سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, December 8, 2008

++ Umat Islam tidak boleh jahil dalam memahami konsep kebebasan beragama.


"Barangsiapa yg murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dlm kekafiran, maka mereka itulah yg sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (2:217)
Ayat Al-Qur’an di atas merupakan suatu peringatan dan ancaman kpd org yg murtad, bahwa mereka akan rugi seruginya di dunia dan di akhirat. Malah Allah swt dgn tegas menyatakan di dlm ayat itu bahawa orang2 murtad itu tempatnya telah jelas iaitu di dlm neraka yg akan kekal selama-lamanya.

Kerana kemaslahatan dan kepentingan manusia, persoalan menukar agama dari Islam kepada lainnya perlu diberi kawalan yang ketat dan rapi. Orang-orang Islam tidak dibenarkan menukar agamanya samasekali. Sesiapa yang menukar juga, maka menurut undang-undang Islam hukuman yang wajib dijatuhkan ke atas mereka adalah bunuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Maksudnya:
Sesiapa (orang Islam) yang menukar agamanya maka bunahlah ia. (Riwayat kebanyakan Ahl Sunan)

Ketika Rasulullah s.a.w. menghantar sahabatnya yang bernama Mu'az bin Jabal ke Yaman di zamannya untuk menjadi hakim di sana; Rasulullah s.a.w mengingatkan Mu'az jika sekiranya kamu dapati ada orang-orang yang murtad maka bunuhlah ia.
Abu Bakar (r.a.) ketika menjadi khalifah, selepas wafatnya Rasulullah s.a.w telah memerangi orang-orang murtad di zaman tersebut. Sahabat-sahabat semuanya tidak ada yang membantah, malah turut sama memerangi orang-orang murtad itu, hingga keadaan kembali tenang semula.

Ulama lslam seluruhnya berijmak mengatakan bahawa sememangnya hukuman ke atas orang yang murtad adalah bunuh.
Murtad boleh terjadi dengan pengakuan yang jelas dari seseorang, atau dengan perbuatan yang boleh disabitkan sebagai murtad. Dalam melaksanakan hukuman yang bunuh ke atas orang-orang murtad itu bukanlah boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Jika berlaku kes murtad, maka pihak yang berkuasa perlu membicarakan kes-kes itu dengan sejelas-jelasnya.

Sekiranya di dalam soal jawab akan sebab mengapa mereka menjadi murtad ternyata bahawa mereka telah tersalah faham terhadap Islam atau terpengaruh dengan dakyah jahat musuh musuh Islam, maka mereka boleh dianggap telah kembali semula kepada Islam dengan bertaubat setelah berpuashati dengan keterangan-keterangan dan jawapan jawapan yang diberikan kepada mereka.

Apabila Islam menghukum bunuh terhadap orang-orang yang murtad, maka persoalan sudah pasti akan timbul; tidakkah hukuman bunuh itu terlalu berat, untuk dikenakan ke atas orang-orang yang murtad.

Dengan mengatakan hukuman yang berat itu, tidakkah ianya bererti tidak ada kebebasan beragama di dalam Islam?

Bagi persoalan pertama kita perlu menginsafi bahawa seseorang yang murtad sebenarnya adalah seorang yang telah memilih jalan sesat dengan meninggalkan jalan yang benar. Bagi pemerintah Islam yang telah yakin dengan Islam sebagai jalan yang benar, apakah akan rela membiarkan seseorang itu sesat setelah ia berada di atas kebenaran. Membiarkan seseorang itu hanyut di dalam kesesatan dan kebinasaan adalah suatu kesalahan besar. Oleh yang demikian pemerintah mesti mengembalikan seorang yang sesat kepada kebenaran yang telah pun ia temui kebenaran itu.

Jika tidak berjaya dikembalikan orang tersebut kepada kebenaran, maka itu bererti bahawa orang tersebut sebenarnya seorang yang membawa penyakit yang merbahaya. Penyakit itu bukan sahaja akan membinasakan dirinya seorang, malah akan membinasakan orang lain pula. Mungkin masyarakat dan negara seluruhnya. Oleh yang demikian apakah wajar orang tersebut akan dibiarkan untuk ia memusnahkan dirinya dan masyarakat juga negara. Atau akan dicari jalan yang paling ringan untuk mengatasi masalah itu. Yang paling ringan ialah membunuh orang itu, supaya terselamat orang lain dari bahaya yang dibawa olehnya.

Dalam hidup kita sehari-hari, kita selalu melihat ada anggota-anggota badan manusia yang berpenyakit dan cacat dipotong oleh doktor kerana telah diyakini bahawa jika anggota yang cacat itu tidak dipotong maka akan merebak ke anggota lain yang sihat. Begitu juga kita melihat ada manusia yang dihukum bunuh kerana kesalahan-kesalahan tertentu yang perlu dihukum bunuh, yang jika tidak dibunuh maka masyarakat akan terancam. Jika kita telah menerima semuanya itu maka demikian juga dengan masalah menghukum bunuh orang yang murtad itu.

Bagi persoalan yang kedua bersabit dengan kebebasan beragama, maka perlulah difahami terlebih dahulu benar-benar bahawa yang sebenarnya tidak ada di dalam dunia ini apa yang dinamakan kebebasan mutlak. Apa yang disebut sebagai kebebasan di dalam dunia ini semuanya terikat. Sekiranya kebebasan tidak terikat atau disekat maka akan hancur leburlah masyarakat seluruhnya.

Sebagai contohnya. Di dalam negara demokrasi setiap rakyat bebas bersuara dan bebas mengeluarkan pendapat. Akan tetapi apakah apa sahaja dapat disuarakan dan apa sahaja jenis pendapat boleh dikeluarkan? Tentu sekali tidak, begitulah juga dengan contoh contoh yang lain. Demikian juga halnya dengan kebebasan beragama. Ia bukan bererti bebas sebebas-bebasaya dalam beragama sama ada hendak menganut satu agama atau meninggalkan sesuatu agama dengan mudah tanpa sekatan. Kebebasan beragama di dalam Islam bererti seseorang itu sebelum ia memeluk agama Islam ia bebas beragama apa sahaja. Bebas pula mengamalkan ajaran-ajaran agama yang ia anut.

Ia juga bebas sama ada untuk memeluk Islam atau pun tidak. Dalam Islam tidak boleh dipaksa seseorang itu memeluk Islam. Akan tetapi sebelum memeluk Islam hendaklah difahami benar-henar bahawa apabila telah memeluk agama Islam maka tidak lagi boleh keluar dari agama itu. Jika ia keluar juga maka hukuman telah ditetapkan seperti yang tersebut tadi.

Contoh kebebasan seperti yang disebutkan di atas bolehlah dicontohkan dengan kebebasan warganegara Malaysia, sama ada hendak menyertai perkhidmatan polis atau tentera, bagi orang yang layak dan peluang terbuka untuk berhuat demikian. Menyertai perkhidmatan polis atau tentera adalah bebas.

Akan tetapi setelah menerima perkhidmatan itu dengan segala syarat-syaratnya, apakah seseorang itu akan bebas sama ada hendak mengikuti arahan-arahan atau pun meninggalkan perkhidmatan itu dengan sewenang-wenang. Kita semua faham bahawa setelah menerima dan memasuki perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan, undang undang dan peraturan menjadi pengawal utama yang mengikat kebebasan seseorang, sesiapa yung melanggar peraturan-peraturan tersebut maka ia tetap diajar hukum. Demikian dengan kebebasan beragama di dalam Islam.

[Manusia & Islam by Prof Dr. Harun Din]


++ Sejarah Kota Mekah...

SITI HAJAR: WANITA YANG SABAR

mekah Pictures, Images and Photos


Dalam bahang terik mentari, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu.Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu : "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?" Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. ""Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini." ""Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..." ""Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah SWT."

Bila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu? Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan ALlah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan... Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya : "Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku redha ditinggalkan" suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya yang berlinangan. Ditabahkan hatinya dengan berkata : "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta redha di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Cuma...," katanya lagi, "doakanlah agar datang pembelaan Allah SWT kepada kami." Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa :
"Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.”

Menitis airmatanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan yang padu pada janji Allah SWT, ditunaikan juga perintah Allah SWT walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah SWT.

Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.

Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan.

Ya, Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai Allah SWT, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Makkah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati dan aman.

Wallahualam


mekah Pictures, Images and Photos

++ Mahukah kamu semua jika aku beritahukan tentang......


Daripada Abi Bakrah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Mahukah kamu semua jika aku beritahukan tentang sebesar-besar dosa besar?” Kami menjawab “ sudah tentu (kami mahu) wahai Rasulullah. Baginda bersabda “Menyekutukan Allah (syirik) dan menderhakai kedua ibu bapa dan sumpah palsu”. Pada masa itu Baginda sedang bersandar lalu baginda duduk dan bersabda “Ingatlah (juga dosa yang sangat besar ialah) perkataan palsu dan sumpah palsu”. Baginda tidak henti-henti mengulanginya sehinggalah kami berkata “Alangkah baik kalau Baginda berhenti” (tidak mengulangi peringatan itu lagi).
(HR Bukhari dan Muslim. Hadis no. 1552 dari Kitab Nuzhatul Muttaqin)

Pengajaran:

1. Besar dosanya mensyirikkan Allah, penderhakaan terhadap kedua ibubapa dan penyaksian palsu.

2. Peringatan berkali-kali diulangi oleh Rasulullah s.a.w. menunjukkan bahayanya saksi palsu
kepada masyarakat dan besarnya azab yang akan menimpa si pelaku itu di akhirat kelak.

“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”( Maksud Surah Adz-Dzaariyaat: ayat 55)

Allahu’aalam

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam