سلامت داتڠ .. (^_^)
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)
Tuesday, October 7, 2008
++ Cinta ahli2 Sains...
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian... ... ..
++ Azan 24 Jam di seluruh DUNIA~!
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini. Subhanallah. .. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus. Allahu Akhbar!
++ Mencari rahmat Allah : Taubat kepada Allah
Setiap manusia terdedah kepada salah dan silap, kita juga sering cuai dalam melaksanakan kewajipan. Demikianlah yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Dusta dan berbohong seseorang, jika dia mengatakan ada orang yang tidak melakukan salah dan silap. Tidak kira samaada ustaz ataupun lebai, mahupun wali, semua manusia tidak sunyi dari melakukan salah dan silap. Oleh yang demikian Islam memerangi kepercayaan kononnya ada individu yang boleh menghapuskan dosa individu lain, atau kononnya ada individu yang mampu menjadi perantara mendekatkan seseorang kepada Allah swt. Demikian juga Islam amat memusuhi sikap taasub (fanatik) kepada sesiapapun mahupun wali.
Kenalilah! Jika ada mana-mana individu atau kumpulan yang mendakwa guru mereka dapat menghapuskan dosa atau dapat mendekatkan seseorang kepada Allah… atau ada kumpulan yang menyeru supaya taasub kepada guru dan kumpulan mereka, maka bersaksikanlah mereka itu tergolong dalam kumpulan yang tersesat dari petunjuk Allah dan al-Rasul. Hal ini demikian kerana, bagaimana mungkin seseorang dapat menghapuskan dosa seseorang yang lain atau bagaimana mungkin seseorang dapat mendekatkan orang lain kepada Allah, atau bagaimana boleh bertaasub kepada seseorang sedangkan orang itu sendiri melakukan kesalahan dan berdosa, dia sendiri perlu berusaha mendekatkan diri kepada Allah swt.
Kenyataan semua insan tidak sunyi dari melakukan kesalahan dapat digambarkan dari hadith Nabi saw:
Di dalam Tuhfah al-Ahwazi dinyatakan maksud kepada “Kullu” (setiap) di dalam hadith di atas ialah dalam bentuk keseluruhan atau setiap seorang (anak Adam). Ini menunjukkan semua anak Adam tidak ada yang terkecuali daripada melakukan salah dan silap.
Taubat Mesti Disegerakan
Ramai di kalangan kita merasakan biasa dengan kesalahan dan dosa yang dilakukan. Ramai juga apabila melakukan kesalahan, dia sedar akan dosanya, tetapi dia lebih suka menangguh-nangguhkan permohonan taubatnya kepada Allah swt. “Biarlah nanti dah tua aku taubatlah….” Inilah alasan yang sering dibisik oleh hati.
Sedarkah kita, bawaha menangguh-nangguhkan taubat merupakan satu kesalahan di sisi Allah swt. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:
Syarat Taubat
Kata al-Imam al-Nawawi: “Para ulama berkata, ‘Bertaubat dari setiap dosa hukumnya wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, maka syaratnya ada tiga. Pertama, menjauhi maksiat tersebut. Kedua, menyesali perbuatan (maksiat)nya. Ketiga, berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi. Jika salah satunya hilang, maka taubatnya tidak sah.
Jika taubat itu berkaitan dengan hak manusia maka syaratnya ada empat. Ketiga syarat di atas dan keempat, hendaknya ia membebaskan (memenuhi) hak orang tersebut. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka ia harus mengembalikan-nya. Jika berupa had (hukuman) tuduhan atau sejenisnya maka ia harus memberinya kesempatan untuk melakukannya atau meminta maaf kepadanya. Jika berupa ghibah, maka ia harus meminta maaf.” (Riyadhush Shalihin).
Amalan Baik dan Amalan Jahat Manusia Tidak Mendatangkan Manfaat Atau Mudharat Kepada Allah
Kebaikan dan kejahatan, pahala ataupun dosa yang dilakukan oleh mana-mana insan sama sekali tidak memberi manfaat mahupun mudharat kepada Allah swt. Bahkan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan itu berbalik kepada manusia itu sendiri. Di dalam al-Quran Allah berfirman:
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلَّا مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي فَتَضُرُّونِي وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ
Bertaubatlah Kepada Allah, Sesungguhnya Allah, Tuhan Penerima Taubat
Islam sebagai agama yang datang daripada Allah swt yang dipelihara ketulenannya hingga ke hari kiamat, memiliki ciri-ciri rububiyyahnya. Apabila Islam memperakui, setiap manusia melakukan kesilapan dan dosa, dan demikianlah mereka diciptakan. Islam membuka ruang yang seluasnya untuk diampunkan dosa dengan bertaubat kepada Allah swt. Di dalam al-Quran Allah swt berfirman:
FirmanNya lagi:
Lalu Allah swt sentiasa memberi peluang dan mahu mencucuri rahmatNya kepada sekelian hambaNya, dengan itu Allah swt menggandakan pahala bagi setiap kebaikan yang dilakukan dan mencatit satu dosa bagi setiap dosa yang dilakukan. Allah berfirman:
——————————————————————————–
[1] Hadith daripada Anas bin Malik, diHasankan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib. – Melalui perantara Taisir al-Wusul ila Ahadith al-Rasul
[2]Al-Mizzi di dalam Tuhfah al-Ahwazi menyebut seorang lelaki yang paling bertaqwa itu adalah Nabi Muhammad saw. Maka hadith ini memaksudkan seandainya jika semua manusia seperti Nabi saw.
[3] Perumpamaan ini hanyalah dilakukan bertujuan menghampirkan untuk memberi faham kepada apa yang dapat dilihat, kerana inilah perumpamaan yang dapat menggambarkan sedikitnya pemberian tersebut jika hendak dibandingkan dengan perbendaharaan Allah. Ia tidak menunjukkan perbendaharaan Allah itu berkurangan, kerana perbendaharaan yang ada di sisi Allah itu tidak akan berkurangan dan tidak bersempadan (Sila lihat Syarh al-Nawawi terhadap hadith ini).
[4] HR Muslim, Bab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab
[5] HR al-Bukhari
[6]Fath al-Bari, Kitab al-Riqaq, Bab Man Hamma bihasanatin au bisayyiatin, jld 11, m.s. 453. Cet: Dar Misr li al-Tiba’ah.
++ Aurat Wanita Mengikut Mazhab
Pertanyaan:
Assalamu’alaikum Wr.Wb.
Saya mohon penjelasan mengenai aurat wanita yang boleh diperlihatkan, yang ditinjau dari beberapa mazhab.
Terimakasih
Wassalamu’alaikum Wr.Wb.
Alma‘
Jawapan:
Assalamu alaikum wr.wb.
Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada kita semua.
Bahagian tubuh wanita yang boleh dan tidak boleh terlihat adalah sebagai berikut:
- Kepada suami pada dasarnya semua bahagian tubuh waniat boleh terlihat. Hanya saja, menurut kalangan Syafii dan Hambali, kemaluan makruh untuk dilihat. Demikian pula menurut kalangan Hanafi.
-kepada sebelas golongan yang Allah sebutkan pada surat an-Nur ayat 31 yang merupakan mahram (seperti ayah, mertua, anak, adik, kakak, dst) maka menurut kalangan Maliki dan Hambali yang boleh terlihat adalah wajah, tangan, telinga, tengkuk, leher, rambut, tangan, dan betis boleh terlihat; sementara dada dan payudaranya tidak boleh terlihat.
Adapun menurut kalangan Hanafi, dada boleh terlihat kerana tempat perhiasan (kalung) yang biasa tampak.
Terakhir, menurut kalangan Syafii yang tidak diperbolehkan untuk dilihat oleh mahram hanyalah bahagian antara pusat dan lutut.
- Kepada sesama wanita muslimah, maka menurut kebanyakan fukaha hukummnya sama dengan aurat sesama muslim, yaitu antara pusat dan dengkul. Kerana itu, bahagian yang lain boleh dilihat selama aman dari fitnah dan tidak disertai syahwat.
-Kepada lelaki asing di luar mahram serta kepada wanita non-muslim, maka menurut jumhur ulama yang boleh terlihat hanya muka dan tangannya saja. Hanya saja, Abu Hanifah membolehkan memperlihatkan telapak kaki sebab menurutnya ia adalah bahagian yang biasa terlihat seperti dalam surat an-Nur ayat 31.
Demikian batasan yang ditetapkan oleh syariat. Sehingga ia tidak dibatasi oleh ruang, waktu, dan tempat. Kalau anda tidur dengan wanita non-muslim, maka anda tetap wajib menutup seluruh tubuh anda kecuali muka dan tangan.
Wallahu a’lam bish-shawab
.
Wassalamu alaikum wr.wb.
++ Perempuan tak pakai stokin di dalam rumah
boleh ke isteri tak pakai stokin kaki ketika tetamu datang di rumah? maksud saya tetamu yang bukan mahram..saya ade mendengar pendapat yang mengatakan dibolehkan atas dasar kemaslahan umum contohnye ketika di dapur..benarkah pendapat ini? bagaimana pula ketika kenduri? kadang-kadang stokin kaki tu basah kerana kerja-kerja di dapur..adakah dibolehkan tak pakai stokin walaupun ade lelaki bukan mahram di dapur yang sama?
jazakallah atas penjelasan
jawapan:
Bismillah wal hamdulillah ,
Al-Jawab :
Dalam Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya : “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah , Jilid 3 , masalah 2282 , ms.198)
Beliau mengatakan bahawa masalah menganggap kaki wanita sebagai aurat atau tidak adalah perkara yang menjadi khilaf dikalangan ulama mazhab.Ringkasnya :
1. Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita adalah tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
2. Mazhab Maliki pula terbahagi kepada 2.Sebahagian ulamanya mengatakan tidak aurat dan sebahagian yang lain mengatakan aurat.Walaubagaimana pun pendapat yang muktamad dalam mazhab maliki ialah kaki bukan aurat.
3. Mazhab Syafi’e pula mengatakan ianya sebagai aurat.
4. Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.
Pendapat yang Rajih :
Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya tersebut ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.
Dalam hal , tetamu yang datang berkunjung ke rumah , adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk ditutup kaki tersebut dengan apa cara sekali pun , samada dengan memakai stokin atau pun melabuhkan pakaian / kain hingga menutupi kaki tersebut.Ini kerana pada pandangan kami , kami tidak nampak sebarang masyaqqah yang menjadi penghalang daripada menutup kaki tersebut , yang mana berbeza keadaannya dengan wanita yang menguruskan kerja-kerja dapur atau kenduri-kendara yang sememangnya mempunyai masyaqqah yang menyukarkan.
WA
++ HUKUM MAKAN DIDALAM BEKAS MAKANAN AHLI KITAB (KAFIR)
(dipetik dari Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud)
1)Kata Jabir “Sesungguhnya ketika kamu +menyertai perang bersama-sama dengan Rasulullah , apabila kami mendapati periuk dan bekas minuman musyrikin , maka kami menggunakannya dan Rasulullah tidak melarang kami”.
Kata Syams al-hak al-Azim Abadi “Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzar”
Kata al-Khattabi “Hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman kesemua musyrikin tanpa membasuhnya terlebih dahulu dengan syarat (bekas itu tidak digunakan untuk memasak babi dan menuang arak).
2)Abu tsa’labah al-Khusani : Sesunggunya aku berkata kepada Rasulullah “Sesunggunnya kami melalui kediaman ahli kitab sedangkan mereka memasak babi didalam periuk mereka dan meminum arak dari bekas minuman mereka”. Maka Rasulullah bersabda “Jika kamu mendapati bekas makanan dan minuman selain dari itu , makanlah dan minumlah kamu dari bekas yang lain itu.Jika kamu tidak mendapati selain dari bekas mereka. Maka basuhlah dengan air dan gunakanlah bekas mereka untuk makan dan minum.
Kata al-Munziri “Matan hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari , Muslim , at-Tirmidzi , dan Ibn Majah”
Kata al-Khattabi “Sekiranya diketahui bahawa orang musyrikin memasak babi didalam periuk mereka dan menuang arak didalam bekas minuman mereka , tidak dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman mereka melainkan setelah dibersihkan (dengan air terlebih dahulu).Adapun air dan pakaian mereka adalah suci seperti air dan pakaian muslim kecuali sekiranya mereka merupakan kaum yang menggunakan najis seperti air kencing untuk menyucikan pakaian mereka.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Pengajaran dari Hadith
1)Bekas makanan dan minuman orang kafir tidak perlu disamak dengan tanah sebelum digunakan.
2)Gelas arak dan periuk yang pernah digunakan untuk memasak babi boleh digunakan setelah dibasuh dengan air
3)Hendaklah mendahulukan bekas yang tidak pernah digunakan untuk arak dan babi
4)Bekas makanan dan minuman orang kafir yang yang tidak memakan babi dan tidak meminum arak adalah suci.
++ Puasa Qadha + Puasa Enam Syawal
Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
” kau , dah hari ker berapa dah?”
“aku dah 5 hari dah ni”
“esok aku raya (sunat syawal)”
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ’sapa lebih hebat?’.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
25 Oktober 2006
++ Perempuan Pakai Seluar..Hukumnya??
apakah hukum perempuan pakai seluar?
adakah kitab rujukannya?
jawapan:
al-Jawab:
Boleh,
dalilnya:
من لم يجد إزارا فليلبس سراويل
Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]
Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال
Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas pria yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai pria.” [Bukhari, 5885]
Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya designya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi figur (bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:
ونساء كاسيات عاريات
Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]
Ini pendapat dalam madzhab Syafi’iy melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).
Rumusan:
1. wanita boleh memakai seluar jika seluar itu berlainan dari fesyen lelaki, tidak ketat, dipakai pakaian luar menutupi pinggulnya
2. Terdapat fatwa yg keras dari KSA bahawa wanita ditegah dari memakai seluar panjang yang ketat dan menampakkan pinggulnya. sekian WA
++ Wahai muslimah, kenapa banyak dalih tak nak berdakwah!
Wanita sama seperti lelaki dalam kewajipan berdakwah kepada Allah dan beramar ma`ruf nahi mungkar.
Dalil-dalil daripada Al-qur`an dan Sunnah mencakup semuanya, kecuali yang dikecualikan oleh dalil. Ucapan para ulama juga jelas dalam hal itu. Diantara dalil dari Al-qur`an tentang hal itu:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
“Kaum mukminin dan mukminat, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya. Mereka menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar.” (At-Taubah : 71)
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ
“ Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia. Kalian menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar serta kalian beriman kepada Allah.” (Ali Imron : 110)
Hendaknya wanita itu berdakwah kepada Allah dengan adab-adab yang sesuai dengan syari`at yang juga dituntut daripada para lelaki. Wanita itu juga harus sabar dan mengharap pahala daripada Allah:
وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“ Bersabarlah kalian, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal : 46)
Dan juga firman Allah azza wajalla yang menceritakan ucapan Luqman kepada anaknya:
“Wahai anakku, dirikanlah sholat, suruhlah kepada yang ma`ruf, laranglah dari yang mungkar dan bersabarlah engkau menghadapi apa yang menimpamu, kerana itu adalah perkara yang diwajibkan Allah.” (Luqman : 17)
Kemudian dia juga hendaknya memperhatikan beberapa perkara, seperti: dia harus menjadi tauladan dalam menjaga iffah (kehormatan), hijab dan amal sholih. Hendaknya dia menjahui tabarruj dan ikhtilath (bercampur-baur antara lelaki dan wanita yang bukan mahrim) yang itu adalah terlarang hingga dia berdakwah dengan ucapan dan perbuatan dalam meninggalkan apa yang diharamkan Allah atasnya. (Ini jawapan atas soal: Apakah pendapat Anda antara wanita dan dakwah?)
Soal berikutnya: Apakah perlu kita sediakan waktu untuk wanita agar dia berdakwah kepada Allah?
Jawab: Saya tidak dapati ada larangan dalam hal itu. Jika ditemui ada wanita sholihah yang boleh berdakwah, maka selayaknya dia dibantu, diatur waktunya, diminta darinya untuk membimbing para wanita sejenisnya, kerana memang para wanita perlu kepada para pembimbing wanita. Adanya wanita seperti ini di kalangan wanita lainnya kadang lebih bermanfaat dalam menyampaikan dakwah untuk mengajak kepada jalan yang benar daripada lelaki. Kadang wanita-wanita itu malu bertanya kepada da`i yang lelaki, sehingga dia menyembunyikan apa yang seharusnya dia tanyakan. Kadang pula dia terlarang untuk mendengarkan dakwah daripada lelaki. Namun jika da`inya wanita, dia tidak demikian. Kerana dia boleh berdekatan dengannya dan menyampaikan apa yang perlu baginya serta hal itu lebih besar pengaruhnya.
Maka wanita yang memiliki ilmu hendaknya menjalankan kewajipan dakwah ini dan membimbing kepada kebaikan semampunya berdasarkan firman Allah:
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Ajaklah mereka kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan nasehat yang baik serta debatlah mereka dengan cara yang paling baik.” (An-Nahl : 125)
قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي
“Katakanlah: Inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah berdasarkan bashiroh (ilmu), aku dan orang yang mengikutiku.” (Yusuf : 108)
“Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada Allah dan beramal sholih dan dia mengatakan: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam).” (At-Taghabun:16)
Dan juga firman Allah Subhanahuwata`ala:
“Maka bertaqwalah kalian semampunya.” (Fushilat : 33)
Ayat-ayat yang semakna dengan ini cukup banyak. Mencakupi lelaki dan wanita dan hanya Allah lah yang memberikan taufiq.
_________________________________________________
Dikutip dari Buletin Islamiy “Al-Minhaj”, Edisi kedua Tahun I, hal. 16.
Diterbitkan oleh Maktabah Adz Dzahabi Group, Kota Medan,
++ Hukum Seorang Lelaki Mengahwini Wanita yang Berzina Dengannya
Lelaki dan wanita yang berzina apabila mereka bertaubat kepada Allah taala, dan mereka berdua hendak keluar dari perbuatan yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang keji kepada kehidupan yang bersih, maka perkahwinan mereka adalah sah dengan kesepakatan para ulama. Disamping kebanyakan para fuqaha tidak mensyaratkan taubat untuk menjadikan pernikahan mereka sah. Sepertimana yang diriwayatkan bahawasanya ‘Umar RA:
Ulama yang mensyaratkan taubat adalah ulama dari mazhab al-Hambali berdasarkan firman Allah taala:
Adapun persoalan iddah, apakah wajib ke atas wanita yang berzina itu terlebih dahulu melepasi iddah ataupun tidak? Dalam perkara ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqh.
Yang kami pilih ialah pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy yang berpendapat: “Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina. Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:
Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan penthabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.
Maka apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang hamil daripada zina bukan dengannya, sah pernikahan itu disisi Abu Hanifah dan sahabatnya Muhammad (Hasan al-Syaibani). Akan tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi wanita tersebut sehinggalah wanita itu bersalinkan anak tersebut, berdasarkan hadith:
Ini berbeza jika wanita itu hamil dari benihnya sendiri, maka pernikahan mereka harus dengan kesepakatan ulama-ulama mazhab Hanafi, apabila harus pernikahan mereka maka harus juga persetubuhan mereka di sisi ulama-ulama mazhan Hanafi kesemuanya, kerana benih yang ada dalam kandungan wanita itu adalah benihnya dan kehamilan itu daripadanya.
(1) أخرجه الشافعي في “الأم” (10/38) ومن طريقه: البيهقي (7/155) عن أبي يزيد المكي: أن رجلاً تزوج امرأة، ولها ابنة من غيره
++ AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI
Mari Me'release' tension~
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~