سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, December 5, 2008

++ Haha. GOTCHA!

Salam..

haha.. yah~! yah~!..sian yah... dapat hadiah kotak Sensodyne jer..

hehehe.. memang tergelak besar masa tu aku tengok nabilah pegang kotak ubat gigi tu dengan perasaan kecewa... sebenarnyer tu semua just gimik jer.. sebab sebelum ni, dia ada minta kat aku yang dia nak sensodyne.. tapi tak bagitahu yang dia nak ubat gigi nyer.. so nak dijadikan cite, aku plan dengan emak nak nyakat Nabilah hari ni.. sebenrnya plan nak buat 1.Dec hari tu, tapi ada masalah teknikal sket..so terpakse di tunde..

selepas mak beli ubat gigi sensodyne tu, aku dengan perasaan sesuka hatinyer mengeluarkan ubat gigi tu dan cuma tinggalkan kotaknyer saja.. so, u all leh bayangkan ringannyer kotak tu.. huhu. so aku ke bilik muhammad.. yang mana, yah suke lepak2 kat situ sambil gune pc muhd..lepas tu,.. pelan2 aku bukak pintu bilik muhd. aku tengok yah tengah buzy menaip..(taip ape aku pun x tahu)..
time tu muhammad baru habis solat. then aku panggil dia jap..

perbualan aku dengan yah..

aku: yah! sini jap.
yah:ape lah.orang tengah sibuk ni.
aku:ala kejap jer.. ada bende ebah nak cakap ni.
(kedegilannyer menyebabkan aku meninggikan suara kat dia...sikit jer..;p)
aku: Yah! meh la!.. nak hadiah ke tak nak?
(yah terus pandang aku...sebenrnya aku dah ready kotak sensodyne tu kat tangan aku..tgu dia paling jer muka kat aku)
aku:yah tengok ni..
yah: aaaaaaaaaaaaaaa...(dengan muke agak terkejut dia menjerit)..ebahhhhh!!!...
(aku gelak masa tu.. haha..dalam hati aku cakap..plan aku menjadi!.)
aku:ha ni lah sensodyne. hari tu yah nakkan?..ebah dah belikan. xnak ke??..
(yah pergi dekat aku)..
yah:ebah ni!!!..yah memain jerlah! tak sangke plak ebah beli betul2..
(sambil2 tu dia pukul manje aku)..(aku gelak lagi)
aku: tu lah yah! sape suruh cakap yang yah nak kan sensodyne. ni ebah dah beli.terime la.. sampai hati yah x terima hadiah ebah.
(dengan perasaan agak kecewe, dia membuka kotak sensodyne yang kosong tu)
tapi sebelum tu, dia ada cakap...
yah:ha..mesti ade gelang ke,rantai ke kan dalam tu..sayang ebah!.
aku:mane ade. xkuase nak beli yang semua tu.dah belambak da kat bilik ko.
dia buka kotak tu, dengan perasaan yang sedih..bile dia tengok xde ape2 yang ada dalam kotak tu.. huhu..aku gelak lagi..(dalam hati kesian gak aku tengok budak ni)
yah:eiiii...!! yah nak nangis tau! ebah jahat..%^*&^*^ lah!..orang nak hadiah betul2!
aku:hadiah betul2 lah tu. bukan senang ebah nak beli tau. kene kumpul duit lagi. x hargai langsung!..(dalam hati, gelak jer ;p)
pastu muhammad menyampuk..
muhammad:yah,kan muhammad dah cakap, kalau nak orang suke kat yah, yah kene appreciate pemberian orang tau!
yah:yelah2..yah appriccciiiiiattee lerr!..(nada yang macam nak nangis)..tiiimmeeee kaassihh ebah %*&^*&..
aku:aku senyum.same-same aku jawab
yah:eeiiiii..!!.gerammnyerrr...^*&^*&lah ebah ni!! ni first time yah dapat hadiah se%^&%^ ni!
(aku tinggalkan dia ..biar dia layan perasaan sengsorang)..(aku tergelak)..

aku dengan sepupu aku gelak jer...

beberape minit kemudian, aku masuk bilik.. konon2 sibuk le dengan aktiviti aku sendiri. hehe.. dia x tahu yang aku tengah sampul hadiah hari jadik die tu..huhu..hadiah sebenar yang aku beli kat Central Market masa kuar dengan Afzan & k. Kinah tempoh hari..
mule2 aku sampul dengan celotape..dah agak2 bagi susah dia nak bukak , last aku sampul dengan kertas surat khabar.. haha.kene lagi..

ni aku tulis :


Yah ! du bist @$%*&$#! hohoho.. Alles Gute Zum Tue geburtstag! bermaksud (yah! ko yang #$%^$%! hohoho..Selamat Hari tue!)


aku keluar..pergi ke bilik muhammad.. konon2 nak lepak2 ler.. tengok muhd men game. aku duduk2 kat situ..
smbil2 tu aku usha gak yah..dengan muke sedih die..menekan keyboard tu.. huhu..

pelan2 aku gi kat dier.. konon2 usha ape dia tengah buat..ok lah selamber je. aku nyakat dier lagi.. aku kate:

aku: yah..x suke ke hadiah kotak sensodyne ebah tu?
yah: suke ape nyer.. %^$%^lah ebah!

aku senyap jer.(dlam hati tergelak besar!..sebesar-besarnyer!)

pastu, aku pelan2, kuarkan hadiah tu yang aku letak kat poket (walaupun x muat sgt).
dia nampak..aku buat muke selamber jer~

dia kate kat aku:
Yah: ebahh!!!..ha! yah dah tahu, ebah mesti beli hadiah yah betul2 kan..
aku: mane ade.xdelah!
yah:habis tu yang ebah tunjuk yah tu?..
aku:mane ade lah. tu barang ebah ler.
(aku beredar dr situ).. aku duduk semula kat tepi katil muhd, dengan muke yang selamber (konon2 xde perasaan time tu..haha)

aku tengok, cam kesian jer yah.. huhu. oklah, aku dengan baik hati, hulurkan hadiah tu kat yah.. masa tu aku tengok, bukan main gembire jer~!..tadi muke yang separa menangis, tukar happy!..kalau leh, senyuman dier sampai nak mencecah ke lubang telinge.. huhu

mulelah., kuar perkataan sayang ebah ler.. nak cium ebah ler.. ebah ini ler,,ebah itu ler.. aku cakap yeler tu!..(dalam hati sengih2 kambing jer. haha.)


so, aku ngan yah ke ruang tamu. sesi bukak hadiah pun bermule. aku duduk kat kusi, dia duduk dekat atas tilam depan tv. sambil tersengih2, buka hadiah tu pelan2.. sambil mulut dier terkumat kamit.cakap ape ntah.tapi yang pastinyer aku dengar dia, kate "ade ker balut dengan ketas surat kabo jer"..pastu, tetibe pula dia cakap, ok2! yah appreciate!..haha..aku ape lagi, tergelak lah.(sebab aku x cakap ape2 pun..) sambil2 tu aku tengok dier dengan care yang agak 'sleck' jer. huhu (gurau je tu) x serius mana pun)..huhu


dah buka hadiah tu, dia ketawe.. 'suke sangat ler tu!..' aku cakap. dia jawab, ye lar!..eii lawanyer...warne pink. boleh le tambah koleksi kaler pink kat bilik yah.
aku jawab'bagus ler tu'..tambah2..huhu

dia datang kat aku, cakap time kasih pastu dia salam tangan aku.(bagus budak ni..hormat orang tue). ye ye..aku sedar aku dah tue.huhu



dah tu, aku tangkap gambr hadiah dier..dan dia pun naik atas,masuk bilik..(agaknyer tga cari mane nak letak prame aku tu)..huhu.. lepas tu, masing2 bersurai..

ape-ape pun yah dah tue! hihi.. maap la yer..segale ke'jokes'an ni.. hoho. Selamat hari Raye Haji ..Maaf Zahir Batin :D

++ Daging korban untuk orang Islam

lembu yg menjadi korban... Pictures, Images and Photos

SOALAN
Jika bukan Islam boleh makan daging akikah, bagaimana pula daging korban?


JAWAPAN

DI negara ini apa yang biasa berlaku ketika raya korban ialah apabila orang Islam dari masjid atau surau atau taman melakukan ibadah korban, ia melibatkan orang Islam sahaja tanpa pembabitan orang bukan Islam.
Perkara ini juga dimaklumi oleh orang bukan Islam bahawa ibadah korban hanya melibatkan orang Islam sahaja. Sebelum ini pun belum ada rungutan daripada kaum bukan Islam yang mengadu mereka tidak tersenarai dalam penerima daging korban. Maksudnya, ia suatu yang dimaklumi oleh masyarakat daripada agama lain bahawa perayaan ini hanya untuk orang Islam. Ini kerana ibadah korban bukan amalan budaya dan ia adalah ibadah khusus di bulan Zulhijjah mulai 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

Namun demikian ada timbul persoalan boleh atau tidak daging korban diagihkan kepada orang bukan Islam? Pertama sekali daging korban adalah hak orang yang melakukan ibadah korban, keduanya pula manfaat daripada ibadah korban. Setiap orang melakukan ibadah korban adalah disunatkan membahagikan daging korban itu kepada tiga bahagian. Satu pertiga diambil, sepertiga dimasak dan diberi makan dan sepertiga lagi diagihkan.

Katakanlah Ali berniat melakukan korban kemudian dia masuk satu bahagian, ini kerana seekor lembu boleh dikongsikan tujuh orang. Biasanya lembu yang sihat dan cukup umur dan matang akan mencecah 100 kilogram (kg) lebih dagingnya sahaja.

Bila dibahagikan kepada tujuh bahagian dapatlah setiap seorang dalam 15kg. Daging 15kg itu kalau mengikut saranan Nabi SAW hendaklah dibahagi tiga. Maka jadilah setiap bahagian 5kg. Mungkin juga 5kg kita ambil dan yang bakinya 10kg kita sedekah kepada orang ramai. Kalau kita bahagi 10kg kepada 10 orang maka seorang akan dapat satu kg, maksudnya agihan itu dapat diberikan kepada 10 orang atau lebih daripada itu, paling kurang pun dalam agihan jangan kurang daripada setengah kg.

Persoalan ini saya timbulkan supaya kita dapat lihat adakah keperluan orang Islam dipenuhi? Bukan apa, khuatir dalam sibuk kita bincang hukum pemberian daging kepada orang bukan Islam, rupa-rupanya ada orang Islam yang tidak dapat merasakan daging korban. Dalam keadaan ini saya lebih cenderung kepada pendapat Mazhab al-Syafie, ini kerana demi memelihara manfaat raya korban itu sampai kepada falsafahnya.

Sekiranya kita ingin menjaga perasaan jiran yang bukan beragama Islam, belikan daging untuknya dari pasar. Dan sekiranya ingin kita menjamu selepas daging korban itu dimasak adalah disarankan agar dibeli daging sekilo dua dari pasar untuk dimasakkan bersama daging korban. Ini adalah semata-mata untuk keluar daripada keraguan yang timbul. Dan harus juga diagihkan daging korban kepada golongan yang mempunyai ciri mualaf, iaitu cenderung dan jinak dengan agama Islam. Mudah-mudahan pengagihan itu dapat merapatkan lagi mualaf itu kepada Islam.

Namun di bawah ini saya akan jelaskan hukum memberi daging korban kepada orang bukan Islam.

Di dalam Kitab Kasyf al-Qina’ menyatakan Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasara. Mazhab Hambali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka.

Dalam al-Bajrimi dinyatakan tidak harus memberi makan daging korban kepada bukan Islam. Dinyatakan juga dalam Kitab al-Majmu’ disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi mereka makan daging korban wajib.

Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama sepakat daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin Islam, namun mereka khilaf mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin kafir ahli zimmah.

Imam Hasan al-Basri memberi keringanan mereka memakannya. Abu Thur juga berpendapat demikian. Disebutkan juga Imam Malik lebih suka ia diberi makan kepada selain fakir miskin bukan Islam. Al-Lith menganggapnya makruh, namun berpendapat jika dimasak harus diberi makan kepada mereka berserta fakir miskin Islam.

Ibnu Qudamah dalam al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir dan al-Syarbini dalam al-Iqna’ menyebutkan Mazhab Maliki berpendapat makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasrani.

Mazhab Hambali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus.

Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah. Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib.

Ibh Hazim dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan tuan punya korban boleh memberi makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.

Berdasarkan pendapat itu, kesimpulan yang boleh dibuat:

l Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.

l Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

l Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

l Semua ulama mazhab sepakat (ijma’) memberi atau memberi makan daging korban atau akikah wajib kepada bukan Islam adalah haram.

Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafie saja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan Islam.

Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat dan tidak harus jika korban wajib.

++ Dilema Melayu-Islam

MELAYU mutakhir ini sebenarnya haprak. Haprak pada agama Islamnya dan lebih haprak lagi terhadap keturunannya sendiri.

Mereka bertelagah dalam agama, hanyut dalam hawa nafsu, tenggelam dalam arus kemodenan hingga akhirnya terkapai di daratan kemakmuran.

Semuanya kerana fenomena kurang Islamik, jarang berfikir dan malas berzikir tetapi mudah jadi pak turut kerana ralit bertauhid tapi gah dengan segala macam kemungkaran.

Malah ramai mualim Melayu yang agak pantas mencorak akal untuk menggerak fizikal dengan menjana ilusi melalui program realiti, tetapi terlalu sedikit murabbi dalam membentuk rohani untuk mencanang hati insani merealitikan Islamik.

Itu antara perkara menarik untuk ditelusuri dalam buku terbaru terbitan Telaga Biru hasil garapan penulis, Pahrol Mohamad Juoi dalam buku berjudul Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir? terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Jika anda anak dan bangsa Melayu, buku ini bagus ditelaah untuk kita berfikir, merenung dan menilai diri sendiri mengenai siapa kita dan di mana serta ke mana Melayu sebenarnya.

Sebab apabila bertambah ramai yang tidak kenal dirinya adalah Melayu, dengan mudah bangsa asal Tanah Melayu yang mendominasi nusantara mudah dipermain dan diperlekehkan bangsa kaum ‘pendatang’.

Namun apakah benar anda Melayu? Betulkah pula Islam adalah agama kepercayaan dan pegangan orang Melayu dan bagaimana dengan agenda politik dan ekonomi?

Pahrol melalui Dilema Melayu - Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir menyoroti fenomena itu dalam kepelbagaian sudut melalui analisis perkembangan politik kontemporari daripada kaca matanya secara bebas.

Cuba berfalsafah bagi menyedarkan orang Melayu melalui tulisan berkonsep analisis, buku ini sebenarnya agak mudah, ceria dan bersantai tetapi menusuk hati melalui ayat-ayat pendek namun padat yang disusunkan dalam 39 bab.

Boleh dikategorikan dalam kelas buku motivasi, pendekatan tulisan Pahrol bagaimanapun tidak ubah cedokan daripada buku tazkirah tersohor Arab yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa iaitu buku La Tahzan atau Jangan Bersedih.

Untuk menilai sendiri, elok anda dapatkan buku ini yang dijual pada harga RM30 senaskah di pasaran sekarang.

Click sini untuk ke akhbar Utusan Malaysia online

Photobucket

++ Hand of Hope


www.iLuvislam.com
unknown
Editor : ImKoyube

Copyright © 1999 Michael Clancy


A picture began circulating in November(1999). It should be 'The Picture of the Year,' or perhaps, 'Picture of the Decade.' It won't be. In fact,unless you obtained a copy of the US paper which published it, you probably would never have seen
it.

The picture is that of a 21-week-old unborn baby named Sa
muel Alexander Armas, who is being operated on by surgeon named Joseph Bruner.

The baby was diagnosed with spina bifida and would not survive if removed from his mother's womb. Little Samuel's mother, Julie Armas, is an obstetrics nurse in Atlanta . She knew of Dr. Bruner's remarkable surgical procedure. Practicing at Vanderbilt University Medical Center in Nashville , he performs these special operations while the ba
by is still in the womb.
During the procedure, the doctor removes the uterus via C-section and makes a small incision to operate on the baby. As Dr.Bruner completed the surgery on Sam
uel, the little guy reached his tiny, but fully developed hand through the incision and firmly grasped the surgeon's finger.

Dr.Bruner was reported as saying that when his finger was grasped, it was the most emotional moment of his life, and that for an instant during the procedure he was just frozen, totally immobile.

The photograph captures this amazing event with perfect clarit
y. The editors titled the picture, 'Hand of Hope.' The text explaining the picture begins, 'The tiny hand of 21-week- old fetus Samuel Alexander Armas emerges from the mother's uterus to grasp the finger of Dr. Joseph Bruner as if thanking the doctor for the gift of life.'

Little Samuel's mother said they 'wept for days' when they saw the picture. She said, 'The photo reminds us pregnancy isn't about disability or an illness, it's about a little person.' Samuel was born in perfect health, the operation 100 percent successful.

"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?. Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati?" Al- Qiaamah 36-40


++ Laughing baby!!



OMG
~ she's so cute and her laugh is sooo funny!.. rase macam nak cubit2 jer budak ni.. haha

++ The FUN Google Tag

Tagged by : Hasanah from Brunei~


Salam~

Thanks Hana for tagging me~!!

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer.

1. Age at my next birthday:



2. A place I’d like to travel to:
Switzerland (aw..yeah! Once again pls!!)

Germany

Tambah 1 lagi eh?..huhu
3. A Favorite Place:

Cafe to relax~


4. A Favourite Thing:

My HP Pavilion tx2000 laptop
hp pavilion tx2000 Pictures, Images and PhotosPhotobucket

5. A Favorite Food:

Pizza!
Pizza Pictures, Images and Photos pizza Pictures, Images and Photos

6. A Favorite Color:

Purple!
purple Pictures, Images and Photos

7. A Favorite Flower:

Rose~
rose Pictures, Images and Photos

8. The City You Live In & 9. The City You were born in:

Seri Kembangan, Malaysia

10. A Nickname You’ve Had:
'G'

11. College Major:

Diploma in Tourism Management

Tourism Malaysia Pictures, Images and Photos

Digree in Language & Linguistic in German
InsyaAllah!
German books Pictures, Images and Photos
12. Name of first love:
Schweiz/Switzerland
Schweizer Logo Freunde Pictures, Images and Photos

13. A bad habit:
Worrying too much

Worrying
Worrying Pictures, Images and Photos

14. A Hope for 2009:

Be a GOOD Muslimah :) InsyaAllah!

COME and tag ur self! it is sooo alotsa fun!

++ Rahsia wanita



Baca boleh,percaya jangan..
Yang mana menggambarkan diri anda ?....WANITA

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei) , Virgo(24Ogos- 23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

++ Kelebihan Bismillah, Al-fatihah dan Ayat Kursi

Salam..

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.

Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Wallahualam

++ Fés City Clan (Maroccan Hip Hop Group)

Walaupun aku x faham ape yang dia sebut..but still, aku minat sangat dengan beat lagu ni & d way dis lil cute boy rappin'.. pergh! mengagumkan.. huhu thanks a lots to Rashid Ad-Diab from Marocco, introducin' me to dis hip hop music~ Im just luvin' it.. Check it out ;)

Fez city clan a lalla l3roussa (dima n 1)




Fés City - Lamgharba fi Bait





Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam