سلامت داتڠ .. (^_^)
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)
Thursday, July 29, 2010
++ DOA KESELAMATAN...DOA UTK PEJUANG-PEJUANG KITA..
Wahai Tuhan kami, Engkaulah keselamatan, dan daripadaMu jua keselamatan. Engkau Maha Suci Tuhan kami dan Maha Tinggi. Hai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Kami dengar dan kami taat,ampunkanlah kami hai Tuhan kami dan kepadaMu jua kesudahan kami.
Wahai Tuhan,tolonglah tentera-tentera Islam dan askar-askar yang mengesakan Tuhan dan binasakanlah orang-orang kafir, orang-orang degil,pembawa-pembawa bidaah dan orang-orang yang mempersekutukanMu dan hancurkanlah musuh-musuhMu,musuh-musuh agama Islam. Dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekalian alam.
Wahai Tuhan,pecahkanlah kumpulan mereka dan bubarkan himpunan mereka dan kurangkan bilangan mereka dan goncangkan kaki-kaki mereka,dan turunkan seksa yang pedih ke atas mereka dengan rahmatMu wahai Tuhan sekalian alam. Tuhan kami,wahai Tuhan kami,tolonglah kami mengatasi kaum kafir.
Hai Tuhan kami ampunkanlah kami dari dosa-dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam. Dan moga-moga Allah sejahterakan penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Maha suci Tuhan kami,Tuhan yang mulia daripada segala sifat kekurangan. Dan salam ke atas sekalian rasul dan pujian sebenar ialah bagi Allah Tuhan sekalian alam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
++ @@~** Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.**~~@@
Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
http://www.youtube.com/wat
-------------------------------------------------------------------------------------------------"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
++ ~+~CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH~+~
CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH:-
1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia~
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang pada agama~
"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"
6. Dari keturunan yang baik-baik.~Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian~
"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku: "Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!"Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu~
"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih~Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,"Sebab itulah burung itu dapat bersatu".
16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19. Mempunyai 'body language' yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)
note: Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO' DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
++ **** Kata2/tips2 motivasi ****
“Segala pekerjaan di nilai dari amalan hatinya. Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya.
Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah, tetapi untuk mendapat pujian atau bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas.”
“Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu”. – Rusdin S. Rauf, penulis buku Quranic Law Of Attraction.
Fikir bukan sehari dua tapi haru sepanjang masa.
Apa yang kerap kita fikirkan, apa yang paling banyak kita fikirkan, itulah yang akan jadi.
Selalulah berfikir pasal kecemerlangan kita di masa hadapan.
Bayangkan selalu kecemerlangan yang kita idamkan seolah-olah ia sudah berlaku saat ini. Rasainya seolah-olah ia benar-benar terjadi.
Dengan itu, kita mampu menempuh apa saja kegagalan, permasalahan dan dugaan walau cemanapun susahnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
++ ♥ ♥ ..." DUNIA BARU, ORANG BARU "... ♥ ♥
Tajuk Perkahwinan merupakan tajuk yang sangat menarik untuk dibincangkan terutama dalam kehidupan para penda'wah, muda atau sudah berumur.
Kerana ianya merupakan detik kritikal seseorang penda'wah kerana ianya merupakan "DUNIA BARU" dalam kitaran kehidupan biasa sebelumnya, namun kehadiran 'orang baru' yang akan dikongsi segalanya bersama akan menggangu, bahkan boleh menukar watak, sikap, kebiasaan seseorang sesuai dengan tanggungjawab baru ini.
Maka akan ada beberapa kejutan dalaman diri dan juga sering dirasai oleh orang lain seperti ibubapa, adik beradik dan juga teman2. Da'wah dan aktivitinya juga tidak terkecuali akan menerima kesan kepada peristiwa indah ini.
Perkahwinan boleh menjadi medan baru yang meningkatkan segala kelebihan seseorang dan dalam masa yang sama boleh menjadi gaung yang memerangkap sesorang dalam keseronokan serta kesibukan baru yang mengasyikkan.
Banyak contoh yang boleh diperolehi dari perjalanan mereka yang terdahulu, ada yang dulunya aktif dan sanggup kemana sahaja dalam da'wah dan perjuangan, menjadi terlalu berkira dengan masa dan prioriti yang lain.
Ada juga yang dahulunya nampak kurang bermaya sebelum perkahwinannya, namun menjadi orang yang sangat ligat dan kedepan dalam amal da'wah dan tarbiyyah.
Segalanya bergantung kepada individu terbabit dan juga lingkarannya, yang akan mempastikan perubahan ini dapat dikesan dan segera di muhasabah untuk mengelak individu menjadi selesa dengan perubahan yang berlaku pada dirinya.
Seringkali juga mereka yang terlibat tidak sedar tentang perubahan yang dirasai oleh orang disekeliling.
Disinilah tarbiyyah memainkan peranan kerana setiap individu dalam apa jua keadaan sekalipun perlu membiasakan diri dimuhasabah dengan dada yang lapang serta budaya ukhwah yang sangat tinggi sehinggakan sanggup memberikan buah fikiran yang bernas secara berterusan dalam pembentukan peribadi dalam tarbiah yang dilalui.
Topik ini mempunyai latarbelakang kerana perkahwinan bukan sepatutnya datang sekaligus, apatah lagi bagi para da'i. Ianya merupakan pelengkap kepada kehidupan da'wah sesorang individu, dan ianya melalui proses dramatik yang tidak seharusnya terpisah dari proses tarbawi.
Tahap2 urusan, niat, calon, pemilihan, syura' dgn murabi, keizinan keluarga, merisik, peminangan dan majlis walimah serta isu-isu kewangan serta sokongan dari sahabat-sahabat seperjuangan.
Semuanya ini adalah proses tarbiyyah yang seharusnya dilalui dalam episod ini...
wallahu a'alam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
Mari Me'release' tension~
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~