سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, June 24, 2008

++ Taubat..MERAYU KEAMPUNAN ALLAH..

.....berpesan-pesan...

TAUBAT..MERAYU KEAMPUNAN ALLAH


Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8)..

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:
1. Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2. Bersegera melakukan taubat nasuha.
3. Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
4. Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
5. Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
6. Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.
7. Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
8. Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
9. Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati
10. Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.


Adakah Allah Menerima Taubatku???

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Firman Allah swt dalam sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang megetahui dan meyakini bahawa hanya Aku yang mampu mengampunkan segala dosa maka akan aku ampunkan dosa-dosanya selama mana dia tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu”.

Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “ Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengandosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”.

Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34). “Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu” (Hud: 3).


Tanda-tanda Taubat diterima

Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima olehAllah SWT atau tidak ..Maka jawabnya,Ini adalah urusanAllah,kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihatpada tanda-tandanya iaitu :

# Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

# Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.

# Apabila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah SWT.

# Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.

# Walaupun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap melihatnya sedikit.

# Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.

Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?

Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:

1. Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orag-orang soleh
2. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
3. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat 4. Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah

Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci".

Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:

1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya
3.Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu
4.. Mereka selalu membantu dan mendekatinya

Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:

1. Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa
2. Dia dicintai oleh Allah
3. Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
4. Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini

Semoga kita akan mandapat manfaat dari rangkaian pesanan ini, e-mailkan kepada teman-teman anda, segala yang baik dikembalikan kepada Allah...amin

++ Apa Khabar semua??.. ;) Im Back~

Assalamualaikum..kepada pembaca blog di luar sana..Khaifa Haluk?

syukran jazilan coz sudi tinggalkan comment di chatbox ..aku telah selamat kembali ke tanah airku semalam.. (ceh~ skema nye ayat)..huhu..
so hari ni, aku boleh lah sambung tulis blog aku dalam ni..setelah agak lama tertangguh tuk update..erm..thanks atas kesabaran u all.. :)

sepanjang aku di JB, erm..kalau x silap, hampir 1 bulan aku kat sana..erm..terseksa jugalah coz x dapat nak online selalu..maklumlah kampung atuk, umah dia xde internet connection cam kat sini..kalau nak online pun kene gi CC.. xpun masa time gi umah makcik aku kat Pasir Gudang..kalau tak..dok tercangguk gak la..


Sebelum aku "memakeoverkan" skirt ni..Hasil "kekreatifan" aku mencantikkan skirt..hehe

tapi, aku xdelah menghabiskan mase aku tu dengan benda2 x berfaedah..Alhamdulillah...dapat gak aku mencantikkan skirt lama aku tu..hehehe..taruk labuci lebey2..bagi nampak bling2 sket..x sangka ada yang kata cantik, bile skirt aku tu da siap di "makeover"kan..hehe

adik aku,sampai nak suruh aku jual skirt tu kat dier...uih..xnak eyh...tolong jahitkan boleh..kalau jual..sowi sesangat..hehehe..

so semalam aku tiba dr JB lebih kurang pukul 2 lebih..erm...petang..bukan tengah pagi..hehe..nabil yang menjemput aku dekat perhentian Serdang..erm..panas terik jugalah semalam...tapi..apa2 pun, aku tiba dengan selamatnya..Alhamdulillah..

lepastu, kitorang pergi jemput mak dan yah kat kedai buku...erm..then, balik umah..

setibanya aku kat rumah, agak terkejut juga bila aku tengok dekat ruang tamu penuh dengan barang2 pascel dari Sudan dulu...uih...87 kotak sekali letak kat umah....isk..isk...dan bilik aku juga tak terlepas jadi mangsa keadaan..huhu..
bilik aku yang lawa jadi tempat letak barang Nabil n barang2 dr Sudan..Ya Allah..fenin'..fenin'..harap2 settlela benda tu cepat2...semak jugalah permandangan ni..huhu..

erm..hari ni, aku xde kemana2...macam biasa, edit gambar and upload kat Friendster & MySpace aku..korang nak tahu,memory card kat dalam camera aku tu..sampai penuh aku kerjakan...yelah...1 bulan aku kat JB, tangkap gambr sane..tangkat gambr sini..mane x penuh..ha sekarang..naik lebam nak mengedit gambar..huhu..so harap2 u all sudi2lah comment pic aku tu yea.. :)

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam