سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, September 1, 2008

++ Suami yang Ideal


Seorang suami harus dihayati dengan beberapa kualiti yang teguh kerana merekalah yang akan memuliakan ahli keluarganya. Suami harus senantiasa berlaku baik dan adil serta tidak pernah jemu mencurahkan kasih dan saying terhadap keluarganya.

Walaupun mereka harus mempunyai sikap tegas dan berani, mereka juga harus memiliki sifat pelembut dan sopan, lebih-lebih lagi semasa pergaulan dengan kanak-anak mahupun semasa bersatu bersama isterinya.
Tabah dan sabar adalah kunci yang terbesar bagi seorang suami untuk membentuk sebuah keluarga yang ideal. Mereka harus bersiap sedia memberikan pertolongan dari segi apapun, terutama ketika isterinya berada di dalam keadaan yang uzur.

Mereka yang telah digelar suami harus menjauhi diri mereka dari berpelisiran di tempat-tempat maksiat dan tidak mempunyai sifat mata keranjang. Suami yang salih senantiasa melakukan kebaikan dan menjauhi pada kejahatan. Beberapa contoh yang dapat dihayati bagi mereka yang bergelar suami adalah:-

* NABI ADAM A.S - Selaku seorang pemimpin yang berwibawa. * NABI DAUD A.S - Mempunyai sifat keberanian yang semulajadi dan luar biasa. * NABI YUSUF A.S - Kehebatan mampu menahan nafsu diri daripada godaan sebarang wanita. * RASULULLAH S.A.W - Mampu mengawal marah. Sifat penuh sabar dan taqwa yang sungguh menakjubkan. Selaku seorang ayah contoh yang harus diikuti

++ Hidup ini...


hidup ini bukan untuk dimiliki
hidup ini bukan untuk dikhianati
tapi hidup ini untuk kita lalui
satu jalan yang kadangkala sepi
satu nikmat yang penuh bererti
hidup yang bahagia
tak selamanya indah
hidup yang derita
tak selalunya gundah
jalan yang dipilih
mungkin silap
mungkin juga betul
jika keliru
minta bantuan Ilahi
jika buntu
cari bantuan Yang Satu
moga kau bijak memikir
agar tak tersilap
kau jangan cepat serah
takut nanti kau gagal
gagal sekali
mungkin boleh dibaiki
tapi gagal terus
tak berguna lagi....

++ Soal Jawab Sin Chan dan Guru

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.

 Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kankelmarin Cikgu kata H to O!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*



Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


Guru: Sin Chan, Karangan awak "Kucing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ianya lah kucing yang sama!


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!


++ Isteri Suka Berleter..

Kepada bakal2 suami dan suami
tidak lupa jugak kepada isteri2 dan bakal2 isteri..




Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira
masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya
selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".

"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam
satu lubang yang dalam".

"Itu saja ke haji?"

"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus
berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain
kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada
dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia
pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada
lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan
bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta
tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang
berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah.
Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa
isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".

"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini
hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang
kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang
tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang
cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia
mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3
kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun
mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat.
Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi
satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang,
aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik
berbulu satu badan Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia
kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Hah?moral of the story?jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!

++ Rakan

1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.


Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

++ TO ALL THE THOSE WHO WERE BORN IN THE 50's and 60's / early 70s


First, we survived with mothers who had no maids. They cooked or cleaned while taking care of us at the same time.

They took aspirin, candy floss, fizzy drinks, shaved ice with syrup and diabetes was rare. Salt added to Pepsi or Coke was remedy for fever.
We had no childproof lids on medicine bottles, doors or cabinets and when we rode our bikes, we had no helmets.
As children, we would ride with our parents on bicycles/ motorcycles for 2 or 3. Richer ones in cars with no seat belts or air bags.
Riding in the back of a private taxi was a special treat.
We drank water from the tap and NOT from a bottle.
We would spend hours on the fields under bright sunlight flying our kites, without worrying about UV rays which never seem to affect us.
We go into the jungle to catch spiders without worries of Aedes mosquitoes.
With mere 5 pebbles (stones) would be a endless game. With a ball (tennis ball best) we boys would ran like crazy for hours.
We caught guppy in drains / canals and when it rained we swam there.
We shared one soft drink with four friends, from one bottle and NO ONE actually worry about being unhygenic.
We ate salty, very sweet & oily food, candies,bread and real butter and drank very sweet soft drinks, sweet coffee/ tea, ice kachang, but we weren't overweight because......
WE WERE ALWAYS OUTSIDE PLAYING!!
We would leave home in the morning and play all day, till streetlights came on.
No one was able to reach us all day. And we were O.K.
We would spend hours repairing our old bicycles and wooden scooters out of scraps and then ride down the hill, only to find out we forgot the brakes. After running into the bushes a few times, we learned to solve the problem .
We did not have Playstations, Nintendo's, X-boxes, multiple channels on cable TV, DVD movies, no surround sound, no phones, no personal computers, no Internet.WE HAD FRIENDS and we went outside and found them!
We fell out of trees, got cut, broke bones and teeth and we still continued the stunts.
We never had birthday parties till we were 21,
We rode bikes or walked to a friend's house and just yelled for them!
The idea of a parent bailing us out if we broke the law was unheard of. They actually sided with the law!
Yet this generation has produced some of the best risk-takers, problem solvers and inventors ever!
The past 40 years have been an explosion of innovation and new ideas.
We had freedom, failure, success and responsibility, and we learned
HOW TO
DEAL WITH IT ALL!
And YOU are one of them!
CONGRATULATIONS!
You might want to share this with others who have had the luck to grow up as kids, before the government regulated our lives for our own good.
and while you are at it, forward it to your kids so they will know how brave their parents were.

++ Isteri yang Ideal


Tiada berbunyi jika bertepuk sebelah tangan. Wanita juga memainkan peranan yang besar selaku seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Peranan yang dimainkan oleh seorang wanita dalam kacamata Islam terdiri dari:-

* Menjaga maruah keluarga
* Menjaga harta benda keluarga
* Melayan keperluan dzahir & batin suaminya
* Menguruskan tugas mengasuh dan mendidik anak-anak

Seorang isteri harus setia dan taat kepada suaminya, selagi ia tidak bertentangan dengan akidah, syarak, dan akhlak serta senantiasa menjaga kehormatan dirinya. Mereka harus bijak menyenangkan hati suami dan tidak menambahkan dari sebarang kekusutan fikiran dan menyusahkan suaminya.

Isteri yang ideal akan senantiasa berkelakuan sopan serta berpakaian serba cantik dan kemas semasa berhadapan dengan suaminya. Sebagai seorang wanita, mereka juga harus memberikan penjagaan yang sempurna kepada anak-anaknya.

Dan sebaik-baik isteri ialah isteri yang tidak memburuk-burukkan hal suaminya kepada orang luar, walaupun kepada mertuanya sekalipun.

Selain dari ciri-ciri individu yang harus ditekapkan bersama, untuk mencapai keluarga bahagia, suami-isteri harus mengadakan kegiatan-kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan jika terjadinya pertelingkaran ataupun perselisihan faham antara suami isteri, usahlah dipanjangkan. Ianya harus diselesaikan seberapa cepat yang mungkin.



sumber: isu hangat

++ CIRI-CIRI LELAKI SEJATI


Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ? Ibuku menjawab, Nak..

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

++ Some Really Good Advice..

1) Give people more than they expect and do it cheerfully.

2) Marry a man/woman you love to talk to. As you get older,
their conversational skills will be as important as any other.

3) Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want.

4) When you say, "I love you," mean it.

5) When you say, "I'm sorry," look the person in the eye.

6) Be engaged at least six months before you get married.

7) Believe in love at first sight.

8) Never laugh at anyone's dreams.
People who don't have dreams don't have much.

9) Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the
only way to live life completely.

10) In disagreements, fight fairly. Avoid name calling.

11) Don't judge people by their relatives.

12) Talk slowly but think quickly.

13) When someone asks you a question you don't want to answer,
smile and ask, "Why do you want to know?"

14) Remember that great love and great achievements involve great risk.

15) Say "Yarhamkallah (male) Yarhamkillah (female)" means bless you..when you hear someone sneeze.

16) When you lose, don't lose the lesson.

17) Remember the three R's: Respect for self, Respect for
others, and Responsibility for all your actions.

18) Don't let a little dispute injure a great friendship.
When you realize you've made a mistake,
take immediate steps to correct it.

20) Always remember, a true friend is someone who
reaches for your hand and touches your heart.

++ KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

betul ke tak ni?..

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif,
berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah
dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan
diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik
tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk
di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak
dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak
pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati
untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila
dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat
sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka
berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi
tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan
boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan
pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah
simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan
sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi
perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn
hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang
sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada
perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan
pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang
tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain &
menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental &
fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi
oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa
diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan
yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai
anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai
yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka
menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat
marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang
sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema
Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang
mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada
barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka
menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk
dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi
sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak
suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka,
caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan
pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan
peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka
tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari
segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah
terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat
kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap
orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap
kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai
harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar
biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin &
terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya
pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah
memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka
hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang
luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat
menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong &
berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa
berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam
pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat
dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi
yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong,
bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru
yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan
tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat
yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang
bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu
degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka
marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai
muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan
daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai
berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai
berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan
dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka
menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka
bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat
marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat
tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran
dengan logic.

sumber: isuhangat

++ Langkah Syaitan Menelanjangi Wanita


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.


Berikut adala h cara bertahap:
I. Menghilan
gkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini sya
itan membisikkan kepada para wanita, bahawa pak aian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau ga ya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakai an syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk da n namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah b erubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikia n pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke neg eri yang lain, maka harus menyesuaik an diri dengan pakaian pendudukn ya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika s
eorang wanita berkeyakinan, bahawa hij ab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainy a adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesye n ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan berali h dengan strategi yang lebih halus. Caran ya?


Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah... . tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh... ... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala... ... . orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah... ... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab

++ Kenali Hati Budi Lelaki..

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak".

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

++ PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK..

PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK -Dr HM Tuah Iskandar

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam
pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan
boleh bertindak bodoh.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak
betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa
pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.

Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:

1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu.
Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.

2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.
Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?

Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

sumber:isu hangat

++ Soalan-soalan lazim semasa TEMUDUGA..

Pendahuluan

Menghadiri temu duga boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan. Temu duga merupakan penentu masa depan anda. Sama ada berjaya atau tidak untuk mendapat sesuatu pekerjaan yang dipohon bergantung pada prestasi yang anda tunjukkan semasa temu duga. Apakah yang harus anda fahami tentang temu duga? Apakah matlamatnya? Temu duga diadakan untuk memberikan peluang kepada majikan untuk lebih mengenali diri anda, mengenali personaliti anda dan menentukan sama ada anda sesuai atau tidak untuk jawatan tersebut.
Temu duga sebenarnya bersifat dua hala. Temu duga juga memberikan peluang kepada anda untuk lebih mengetahui latar belakang syarikat, menilai sama ada syarikat tersebut stabil atau tidak dan anda juga dapat memastikan apa-apa yang anda harapkan daripada segi gaji dan faedah lainnya adalah sesuai dengan kehendak anda.
Lazimnya, di negara ini kebanyakan temu duga dikendalikan dalam bahasa Melayu sekiranya anda memohon untuk mendapatkan pekerjaan dalam agensi kerajaan. Tetapi, bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam sektor bukan kerajaan. Tidak dinafikan bahasa Inggeris adalah penting dalam urusan seharian kerana kebanyakan urus niaga yang melibatkan pengaruh syarikat luar negeri dilakukan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, tidak hairan jika majikan ingin menguji kefasihan anda bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.
Buku ini menyediakan soalan-soalan yang lazim ditanya dalam temu duga berserta contoh jawapan. Kebanyakan jawapan yang diberi adalah mengikut pengalaman yang diceritakan semula untuk menepati kehendak soalan. Cuba kaitkan jawapan dengan pengalaman yang pernah anda lalui. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian soalan mengikut kategori tertentu. Semua soalan dan jawapan disediakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terjemahan yang dibuat tidak sama sepenuhnya kerana disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan.
Oleh itu, diharap buku ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada semua.
Kandungan
Pendahuluan
BAB 1
Soalan Berkenaan Diri AndaQuestions About Yourself
BAB 2
Soalan Berkenaan Pekerjaan Dahulu/Sekarang
Questions On Previous/Current Employment
BAB 3
Soalan Berkenaan Pekerjaan Baru/Bakal Majikan
Questions On New Employment/Future Employer

BAB 4

Soalan Berkenaan Akademik/Kelayakan

Questions On Academics/Qualifications
BAB 5
Soalan Berkenaan Peribadi dan Kemahiran
Questions On Personal Traits and Skills
BAB 6
Soalan Berkenaan Gaji dan Faedah
Questions On Salary and Rewards
BAB 7
Soalan Berkenaan Pelbagai Situasi dan Pengalaman yang Berlainan
Questions On Various Situations and Experiences
BAB 8
Soalan Berkenaan Pelbagai Bidang Berlainan
Questions On Different Divisions/Fields
PERAKAUNAN
ACCOUNTING/PAYROLL
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
HUMAN RESOURCES/STAFFING
KESELAMATAN
SAFETY/SECURITY
PENGKERANIAN/FAIL/PENTADBIRAN/SETIAUSAHA
CLERICAL/FILING/ADMINISTRATIVE/SECRETARIAL
KHIDMAT PELANGGAN
CUSTOMER SERVICE
OPERASI/PENGURUSAN PROJEK
OPERATIONS/PROJECT MANAGEMENT
PEMBELIAN/PESANAN/KONTRAK
PURCHASING/PROCUREMENT/CONTRACT
KEJURUTERAAN/INFORMASI/TEKNIKAL
ENGINEERING/INFORMATION TECHNOLOGY/TECHNICAL
Contoh soalan temu duga dan jawapan BAHAGIAN PERAKAUNAN
1. Apakah pengalaman yang anda ada sebagai seorang juruwang?
Ceritakan tentang pengalaman anda iaitu syarikat tempat anda bekerja, tempoh kerja, masa bekerja dan jumlah duit yang terlibat.
What experience have you had as a cashier?
Relate your previous experience stating the place that you worked for, how long, working hours and amount of transaction involved.
2. Seorang pekerja mengadu bahawa pembayaran gajinya adalah tidak tepat. Bagaimanakah anda mengesahkan hal ini?
Anda boleh memintanya untuk menyemak semula rekod payroll, semak amaun cek yang dikeluarkan dan periksa kad kedatangan pekerja tersebut.
An employee complains that his paycheck is incorrect. What are some of the ways you verify if the paycheck is incorrect?
You may include these points – check payroll record, check the cheque being issued, check punch/attendance card of the employee.
3. Berapakah jumlah invois yang anda kendalikan dalam masa sebulan?
Ceritakan pengalaman anda.
How many invoices have you handled on a monthly basis?
State based on your experience.
4. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum meluluskan sesuatu invois untuk pembayaran?
Anda mungkin menyatakan dengan memadankan invois tersebut dengan sebut harga yang telah diluluskan, borang pesanan dan dokumen penerimaan.
What steps would you take before approving an invoice for payment?
You may want to mention matching the invoice with approved quotation, purchase order and delivery order.
5. Apakah maklumat yang diperlukan sebelum anda meluluskan bayaran?
Anda mungkin menyatakan dengan memastikan barangan yang diterima adalah menepati mutu dan kuantiti yang dibekalkan adalah tepat.
What items of information do you need before you can approve an invoice for payment?
You can mention checking the delivery order whether goods are received correctly and in good condition.
6. Ceritakan kesalahan dalam invois dan bagaimanakah anda menyelesaikannya.
Anda mungkin mahu mengaitkan dengan pengalaman anda iaitu menghubungi pembekal dan bertanya. Jika perkara itu betul-betul salah, anda boleh meminta nota kredit.
Tell us about an invoice discrepancy that you discovered and how you resolved the discrepancy.
You may relate to your previous experience or mention about you calling the supplier company and check on the matter. You can ask for credit note to offset the amount.
7. Ceritakan pengalaman anda dan peranan anda dalam menyelesaikan invois yang bermasalah.
Anda boleh menyebut tentang harga yang telah dipersetujui berdasarkan sebut harga dan borang pesanan dan membandingkan dengan invois.
Tell us about an invoice dispute that you were involved in and what your role was in resolving the dispute.
You can mention about the agreed amount on the quotation and purchase order and compare the amount billed on the invoice.
8. Setakat manakah anda terlibat dalam kutipan wang?
Nyatakan pengalaman anda.
To what extent were you involved in collections?
State your experience.
9. Anda diarahkan menyediakan invois untuk perkhidmatan. Apakah maklumat yang perlu dimasukkan dalam invois tersebut?
Jenis perkhidmatan, tarikh, harga yang telah di-persetujui dan nombor borang penerimaan.
You’ve been asked to prepare a bill for services. What information should be included in the bill?
You may want to mention the type of service, date, price agreed and delivery order number.
10. Ceritakan pengalaman anda dalam menjalankan audit.
Nyatakan pengalaman anda dengan menyebut nama syarikat dan apa-apa penemuan yang menarik.
Tell us about your experience in conducting audits.
Relate to your previous experience by indicating place of audits, what you discovered and any interesting findings.
11. Apakah kos tetap?
Kos tetap ialah sebahagian daripada bajet yang tidak akan berubah sama ada pengeluaran menurun atau meningkat. Sebagai contoh, sewa bangunan dan gaji pekerja.
What are fixed costs?
Fixed cost is the part of the budget that stays the same regardless of whether you produce a lot or little bit or even if you produce zero. Overhead, rent on building or an interest on loan are some of the examples.
12. Apakah kos berubah?
Kos berubah ialah sebahagian daripada bajet yang berubah mengikut jumlah pengeluaran. Pengeluaran tinggi akan meninggikannya atau sebaliknya.
What are variable costs?
Variable cost is the part of the budget that varies as you produce more or less. Producing more adds to variable cost. Producing less will reduce it.
13. Apakah kos marginal?
Kos marginal ialah perbezaan dalam jumlah kos keseluruhan antara kadar pengeluaran. Lazimnya, kos marginal ialah perubahan dalam kos yang berpunca daripada perubahan pengeluaran sebanyak satu unit.
What is marginal cost?
Marginal cost is the difference in total cost between one rate of output and another. Usually, unless stated otherwise, the marginal cost is the change in cost that results from changing the output by one unit.
14. Apakah pengalaman perakaunan yang anda ada dalam aset tetap?
Nyatakan pengalaman anda.
What experience have you had in fixed assets accounting?
Relate to your experience.
15. Apakah pengalaman anda dalam payroll?
Anda mungkin ingin menyebut berapa orang kakitangan di bawah payroll anda dan kekerapan payroll dibuat dalam sebulan. Anda juga boleh menyatakan sama ada anda mengendalikan sebarang potongan, debit terus dan sebagainya.
What experience have you had in payroll?
You may want to say how many staff is under your payroll and how many times you do payroll in a month. You also can mention whether you handle any deductions, direct debit or others.
16. Apakah langkah-langkah pengurangan kos yang pernah anda lakukan?
Anda boleh menerangkan sebab anda perlu mengambil langkah tersebut, cara anda melakukannya dan kesannya.
What cost-cutting measures have you implemented?
You may mention why do you need cost cutting measures, how you implement and what are the outcomes.
17. Sistem perakaunan apakah yang pernah anda buat?
Nyatakan pengalaman anda.
Which accounting systems are you familiar with?
Relate to your experience.

sumber: isuhangat

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam