memperdulikannya. Mungkin juga bahagia itu berterbangan di sekeliling kita namun kita terlalu sibuk untuk sempat menikmatinya.

Bila hati tidak bahagia, ingatlah kisah pemuda dan rama-rama.

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"

- Surah Al-Fajr 89:27-30

hati Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ ciri-ciri seorang sahabat yang baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Full Bar Coverage

i want this phone!!! Pictures, Images and Photos

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang m
enggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 014,
016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...
Tapi cobaan.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Panduan menentukan arah kiblat

kaabah Pictures, Images and Photos

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat ?

* Kaedah (1)
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

* Kaedah (2)
Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

* Kaedah (3)
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

* Kaedah (4)
Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari. Sekali apabila matahari bergerak ke titik utara iaitu pada 28 Mei.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Tips temujanji internet

Blind Date Pictures, Images and Photos

Tips Sebelum Bertemu

1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.
2. Gunakan e-mel, chat, Yahoo msgr, msn msgr, ICQ atau Netmeeting terlebih dahulu untuk berkomunikasi. Jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.
3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , samada dia merupakan pasangan yang anda cari.
4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.
5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat-maklumat tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain.Ini penting untuk memastikan dia bersikap benar atau tidak.
6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet.


* Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat-niat tertentu bersikap demikian.
* Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh org lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.

7. Jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura-pura dalam Internet.
8. Jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.
9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi Jangan mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.Apa yang penting maklumat seperti apa yang anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga-jaga jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.


Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama


1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.
2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali- kali pergi seorang diri.
3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.
4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan org yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.
5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.


Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya


1. Teruskan perasaan was- terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.
2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.
3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Serbuan JAWI - tak sempat pakai baju


hahaha..! xsempat nak pakai baju ke dik??

comelnyer... aku geget kang! huhu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Choggi @ Chocolate Cake..Yummy!

cup cake Pictures, Images and Photos

Bahan-bahan


250g Butter - dipotong kecil
400g coklat masakan - dipotong kecil

6 biji telur
340g Brown sugar
2 sudu kecil esen vanilla
20g coklat emulco
80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia - ikut suke

Tray berukuran 11 x 11

Cake Pictures, Images and Photos

Cara penyediaan


* Panaskan oven 160c
* Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air gelegak tu tak masuk ke dalam. Ketepi dan biar suam.
* Masukkan telur, brown sugar, esen vanilla dan coklat emulco. Kacau sebati.
* Tuangkan adunan butter coklat tadi. Kacau sebati.
* Ayak tepung gandum dan cocoa powder. Gaulkan kacang dan masukkan dalam adunan tadi.
Kacau sebati tapi jangan kacau lame2 sangat.
* Tuang dalam tray dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.


German Chocolate Cake Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Apa Itu Spirulina

Spirulina Platenson Pictures, Images and Photos
Nama Saintifik: Arthrospira platensis

Spirulina ialah sejenis tumbuhan air yang mengandungi hanya satu sel sahaja. Oleh itu, ia tidak mempunyai akar, daun, bunga dsb. Ia adalah dari kumpulan algae dan berbentuk spiral (Sebab itulah ia dinamakan spirulina - bermakna spiral yang kecil). Ia tumbuh di dalam air yang beralkali (melebihi pH 8).

Algae adalah makanan yang terletak di bahagian bawah 'food chain' (rangkaian pemakanan), oleh itu ia mengandungi banyak tenaga. Algae seperti spirulina, chlorella dan AFA (aphanizomenen flos aqua) sudah hidup berbillion tahun. Ada yang mengatakan ia telah hidup sejak 3.6 billion tahun yang lalu. Pengambilan spirulina telah diamalkan oleh kaum kuno Aztecs di Mexico sejak dahulu lagi.

Spirulina berwarna hijau gelap. Warna ini disebabkan oleh kombinasi chlorophyll (hijau), phycocyanin (biru) dan carotenoids (oren). Warna-warna yang berlainan ini menyerap tenaga yang berlainan dari cahaya matahari.

Meskipun dari kumpulan yang sama ada beberapa perbezaan dari segi kandungan antara algae-algae ini. Contohnya, dinding sel spirulina lebih lembut berbanding dengan chlorella, oleh itu spirulina lebih mudah dicerna. Rencana di bawah ini hanya menyentuh mengenai spirulina sahaja.

Kandungan

Spirulina mengandungi 65% protein - 8 essential asid amino dan 10 nonessential asid amino. Asid amino membentuk protein, essential asid amino adalah asid amino yang tidak diperbuat di dalam badan, oleh itu ia harus diambil melalui pemakanan. Ada 8 jenis essential asid amino dan 12 jenis nonessential asid amino. Kandungan ini adalah lebih daripada yang terdapat di dalam soya beans, ikan, daging, taufu fa atau telur. Kandungan protein dari spirulina adalah lebih mudah dihadamkan (95%) berbanding daripada sumber hawan (20% sahaja penghadaman).

Berbeza dengan makanan dari binatang, sumber dari tumbuhan ini tidak mengandungi kolesterol dan mempunyai kalori yang lebih rendah. Dalam 10g spirulina hanya sebanyak 36 kalori tenaga dihasilkan.

Mineral di dalam spirulina termasuklah kalsium, zat besi, magnesium, manganese, phosphorus, selenium dan zink. Mineral yang terdapat di dalam spirulina adalah dalam bentuk 'chelated'. Bentuk ini adalah lebih mudah digunakan oleh badan kita.Kandungan zat besi di dalam spirulina adalah lebih tinggi daripada sayuran hijau yang lain atau hati lembu. Zat besi ini penting dalam pembentukan darah.Secara ringkasnya, kalsium penting untuk tumbesaran tulang dan gigi. Zink pula penting dalam memastikan fungsi-fungsi enzim berjalan dengan sempurna di samping menguatkan sistem imune badan kita.

Chlorophyll yang didapati di dalam spirulina adalah lebih tinggi berbanding dengan alfalfa atau wheat grass. Struktur chlorophyll menyerupai struktur darah. Perbezaannya, dalam darah ada mineral besi (iron) menyebabkannya berwarna merah, manakala chlorophyll ada mineral magnesium menyebabkannya berwarna hijau. Chlorophyll juga dikenali sebagai 'darah hijau'. Chlorophyll dikenali sebagai pembersih darah.

Beta carotene (vitamin A) dalam spirulina adalah lebih banyak daripada yang terdapat dalam karrot segar. Di samping baik untuk mata, vitamin A adalah sejenis anti-oksidant yang berupaya melawan 'free-radicals', oleh itu ia membantu melawan dan mencegah sel-sel kanser. Selain daripada beta carotene, spirulina juga mengandungi anti-oksidant lain iaitu vitamin E, selenium, zat besi, zink dan phycocyanin (lihat di atas - bahan ini memberikan warna biru pada spirulina). Kandungan vitamin E di dalam spirulina adalah lebih tinggi daripada sumber utama vitamin E wheat germ. Vitamin E, selain sebagai anti-oksidant, memberi tenaga pada anda.

Phycocyanin (bermakna algae biru) yang terdapat di dalam spirulina mengandungi iron (besi) dan magnesium - cuba bandingkan dengan struktur chlorophyll dan darah (sila lihat di atas).

B 12 nya adalah lebih tinggi daripada hati lembu mentah. Vitamin B 12 memberikan tenaga, baik untuk pertumbuhan dan saraf. Vitamin B 12 adalah vitamin yang penting bagi vegetarian (orang yang tidak makan daging).

Spirulina juga mengandungi B kompleks.

GLA di dalam spirulina membantu bagi mereka yang bermasalah kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit sendi (arthritis), eczema dan yang berkaitan dengan masalah haid. GLA hanya didapati di dalam susu ibu dan beberapa tumbuhan seperti evening primrose oil (EPO), blackcurrant dan biji borage (borage seeds).


Kegunaan



* sumber pemakanan yang kaya dengan pelbagai zat.


* pembersih darah dan pembuangan toksin. Kajian di Russia mendapati spirulina mengurangkan kesan-kesan daripada radiasi sebanyak 50% setelah diambil selama 45 hari.


* mengurangkan keasidan badan akibat pengambilan makanan berasid seperti gula, kopi, soda dsb. Ini kerana spirulina tumbuh di dalam media yang beralkali.


* membuang toksin di dalam hati dan buah pinggang.


* membantu pengurangan berat badan di samping menambah kadar metabolisma. Asid amino phenylalanine mungkin boleh membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, tidak semua pengkaji sependapat bahawa spirulina penting atau berkesan untuk mengurangkan berat badan.


* menguatkan sistem imune (daya menentang penyakit) - Spirulina didapati meningkatkan kadar macrophages dan sel-T iaitu sel yang penting dalam proses imune ini. Kajian in vitro (dalam makmal, bukannya dalam badan manusia) di Jepun mendapati spirulina berupaya menghalang pertumbuhan sel-sel HIV-1, herpes, flu, beguk dan measles. Proses ini mungkin dibantu oleh sulfolipids yang terdapat di dalam spirulina.


* membersihkan perut dengan membuang toksin di dalamnya dan menyebabkan bakteria-bakteria baik dapat hidup dengan lebih baik. Bakteria yang baik ini menyebabkan penyerapan zat-zat pemakanan ke dalam badan meningkat. Bakteria baik (dipanggil probiotik) ini juga akan mengurangkan jumlah bakteria yang jahat, yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti dari species E.coli dan sebagainya. Masalah sembelit juga mungkin boleh diatasi dengan pengambilan spirulina.


* mengurangkan kadar kolesterol dan sakit-sakit yang berkaitan. Spirulina meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).


* mengurangkan radang arthritis (sakit sendi). Pesakit arthritis juga mungkin mendapat manfaat kerana sifat spirulina yang menguatkan sistem imune.


merangsang thyroid

Perkara-perkara lain



* Spirulina selalunya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Oleh itu kegunaannya sebagai sumber protein mungkin tidak begitu ketara.


* Spirulina mengandungi gula tetapi ia adalah dalam bentuk rhamnose (dan glycogen). Oleh itu pesakit kencing manis tidak menghadapi masalah mengambilnya.


* Jumlah yang perlu diambil untuk memberikan kesan-kesan baik kesihatan adalah tinggi. Dalam erti kata lain, pengambilan yang banyak adalah perlu sebelum kesan baik dapat dilihat.


* Spirulina adalah selamat untuk wanita mengandung malah pengambilannya boleh digalakkan. Ia mengandungi zat besi yang baik untuk pembinaan darah.


* Ada percanggahan di antara pengkaji mengenai kehadiran vitamin B 12 yang terdapat di dalam spirulina (B 12 tidak terdapat dalam tumbuhan lain). Ada yang mengatakan ia datang dari haiwan seperti serangga yang banyak terdapat dalam tempat ternakan spirulina.


* Ada jenis algae yang mengandungi toksin seperti microcystin. Ia boleh menyebabkan cirit-birit dan pening-pening dan membawa mudarat kepada kesihatan. Pastikan anda mengambil spirulina dari syarikat yang berwibawa sahaja.


* Pengambilan spirulina adalah sebagai supplement sahaja. Oleh itu sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat, anda hendaklah meneruskannya. Pengambilan yang disyorkan ialah sehingga 5 gram sehari.

kredit from : http://www.uum.edu.my/medic/spirulina.htm

spirulina Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ 7 Eleven di China

kan best kalau 7 Eleven 'bergerak' ade kat Malaysia..huu..

p/s ade mesin slurpee x??
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ ABANG POLIS DI SEBALIK BUAH....

Memandangkan minyak dah naik, jgn tambah beban bayar saman pulak.

So kena jaga-jaga, sbb polis trafik sekarang semakin kreatif.



Gambar seorang abang polis buat speed-trap
dalam gerai jual mangga @ Sabak Bernam
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Kelebihan TAUGEH

Taugeh Pictures, Images and Photos

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.

Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari


-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Terbukti ISRAEL memang KEJAM!!!

Photobucket

1paletin Pictures, Images and Photos




















































Photobucket

israel Pictures, Images and Photos

To see more Palestinians pictures please visit : Click Here

Sanggupkah kita melihat saudara kita dikejam seperti ini ???????
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam