سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, February 2, 2009

++ HIJAB TRIALS: HOW TO WEAR IN DIFFERENT STYLES



Selamat mencuba~~~ :) -------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Berjalan sakan..Cuti-Cuti Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Apa Khabar semua??.. mesti korang rindu kemunculan entri terbaru aku kan?kan?kan?..[perasan jek aku nih].. tentuan & pempuan,sile duduk dengan selese, penerbangan ini akan berlepas sebentar saja lagi [dah start merepek plak]..ok2 straight 4 the point..

Pada 24 Januari sehingga 31 Januari, aku bersama-sama dengan famili bercuti2 Malaysia di Kuala Lumpur coz ingin menebus jumlah mata ganjaran Berjaya Vacation Club Berhad yang telah berjaya dikumpul oleh abah aku dari tahun bile ntah sehingga 24 haribulan yang lepas.[skema le plak ayat~] sebenarnye abah redeem pun sebab point tu akan tamat tempoh pada akhir bulan ni.. so xnak membazir, kami pun decide tuk stay dihotel yang dekat2 jer..

ok, so lokasi percutian xdelah jauh mana pun, setakat di Kuala Lumpur.. ape-ape pun aku patut bersyukur sebab diberi peluang dok kat Hotel Plaza Suite yang boleh dikatekan selese..[walaupun xselese mana..uhuk2! mklmlah 3 bintang]..BUT still ade swimming pool.. oh yeah! i lyke..huhu
**

oh ye lupe lak nk bgtau, hotel ni terletak berdekatan dengan Pavillion Shopping Mall di dalam area Bukit Bintang..kalau nak ke KLCC, erm boleh tahan jauh dier..jadi kami mengambil keputusan ke sana dgn menaiki kete..
**

lepas check-in hotel, lepak2, usha2 sekeliling apartment yang kami menginap tuh, kami terus ke KLCC makan tengahari disane..memandangkan perut masing2 dah bunyi lagu indon..

sampai je di KLCC, kami terus ke Imperial Chakri Palace Restaurant dan mengorder ape yang patut..makan..makan..makan...dan akhir sekali, burrrupp! kenyang~..Alhamdulillah..
[makanan pun leh tahan gak..cubelah! ;D]
**

dah selesai semue, kami mengerjakan solat di sana dan sesi bershopping pun bermule..1st stop kitorang di kedai buku KINOKUNIYA ..di sane, aku sibuk mencari barang keperluan tuk bhs german aku...[dalam beberapa jam mengusha,belek2..last2 jumpe digital dictionary for German language yang aku berkenan].. yang nabilah nyer, dok membeli sticker ala2 cun dan menarek tuk dijadikan hadiah burbdae kawan die kat kolej.
Muhd lak, menyopping barang2 stationary tuk sekolah. Parents aku lak, sibuk melihat telatah kitorang.. haha..
**

sebonarnye aku riso je abah aku nak kuar cepat dari situ..yelah kalao dah lama2 lepak kat dalam kedai buku tu, mau2 semua bende kitorang beli lak..huhu [uih gelojoh2!..haha..xdelah anak2 en Ali bek2 belake..huu ;p ]..tapi Alhamdulillah, mood abah aku time tu sangat best.. dia lepak je. [agaknye sebab dah kekonyangan kut~huhu]

settle di Kinokuniya, kami berjalan2 mengusha orang dan barang di Parkson..aku cadang nak beli jaket baju, tapi xde lak yang berkenan.. mane x nyer..semuanye kot yang di jual Formal nyer type..macam orang nak gi keje..yang aku nak jenis sempoi2 je..bak kate orang, santai mantai..

tukaq fikran so x jadi le beli, aku bercadang nak survey dulu di kedai2 lain, kot2 ade yang berkenan dan harganya yang berpatutan..

**
jalan sana..jalan sini dan settle usha-mengusha..kami pun pulang ke hotel around kul 10 lebih gak lah..sampai2 je, bersihkan diri..and time to Pengsan!

**
Tibalah hari kedua..25 Januari, cuace yang agak mendung menyebabkan aku lena dibuai mimpi..huu [tga ABC le katekan..so panjang sikit le tidoq tu..huu ;p] bangun2, bersihkan diri dan bersiap tuk kuar.. kami tiba di food court CM dalam kul 11 lebih and we had our late breakfast..

selesai, kami bershopping di Central Market jap dan seterusnye kami ke Muzium Negara.

Tujuan kami ke sana pun sebab Muhd xpernah ke sana..Kebetulan ada pameran senjata traditional dan abah plak suke dengan keris2 ni.. so cantik ah~

rupe-rupenyer banyak benda yang aku x tahu tentang sejarah dan senjata2 yang digunakan oleh pahlawan2 Melayu kita pada zaman dulu..

**
26. Jan,sambut 15 th birthday Muhammad yang tertangguh di Secret Recepi bersama famili dan saudara...makan2..

**
27-29 Jan, balik umah sebab ada benda nak kene settlekan..nasib bek umah dengan hotel agak dekat..huu

**
30 Jan, Check-in hotel balik..bershopping dan jalan2 di KL, usha2 di Karnival Amal Berita Harian untuk Gaza..malam tu, kami bersantai2 melihat kehidupan malam di bandar KL expecially di Bukit Bintang.. ish ish.. macam2 gelagat manusia di sana..dah letih melihat suasana diwaktu malam..kami dok makan tengah malam di Tarbush Restaurant..huu..supper la bak kate orang puteh ni..

**
31 Jan..check-out time..balik umah..huu..terase sangat puas walaupun bercuti hanya di Kuala Lumpur.. InsyaaAllah ade mase, nak cuti camni lagi r.. huhu ;p

Di bawah ni aku berkongsi sedikit gambar2 sepanjang kami bercuti di KL..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

Zouk Pictures, Images and Photos

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

solat Pictures, Images and Photos

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ ape eh?? (+_+) xde keje...~ uhuk!

Oh so colourful Pictures, Images and Photos

Where is the person who has your heart at this moment?
::. wallah hu a'lam

Are you waiting for something?
::. yup...=)

What were you doing at ten last night?
::. huh..watching TV

Did you cry today?
::. not yet..

Do you hate the last person you had a conversation with?
::. uiks..nop~

Can you sleep in jeans?
::. bleh2

What cant you wait for?
::. i cant wait to......(mne leh gtau..sebok je nk tau...)

When was the last time you told someone you loved them and meant it?
::. oh dun remember ;p

Are you good at giving advice?
::. boleh la..kadang2..

Are you good at giving directions?
::. kot..

When is the last time you told someone you're okay when you're not?
::. when?? hm.. yesterday kowt

What is your favourite shake?
::. vanilla shake.

What movie are you waiting for?
::. none~

What songs do you listen to feel happy?
::. erm...BunkFace ~Situasi ++ Lagu nasyid Nur Shahadah & Cinta Pertama

Garfield or mickey mouse?
::. Garfield of course

In a week, how many times you go online?
::. huh..online sokmo..:P.

What are you listening to right now?
::. BunkFace-Situasi

What was the last thing you ate?
::. Chicken Chop

Something happened today?
::. yup...

Have you kissed someone on the lips in the past week?
::. erk~ nop!

Where is your sister/brother right now?
::. akak kat Ukraine, Abin kat Belfast,UK, Yah kat Terengganu, Muhammad tga makan kat sebelah je ni

Who was the last person you talked to in person?
::. someone special.. who?? ops! its a secret~ :p

Do you have friends?
::. musti la ade...ape da...

In the past week, have you felt sad?
::. yup. :(


colourful Pictures, Images and Photos

jom cube: Tengok gambar ni lelame pastu tutup mate.. ape yang korang nampak?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ nanti balik Malaysia, kita pergi demonstrasi depan kedutaan Mesir, ustaz, mereka kurang ajar.......

Kapo Pictures, Images and Photos

tajuk asal:
Catatan saksimata pembantaian di Gaza (siri satu)

Riduan Mohamad Nor
Sat | Jan 31, 09 | 12:41:05 am MYT

"Ini kerana saya tidak memohon untuk 'selamat' dalam misi ini, pasrah dengan takdir dan berwasiat sebelum memasuki Gaza.

Allah sahaja yang mengetahui kecintaanku kepada bumi Palestin ini, bumi syuhada'dengan angin semilir yang membawa haruman kasturi para syuhada', tanah subur ini menjadi saksi kemuliaan jihad dan para pejuangnya yang terus bersimbah darah. Bangsa Palestin yang tertindas ini didakap kedukaan bertindan-tindih.

Bangsa Yahudi membantai mereka semahunya tanpa menghiraukan suara bantahan dunia. Regim Zionis ingin melumpuhkan Gaza dan menguburkan rakyat Palestin dengan alasan 'colateral damage', mereka membunuh kanak-kanak,wanita, orang tua .Lebih memualkan lagi apabila bangsa Arab yang mengelilingi mereka hanya mampu melihat, malah ada yang menjadi pengkhianat dan tali barut seperti negara-negara Arab yang bersempadan dengan Israel .

Saya dan rombongan Muslim Care, Haji Zulkifli Wahijan dan Zulkifli Mohd Nani tiba di Kaherah untuk terus ke wilayah sempadan Israel bagi menjalankan tugasan misi kemanusiaan di wilayah Gaza yang bersimbah darah semenjak serangan 27 Disember. Misi Gaza ini sangat penting dalam hidup saya, berbeda dengan misi di Acheh, Kashmir, Pakistan, Lubnan, Jodja, Jakarta, Pangandaran, Cambodia atau Bangladesh.

Ini kerana saya tidak memohon untuk 'selamat' dalam misi ini, pasrah dengan takdir dan berwasiat sebelum memasuki Gaza. Palestin dan kedukaannya sentiasa dalam doa saya ketika bersimpuh di tikar sejadah mahupun ketika melantunkan doa di mimbar khutbah Jumaat.

Demi Allah ! Cintaku pada Palestin mengalir dalam aliran darahku setiap masa semenjak pengabungan dengan harakah Islam yang sentiasa mengambil berat isu Palestin.

Hari pertama di Kaherah selepas melalui perjalanan yang melelahkan, Kami terus ke kedutaan Malaysia untuk melunaskan urusan ke sempadan. Berbekalkan surat dari Wisma Putra Kuala Lumpur dan dokumen-dokumen berkaitan kami melangkah dengan seribu harapan . Urusan agak baik di kedutaan dengan bantuan teman-teman yang lain, juga seorang teman dari Mesir, Mr. Kamal Syami.

Pada malamnya kami bermesyuarat untuk memastikan jadual kami diisi dengan baik untuk memastikan bantuan dapat disampaikan dengan sempurna. Bukan mudah menggalas amanah dan harapan rakyat Malaysia yang bersimpati dengan Palestin, kami menitip doa berpanjangan kepada Tuhan moga dipermudahkan urusan.

Pagi kedua kami bertolak dengan menyewa sebuah van yang disewa selama 3 hari. Manakala teman-teman di Kaherah membantu menyiapkan hamper untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa serangan Israel yang ditempatkan di beberapa buah hospital di Kaherah seperti di hospital Bulan Sabit Merah Mesir.
Perjalanan jauh yang akan menerusi terusan Suez dan Wilayah Sinai ( sempadan Mesir , Israel yang ditawan semasa perang Arab-Israel 1967) dijangkakan 6-7 jam. Perjalanan itu turut disertai Mr.Kamal Shamy yang akan berurusan dengan pihak keselamatan Mesir di sempadan.

Beliau kelihatan begitu sibuk dengan telefon bimbitnya menghubungi menteri-menteri tertentu dan 'orang penting' tentera dan polis. Kamal seorang pejawat penting disalah sebuah kementerian di Mesir.
Perjalanan pagi itu dengan 'sarapan berat' di awal pagi tanpa berhenti mengalas perut kerana kami mengejar masa. Wilayah Sinai yang gersang itu serta pernah melakarkan sejarah akibat perang Arab-Israel. (Mesir menawan kembali Sinai dalam perang Ramadhan 1973)
Timbunan sampah, trafik kelam-kabut
Sekatan jalan raya kelihatan di mana-mana, tentera Mesir memeriksa kenderaan yang lalu lalang, kadang terfikir seolah-olah Sinai masih dalam zon peperangan. Kenderaan kami agak mudah melepasi sekatan ini dengan komunikasi Kamal dengan pihak keselamatan. Beliau dahulunya bekas pegawai tentera udara Mesir kelihatan menggunakan �jargon� yang hanya difahami kalangan tentera. Beliau pandai berbasa basi dan peramah sehinga mudah mesra dengan sesiapa yang ditemui.

Melepasi satu daerah ke satu daerah yang lain di Mesir memahamkan kita betapa daif dan terpuruknya Mesir, sebuah negara yang dianugerahkan sungai Nil,namun mengambil fahaman sosialis sebagai dasar bernegara . Timbunan sampah dengan aliran trafik yang kelam kabut, serta kebisingan hon kenderaan adalah kanvas dalam sebuah negara miskin yang menjadi boneka kuasa asing.

Kami sampai di Arish sebuah bandar yang paling hampir dengan sempadan selain Rafah Mesir. Di sini juga, ramai mangsa pertempuran dan serangan Israel dirawat di hospital-hospital. Usai minum teh dan bersolat, kami bergerak ke Rafah kerana menerima mesej ringkas dari Dr. Azharizma dan teman-teman NGO lain sedang menunggu di Rafah Crossing.

Keterujaan kami untuk memasuki Gaza telah mampu memadamkan istilah lapar pada hari itu."Aahh�orang Gaza sedang berlapar," pujuk hati saya yang biasanya tidak boleh berkompromi dengan kelaparan.

Setiba di Rafah Crossing,kelihatan aktivis-aktivis NGO kemanusiaan dari pelbagai negara datang menunggu dengan letih dan sabar kebenaran untuk memasuki Gaza.Puluhan lori dan treler yang sarat dengan bantuan berderetan menunggu pintu pagar dibuka.Aktivis-aktivis kemanusian ini dating dari pelbagai belahan dunia ,ada yang telah berminggu menunggu dengan sabar di pintu pagar seperti dari Afrika Selatan dan Turki.

Ada yang telah pun pulang ke tanah air dan hanya mampu memberikan bantuan kepada NGO-NGO Mesir yang terlibat dengan bantuan di Gaza. Tidak kurang pula makanan yang berminggu di sempadan telah rosak seperti kentang.

Penat telinga saya mendengar rintihan kekesalan dengan cara kerajaan Mesir menangani isu sempadan "mana gambar foto?""datang pagi esok", "10 minit lagi", "ada pertempuran di dalam Gaza", "hanya doktor pakar dibenarkan masuk", "hanya wartawan dibenarkan masuk","mana sijil kelulusan doktor anda",itu di antara soalan-soalan yang terpacul dari mulut aparat keamanan Mesir.

Sekali berlaku perang mulut yang hebat apabila seorang aktivis menengking pegawai keselamatan "apa sebenarnya yang kamu nak? Kamu nak duit, kamu bagitahu' jerkah petugas dari Afrika Selatan itu yang pernah bertugas di sempadan Afghanistan. "berbeza dengan perang Afghanistan, Iran dan Pakistan membuka pintu sempadan untuk bantuan kemanusiaan� kata anak muda berperawakan India ini dengan dengusan kemarahan.

Hari akhirnya merangkak senja, peluang untuk masukke sempadan sangat menipis dan kami akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke Arish. "Besok datang semula," janji dari mulut pegawai keselamatan Mesir. Kami tidak mempunyai pilihan melainkan akur kepada arahan tidak masuk akal itu.

Kejam dan degil seperti keldai
Penduduk tempatan dan juga SB-SB mundar mandir dengan jumlah yang agak ramai di sekitar pintu sempadan, "kamu nak masuk melalui terowong?" Tanya seorang ketua kampong di sempadan kepada beberapa orang anggota misi,menawarkan khidmat kepada anggota misi untuk melepasi sempadan yang dikawal ketat itu. Pelawaan itu ditolak kerana risikonya menggunung tinggi. Namun saya difahamkan ada wartawan-wartawan luar negara mengambil kaedah ini, mungkin untuk pelaporan berita yang bernilai tinggi
Di Arish, kami menginap di sebuah hotel murah , sekitar 80 RM untuk enam orang, di hotel ini juga terdapat mangsa serangan Israel yang masih mendapat rawatan. Malam itu juga Zulnani (ketua Misi) dan Kamal mengadakan beberapa pertemuan dengan pegawai tinggi tentera, kebetulan pula pegawai tinggi tentera di Rafah adalah junior kamal semasa di Maktab Tentera.

Pertemuan itu berakhir jam 12 malam dan kami merasakan ada 'cahaya dihujung terowong' dengan pertemuan tersebut. "solat hajat dan solat taubat lebih sikit malam ni" usik saya pada teman-teman anggota Misi.

Pagi berikutnya selepas bersarapan ala kadar, kami bergegas ke wilayah sempadan untuk menagih janji pihak keselamatan untuk melepaskan kami melepasi sempadan pada jam 9.00 pagi. Bersama Muslim Care juga , dua orang teman daripada Global Peace, Mejar Azlan dan abang Khairil.

Sampai ke Rafah Crossing, ratuasan orang dari pelbagai NGO dan negara sedang berurusan untuk masuk, yang peliknya urusan dengan NGO Barat atau wartawan berkulit putih cukup pantas selesai berbanding NGO dari negara umat Islam. Ratusan lori yang sarat membawa makanan juga tersadai di Arish dan juga Rafah Crossing.

"Mengapa begitu kejam dan keldainya mereka ini yang tega melihat kesusahan umat Palestin" raung hati kecil saya. "nanti balik Malaysia, kita pergi demonstrasi depan kedutaan Mesir, ustaz, mereka kurang ajar, semalam koyak surat dari kedutaan Malaysia," saran Haji Zulkifli Wahijan kepada saya.

Setelah solat jamak Zohor/Asar di musolla,kami mengalas perut dengan roti dan tuna yg dibekalkan oleh adik-adik di Kaherah yang sangat mengambil berat perjalanan kami terutamanya Ustaz Asri Daud yang sentiasa bertelefon bertanya perkembangan misi .
Mr.Kamal tidak berhenti-henti melakukan urusan dan rayuan untuk melepasi Rafah Crossing,tiba-tiba "cepat ke pintu�polis panggil masuk dalam, cepat bagi paspot kamu semua "melompat kami dengan arahan Kamal dengan senyuman meleret.

Saya di awangan,"ini bukan mimpi,ini nasib kami dengan kebesaran Allah," detik hati saya berbahasa, kaki ini dengan pantas menghayan langkah.Kebetulan juga kami berpapasan dengan rombongan Bulan Sabit Merah Indonesia,mereka pula kebanyakannya adalah aktivis Islam yang banyak terlibat dengan misi dan juga anggota PKS.

"Allahuakbar!"tangan diacung ke udara oleh seorang anggota rombongan dari Indonesiaapabila melihat rombongan kami.Mereka juga dengan bangga membawa masuk sebuah ambulan "sumbangan dari umat Islam Indonesia kepada rakyat Palestin"tersentuh hati melihat kesungguhan rakyat Indonesia menjuarai isu pembantaian palestin,denagn ratusan ribu keluar berdemonstrasi,menganjurkan kutipan derma,solat hajat,menganjurkan konsert bertemakan Palestin malah ada yang bersemangat untuk dihantar ke medan tempur seperti yang dilakukan oleh FPI (Front Pembela Islam).

Menitiskan air mata
Urusan di imigresen cukup pantas, namun sedikit cuak apabila paspot saya dipegang oleh petugas Imegresen Mesir, Kamal dengan pantas menggunakan bahasa diplomatiknya untuk memujuk pegawai itu untuk melepaskan misi kam. Urusan di sempadan Palestin juga di sempadan palestin,petugas-petugas Hamas dengan penuh kehangatan menyambut kami.Jurucakap kerajaan Hamas yang popular kerana sering muncul di layar TV menyambut kami dan memberikan taklimat iaitu Dr.Ghazi Hamad,beliau sangat bergaya dan tenang.

Saya dan teman-teman menitiskan air mata apabila menginjak bumi Palestin,bumi penuh keberkatan ini menjadi rebutan tiga agama samawi sejak zaman berzaman.Sebagaimana telah diungkapkan oleh Salahudin Al-Ayubi,barang siapa menguasai Palestin ,maka mereka akan menguasai dunia. Bumi ini sarat dengan sejarah malah penjadi tempat pemakaman para Rasul-Rasul.
Kami bertolak ke kota Gaza dengan sebuah kereta lama, mata saya leka menatap bumi palestin yang subur dilatari dengan pohonan hijau zaitun, oren tomato dan pelbagai tanaman lain.
Hati tersayat pilu apabila melalui daerah Khan Yunis yang dibedil tentera binatang Israel. Semenjak 27 Disember, 1300 telah syahid, ribuan yang lain cedera dan hilang dalam timbunan puing-puing bangunan yang berselerakan. Israel bukan sahajammembunuh manusia tetapi juga turut membunuh binatang ternakan dan merosakkan tanaman supaya rakyat palestin menderita kelaparan.

Khan Yanis adalah sebahagian wilayah Palestin yang melambangkan kedaifan di mana 80% rakyat Palestin hidup di bawah garis kemiskinan. Jalanraya agak teruk dengan kesan serangan zionis, juga turut dikongsi bersama dengan kereta keldai .

Pimpinan Kerajaan Hamas yang melayan kami sebagai tetamu Negara menempatkan kami di sebuah penempatan yang selamat kerana hari ketibaan kami, pertempuran masih meletus. Beberapa orang terbunuh termasuk daripada pihak tentera regim. Pesawat �unmen craft� yang dibekalkan dengan senjata pembunuh sering merayau di udara mencari sasaran utama iaitu pimpiman Hamas, pesawat in I sering muncul dibalik awan putih bumi Gaza.
Kami mula memasuki Gaza, kota pentadbiran kerajaan HAMAS yang turut dibantai dengan serangan udara regim.

Pemandu kereta begitu teruja menunjukkan kepada kami rumah Syeikh Ahmad Yassin yang terletak di sebatang lorong di Gaza. Kami berhenti seketika di tengah Bandar sebelum ke tempat penginapan, rakyat Palestin meneruskan kehidupan seperti biasa, sibuk bertanyakan Negara asal kami. "terima kasih rakyat Malaysia yang berdemontrasi dan mendesak dihentikan serangan, kamu dan umat Islam seluruh dunia memberikan kekuatan dan semangat untuk kami di sini,"kata seorang teman Palestin kepada saya ketika sama-sama menonton berita dari stesyen al-Quds.

Kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan, kerana pihak kerajaan HAMAS telah mengaturkan pertemuan pemimpin mereka dengan delegasi luar. Pertemuan ini turut disertai oleh menteri undang-undang kerajaan HAMAS, speaker parlimen dan ramai tokoh-tokoh mereka. Penerangan dan taklimat situasi terkini telah diberikan.

Mata saya merayap pada tangan Menteri-Menteri HAMAS yang sentiasa menggerakkan biji tasbih dan juga kejernihan airmuka mereka yang sentiasa bersedia untuk kematian mulia. - azm
(BERSAMBUNG SIRI DUA) _

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ OhO! Saye SUKA menjawab TAG~~ :P

Photobucket

Wah wah.. ni mesti kes xle nak pk name sape lagi tuk di tag kan?? heee ;p

Rajin bebenor kamu (Afzan) eh mengetag ana...huu..
ape pon makasih daun pandan, ade tag lagi jangan lupe simpan.. ;p (sile abaikan pantun tadi)

Sayang kamu~ ahax!!

Here the rules :

1/ Link to the person who tag you
2/ Post de rules on your blog
3/ Write six random things about yourself
4/ Tag 6 people to your post and link to them
5/ Let each person know they've been tagged and leave a comment on their blog
6/ Let the tagger know when you entry is up

i have been tagged by her....



6 Random Things About Najibah Ali..

1) Wanna go Swim again~~~

2)I am BORED today...oh no.. ;(


3)Wish to have a Swimming pool at her family new house


4)I love babies..well, wish to have one soon..opps! not now..


5)Thinking what shall i do now & later~


6)Can't wait to 'Balik Kampung' again..oh atuks...Timah.. I missing u all alots~!!




I'm going to tag:

Mizie
Hana Brunei
Kiden
Suraya
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Bahulu Kemboja


Dari website malaykueh.blogspot.com

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan telor - dalam 4 biji
1 tin santan
1 cawan jus pandan
3/4 cawan gula
1/2 camt garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan - disangai terlebih dahulu tanpa minyak
Sedikit margerin/minyak

Cara membuatnya:

1. Panaskan Oven 150 darjah.
2. Blend semua bahan di atas sampai sebati.
3. Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Lenserkan acuan dengan margerin/minyak.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tutup. Biarkan selama 5-8 minit. Kemudian taburkan bijan.
5. Kemudian masukkan acuan tadi ke dalam oven dan bakar hingga kekuningan.
6. Sedia untuk dihidangkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam