سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, September 26, 2008

++ Apa yang antum perlu tahu tentang famili ana..




Sifat & Keperibadian famili ana....

well ini hanya separuh saja... x semua ana leh 'reveal' tuk menjaga hati & ulam jantung ahli keluarga ana..hihi



Abah ( Haji Ali bin Mohd Shariff )

  • ayah yang penyanyang..tapi tak tunjuk depan2
  • suka membaca
  • sayangkan isteri tercinta
  • susah terkejut..kalau terkejut pun dia buat biasa je..
  • suka cakap 'hurry up'..sebab dia x suka menunggu
  • orang yang agak pendiam
  • orang buat lawak,dia senyum sj..tapi kalau tergelak besar tu time betul2 lawak la..
  • barangan koleksi [Jam tangan & barang golf]
  • sanggup berkorban masa,dan harta semata2 untuk masa depan anak2 & keluarga tersayang.
  • boleh dibuat kawan kalau time bergurau
  • suka menangkap gambar **hobi yang bagus tuk dibuat kenangan**
  • 'Fruits' addict
  • family type
  • Sporting
  • akan berusaha untuk memiliki apa yang diimpikan

Emak ( Hajah Jamilah binti Mohammed )
  • mudah tersenyum
  • suka berlawak,'gelak' mak buat semua tergelak.
  • amat rajin
  • pengemas,pembersih 'x suke tgk barang sepah2'
  • ana gelarkan emak 'ummi mithali'
  • mudah bergaul dengan anak2 , suka mendalami & gembirakan hati kami.
  • kalau marah, mak lebih suka berdiamkan diri
  • sukakan 'interior design'
  • lebih rela berkorban demi orang tersayang.
  • penyabar
  • sporting
  • family type
  • suka memasak

Akak ( Nabihah )
  • mudah tersenyum 'sengih'..well, "Senyum itu pahala"
  • agak pendiam
  • suka mendengar, 'observe'
  • suka membaca
  • pemalu
  • baik hati
  • addicted to 'Japan'-movies,musics etc
  • memujuk orang walaupun dia sedang merajuk
  • suka mengembirakan hati orang
  • suka memberi nasihat & semangat adik-adik
  • semua novel layan (lebih kepada ciri keagamaan)
  • suka warna 'purple'
  • lebih kepada keagamaan
  • family type
  • suka benda yang comel
  • bakal menjadi doktor yang berjaya di dunia & di akhirat..InsyaAllah!!
Jie ( Najibah )
  • suka berlawak spontan
  • Happy Go Lucky
  • kurang penyabar
  • cara 'gelak' buat orang nak tergelak
  • gurauan yang agak kasar tapi boleh 'masuk'
  • mudah berkawan
  • kreatif
  • suka menangkap gambar
  • suka bermekap & berfesyen
  • suka mengembirakan hati orang
  • agak susah untuk menegur orang yang belum dikenali
  • suka 'observe'
  • agak lasak
  • complicated
  • suka warna 'pink & purple'
  • agak pemalu, jika sudah mula bercakap susah berhenti
  • tidak gemar membaca tapi suka mendengar & melihat
  • suka mendengar semua lagu
  • suka melancong but sumtimes suka lekat kat rumah je..
  • pandai berbahasa & mendalami bahasa german
  • family type
  • suka menghasilkan karya2 kreatif (puisi,pantun etc)
Abin ( Nabil )
  • agak pendiam
  • cermat & teliti
  • suka bernasyid
  • mendengar lagu2 keagamaan & menenangkan jiwa
  • suka membaca
  • suka bermain PS 3
  • suka mengumpul 'gadjet'
  • family type
  • pandai matematik
  • suka berkawan
  • interested dengan 'latest technology'
  • tidak kedekut
  • suka bantu adik-beradik & orang yang memerlukan
  • memberi tauladan yang baik
  • suka bergurau dengan adik2
  • lebih kepada keagamaan
  • bakal menjadi doktor yang berjaya di dunia & di akhirat ..InsyaAllah..!!
Yah ( Nabilah )

  • suka bercakap... pok pek pok pek.. hihi
  • bercakap tanpa titik noktah
  • Family type
  • Happy Go Lucky
  • suka mendengar lagu
  • suka bergurau
  • pandai berbahasa German
  • pandai menceriakan suasana
  • suka berkawan
  • pandai berlawak
  • suka bergambar
  • suka menggosok baju
  • suka membantu adik-beradik
  • suka 'bling2'
  • suka warna pink & english style fashion
  • suka ber'shopping'
Muhd ( Muhammad )
  • suka bermain keyboard ,ps 3 & X-Box
  • suka tersengih
  • suka berlawak
  • family type
  • suka ikut mood
  • rajin belajar
  • manja dengan kakak2 dan abang
  • suka mengumpul barangan branded
  • suka berkawan
  • pendiam

++ Taaruf @ Couple???


oleh: Mizie Kimie

Kini tiba masanya hati gembira d hari raye haha
Eyh eyh silap…

Kini terlalu senang tgk berbudak remaja bercouple,kat jalan
Shopping mall,tempat pengajian dan kat mane2 la..tambahan pulak sekarang
Ade lak cite kat tv cite yg menggalakkan tentang couple2 nie..cite pasal couple
Nie tak yah ckp la....

Ape sebenarnye bercouple??biasenye kalau ada lelaki dan perempuan saling suke,salah seorang menyatakan dan lawanye pulak terime,itu sudah comfirm couple punye..untuk sebahagian org bercouple itu isinya jalan berdua,mkn,tgk wayang la,mencurah2kan perasaan la,yang pentingnya JUST 4 FUN lar!ade jugak org yg bertujuan untuk lebih mengenali sebelum pernikahan….

Sebagai umat islam kite perlu mengkritik apekah bercouple yg banyak d lakukan orang sekarang nie sesuai atau tidak dengan aturan2 dlm islam..

1.org bercouple biasenye mahu berdua2an terus,baru sehari x kolling2 da resah,baru sejam x msg da rindu,tyme jumpe lak nak renung jer muke couple dia 2 terus..wahh wahhh..dunia nie mcm korang yg punye rasenye haha ape lagi kalo tempat 2 mcm ttwanse..lagik lar…hurmmm..tp hati!soalnye Rasulullah SAW bersabda,(tiada bersepi sepian seorg lelaki dan perempuan,melainkan syaitan merupakan org ke 3 diantara mereka…

2.org bercouple ibarat telah d mabukkan oleh cinte,lupe yg lainnye.dunia serase milik berdua yg lainnye hanya menumpang.hati2 juga,nanti kita mungkin terlupa dgn tujuan Allah menciptakan kita(manusia)firman Nya,dan tidak ku ciptakan jin dan manusia,kecuali untuk beribadah kepadaKu.(QS 51:56)

3.bukan rahsia lagik kalau pade zaman serma permisif ini unsur SEKS dah jadi trend penyedap dlm bercouple,jadi yg ini terang2 dah tersasar.

Memang ramai org bercouple awlnya tidak menjurus ke sana,tapi gara2 sering berdua,ada kesempatan dan diam2 syaitan dah masuk jarum..maka jadi(paham2 sudah)
Pertame pegang2 tgn,pegang pinggang,ciom pp…terus……terus….terbabas..jgn silap ya,agama kita melindungi kita dengan melarang melakukan perbuatn2 itu..firman NYA’dan jgn lah kamu mendekati zina’sesungguhnye zina itu adalah suatu pekerjaan yg keji dan suatu jln yg buruk.(QS 15:32)

4.ternyata bercouple bukan jaminan akan terlanjut ke jinjang perkahwinan.ramai org d sekitar kita sudah bertahun2 couple ternyata terkandas kat tgh2 jalan.bercouple pun tidak menjadikan kita tahu segalanye tentang si dia…banyak yang sikapnye berubah setelah menikah..

Kalaulah kini kita taw praktik bercouple tidak menjadi 1 jaminan bahkan banyak melanggar aturan Allah dan tidak mendapt redhaNya ,masihkah menginginkan surgaNya..yang takot akan nerakaNya……….maseh melakukanya??

..........................................................................................................................................


Tapi kalau bukan dengan bercouple,bagaimane caranye ketemu jodoh ya??
Zaman sekaranglah kita patot mudah percaya sama org,jd perlu ada hadnya,islam punya solusi yg mantap dlm memilih jodoh..istilahnya popular dengan nama TA ARUF,artinya perkenalan…

1.ta aruf itu sebenarnya hanya untuk perkenalan sebelum menikah..jadi kalau salah 1 atau 2nya tidak berasa serasi dan sesuai bolehlah menyudahi ta arufnya..ini lebih baik daripada org yg bercouple lalu putus…biasanya orng yg bercouple hatinya sudah bertaut sehingga kalau tidak sesuai sukar untuk putus dan terasa menyakitkan..tapi ta aruf ,yang InsyaAllah niatnya untuk menikah lillahi Ta ala,kalau tidak sesuai bertawakal saja,mungkin mmg bukan jodoh ..tidak ada pihak yg d rugikan mahupun merugikan….

2.ta aruf ini lebih FAIR,masa perkenalan diisi dengan saling menukar informasi mengenai diri masing2 baik kebaikan mahupun keburukkannya ,bahkan kalau tidonye sering berdengkur,misalnye sebaiknye diberitahukan kepada calon kita agar tidak menimbulkan kekecewaan di kemudian hari..begitu pulak dengan dengan kekurangan lainnya ,seperti mengidap penyakit tertentu ,x terer masak ,atau lain nya ..informasi bukan Cuma dari si calon langsung,tapi juga dari org2 yang mengenainya (kekawan ,cekgu,org tua si calon),jadi si calon tidak boleh mengaku dirinya baik…ini berbeza dengan org bercouple yg biasenye penuh kepura puraan..ececececeyhhhh….yang perempuan akan dandan habis habisan dan malu2 (sampai mkn pun nak cover skit2 takut d bilang rakus)..yang lelaki biarpun sengkek tetap belagak kaya…

3.dengan ta aruf kite boleh berusaha mengenai calon dan mengumpulkan informasi sebnyak2nya dalam waktu yg sesingkat2nya ..hal ini boleh tejadi kerana ke2 belah pihak telah sedia menikah dan sedia membuka diri baik kelebihan mahupun kekurangan..inikan penghematan waktu yg besar ..cuba bandingkan dengan org bercouple yg sudah lame sering tetap berase belum mengenai pasangannya bukankah sia??

4.melalui ta aruf kita boleh mengajukan criteria calon yg kita mahukan,,,kalau ada hal2 yg sesuai alhamdulillah tapi kalau ada yg kurang sedikit masih boleh d pertimbangkan dgn hati n fikiran yg sehat..keputusan akhir pun tetap berdasarkan dialog dengan Allah melalui solat istikharah..berbeza dengan org yg mabuk cinte dan bercouple..kadang hal buruk pada padangan nye misalnye suke memukul,kuat mabuk,tapi tetap menerima padahal hati keciknye tak langsung suke…tapi kerana cinta(atau pun nafsu)terpakse la terime..da sayang konon….

5.kalau mmg ade keserasian biasanye jangka waktu ta aruf ke khitbah (lamaran)dan ke akad nikah tak terlalau lame..ini boleh menghindarkan kita dari pelbagai mcm zina termasuklah zina hati..selain itu tidak ada perasaan d gantung pada pihak perempuan kerana semuanye sudah jelas tujuannya adlah untuk memenuhi sunah Rasulullah iaitu menikah..

6.dalam ta aruf ttp d jaga adab berhubungan antra laki2 dan perempuan…biasanye ada pihak ke 3 yg memperkenalkan ..jadi kemungkinan berkhalwat(ber2 2)kecil yg artinye kita terhindar dari zina..

ternyata Allah..jadi,kekawan ..ta aruf banyak kelebihannya d bandingkan bercouple dan insya Allah d redhai kite mahu mencari kebahagian dunia akhirat dan menggapai redhaNye atau mencari kesulitan ,,mencuba cuba melanggar dan mendapat murkanNye??

p/s:lu piker sendiri assalamuailaikumm…

++ Maafkan aku X (Sweetnyer...)

by:iluvislam

Maafkan aku X,
Petang tadi kita berjalan bersama berdua di taman bunga…
Kau katakana padaku yg ada urusan yg ingin diperkata
kan.
Jadi akhirnya aku setuju keluar…
Rupanya kau ingin keluar & inginkan teman berbicara

Setelah penat menelaah agaknya…

X,
Sepanjang pergaulan kita…kita hanya berbicara pabila ada urusan tertentu…
Tapi hari ini…kau inginkan aku berbicara tentang bunga, cuaca, sungai dan rerama…
Kau katakan tiadalah indah jika kita hanya berbicara tentang pathology, biochemistry, histology, pharmacology & anatomy…

Kau ingin aku jawab persoalan…dah makan ke? Makan apa tadi? Minum ape?....


X,
Kau tanyakan padaku…kenapa bila berbicara aku tak pandang anak matamu…
Itulah ‘body language’ yang tepat bila berbicara…
Ya aku tak nafikan...
Kau kata…hanya sesekali kupandang mukamu…
Kadang-kadang seolah2 kau bercakap dgn rumput dan bunga…
Aku pula, kalau tak tunduk hanya merenung awan dan kanak2 sedang
bermain di taman
Maafkan aku…

X,

Kau melihat pasangan2 di taman bunga berpegangan tangan…
Kau komen…betapa romantisnya mereka…
Kenapa tidak kita…kau tanyakan padaku
Kenapa tak kita seperti merpati dua sejoli…
Kenapa tak kita seperti rerama berterbangan…



X,
Ya..aku akui…seperti dalam surah AnNabaa’
Tuhan ciptakan kita manusia berpasangan…
Hanya dia yang tunggal…

Tapi X,

Fahamilah…kau bukan milikku…kerana kau bukan isteriku
Sekalipun aku menerima y kau kekasihku…
Aku tiada hak utk merenung anak matamu…
Aku tiada hak memegang tanganmu…
Aku tiada hak mengucapkan rindu padamu…

Aku tiada hak mengucapkan aku cinta padamu…
Aku tiada hak untuk bertanya soalan2 mesra…

Berkongsi perasaan suka & duka bersamamu…
Mungkin sebagai teman ya…tapi ada batasnya…
Semuanya hak tadi hanya dapat kuberikan untuk seseorang…
….yang bernama isteriku…

X,

Muhammad SAW katakan yang aku akan jadi terbaik sekiranya …
Aku berlaku lemah lembut…& berkasih sayang kepada ahliku(isteri &anak2)
Tiada pula terjumpa pesanan dari Muhammad utk aku berkasih sayang pada tahap itu…
Selagi kau masih temanku…

Maafkan aku…
Mungkin nanti andai tuhan pertemukan jodoh kita…
Kau ingatkanlah padaku…

Aku mesti membantumu mengemas rumah, menjaga anak, memberi nafkah
Aku mesti luangkan masa bersamamu berjalan di taman bunga…
Tatkala itu…doakan aku menggenggam erat tanganmu
Doakan aku dapat merenung anak matamu…
Kita kan berbicara tentang ikan di tasik, rerama berterbangan bersama…
Cuaca y indah…kita kan renung bersama segala keindahan ciptaan ilahi…


X,
Andai aku terlupa…
Ingatkanlah aku bahawa hidup & matiku hanyalah utk Allah
Ingatkanlah aku…kekasihku y pertama melebihi ibuku & dirimu adalah
Muhammad SAW,

Ingatkanlah aku…semuanya hanya akan berlaku dengan izin Allah
Tuhan y merancang & menciptakan alam…
Tiada satu daunpun gugur melainkan dengan pengetahuanNya
Tiada bertemu dua zarah melainkan semua dalam Kitabnya…
Dialah Y Maha Berkuasa
InsyaAllah.

Temanmu,
Y

++ couple..ingin penerangan?

Atau???

berkate tntg soal ni..saye ingin berkongsi ilmu yang saye ade..mudahan dapat mmbantu korang..



KEINGINAN untuk cinta orang lain dan rase dicintai...

mmg la naluri setiap antara kite. Ia akan tetap begitu...lelaki akan tertarik pade perempuan dan perempuan pun same. samade orang tu dah lame kite kenal, atau baru je jumpe, naluri tu tetap ade. mgkn atas pelbagai sbb: die baik, lawa, pemurah, periang, peramah dan macam2 lagi..takkan adenye yang tak rase perasaan ni..mustahil! sbb dah menjadi fitrah manusia...jgn cube menafikannye tapi yang perlu adalah mengawalnye.



SALAH ke kalo suke kat seseorang?

takdela..mane ade salahnye..dah rase cinta tu..Allah yang bagi. tak salah menikmatinye. kalo tak, takkan adenye yang bernikah dan berkahwin untuk elak maksiat atau menyempurnakan separuh agamanye. tak salah kite suke, sayang, rindu kat seseorang...tapi, kesalahan2 yang dilakukan semase bercinta yang salah tuh! kesalahan camner? korang pun leh pk..berangan2kan orang tu, lebihkan die lebih dari Allah..satu care je nak jamin kite tak buat kesalahan..camner? bercinta lepas kahwin la, kgkwn! (susah2 gak..tapi, kalo korang tak nak buat kesalahan dan dapat kemurkaan Allah..kite mesti sanggup tunggu) kite sanggup buat ape2 saje demi die..tapi ingat, Allah paling penting dalam hidup kite..nak buat pape, Allah mesti kite consider. walaupun terpakse berpisah dgn awek/pakwe kite. mane lebih penting..cinta kite pade kekasih kite yang amat kite sayangi atau cinta kite pade tuhan kite (Allah) yang amat menyayangi dan memaafkan kite?



TAPI...aku sayang sangat kat die.......

satu hadis mengatakan...

"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

tula...nak tahan, mmg la susah. tapi, korang bacela hadis ni n renungla...pasti korang takkan ragu2 untuk memutuskan cinta (pade kekasih) untuk CINTA (pade Allah). Allah tak pernah dan tak akan mungkir janji. pernah dgr kisah pade zaman dahulu tntg seorang ayah yang berpihak pade Islam dan seorang anak yang berpihak pade musuh islam?

camni..dalam perang badar, Saydina Abu Bakar r.a. yang berpihak Islam berperang dgn musuh Islam termasuklah anaknye yang pade ketika tu tak masuk islam lagi. waktu perang sedang berlaku, anaknye selalu elak dari bertembung dgn ayahnya. takut2, die terpakse bertaruh dgnnya.
lepas beberape thn berlaku perang tu,
anak Abu Bakar ni telah peluk Islam dan luahkan isi hati die "ayah, waktu perang badar, anakanda slalu elak dari bertembung dgn ayahanda sebab anakanda sayang ayah walaupun beza kenyakinan"
ape yang Abu Bakar jawab?
"demi Allah, kalo ayah bertemu dgn kamu, pasti ayah tak teragak2 untuk pancung kepalamu"
tu la CINTA Abu Bakar pade Allah...sampai sanggup bunuh anaknya sebab anaknye tak percaye pade Allah dan menyekutukanNya.
kgkwn...untuk dapat CINTA, kite kene korbankan cinta. percayelah, setiap perbuatan korang untuk mengelak dari yang tak baik (couple terutamenye), Allah takkan sia2kan pengorbanan dan ketaatan korang.

dalam ayat Al-Quran...

"sesungguhnye sume kebaikan dapat menghapuskan kesalahan2 kamu.." [11:114]

"sesungguhnya nafsu itu selalu dorong kepada kejahatan" [12:53]


itu sajela yang dpt saye kongsi buat kali ni..kalo ade mase lagi, saye akan tulis lagi.
saye harap, dgn ape yang saye tulis ni sebagai peringatan bagi saye dan pengajaran bagi yang lain.

++ Mana Satu Pilihan Hati..



Mana Satu Pilihan Hati
www.iLuvislam.com
oleh: aisyahhum
aira



Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati ana
k perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.





Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan m
embalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti k
ami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan
timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah d
ah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insa
n yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar p
asangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan di
ri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki ta
di supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

++ Beranilah kerana anda BENAR..


"Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe"

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam