aku & keluarga bersama keluarga kak Khatijah..(kakak Allahyarham Kimie)
Assalamualaikum..
semalam aku menziarahi keluarga kakak Allahyarham Kimie..@ Khamzah bin Mohd Noh..di Tapah, Perak..kami tiba disana pada pukul 3 petang..kami sekeluaga disambut mesra oleh kakak Allahyarham..inilah kali pertama kami bersua muka..sebelum ini, hanya sms dan telefon yang menjadi penghubung antara kami..
Alhamdulillah..Allah mengizinkan kami bertemu..agak banyak perkara yang dibualkan..selepas kami tiba ke rumah kak khatijah dan suami..anak tunggal mereka, Izham..tersangat comel..suasana di meriahkan lagi dengan teletah Izham..hehehe..dia memang comel..
kami bersolat zohor di sana...sementara menunggu untuk makan tengahari, anak mataku terpandang pada buku2 agama arwah...dan buku "Tata susila hari konvokesyen Universiti Melaya"
hmm..aku tertanya2..sama ada arwah sempat konvo atau pun tidak...erm..kesian sungguh ..Al-Fatihah pada nya..
pada masa yang sama..aku gembira dan bersyukur kerana dapat berjumpa dengan keluarga arwah..akhirnya..impian menjadi kenyataan...keletihan dalam perjalanan ke sana tidak ku rasakan..erm..walaupun kadang kala terasa sedih hati ini diatas apa yang berlaku pada arwah..kakak beliau ada menceritakan saat2 terakhir beliau sebelum meninggalkan kami semua..
kami menghabiskan masa tidak lama disana..aku rasa tidak puas melihat telatah comel Izham..rasa ingin berjumpa untuk kali ke 2...insyaAllah jika diberikan peluang, akan kami ke sana semula...insyaAllah pada hari raya ini...