سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, October 29, 2008

++ Roland HD1 Digital Drum Set



Setelah puas bermain alat2 muzik (walaupun x banyak mane pun & x serious sgt) seperti kompang & layan keyboard adik, kali ni 'Digital Drum Set' yang ana impikan selama ni...

sebenarnya masa sekolah menengah dulu, ana bermain percussion drum..cuma dah lama x main, since masuk universiti.. so tetiba rasa macam rindu balik nak main alat muzik ni...

semangat nak bermain drum ni tiba2 datang bila kumpulan nasyid Mawaddah guna percussion ni semasa mendendangkan lagu nasyid mereka... so why not ana cuba pula kan?...

erm..bila leh dapat eh?...

Takpe2..InsyaAllah...satu hari nanti..Amiin.. :D



Video - How to play Roland HD1 Digital Drum Set.. enjoy~

++ Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

Jangansengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

...pesanan unntuk diriku yang mudah lupa....

++ Mengelak Dari Mengumpat

click gambar untuk zoom in

Soalan:


Adakah dengan cara berdiam diri itu dapat mengelakkan kita daripada terlibat dalam hal mengumpat sedangkan kita sendiri mendengarnya dan tak terdaya untuk menegur mereka yang melakukannya?
Linda, P Pinang
Jawapan:

Al-Quran menggariskann kepada kita supaya tidak duduk di dalam majlis orang yang membicarakan soal-soal yang buruk. Majlis yang buruk adalah umum di sini, termasuklah majlis mengumpat. Dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh imam Muslim menjelaskan sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah merubah kemungkaran itu dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.

Dalam sebuah hadis yang lain menjelaskan; Orang yang melihat orang lain melakukan kemungkaran sedangkan ia mampu berbuat demikian, tetapi tidak diambil apa-apa tindakan, maka laknat Allah turut menimpa ke atas dirinya. Dalam kes di atas oleh kerana anda tidak berjaya merubah kemungkaran itu walaupun anda bersama dengan orang yang melakukannya, maka hendaklah anda membencinya di dalam hati. Jika boleh anda hendaklah menunjukkan kerut muka, atau dahi atau kening yang menunjukkan anda sebenar tidak bersetuju dengan perbuatannya itu .

Sayugia diingatkan dosa mengumpat di dalam islam amatlah berat sehinggakan Allah SWT menyamakannya dengan memakan daging saudara sendiri. Anda juga dinasihatkan supaya sentiasa menjauhi dari majlis seumpama ini, supaya anda terselamat dari dosa mengumpat.

Sila rujuk buku-buku berikut:
1.
Dosa Tanpa Nikmat DN 099
2.
170 Amalan Yang Ditolak DN 261
3. Penghalang Kesucian Batin DN 109

++ Diganggu bayangan Ketika Takbir

Soalan:

Ketika saya solat atau ketika saya menyebut kebesaran Allah SWT saya terbayang salib atau orang kafir. Soalannya adakah saya menyekutukan Allah SWT? Untuk mengelakkannya saya cuba bayangkan tulisan Allah SWT atau saya bayangkan Kaabah?
Roz, KL
Jawapan:

Di antara tipu daya Syaitan terhadap manusia ialah dalam bentuk mewas-waskan dirinya ketika menunaikan solat, kerana itulah Rasulullah SAW menyarankan supaya orang yang hendak bersolat supaya membaca doa perlindungan dari gangguan syaitan. Antaranya: "Ya Allah Ya Tuhanku aku berlidung dengan Engkau dari gangguan syaitan Khanzab".

Selain itu bacalah juga surah Al-Ikhlas, Surah An-Nas dan surah Al-Falaq. Setelah itu hati orang yang menunaikan soat itu hendaklah tertumpu kepada bacaan imam. Jika berlaku was-was atau lintasan yang bukan-bukan sekali sekala , itu adalah merupakan teknik syaitan untuk menghilangkan kekhsyukan anda di dalam solat anda dan orang yang sedang solat itu jangan mengendahkan lintasan itu. Jika dilayan akan menghilangkan terus rasa khsyuk dalam solat. Lintasan-lintasan seperti itu tidak membatalkan solat.

Terbayang gambar salib adalah sebahagian dari usaha syaitan untuk mengganggu solat anda. Bagaimanapun usaha anda untuk mengelakkan diri dari was-was berbentuk lintasan lambang salib ini tidak wajar dilakukan dengan cara anda mengingati gambar kaabah atau membayangkan tulisan Allah, sebaliknya caranya cukuplah sebagaimana yang telah diutarakan sebelum ini iaitu anda hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan dan makna yang terkandung dalam bacaan anda, hadir hati, menumpukan rasa takut kepada Allah dan harap mudah-mudahan Allah SWT akan menerima solat yang telah anda kerjakan tadi. Bayangkanlah yang anda sekarang sedang berdiri di hadapan Allah tuhan Rabbul jalil dan Ia sekarang sedang melihat segala gerakgeri, bacaan dan lintasan hati anda.
Sila rujuk buku
:


1. Soal Jawab Ibadah Solat DN 176

sumber: Darulnuman

++ Yang perlu dielakkan semasa solat


Solat berjemaah, ruangan yang jauh dari makmum di sebelah

Layari Blog Sesama Insan untuk artikel penuh

++ Bahaya homoseksual dan lesbian

Ibnu Wan Hussin
Tue | Jul 03, 07 | 03:49:40 PM
Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian.

Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firman-Nya;

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-‘Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;
“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)” (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

Hukuman mereka yang melakukan amalan seks sejenis

Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.

Di dalam kitab kanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan Guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Kanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37).

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi s.a.w.;
“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina” (Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi s.a.w. ;
“Barang siapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat” (Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)

Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)

Amalan seks sejenis boleh membinasakan negara

Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;
“ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah;
“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras.

Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia .

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 Julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.

Penutup
Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam.

Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan.

++ Creative Anti-Smoking Ads



Creative Anti-Smoking Ads

Over the past 40 years, smoking has declined by about half, thanks in part to anti-smoking media campaigns.

But anti-tobacco messages and ads often face fierce opposition from the cigarette manufacturers who have worked vigorously to diminish their impact.

Anti-smoking ads began in the late 1960s when the FCC deemed cigarette smoking controversial and therefore subject to the Fairness Doctrine, which requires opening the airwaves to public service messages on opposing viewpoints. The ads were very effective in reducing smoking, despite vigorous counter-advertising by the tobacco companies. (According to a 1972 study, anti-smoking ads cut cigarette smoking by 531 cigarettes per person per year, while tobacco company advertising increased consumption by only 95 cigarettes per person per year.)

More pics at HOT PICTURES

++ Latest NIKE AIR...

whut do u think?.. Cool eh?

++ Otak & Zikir..

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas
tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14
juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf
tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau
ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi
bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang
terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif
berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak
tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung
mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan
dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian
yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan
benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu
dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza
otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan
otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan
yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan
lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan
yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya
dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

++ SPORT CARS Lovers~



Lihat Koleksi gambar penuh di HOT PICTURES

++ BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN?

Andaikan pada 6:15 pm, anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri)selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar2 letih dan kecewa……Anda benar2 tertekan dan terkejut….

Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan mula merebak hingga lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda berada hanya 5 km saja dari hospital terdekat, malangnya anda tak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak.

Apa perlu anda lakukan ???

Anda telah dilatih melakukan CPR, tetapi tidak diajar bagaimana hendak melakukannya pada diri sendiri?


Kebanyakan orang sedang bersendirian ketika serangan jantung. Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil akan mula pitam, hanya 10 saat sahaja sebelum tidak sedarkan diri. APA NAK BUAT?

JAWAPAN:

Jangan panik, sebaliknya batuk lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2.. Tarik nafas dalam2 sebelum batuk, dan batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada. Tarikan nafas dan batuk perlu di ulang tiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung kembali normal.

Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2 manakala pergerakan dari batuk akan menekan jantung seterusnya mengekalkan peredaran darah. Himpitan dan tekanan pada jantung juga membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung sempat ke hospital.

++ Alam temukan Ibrahim dengan Allah

IBRAHIM Karlsson dilahirkan dalam sebuah keluarga berbangsa Sweden yang sederhana, tanpa pegangan agama namun kehidupan mereka sentiasa kaya dengan kasih sayang. Dalam tempoh hayat 25 tahun, tidak pernah langsung terlintas di fikiran Ibrahim tentang kewujudan Tuhan mahupun yang berkaitan kerohanian kerana dia tergolong dalam kategori lelaki materialistik.

Pun begitu, dia masih boleh ingat sebuah cerita imaginasi yang ditulis sewaktu di dalam gred tujuh tentang kehidupan masa depannya, di mana dia membayangkan diri menjadi seorang pengatur cara permainan yang berjaya walaupun langsung tidak pernah menyentuh komputer dan berkahwin dengan seorang wanita Muslim. Pada masa itu yang terlintas tentang Muslim kepadanya hanyalah berpakaian labuh dan menutup kepala.

++ Jangan bohong guna nama Rasulullah!

BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar. Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir: Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

++ Just answer it....


Starting time:
• 1310
Name:
•Najibah
Shoe size:
• 7-8-9..huhu depends
What are you wearing right now?
• t-shirt
Where do you live?
• Serdang
Favorite Number/s
• dun have fav num.
Favorite Drinks:
• sky water, 100 plus~ :D
Favorite Month/s:
• hmm.. every months i think ;p

***********Have You Ever***********
Been in a bath tub:
• yes
Swam in the ocean:
• nope
Fallen asleep in school:
• yep....when i feel so sleepy
Broken someone's heart:
• yeh.. i did
Fell off your chair:
• yeah~
Saved e-mails:
• yes .. of course

***********What is************
Your room like:
• best place to sleep .. hehe
What's right beside you?
• chair.. im alone anywaiz~
What is the last thing you ate?
• Golden triangle sandwich

------------Ever Had-------------
Chicken pox:
• yes
Sore throat:
• yes
Stitches:
• nah~
Broken nose:
• no

-----------Do You-----------
Believe in love at first sight?
• sumtimes..
Like picnics:?
• yeh~

----------Who----------
Who was the last person you danced with?
• dgn petai.. uih..im forgot his real name.. during Zapin Dance Performance
Who last made you smile?
• Ma mum's jokes
Who did you last yell at?
• ma lil bro~

----------Final Questions-------------
Hate someone in your family?
• nope
Diamond or pearl?
• Love Both~
Are you the Eldest?
• nope

-------Today did you-----------
1. Talk to someone you like?
• yeh..
2. Kiss anyone?
• yep
3. Get sick?
•Sorethroat
4. Talked to an ex:
• nope
5. Miss someone:
• Yeh..Yeh..Yeh

----------Last person who----------
7. You talked to on the phone?
• Tok Mak..
21. Have a crush on someone:?
• yes
22. What books are you reading right now?
• Diari Khas untuk Muslimin (Muffakiratul Mukminin 2009)
23. Best feeling in the world:
• sleep on ma bed :D
24. Future kids names?
• uhm.. secreto~
25. Do you Sleep with stuffed animals?
• huhu nop
26. What's under your bed?
• unused cloths..waiting 2 give away~
28. Favourite locations:
• Ma crib~
29. Danced a slow dance with someone you didn't even like?
• nope
32. Who do you really hate?
• My ex~~~ [trying 2 forgive him]..
but we r no longer 2gether.
35. Ever liked someone you didn't have a chance with?
• YES
36. You lonely right now?
• yep dats y im answering this survey~
37. What time is it now?
• 1325

post this as "my ( the time that u have taken ) mins survey..

++ Random questions ~~~~


Do you miss the way things used to be?
-yeah
Do you miss anyone?
-yes,i do.
What's the last thing you ate?
-Golden triangle sandwich
Is there someone on your mind that shouldn't be?
-yups...
What do you currently hear right now?
-Lord of the dance~ Celtic Music
Are you shy?
-maybe..;p
How do you feel about chocolate covered strawberries?
-delicious..
Does anyone hate you?
-we can't read people mind..
Do you believe that everything happens for a reason?
-absolutely
How do you think you look right at this moment?
-i am just fine and much2 better..and i jz put on weight~.... oh ow...
Do you have a best friend that knows you inside and out?
-not really~
Are you usually fully awake in the morning?
-sometimes.
Are you friends with someone who's older than you?
-yup.but majority are youngest than me..hehe
Do you have a job?
-Nop.. not yet~
What shirt are you wearing?
-Red T-shirt =)
When was the last time you cried really hard?
-oh.. not remember la.. long time ago..i think~
Have you ever shared a drink with anyone?
-yup. ma loving mum
How many pillows are on your bed?
-6
Have you hugged anyone in the last 72 hours?
-hmm..unty..who?..abah's friend..
What do you usually do when the clock turns 11:11?
-working..
What time do you usually wake up?
-mon-fri: depends~
-sat & sun : depends~ hehe
Do you have any siblings?
-yes.
How old do people usually guess you are?
-22-25 years old (am i dat old)??
How's your heart lately?
-humm..empty heart ;p
What's in your cd player?
-German songs, Marrocain songs, Japs,Korean,Nasyeed + Spanish song~ Love it!
If you could do something differently; Would you go back?
-yes,sure.
What will you be doing in a half hour?
-Watch TV
Who was the last person you talked on the phone with?
-Tok Mak.. ma loving Grandma.. =)
Do you have any plans for Christmas?
-nah~
Did you have plans today?
-nope.
Are you sarcastic?
-sumtimes
Are you talkative?
-maybe ~ If i am in a good mood~
What are you doing tomorrow?
-doin d same thingy as today
Where was your last hug?
-at abah's friend house during 'raya open house'
When was the last time you smiled?
-just now.
Do you secretly like someone?
-Yeh~ I think so..
What are you looking forward to?
-hug someone~
Do you fall for people easily?
-no, i'm not
If you could move somewhere else; Would you?
-Germany,Switzerland. or someplace i neva been~
Do you prefer to call or text?
-both.
Can you live a day without TV?
-maybe
What's wrong with you right now?
-missing my loving friends in Switzerland..

bis dann... tschuess :D

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam