سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, September 23, 2008

++ Kerana Satu Klik Malapetataka Berterusan Diterima


www.iLuvislam.com

Oleh: Ismail Abu Bakar
dihantar oleh: miya myra


Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut. :

Mahfumnya:: Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. :

“Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mahfumnya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) 2 pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun."
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)


Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack dan Yahoogroup

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.


Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Berganda-ganda

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Cerita Qabil

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu’alam

++ KEADILAN & KEBERANIAN...


"Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi."

++ Akibat Anak Derhaka....



SubhanAllah!!!..moga2 kita dilindungi oleh Allah dr perkara seperti ini..Amiin..

++ ALAM ROH Dua jam mati hidup kembali PART 1-8 (Akhir)








++ WANITA..Akal senipis rambutnya..

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…

++ Duit Baru Malaysia.........

Berita Terbaru..
Gabenor Bank Negara
Telah keluorkn
Duit Mesia baru
Untuk M’bantu Memudahkan
Pak2 Leman N Mak2 Kiah
bagi duit raye kat bebudak




++ Coretan Hawa Untuk Adam..


Adam…..
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam…
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi
tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam…
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam…
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam…
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam…
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid b*d*h, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku
adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang
akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau
pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

++ LIMA PERKARA YANG ELOK DISEBUT-SEBUT


perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk.


2. Perbanyakkan menyebut Akhirat daripada
menyebut urusan dunia.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

5. Jangan menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain




++ Pikura...KAMI!!... Time kecik2....

aSo kawaiii..... Our 1st Pikura....~~~

Alhamdulillah..ana tak sangka dapat jumpa gambar ni semula..emak yang beri ana tengok...erm..so ana rasa macam nak berkongsi dengan antum, ana tangkap gambr ni..then uplaod d sini...

hmm...ana ingat lagi...kami adik beradik tangkap pikura ni masa di KL Tower...tahun bila tu x pasti.. apa yang ana ingat kami kecik-kecik lagi masa ni... tengoklah muka ana...hehehe...muka budak-budak...pakai breaces lagi..cuma tak nak bukak mulut nanti bersinar pulak..hehehe.. wah..akak ana bersemangat tunjuk breaces dia..huhu

akak, abin, yah..muhd...muka berbeza sekali dari sekarang..maklumlah belum akhil baligh time tu.. ish ish..rindu nyer nak kembali zaman dulu2...

nasib baik emak simpan gambr ni....boleh juga tengok & flash back kenangan lama...hihi..

berbeza sungguh tu...abin & muhd yang nampak len sgt..hehehe..

so abin , akak ...kalau tengok gambar ni jangan lupe komen tau~!..

also, i mues jetzt gah ( i have 2 go now )... bis dann.. (till then)... Wasalam.. ;)

++ TAG lagi~!~!... WiErDo..ThiNgy~

Di Tag Oleh: Cik Milo....@ Cik Mile.. (Disebut Mi....Le...)
  • State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.
  • The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.

oh Sudan yang ku rindu..ceh rindu la sangat..huhu
-----------------------------------------------------
1. Ana juga belum pernah jejak kaki & juga menaiki EYE ON MALAYSIA seperti mana cik CATO telah katakan sebelum ni...(skema je ayat..hihi)

2.Ana ni bukan jenis suka tunggu orang lama sangat...nanti mesti tanya "kenapa dia lambat.."

3. Suka naik ROLLER COASTER...tapi pada masa yang sama...TAKUT pun ader..

4. Terasa nak kembali ke SWITZERLAND...setelah termimpi berada di sana semula.....

5. 2004-2005 pernah ke Swiss selama 1 tahun..pertukaran pelajar...besh..besh.. :D

6. Ada hamba Allah ni susah sgt nak sebut nama ana...ada yang panggil.. Najihah ler..Najiban le... dan yang paling kurang di ajar....Najisbah..MashaAllah.. ape ingt najis ke ape?...teruk sey...so nama ana yang di beri ikhlas oleh ibu & bapa ana ialah NAJIBAH.. dieja sebagai N.A.J.I.B.A.H.. okie~!

7. Suke pelajari sesuatu melalui penglihatan (visual yang bergerak) & pendengaran....kalau buku..erm kurang...

8. Muke ana ade iras-iras macam emak ana....

9. Sudah memakai spec since darjah 5...

10. Sambut umur 18 tahun di Switzerland...keluarga angkat buat suprised yang sungguh x disangka....Es war sooooo spass ...


11. 1st time dapat hadiah KRISMAS dari keluarga angkat & sambut di Swiss juga..

12. Pernah mengerjakan ibadah UMRAH masa umur 7 tahun...

13. Masa kecik atuk panggil ana Oshin...sebab ana tembam sgt....mcm satu pelakon baby dr Jepun..

14. Suke pada perhiasan...tak kiralah perhiasan bilik atau pun diri....

15. Ana suka pada budak kecik....baby terutamanya...huhu
---------------------------
10 orang di kerah untuk menjawab tag ni...jadi..jgn nak skip pulak eh...
(erm. mcm x cukup 10 je ni)

-aishun
-farha
-suraya
-kiden
-sape lagi eh...x ramai lah kengkawan ni..huhu...
so suke hati lah tuk tag diri sendiri.....

++ Tag Tag Tag.........SEKALI LAGI~~~

Tagged Menagged IV

Pagi tadi...genap lah pukul 6 pagi..ana saje2 tengok kalau-kalau ada orang beri komen...tup tup..ternampak satu komen ni yang mengatakan ana di tag.....oh tidak!!....tapi dalam hati,suke aje...huhu
Antum semua nak tahu ana di tag oleh siapa?....jeng..jeng..jeng......
seorang hamba Allah yang sejak Azali tinggal di Sudan...eh eh..yeke??..
namanya Taqiyuddin (maalish kalau tersilap taip nama)..hehehehe....ataupun dikenali sebagai Din Belo..Belo...hmm..aih..awat nama camtu..uniknyer..
so din...jie reply ur tag..dengan suka hatinyer.... ;)


Tukang tagged : Kiden Belo-Belo


Ini undang-undang tuan kemah yang telah di tetapkan...jadi tolong FOLLOW~!
* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog .

gambar seperti yang tertera di ID card buatan sendiri

erm. 7 Fakta tentang ana??


** nak cakap camne pun xsure....cuma apa yang pasti ana ni suke bergurau secara spontan....erm..kalau yang lebih specific lagi..makingninto jokingnonte..(so antum fikirlah sendiri yea!)..huhu..clap..clap..

** ke second....suke dok depan komputer sampai bergelang mata...mana x nyer..hampir 24 hours depan pc...mencari maklumat berguna untuk di kongsi bersame dgn antum semua..tapi amal ibadat kena stabil juga...

** ana ni jenis susah sikit nak tidur...erm...insomnia kot.....entahle...kenapa..ana pun tak tahu....tapi kalau dah ngantuk sgt....pengsan juga...

** ke vier (empat)..ana kalau antum nak tahu..ana ni dulu pakai breaces.....ala pelekap gigi tu...erm..nak kata gigi ana ni jongang x juga..tapi doktor nak kate camtu..jadi kene pakai jugak..erm..selama 4 tahun.ish ish..sedis betul..sepanjang guna breaces tu...sakitnya..erm..Allah saja yang tahu..nak makan..mcm nak patah gigi....pastu..kat sekolah kawan2 mesti ada ejek..gigi besi...kalau balik kampung...pakcik2 nyakat dia gelar ana dan kakak..gigi hantu...ceh! ade ke patut...ish ish.. x patut..x patut...

** ke feunf (lima)..salah sorang anak yang agak pelik perangainya..em..bukan pelik cam alien..cuma..pemikiran terlalu ke hadapan sgt..sampai xde brek nak tekan...pastu ana ni..jenis hot sikit...jadi..maaflah yea kalau2 terkasar bahasa ke selama berkenal-kenalan..mklmlah ana ni dulu tomboy..tapi sekarang dah insaf..... ;-(

** ke sechs (enam) ... ana ni orang kata sombong kalau baru2 kenal..mungkin sebab nada suara yang agak tegas & muka sedikit masam..hehe..dalam proses tuk jadi manis..apa2pun kenal dulu..baru tahu ana mcmmana.. kalau dah kenal...ada yang kata ana ni..pelawak spontan..sporting..dan cepat mengelabah...huhu

** ke sieben (tujuh) & juga terakhir...ana ni memang x terer math sejak menjak kena jentik dgn ayah ana di telinga...hmm darjah 2 lagi..time tu kene hafal sifir...lambat sgt pickup.. terus jari ayahku terhinggap di telinga kurang beberapa saat...tu terus fobia math...ish ish ish....nagis teresak2..sampai sesak... hihi...so kalau nak beli apa2 yang ada kena mengena dgn math.....sila bawa kalkulator atau gunalah otak anda yang bijaksana... (mak aii..panjanglah pulak..)


7 makhluk tuhan yg ana nak tag:

  • Aishun
  • enchek Camera
  • suraya
  • Fareeha
  • dan sape2 saje yang rajin nak jawab tag...

++ Lantai Runtuh Ketika Sedang Menari..



MASHAALLAH.......

++ Baca Doa Malam LailatulQadar

Jom Baca Doa Malam LailatulQadar Daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha, beliau berkata:


قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني

Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni

(Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).”

(HR. Tirmidzi nombor 3513, kata at-Tirmizi: "haza hadis Hasan Sahih/ hadis ini Hasan Sahih")

++ Tips 10 Malam Terakhir


www.iLuvislam.com
oleh : iz muslim too




Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.



Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

++ Pergaulan Menurut Islam

Soalan:
Bagaimanakah sebenarnya pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut pandangan Islam. Saya bertanya kerana saya jarang menegur perempuan kecuali pada hal yang penting sahaja. Walau bagaimanapun, saya dikatakan sombong oleh kaum perempuan di tempat saya tinggal dan universiti saya. Saya harap Tuan dapat jelaskan dengan terang?
Najeb, Kajang
Jawapan:

Islam tidak membenarkan apa jua bentuk hubungan antara lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah dan menjauhi zina. Kecuali dalam keadaan darurat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim di mana Rasullullah SAW membenarkan orang perempuan pergi ke medan perang bagi menolong merawat pesakit-pesakit dan menyediakan minuman.

Dalam suasana kebebasan yang ada pada hari ini setiap individu muslim harus menyedari batas-batas pergaulan agar terhindar dari perkara terkutuk sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat ke 32 yang bermaksud: " Dan janganlah kamu mendekati zina ".
Perbuatan anda membatasi pergaulan dengan wanita adalah sangat elok untuk menjaga diri sendiri, dan anda harus mempertahan prinsip tersebut tanpa memperdulikan kata-kata orang lain. Namun anda juga perlu bergaul dengan ramah dalam keadaan-keadaan tertentu yang tidak menimbulkan fitnah seperti dalam dewan kuliah dan sebagainya agar anda tidak dianggap sombong dan memencilkan diri dari teman-teman kerana desakan hidup pada masa ini memerlukan kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

++ Bercinta Menurut Islam




Soalan:

Bagaimana remaja hendak bercinta mengikut cara islam?
Faizal, Gemencheh
Jawapan:
Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri.

Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubaoanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.

Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam