سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, October 7, 2008

++ Mencari rahmat Allah : Taubat kepada Allah


Setiap manusia terdedah kepada salah dan silap, kita juga sering cuai dalam melaksanakan kewajipan. Demikianlah yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Dusta dan berbohong seseorang, jika dia mengatakan ada orang yang tidak melakukan salah dan silap. Tidak kira samaada ustaz ataupun lebai, mahupun wali, semua manusia tidak sunyi dari melakukan salah dan silap. Oleh yang demikian Islam memerangi kepercayaan kononnya ada individu yang boleh menghapuskan dosa individu lain, atau kononnya ada individu yang mampu menjadi perantara mendekatkan seseorang kepada Allah swt. Demikian juga Islam amat memusuhi sikap taasub (fanatik) kepada sesiapapun mahupun wali.

Kenalilah! Jika ada mana-mana individu atau kumpulan yang mendakwa guru mereka dapat menghapuskan dosa atau dapat mendekatkan seseorang kepada Allah… atau ada kumpulan yang menyeru supaya taasub kepada guru dan kumpulan mereka, maka bersaksikanlah mereka itu tergolong dalam kumpulan yang tersesat dari petunjuk Allah dan al-Rasul. Hal ini demikian kerana, bagaimana mungkin seseorang dapat menghapuskan dosa seseorang yang lain atau bagaimana mungkin seseorang dapat mendekatkan orang lain kepada Allah, atau bagaimana boleh bertaasub kepada seseorang sedangkan orang itu sendiri melakukan kesalahan dan berdosa, dia sendiri perlu berusaha mendekatkan diri kepada Allah swt.



Kenyataan semua insan tidak sunyi dari melakukan kesalahan dapat digambarkan dari hadith Nabi saw:

كل اْبن آدم خطاء ، وخير الخطّائيْن التوّابون

Mafhumnya: “Setiap anak adam itu adalah melakukan kesalahan, dan seelok-elok yang melakukan kesalahan itu adalah orang-orang yang mahu bertaubat.”[1]

Di dalam Tuhfah al-Ahwazi dinyatakan maksud kepada “Kullu” (setiap) di dalam hadith di atas ialah dalam bentuk keseluruhan atau setiap seorang (anak Adam). Ini menunjukkan semua anak Adam tidak ada yang terkecuali daripada melakukan salah dan silap.

Taubat Mesti Disegerakan

Ramai di kalangan kita merasakan biasa dengan kesalahan dan dosa yang dilakukan. Ramai juga apabila melakukan kesalahan, dia sedar akan dosanya, tetapi dia lebih suka menangguh-nangguhkan permohonan taubatnya kepada Allah swt. “Biarlah nanti dah tua aku taubatlah….” Inilah alasan yang sering dibisik oleh hati.

Sedarkah kita, bawaha menangguh-nangguhkan taubat merupakan satu kesalahan di sisi Allah swt. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:

أن المبادرة إلى التوبة من الذنب فرض على الفور. ولا يجوز تأخيرها فمتى أخرها عصى بالتأخير. فإذا تاب من الذنب بقي عليه توبة أخرى وهي توبته من تأخير التوبة

Maksudnya: “Sesungguhnya terus bertaubat daripada dosa adalah suatu fardu yang perlu disegerakan, tidak boleh melewatkannya, jika taubat itu dilewatkan, seseorang itu dikira berdosa kerana kelewatan itu. Apabila dia bertaubat dari dosanya tersebut, ada lagi taubat yang perlu dilakukannya iaitulah taubat disebabkan melewatkan permohonan taubatnya.”

Syarat Taubat

Kata al-Imam al-Nawawi: “Para ulama berkata, ‘Bertaubat dari setiap dosa hukumnya wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, maka syaratnya ada tiga. Pertama, menjauhi maksiat tersebut. Kedua, menyesali perbuatan (maksiat)nya. Ketiga, berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi. Jika salah satunya hilang, maka taubatnya tidak sah.

Jika taubat itu berkaitan dengan hak manusia maka syaratnya ada empat. Ketiga syarat di atas dan keempat, hendaknya ia membebaskan (memenuhi) hak orang tersebut. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka ia harus mengembalikan-nya. Jika berupa had (hukuman) tuduhan atau sejenisnya maka ia harus memberinya kesempatan untuk melakukannya atau meminta maaf kepadanya. Jika berupa ghibah, maka ia harus meminta maaf.” (Riyadhush Shalihin).

Amalan Baik dan Amalan Jahat Manusia Tidak Mendatangkan Manfaat Atau Mudharat Kepada Allah

Kebaikan dan kejahatan, pahala ataupun dosa yang dilakukan oleh mana-mana insan sama sekali tidak memberi manfaat mahupun mudharat kepada Allah swt. Bahkan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan itu berbalik kepada manusia itu sendiri. Di dalam al-Quran Allah berfirman:

وَقَالَ مُوسَى إِنْ تَكْفُرُوا أَنْتُمْ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ

Mafhumnya: “Dan Musa berkata: Jika kamu dan orang-orang yang berada di muka bumi semuanya ingkar, maka sesungguhnya Allah maha kaya lagi maha terpuji.” (Ibrahim: 8) Di dalam sebuh hadith al-Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya Nabi saw bersabda sepertimana yang dirawayatkannya dari Allah swt:

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلَّا مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي فَتَضُرُّونِي وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي ‏ ‏صَعِيدٍ ‏ ‏وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ

Mafhumnya: “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu, dan aku telah menjadikannya suatu yang haram sesama kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi. Wahai hamba-hambaKu, semua kamu berada dalam kesesatan, melainkan sesiapa yang aku beri hidayah kepadanya, maka mintalah hidayah daripadaKu, Aku akan memberi hidayah kepada kamu semua. Wahai hamba-hambaKu, semua kamu adalah orang yang lapar, melainkan sesiapa yang Aku berikan makan kepadanya, maka mohonlah makanan kepadaKu, Aku akan memberi makan kepada kamu semua. Wahai hamba-hambaKu, kamu semua adalah telanjang melainkan sesiapa yang Aku memakaikan pakaian kepadanya, maka mohonlah pakaian kepadaKu, Aku akan berikan pakaian kepada kamu semua. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua melakukan kesalahan di malam hari dan di siangnya, dan Aku (tuhan) yang mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripadaKu, aku akan mengampunkan kamu semua. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua tidak dapat memberi mudharat kepadaKu, seandainya kamu dapat tentulah kamu telah memudharatkanKu, dan kamu semua tidak dapat mendatangkan manfaat kepadaKu, seandainya kamu dapat tentulah kamu telah memberi manfaat kepadaKu. Wahai hamba-hambaKu, seandainya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, semuanya adalah (seumpama) seorang lelaki yang paling bertaqwa dari kalangan kamu[2], demikian itu tidaklah menambah sedikitpun dari perbendaharaanKu. Wahai hamba-hambaKu, seandainya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, semuanya adalah (seumpama) seorang lelaki yang paling jahat dari kalangan kamu, demikian itu tidaklah mengurangkan sedikitpun dari perbendaharaanKu. Wahai hamba-hambaKu, sekiranya orang yang sebelum dan sesudah kamu semua, manusia mahupun jin, berkumpul di satu tempat yang luas, lalu mereka semua meminta kepadaKu, dan Aku perkenankan (berikan) setiap orang itu akan permintaannya, tidaklah yang demikian itu mengurangkan sedikitpun dari perbendaharaanKu, melainkan sepertimana berkurangnya sebatang jarum apabila dimasukkan ke dalam laut.[3] Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya hanya amalan kamu semua yang Aku perhitungkan untuk kamu, kemudian aku akan tunaikan balasan (pahala)nya, maka siapa yang memperoleh kebaikan, hendaklah dia memuji Allah, dan sesiapa yang memperoleh selain dari kebaikan, maka janganlah dia mencela sesiapa melainkan dirinya sendiri (kerana dia yang bersalah).”[4]

Bertaubatlah Kepada Allah, Sesungguhnya Allah, Tuhan Penerima Taubat

Islam sebagai agama yang datang daripada Allah swt yang dipelihara ketulenannya hingga ke hari kiamat, memiliki ciri-ciri rububiyyahnya. Apabila Islam memperakui, setiap manusia melakukan kesilapan dan dosa, dan demikianlah mereka diciptakan. Islam membuka ruang yang seluasnya untuk diampunkan dosa dengan bertaubat kepada Allah swt. Di dalam al-Quran Allah swt berfirman:

يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الْرَّحِيْمُ

Mafhumnya: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap dirinya sendiri (dengan melakukan dosa), janganlah kamu semua berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa kesemuanya, sesungguhnya dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.” (al-Zumar : 53)

FirmanNya lagi:

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

Mafhumnya: “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, niscaya dia mendapati Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (al-Nisa’: 110)

Lalu Allah swt sentiasa memberi peluang dan mahu mencucuri rahmatNya kepada sekelian hambaNya, dengan itu Allah swt menggandakan pahala bagi setiap kebaikan yang dilakukan dan mencatit satu dosa bagi setiap dosa yang dilakukan. Allah berfirman:

مَن جَاء بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَن جَاء بِٱلسَّيّئَةِ فَلاَ يُجْزَى إِلاَّ مِثْلَهَا وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ

Mafhumnya: “Sesiapa yang membawa amal yang baik, maka baginya pahala sepuluh kali ganda amalannya, dan barangsiapa yang membawa amal yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan yang seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dizalimi.” (al-An’am: 160) Tidak hanya pahala digandakan bagi satu kebaikan yang dilakukan, bahkan Allah swt. mencatitkan kebaikan atau pahala bagi satu amalan yang benar-benar hendak dilakukan namun amalan tersebut tidak dapat dilakukan disebabkan adanya halangan yang mengganggu. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi saw di dalam sebuah hadith al-Qudsi yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas ra.:


‏إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap kebaikan dan kejahatan, maka sesiapa yang berazam hendak melakukan satu kebaikan, kemudian dia tidak melakukannya, Allah catitkan untuknya di sisi Allah satu (balasan) kebaikan yang sempurna, jika dia berazam dan melakukan kebaikan tersebut Allah catitkan untuknya di sisi Allah sepuluh kebaikan sehingga dinaikkan menjadi tujuh ratus lipat ganda yang banyak. Dan sesiapa yang hendak melakukan kejahatan, kemudia dia tidak melakukannya, Allah catitkan untuknya di sisi Allah satu (balasan) kebaikan yang sempurna, jika dia berazam melakukan kejahatan tersebut, kemudian dia lakukannya, Allah catitkan untuknya satu (balasan) kejahatan.”[5] Al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini menyebut, kalimah “Allah mencatatkan satu kebaikan yang sempurna” adalah sebagai isyarat menghilangkan sangkaan barangkali kurangnya pahala disebabkan hanya berazam. Sebaliknya seolah-olah dikatakan: “Bahkan ia adalah satu pahala kebaikan yang sempurna yang tidak ada kekurangan padanya.”[6] Wallahu a’lam.

——————————————————————————–


[1] Hadith daripada Anas bin Malik, diHasankan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib. – Melalui perantara Taisir al-Wusul ila Ahadith al-Rasul
[2]Al-Mizzi di dalam Tuhfah al-Ahwazi menyebut seorang lelaki yang paling bertaqwa itu adalah Nabi Muhammad saw. Maka hadith ini memaksudkan seandainya jika semua manusia seperti Nabi saw.

[3] Perumpamaan ini hanyalah dilakukan bertujuan menghampirkan untuk memberi faham kepada apa yang dapat dilihat, kerana inilah perumpamaan yang dapat menggambarkan sedikitnya pemberian tersebut jika hendak dibandingkan dengan perbendaharaan Allah. Ia tidak menunjukkan perbendaharaan Allah itu berkurangan, kerana perbendaharaan yang ada di sisi Allah itu tidak akan berkurangan dan tidak bersempadan (Sila lihat Syarh al-Nawawi terhadap hadith ini).

[4] HR Muslim, Bab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab
[5] HR al-Bukhari

[6]Fath al-Bari, Kitab al-Riqaq, Bab Man Hamma bihasanatin au bisayyiatin, jld 11, m.s. 453. Cet: Dar Misr li al-Tiba’ah.

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam