سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, January 27, 2009

++ 1,330 penduduk Gaza maut, Obama mahu 'sekat' Hamas

Gaza Pictures, Images and Photos

Harakahdaily
Sun | Jan 25, 09 | 7:17:31 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilaporkan meminta bantuan pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah supaya menyekat kegiatan menyeludup senjata ke Gaza selain menekankan pentingnya hubungan Washington dan Riyadh dalam perbualan telefon pertama dengan pemerintah Arab itu.

Dalam panggilan kepada Abdullah, Obama juga menyatakan penghargaannya atas usaha pemimpin Arab Saudi itu kerana menyokong dialog antara agama serta inisiatif damai di Asia Barat.

"Beliau meminta sokongan Arab Saudi dalam usaha menamatkan penyeludupan senjata ke Gaza serta menyatakan minat meneruskan kerjasama antikeganasan," menurut kenyataan Rumah Putih.

Obama menelefon Abdullah selepas penyiaran satu artikel oleh Putera Turki al-Faisal, bekas ketua perisikan Arab Saudi dan duta ke Amerika, sebagai memberi amaran kepada Presiden Amerika itu bahawa hubungan dua negara berkenaan semakin berisiko kerana pendirian Washington dalam konflik Israel, Palestin.

Dalam artikel yang disiarkan laman web Financial Times, Turki dipetik sebagai berkata, bekas Presiden Amerika, George W Bush meninggalkan 'kesakitan mendalam' di rantau Asia Barat.
"Jika Amerika mahu terus memegang peranan sebagai pemimpin di Asia Barat dan mengekalkan kerjasama strategik khususnya hubungan dengan Riyadh," kata Turki menurut agensi berita.

Israel melancarkan serangan selama 22 hari ke atas pergerakan Hamas di Gaza awal bulan ini menyebabkan 1,330 penduduk Palestin maut dan 5,300 lagi cedera.
Obama yang memulakan tugas sebagai Presiden pada Selasa lalu, menamakan bekas Senator George Mitchell sebagai utusan khas nya ke Asia Barat dan berikrar agresif mengejar keamanan di rantau itu.

Hamas pula menyifatkan dasar Obama tidak berbeza berbanding Bush manakala pegawai Israel meramalkan pentadbiran baru Amerika akan terus menjauhkan diri daripada Hamas. - azm _


obama Pictures, Images and Photoshamas Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Memahami erti jihad

JIHAD Pictures, Images and Photos

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

DALAM kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Tetapi, sejauh mana ia difahami, khususnya oleh masyarakat antarabangsa?
Salah faham itu menyebabkan orang Islam sering dikaitkan dengan 'keganasan' (terrorism) sedangkan jihad dan keganasan jauh berbeza.

Jihad bermaksud berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)

Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."

Tetapi di Barat, jihad kerap disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam pengertiannya lebih luas.
Jihad berasal dari perkataan juhd yang bermaksud kuasa dan upaya (at-taaqah) serta kesukaran (al-masyaqqah), membabitkan dua pengertian iaitu secara umum dan khusus.

Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.

Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan.
Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.

Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum.

"Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."
Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.

Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.
Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.

Jihad adalah sesuatu tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.

Menurut kiraan ahli sejarah, sepanjang 10 tahun nabi di Madinah, kira-kira 70 angkatan perang diutuskan untuk menghadapi peperangan dengan musuh Islam dan 28 angkatan itu dipimpin baginda sendiri.

Dalam jihad ini baginda menggunakan beberapa jenis pedang seperti Ma'thur, pedang terawal dimiliki baginda sebagai harta pusaka dari bapanya, al-'Adhab dan Zulfiqar iaitu pedang yang tidak pernah berpisah dengan baginda yang dihiasi dengan perak.

Justeru, orientalis melemparkan kritikan dan mengadakan dakwaan kononnya Islam berkembang dengan mata pedang.

Sebenarnya matlamat peperangan dalam Islam ialah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini.

"Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah." (al-Baqarah:193)

Maksud fitnah dalam ayat itu ialah kufur dan syirik, sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi'.

Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan.
Mustafa al-Syiba'iy ada menegaskan, peradaban Islam adalah untuk mengajak manusia supaya saling kenal mengenal dan tolong menolong dalam keadaan damai.
Prinsip peradaban Islam, katanya, mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa.

"Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.

Jihad perang disyariatkan untuk tujuan membalas serangan musuh, tetapi tidak secara melampaui batas seperti ditegaskan pada ayat 190 surah al-Baqarah, bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

Ia juga diharuskan untuk membantu orang Islam yang lemah dan dizalimi orang kafir seperti dijelaskan pada ayat 75 surah an-Nisa' serta menghukum perosak agama dan masyarakat Islam termasuk golongan murtad, pemberontak, perompak dan lanun.
Jihad bukanlah suatu peperangan secara agresif, yang menghalalkan semua perkara bagi mencapai kepuasan dan kepentingan diri termasuk merosakkan rumah ibadat, kanak-kanak dan wanita, haiwan dan tumbuhan.

Ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan dan jika tidak ia tidaklah dikatakan jihad.
Wasiat Saidina Abu Bakar kepada tentera Usamah jelas menggambarkan mengenai jihad dan garis panduannya, iaitu: "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak kecil, orang tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu atau unta kecuali untuk dimakan.

Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil, maka biarkan mereka dengan apa yang mereka lakukan."

Dalam perang Uhud, yang mana Rasulullah cedera dan kalangan sahabat meminta baginda mengutuk kaum musyrikin lalu baginda menjawab: "Aku diutuskan bukan untuk membawa laknat, tetapi diutuskan untuk menyeru dan pembawa rahmat."

Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, tunjuki kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Ungkapan Rasulullah itu jelas menunjukkan baginda berperang bukan kerana hausnya pada pertumpahan darah seperti pemimpin empayar besar lain, tetapi kerana ingin menunjukkan jalan kebenaran.


jihad Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu

Allah Pictures, Images and Photos

Oleh antirust_man
"Sebentar tadi seorang sahabat dari Kuala Lumpur telah menelefon saya. Sebenarnya sudah hampir setahun kami tidak berbual-bual menerusi telefon. Mungkin juga dia terlalu sibuk waktu itu.

Namun sebentar tadi dia baru selesai menelefon saya yang sedang sibuk memasak di dapur. maklumlah, isteri tengah sarat mengandung dan tidak boleh menghidu bau tumisan, maka tugas memasak diambil alih oleh saya buat sementara waktu.

Baiklah, kita teruskan dengan isi perbualan saya dengan sahabat saya sebentar tadi. setelah berbual lebih kurang lima minit, saya bertanyakan tentang bisnesnya. Jawapan yang begitu mengejutkan tetapi sudah dijangkakan iaitu jawapannya bisnesnya merosot sehingga 60 peratus. Kemudian dia meneruskan ceritanya sambil memberi beberapa contoh yang lain sebagai menguatkan lagi sangkaan saya bahawa ekonomi kita kini semakin tenat. Katanya lagi, seorang lagi sahabat saya yang turut berniaga di kuala lumpur sekarang terpaksa membuat " part time " untuk menampung kehidupannya kini. Manakala tambahnya lagi, adiknya yang juga rakan sekelas saya dahulu akan diberhentikan kerja pada bulan 4 ini.

Rakan-rakan di luar sana, apa pendapat anda semua tentang cerita yang sedang anda baca ini. Ini bukan dongengan, tetapi realiti yang sedang menerjah ke dalam kepompong ekonomi di negara kita. Dalam keadaan sekarang, semua pihak perlu bersedia dari segi mental. Semua orang perlu mempersiapkan kekuatan dalaman agar krisis yang mungkin semakin buruk ini tidak melemahkan semangat dan iman di dada.

Dalam keadaan sekarang banyak masalah akan berlaku dan itu adalah realitinya. Kebiasaannya, apabila ekonomi semakin meruncing, masyarakat takut untuk berbelanja. Bila masyarakat takut berbelanja, wang tidak berlegar di dalam pasaran, maka banyaklah barang-barang dan perkhidmatan yang tidak terjual. Apabila keadaan itu berlaku, maka syarikat akan mengalami lebihan stok. Apabila lebihan stok semakin bertambah, maka pengeluaran perlu diperlahankan untuk mengelakkan kerugian syarikat bertambah akibat banyak barang masih belum terjual. Apabila banyak barang tidak terjual, pendapatan syarikat merosot. Apabila pendapatan syarikat merosot, maka kos perlu dikurangkan. Apabila kos cuba dikurangkan, maka para pekerjalah yang menjadi mangsa. Maka, ramailah yang diberhentikan dan yang menganggur akan terus menganggur. Apabila ramai yang menganggur, maka kadar jenayah akan meningkat. Apabila kadar jenayah semakin meningkat, maka kehidupan kita pasti tidak selamat.Inilah sebenarnya harga yang perlu dibayar apabila ekonomi menjadi semakin meruncing.

Namun, perlu kita fahami dan mengerti bahawa semua ini adalah ketentuan Ilahi. Mungkin untuk menyedarkan mereka-mereka yang berharta bahawa kemewahan dunia adalah bukan milik mereka, tetapi milikNya. Mungkin juga untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya samada kita sabar atau berduka lara. Mungkin juga ini adalah bala bencana yang Allah turunkan sebagai kafarah di atas dosa-dosa yang kita lakukan selama ini. Ingatlah, Allah tidak menurunkan sesuatu ujian itu tanpa sebab musababnya. Insya-Allah, pasti semuanya ini mengandungi hikmah yang tidak terhingga.

Mari kita cuba senaraikan hikmah-hikmah yang mungkin agar kita sentiasa bersangka baik kepadaNya.

1. Sebagai satu pengajaran agar kita lebih bersedia menghadapi krisis ekonomi di masa depan
2. Sebagai peringatan kepada kita bahawa rezeki ini milik Allah, bukan milik kita.
3. Sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita kerana apabila Allah menguji kita bermakna Allah ingat kepada kita, sayang kepada kita. Allah tidak mahu kita terus hanyut dengan dunia yang fana ini. Maka Allah susahkan kita sedikit agar kita ingat kembali kepada Allah yang mungkin semakin kita lupakan.
4. Sebagai peringatan kepada kita agar kembali kepada sistem ekonomi yang lebih sesuai berbanding sekarang, yang bebas dari sebarang spekulator mata wang dan ketidaktentuan pasaran iaitu ekonomi yang berpaksikan Islam.
5. Sebagai peringatan agar kita tidak lagi bergantung kepada dunia barat yang sistem ekonominya berpaksikan sistem kapitalis yang sifat semulajadinya hanya untuk keuntungan semata-mata. Sebaliknya, umat islam perlu berusaha membangunkan ekonominya sendiri dan membina kesatuannya sendiri agar ikatan persaudaraanya di kalangan negara anggota menjadi lebih kukuh dan saling membantu antara satu sama lain. Dapat mewujudkan satu sistem yang konkrit dengan kumpulan dana yang besar melalui sistem pengurusannya yang berkesan disamping pentadbiran yang sentiasa memandang ke hadapan.

Inilah antara hikmah-hikmah yang mampu difikirkan oleh saya buat masa ini. Mungkin banyak lagi dan boleh difikirkan bersama. Apa yang penting, sebagai orang islam kita kena sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian yang berat ini. Dalam satu wasiat Nabi SAW kepada Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Jika kamu mampu beramal untuk Allah dengan redha dan yakin, maka kerjakanlah. Dan jika tidak mampu maka bersabarlah. Kerana sesungguhnya bersabar terhadap apa yang kamu benci terdapat banyak kebaikkannya. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan itu bersama-sama dengan sabar, lapang bersama-sama dengan kesempitan dan kemudahan bersama-sama dengan kesukaran ".

cuba kita fahami maksud kata-kata Saidina Umar Al-Khatab ini kepada seorang lelaki :
" Jika kamu sabar, hukum Allah tetap berjalan sedang kamu mendapat pahala. Akan tetapi jika kamu mengeluh, ketentuan Allah tetap berlaku dan kamu mendapat dosa ".

yakinlah, Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya dan sentiasalah berdoa kepadanya kerana Dia tidak pernah lupa dari mendengar keluhan para hambaNya. Firman Allah :

" berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu" (Al-mukmin:60)
Sebelum mengakhiri tulisan kerdil ini, mari kita hayati bersama-sama firman Allah ini :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "

selamat berubah kepada kahidupan baru
wassalam


-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ PERUBAHAN

merenung Pictures, Images and Photos

Masihkah kita mengabaikan perubahan yang terjadi pada diri kita? Mungkin perubahan kecil, tetapi dalam waktu lama akan memberikan pengaruh besar dalam hidup Anda. Saat ini, Anda sedang mengarah ke suatu kehidupan tertentu. Perubahan kecil hari ini terhadap arah hidup Anda, puluhan tahun ke depan akan memberikan pengaruh besar dalam hidup Anda. Tergantung, apakah perubahan arah ke arah yang lebih negatif atau positif...baca selengkapnya di http://wanvisioner.blogspot.co...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam