سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, October 24, 2008

++ Adab dengan guru makin terhakis?



Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

Banyak lagi kes-kes yang kita telah dengar dan mungkin banyak lagi yang belum didedahkan. Sungguhpun kes tersebut adalah sebahagian daripada kes-kes terpencil, tetapi kejadian-kejadian tersebut tidak harus berulang, kerana ia bukan sahaja menjejaskan reputasi sekolah dan institusi pendidikan, tetapi melambangkan kebejatan adab di kalangan pelajar terhadap guru. Soalnya, di manakah silapnya? Apakah peranan yang harus dimainkan oleh semua pihak dalam menangani hal ini?

Fenomena yang menakutkan



Barangkali pada zaman sebelum merdeka, ibu bapa kita tidak pernah membayangkan situasi di atas akan berlaku. Guru pula yang seakan-akan dihukum oleh pelajar dan pelajar menentukan bagaimana guru harus melayani mereka. Tidak dinafikan bahawa zaman dan situasi semasa telah banyak merubah senario pendidikan pada hari ini.

Tugas guru semakin mencabar dan berat, bukan sahaja dihambat masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran kepada para pelajar, tetapi juga perlu menghadapi kerenah sesetengah pelajar yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati guru.

Guru menghadapi ancaman seperti kereta dicalar dan tayar dipancitkan, bahkan diancam dicederakan. Soal pelajar bercakap kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru barangkali sudah menjadi mainan kepada guru disiplin.

Tambah malang sekiranya apabila tindakan diambil ke atas pelajar, guru dipersalahkan dan 'diserang' pula oleh para ibu bapa.

Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan semangat guru untuk mendidik para pelajar dan akhirnya beranggapan bahawa tugas mendidik dan mengajar adalah dua perkara berbeza. Tugas mereka hanyalah mengajar sukatan pelajaran sekolah dan pelajaran adab diletakkan pada bahu guru tertentu sahaja kerana tidak berupaya atau tidak mahu masuk campur dalam hal tersebut.

Kita mengetahui bahawa tugas guru bukan saja mengajar, tetapi perlu menyambung kesinambungan tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Namun begitu, tugas menyemai dan mendidik anak akan erti akhlak dan budi mesti bermula daripada ibu bapa dan dorongan keluarga.

Guru di sekolah hanya menyuburkan sifat-sifat tersebut dengan menunjukkan contoh yang baik dalam pergaulan serta perhubungan dengan pelajar dan sesama guru.

Anak-anak yang tidak diajar dengan adab sedari kecil akan membentuk watak yang memberontak dan terkongkong di sekitar pemikiran mereka sahaja. Tanpa adab, pelajar akan bercakap dengan kasar, sinis serta terlalu bebas bersuara kerana merasakan diri sudah pandai dan tak perlu diajar tentang tingkah laku.

Hal yang sebaliknya akan berlaku apabila adab dititipkan ke dalam diri anak-anak, ia akan melahirkan pelajar yang menghormati pandangan orang lain, berbudi ketika berbahas, serta memahami perasaan orang lain serta lebih berketerampilan.

Islam amat menyanjung tinggi pengorbanan guru sebagai pendidik. Rasulullah SAW sangat menghormati majlis ilmu dan juga menggalakkan umatnya untuk menghormati guru. Apatah lagi guru tersebut lebih tua daripada pelajar, maka guru selayaknya diberi penghormatan yang tinggi kerana usia mereka serta pengorbanan yang mereka lakukan.

Pelajar seharusnya menganggap mereka sebagai teman dan ibu bapa kedua mereka di sekolah selain daripada ibu bapa di rumah.

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi.

Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah.

Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti firman-Nya: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat. (al-Mujadalah: 11)

Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tiada perkara yang lebih berat di timbangan akhirat selain akhlak yang mulia. Dan sesungguhnya, orang yang mempunyai budi pekerti yang akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan mengerjakan solat". (riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Pelajar atau guru yang membentuk suasana sekolah?

Apabila timbul kes pelajar buli guru, siapakah yang mengambil kesempatan untuk melepaskan diri sendiri? Pelajar, sekolah atau ibu bapa? Terdapat di kalangan ibu bapa yang melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak ke bahu pihak sekolah dan apabila hal yang kurang baik berlaku, pihak sekolah dipersalahkan untuk menutup malu di atas kesilapan mereka tidak mendidik anak dengan baik.

Di sekolah, guru menghadapi tanggungjawab yang banyak dan besar. Suasana pembelajaran di sekolah banyak bergantung kepada keupayaan guru dan pelajar untuk saling memahami falsafah dan misi sesuatu sekolah. Teras kedua dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ada menggariskan mengenai meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama'.

Di dalam teras tersebut mengandungi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahawa untuk menambah baik kualiti pendidikan antara lain adalah dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif serta meningkatkan keupayaan guru dalam profesion mereka.

Terdapat para pelajar yang tidak berminat dengan suasana sekolah sama ada kerana peraturan yang terlalu ketat atau suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Ia terjadi kerana terdapatnya faktor luar yang menarik perhatian mereka sedangkan faktor dalaman di sekolah seolah-olah menolaknya dan tidak menggalakkan pelajar untuk berminat dengan pelajaran di sekolah.

Mata pelajaran yang agak susah atau penyampaian guru yang tidak berkesan boleh menjadi faktor tolakan kepada pelajar ini. Selain itu, pengaruh hedonisme atau budaya bersuka-suka yang semakin membarah dalam masyarakat kita pada hari ini boleh menjadi punca kepada mengapa pelajar tidak berminat untuk belajar seterusnya bersikap biadap terhadap guru di sekolah.

Justeru, dalam mengatasi hal ini, sokongan semua pihak amat diperlukan. Guru harus bersifat lebih ihsan terhadap pelajar, namun dalam masa yang sama harus tegas dengan kebenaran dan kebatilan. Pihak sekolah mesti mengadakan lebih banyak aktiviti bersama pelajar dengan menggalakkan penyertaan semua pelajar dalam kegiatan yang berfaedah.

Para pelajar pula harus belajar mendengar pandangan orang lain serta belajar untuk berhujah dengan baik sekalipun terdapat perkara yang mereka rasakan tidak betul.

Seterusnya ibu bapa wajib memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak mereka mengenai adab terhadap orang lain, dan bukan hanya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak sekolah. Akhir sekali, masyarakat serta media massa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dengan mengamalkan tingkah laku serta tata susila yang betul apabila bergaul dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan

Pelajar tidak harus melupakan batas-batas mereka dengan guru dan tidak hanya menganggap guru sebagai orang yang dibayar gaji untuk menulis di papan hitam segala sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Pujangga Arab pernah menyatakan: "Sesungguhnya umat yang berakhlak akan kekal, tetapi jika akhlak mereka hilang, maka hilanglah mereka."

Justeru, dalam melahirkan generasi yang berketerampilan dan berakhlak mulia, pelajaran adab dan ihsan haruslah ditanamkan dalam jiwa generasi muda agar tidak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang berusaha menghakis keperibadian mereka. Seperti kata Pendita Zaaba dalam mengungkapkan ihsan dalam syairnya:

"Berbuat baik ayuhai rakan,

Kalau tidak dikenal insan,

Dalam laut ia dicampakkan, Kalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan".

sumber: utusan

++ Ganjaran akhirat tiada bandingan


Allah berfirman yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.

Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka”. (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (ali-‘Imran: 15-17)

Sheikh Sya’rawi berkata: “Berdasarkan ayat sebelum ini kepelbagaian jenis nikmat dan perhiasan. Seterusnya dinyatakan ayat yang membicarakan berkenaan dengan tawaran Allah SWT yang jauh lebih baik bagi mereka yang bertakwa dengan anugerah syurga dan segala nikmatnya.”

Ayat Ke-15

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya.

Sebab Nuzul.

Ibn Jauzi meriwayatkan dalam kitabnya Zad al-Masir daripada Ata’ bin al-Said daripada Abi Bakar bin Hafs katanya: “Apabila Allah SWT menurunkan ayat 14 daripada surah ali-‘Imran lantas kata Umar: “Hai Tuhanku, sekarang ketika kamu hiasinya?” Lantas turunnya ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Sheikh Sya’rawi berkata: “Maksud perkataan Katakanlah (Wahai Muhammad): Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Bahawa Allah SWT menceritakan kepada kita dengan kebaikan daripada perhiasan dunia. Seolah-olah ayat ini Allah SWT menjadikan perkara tersebut sebagai qias atau perbandingan antara nikmat dunia dengan nikmat akhirat.”

ii. Sheikh Sya’rawi berkata: “Di sisi Tuhan di sini jelas terpampang perbandingan antara ayat ini dan sebelumnya sebagai contoh:

nBeberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dibandingkan dengan nikmat tanaman tumbuhan di dunia.

nMereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih dibandingkan dengan sifat wanita di dunia sama ada dari segi akhlak dan kejadian.

iii. Al-Maraghi berkata: “Perkataan lebih baik (khayrun) memberi gambaran bahawa pelbagai jenis kesenangan tersebut pada asasnya adalah baik. Hal ini sememangnya tidak diragukan lagi, kerana nikmat-nikmat tersebut merupakan hasil kurniaan yang terpenting daripada Allah SWT kepada manusia”.

iv. Hamka berkata: “Semuanya ini beribu-ribu kali lebih baik daripada yang dihiaskan kepada kamu dari enam perkara tersebut. Allah SWT mengakui bahawa dunia mempunyai perhiasan dan manusia ditakdirkan mengingini perhiasan itu, tetapi Tuhan memperingatkan janganlah lupa akan tujuan dan terpesona oleh perhiasan luar kerana yang di sebelah dalam lebih hebat daripada perhiasan luar tersebut.”

Penulis berpendapat ayat ini jelas menunjukkan bahawa ganjaran dan kurniaan Allah SWT di akhirat jauh lebih baik daripada yang dimiliki di dunia.

Ayat Ke-16

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami daripada azab neraka.”

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Sheikh Sya’rawi berkata: “Doa ini menjadi dalil bahawa yang berdoa mengetahui kehendak iman seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW berkenaan tentang ihsan iaitu kamu ibadat kepada Allah SWT seolah-olah kamu melihatnya dan jika tidak melihatnya maka yakinlah Allah SWT melihatmu”.

ii. Ibn Jauzi berkata: “Makna istighfar dalam ayat ini dengan dua maksud-

nIaitu istighfar yang maaruf dengan lidah seperti pendapat Ibn Masud dan al-Hasan.

nIaitu solat, inilah pendapat Mujahid, Qatadah, al-Dhahaq dan Muqatil.

Atas dasar inilah solat dinamakan istighfar kerana sesiapa yang bersolat sudah pasti memohon keampunan.

iii. Al-Maraghi berkata: “Orang yang menjaga diri daripada melakukan perbuatan dosa dan tunduk kepada Allah SWT dengan penuh perasaan takut, mengucapkan doa dengan penuh kekhusyukan dan harapan agar dikabulkan iaitu, Wahai Tuhan kami, kami benar-benar mengaku beriman terhadap sesuatu yang Engkau turunkan kepada Rasul-rasul Engkau, dengan keyakinan yang mendalam.”

Ayat Ke-17

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn Kathir berkata: “Orang sabar ialah mereka yang mentaati dan meninggalkan perkara yang haram. Orang yang benar iaitu mereka beriltizam dengan amalan yang payah dengan sebab keimanan.

ii. Ibn Jauzi berkata: “Waktu sahur ialah sebelum keluarnya fajar di penghujung akhir malam. Allah SWT sifatkan mereka dengan segala ketaatan ini kemudian sifatkan mereka dengan takutnya mereka kepada Allah SWT”.

iii. Sheikh Sya’rawi berkata: “Segala sifat di atas bagi mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT”.

Daripada ayat-ayat ini jelas menunjukkan kurniaan Allah SWT kepada golongan yang mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi golongan yang mendapat syurga Allah SWT yang bersifat dengan sifat sabar, benar, taat, rajin bersedekah dan beristighfar.


++ Hikmah meninggalkan cakap bohong~

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim yang menceritakan pada suatu hari ada seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat,

lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah, sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah s.a.w menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau akan sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat.

Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya cuba untuk meninggalkan segala keburukan itu sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W. Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat.

Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?"
bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesanan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali jualah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga!"


Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermulalah babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. hingga akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

++ Adab Berbicara, Berdebat dan Memberi Pendapat



ADAB BERBICARA


1. Semua perbicaraan harus kebaikan, dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah ra:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:
"Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami" (HR Muttafaq ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan, dari Anas ra bahwa adalah Nabi Muhammad SAW jika berbicara maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

6. Menghindari mengucapkan yang bathil, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

7. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi) dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

9. Menghindari banyak bercanda(bergurau), berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk, berdasarkan ayat al-quran, Al-Hujjurat:11, juga dalam hadis Nabi Muhammad SAW:
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

11. Menghindari dusta, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

“Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

12. Menghindari ghibah(mengutuk) dan mengadu domba, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (HR Muttafaq ‘alaih)

13. Berhati-hati dan adil dalam memuji, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata: Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka berkata Nabi SAW: “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (dua kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim) dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi Muhammad SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji. (HR Muslim)

ADAB MENDENGAR

1. Diam dan memperhatikan (ayat al-quran, Qaf:37)
2. Tidak memotong/memutus pembicaraan
3. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan lawan jenis)
4. Tidak menyela perbicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan dosa.
5. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara

ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU

1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian
2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal
3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara
4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih
5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit
6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan isi benarnya terlebih dulu sebelum memberi komen yang salah
7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat
8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi
9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya
10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

++ Belajar Dalam Kesenangan Atau Kesusahan


www.iluvislam.com
ar-rijal
editor:NuurZaffan




Assalamualaikum,

Saya nak kongsikan satu cerita. Cerita ini adalah cerita benar. Namun tidak ramai antara kita yang sedar dan tahu akan hakikat kehidupan saudara kita yang saban hari ditindas oleh penjajah di bumi mereka. Bumi yang saya maksudkan ialah bumi Palestin, bumi al-Quds, kiblat pertama umat Islam.

Memandangkan ramai di antara kita adalah pelajar sama ada pelajar sekolah atau siswa-siswi universiti, saya kira kita semua sudah sedia maklum akan hakikat kehidupan sebagai seorang yang menuntut ilmu. Tapi, pernahkah kita terfikir bagaimana saudara-saudara Muslim yang menuntut ilmu dikala tanahair mereka dijajah? Apakah mereka memperolehi kemudahan-kemudahan untuk belajar? Selesakah keadaan mereka ketika menuntut ilmu? Bagaimanakah kehidupan mereka setelah belajar?

Hayati kisah ini. Two Schools In Nablus, Palestine.











Fikir-fikirkanlah.

Sepatutnya kita bersyukur kerana diberi nikmat dan peluang oleh Allah untuk menuntut ilmu dalam keadaan yang jauh lebih selesa. Tapi masih ramai antara kita yang masih malas untuk belajar, ponteng kelas dan berfoya-foya. Bangkitlah wahai sahabat-sahabatku!! Buka mata hati, buka minda kita. Lihat bagaimana perjuangan saudara-saudara kita di Palestin dalam menuntut ilmu.

Renungilah maksud firman Allah:

" Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." (Surah Al-Mujadalah :11)


Hayati juga maksud hadis Nabi S.A.W.:

" Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali." (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)


Wallahualam.

++ Hedonisme??


Hedonisme adalah budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang menolak dominasi fahaman agama dalam kehidupan manusia. Hedonisme yang berasal dari istilah Greek, Hedone, bermaksud pleasure (keseronokan / kelazatan) atau happiness (kegembiraan ) ialah kebaikan.

Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Al-Quran mengaitkan Hedonisme dengan kepentingan dunia dan hawa nafsu sehingga lalai dan lupa akan perintah dan suruhan Allah swt.

Allah swt telah mengingatkan bahawa terdapat kecenderungan manusia menjadikan hawa nafsu dan keseronokan sebagai sembahan, di mana Al-Quran bertanya, yang bermaksud: "Tidakkah kamu melihat mereka yang mengambil nyawa hawa nafsu sebagai tuhan mereka?".


Pengawalan Islam terhadap gejala negatif ini amat dititikberatkan. Nabi saw sejak remaja lagi telah dikawal oleh Allah swt daripada menghampiri pesta kaum Quraisy yang diadakan di Kota Mekah. Baginda diriwayatkan tertidur dengan nyenyak sebelum berupaya pergi ke pesta tersebut.

Islam amat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi sebagai tonggak utama perancangan hidup manusia khususnya berkaitan aspek perancangan ummah.


Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman.Konsep keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsur ketundukan yang tulus dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur cetusan atau rangsangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di alam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup hariannya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya.

Merujuk kepada definisi di atas, jelas sekali budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai paksi atau tunjang pemikiran.

++ Tag: Tentang Saya+Ana+Ich+Watashi+I....

dishared oleh Angah @ Cato..& dijawab oleh Jie @ Oshin

THE SELF
[01] Real name: Najibah Bt Ali
[02] Nickname: Ebah,Jie,Jiebah,Oshin,Jibs..etc
[03] Status: It's Complicated
[04] Zodiac Sign: Virgo @ Leo.. (tengah2)
[05] Gender: Female..Weiblich
[06] Age: 23th.August.1986
[07] High School: SMK Seri Kembangan, Kanton Schule Wettingen Switzerland
[08] College: Tun Abdul Razak University
[09] Height: 162 cm
[10] Weight: from 65 to 62...lagi..lagi..in prosess....
[11] Do you like yourself: ha ah.
[12] Piercings: Yep..di telinga
[13] Right or left: Both loh~
[14] Are you a freak: nop..cool plus gelabah.ngeee~
[15] Hair: Mestilah adew...
[16] Skin colour: bertukar2 mengikut musim... huhu
[17] Allergic: habuk & asap ROKOK...eiiiyeww...xsuke nyer...
[18] What are you doing now: Duduk di atas kerusi
[19] What will you doing 1 hour later: Duduk ,berjalan..makan..baring..tgk tv...jalan2...lagi2..buat apa yang patut....
[20] What will you doing 10 years later: ingin menjadi macam DONALD DUCK.. eh salah2!!..macam DONALD TRUMP~!! & juga ingin menjadi seorang yang lebih beriman...InsyaAllah..
THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family: Family
[22] Siblings(included you): Lima (Fuenf) 3 Hawa 2 Adam
[23] Eldest: Akak, Nabihah 3 Feb 1985
[24] Youngest: Muhammad 19 January 1994
[25] Love/hate your family: Liebe...Cinta teramat~~~
THE LOVE
[26] You found your another half: dulu...sikarang single balik da...It's so complicated arh..
[27] If yes, who is he/she: hehe..MR Right kot~ weee..
[28] Who you want he/she to be: ++ sumbody yang lebih mencintai Allah....well...
[29] Time(s) you in relationship: .............adela sikit.
[30] Ever woo boy/girl: eh?ada2..cakap pelan2..
[31] Anyone woo you before: xde..kot~ heheh
[32] Did anything wrong to your other half: dun rememberlah...ada ke xde?...tga pikir ni.
[33] What was/were the wrong you had done: hmm..next questions please!
[34] Ever argue with your other half: of course..
[35] You with your other half since: Lebih kurang 2 tahun lebih
[36] Are you straight/Lesbo: jalan terus------- xde belok2
[37] Reasons you love your other half: biarlah ia menjadi konangan....[skema..skema..]
[38] You and your other half in which stage: Ex-couple
[39] You woo he/she or he/she woo you:2 2 kot
[40] Ever think of marry he/she: ++cakap dalam hati..xdelah.dah lupo dah semuo tu..
THE FRIEND
[41] Your first best friend: NurDiyana Nurrzuan..(sama sek. rendah & menengah)
[42] Your first enemy: Syaitan laknatullah....
[43] The friends you love the most: Diyana & Ewelina....
[44] The enemy you hate the most(1only): Iblis, syaitan dan pengikutnya.
[45] Your most beautiful girl friend: Everybodies r beutiful..
[46] Your most handsome boy friend: All...
[47] The kind of girl you hate the most: uih..ade..tapi cuba tuk maafkan...wee~~
[48] The kind of boy you hate the most: perasan ensem..atau perasan segalanya..
[49] You fall in love with your close friend before: xdelah..
[50] Your best friend is your ex-lover: Nops~!
[51] If your friend backstabbing you: maafkan aje lew...
[52] If your friend betray you: Bertaubatlah sebelum terlambat.ingat~!
[53] If your friend woo your lover:cakap kat dia...*cakap dalam hati jew..jgn cakap torang2..kecik hati jantung my 'lover' tu kang..
[54] If your friends fall in love with you: Aih? ado ke?
[55] If you fall in love with your best friend: Eh? soalan kurang terang..ni hubungan songsang ke hape?
THE STUDIES
[56] Are you a good student: InsyaAllah
[57] You always done your homeworks/assignments: Tengok ma mood...
[58] The teacher/tutor you love the most: Semua ..agaknyer..
[59] Always late to school/college: not always.kadang2..selalunya awal dr lambat..
[60] Your class: Tourism.
[61] You love your seniors: love?? suke ade lah. huhu
[62] Senior who you love the most: sape la agaknyer tu....
[63] Your classmates good/bad: suku bagus..setengah hampeh~
[64] Excellent result classmate: Nadia & Rahimah..result diaorang not bad juga..
[65] Laziest classmate: mestilah ade.....
THE PEOPLE
[66] Smart people: hm...apa mau jadi..boleh beku otak~
[67] Stupid people: yang tak fikir masa depan..
[68] Good looking people: Sesape yang Allah ciptakan dia cantik & ensem.
[69] Ugly people: yang berpakaian selekeh....tersangat selekah..erm erm
[70] Funny people: klako....
[71] Cute people: sape eh?..weee~~~
[72] Bad people: ...yang suke wat jahat..jadi dia bad lorrh~
[73] Honest people: yang suke cakap terus torang...
[74] Acting people: ape hang merepek ni??
[75] You are what kind of people: Kenal baru tau....heee ^-^
THE PREFER
[76] Lip or eyes: satu + satu = 2...2
[77] Hugs or kisses: 1-1=0+2= 2...2
[78] Shorter or taller: Traller...eh silap2..Taller ah..xpun..tapi kalo dah jodoh shorter nak wat camnew...
[79] Hesitant or spontaneous: Hesneous...haha
[80] Nice stomach or nice arms: nak wat korban ke? raye haji nak dokat da ni..
[81] Listener or talker: 2 2
[82] Romantic or rich: 2 2..tambah 1 lagi.. beriman..
[83] Good husband or Good Father: no one is perfect~~~~~!
THE FUTURE
[84] Age to get marry: Sampai jodoh..nikah lew..
[85] Numbers of kid(s): target....** belum tau lagi
[86] Career: German Translator
[87] Salary: RM100,000,000,000 CASH~ setiap bulan..bole?
[88] Retirement age: tak tau ler..selagi terlarat..teruskan berbakti pada bangse & negare..
[89] Properties value: haha..soalan 'sensert'.. ni.
[90] Wishes: banyak tak terkira...
THE VICTIMS
[91] Dipersilakan...
[92] menjawab...
[93] bagi..
[94] yang...
[95] sudi...

++ COMICS : Garfiled

KLIK GAMBAR TUK GAMBAR BESAR......
TQ.. =)

kalau x nampak gak..tak tahu la..







Click on d pixs 2 enlarge...

++ Tag : Apa kesukaan diri saya?

di tagged oleh: Mr Adi

Senaraikan 10 kesukaan diri anda:
  1. Ana suka orang yang suka berlawak..atau ketawa yang melawakkan.."oh..sonotnyer..."
  2. Ana suka orang yang kemas..aka x selekeh..sodap mata den memandangnyer ha~
  3. Ana suka orang berserban..tak pun berjubah..seperti ciri2 Rasullullah..MasyaAllah.. @ orang alim~ soleh atau solehah..beriman luaran & dalaman..not 'poser' semata2...
  4. Ana suka mendengar musik..dari techno sehingga lagu tidur...hehe bagila lagu apa pun, kalau sedap didengar..layan aje..
  5. Ana suka kalau orang kejut bagun pagi2..dengan cara lembut...kalao kasar memang mood nak bangun tu xde... ngeee~
  6. Ana suka pelajari ilmu agama yang belum ana belajar....
  7. Ana suka..waktu berkumpul sedare mara @ kaum kerabat a.k.a the whole family...masa ni..seronok x terhingga.."eh eh..ala kadar sudeh~"
  8. Ana suka belajar dari cara melihat,mendengar..membaca..kureng sikit...
  9. Ana suka...kecantikan...fesyen..'still bercirikan keislaman..dats IMPORTANT~!'
  10. Ana suka tangkap gambo..so dengan sabarnya menunggu camera canon SLR..insyaAllah 1 hari nanti akan ana milikinya juga....'pergh~! ayat skema'..hee...
Senaraikan 5 jenis lelaki/wanita idaman anda:
  1. Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW
  2. Ummi
  3. Abatie
  4. Tok Mak
  5. Tok Bak
p/s ala ramai lagi la..x cukup tempat pulak.~

Tag ini diforwadkan kepada:

sesapa yang ingin di tag...sila2..

++ AWARD: I LOVE YOU Award

Kali ini Jiebahoshin mendapat award daripada EnchekCamera..

Nie award ke-4 ...yippiiee!!..

makasih yew..hehehe...sebelum ni award2 yang diterima diletakkan di site sebelah kanan..cuma yang ni je agak panjang sikit..

p/s ingtkan artis je dapat award nih~

“Love is like swallowing hot chocolate
before it has cooled off.
It takes you by surprise at first,
but keeps you warm for a long time.”

Dengan rasa bertanggungjawab dan rasa terharu terhadap anda sekalian yang tidak jemu-jemu melawat blog ini, JiebahOshin menganugerahkan award ini kepada anda sekali. :)

kepada semua yang sudi memberi support dalam memajukan lagi blog ni...

kepada sesiapa yang ada dalam list ni..n dah pun terima award ini oleh rakan anda, terpulang pada anda untuk letak for 2nd time...

++ Aishun Rafiq

++Kiden belo-belo

++Mizie

++Hana Brunei

++Afzanur Rahman

++Ahlami

++Cato

hehe..kepada yang tak dapat tu,jgnlah ambil serius eh...memain jew ;p

&___Akhir Kata....Majulah 'BLOG [GERS]' untuk Malaysia... heee..

++ Sembang NasyidFM


Sila klik untuk menyertai perjumpaan nasyidfm

Assalamualaikum
Anda berada di ruangan sembang #NasyidFM.

Klik sini

Sila taipkan nick kegemaran anda di ruangan “choose a nickname” untuk bersembang dan tekan button “Click to join Chatroom”
Sila taip /nick nickanda untuk menukarkan nick
Sila taip /msg nickserv register passwordanda emailanda - untuk mendaftarkan nickanda agar tidak digunakan oleh orang lain
Sila taip /msg nickserv identify password anda - untuk membuat kepastian bahawa ini adalah nick anda

sumber:DJFaizal

++ Nasyid and Friend : Mersa di alam maya bersua di alam nyata



Sila klik untuk menyertai perjumpaan nasyidfm




Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam