سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Thursday, October 30, 2008

++ !!! [ SYAIR si Sang SYAITAN ] !!!


Berjaya dengan cara menjilat orang atasan, memijak orang bawahan dan menikam rakan sendiri, bukanlah kebahagiaan. Mereka tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada; tidak mungkin puas dengan apa yang mereka capai; tidak sama sekali puas dengan apa yang mereka buat. Inilah syair syaitan. Kegagalan ialah lubuk syaitan.
  1. Gagal berakibat lesu, letih dan longlai.
  2. Bertangguh-tangguh ialah simbol syaitan.
  3. Dua krisis jiwa: terlalu gembira, perangkap krisis; terlalu berduka, penjara krisis.
  4. Penggosipnya, syaitan.

Krisis jiwa paling halus, namun kesannya paling berbahaya:
  • keperibadian punah,
  • hubungan sosial muram,
  • prestasi curam
  • produktiviti parah.....

++ Senaman YOGA boleh pesong akidah umat Islam

sekadar gambar hiasan

Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya. "Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.

"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya. Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari. “Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.

Sumber:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081029002900/Article/index_html

++ Khas untuk kaum MUSLIMAH...~


  • Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU

  • YA Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadaMU

  • YA RABBANA, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMU

  • YA RABBUL IZZATI , jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMU

AMIN YA RABBAL ALAMIN

this is a poem written by Aminah Qutb to her husband~

++ Gathering Nasyid & Friends


Nasyid & Friends merupakan program Gathering Radio Online Nasyidfm & Nasyeed.com bersama artis dan peminat nasyid tanahair. Kerjasama ini dilakukan bertujuan mengeratkan silaturrahim di antara semua penggiat seni, artis dan peminat nasyid.

Program yang julung kali diadakan ini juga adalah hadiah kepada peminat nasyid di atas sokongan yang diberikan kepada industri muzik tanahair.Peminat yang ingin hadir ke program tersebut bolehlah mendaftar diruangan yang disediakan. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

Untuk keterangan lanjut ::

Cik Mass = 03 5512 1352 / 016 238 5788
Tarikh :: 13 hb Disember 2008 / 15hb Zulhijjah 1429h
Lokasi :: Perkarangan pejabat Nasyeed.com

Untuk Pendaftaran Sila Ke :

++ Tagged by MIZIE KIMIE~

Thanks a bunch Mizie.. :)

Starting time : 04.35pm
Name : NAJIBAH (22)
Sisters :NABIHAH(23),NABILAH(19)
Brothers :NABIL(20),MUHAMMAD(14)
Shoe size : 7-9
Height : 162 siyyyem..

-Where do you live?
Taman Serdang Utama,Seri Kembangan

-Have you ever been on a plane?
Yes..

  • Kuala Lumpur - Switzerland
  • Switzerland - Singapura - Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - Dubai - Sudan
  • Sudan - Dubai- Sudan
  • Kuala Lumpur - Jeddah - Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - Shanghai - Kuala Lumpur

-Swam in the ocean?
Nah~ Never.. ( i did answered this kind of Que. b4 )

-Fallen asleep at school?
Yeh..when i was at kindergarden

-Fell off your chair?
Yup~ Once when i was in Standart 5 (sekolah agama)

-Sat by the phone all night waiting for someone to call?
Yeh..Sumtimes.. hehe

-Saved e-mails?
yes~For memories..

-What is your room like?
half - Western style
half- Middle east style
++ GREEN colour~

-What’s right beside you?
German Dictionary,Metro newspaper,Chair, Mouse.. & Shin Chan's mouse pad

-What is the last thing you ate?
Chicken Curry + bread

-Ever had...Chicken pox?
yup~ when i was lil..

-Sore throat?
sumetimes.. yes

-Broken nose?
nah~ hopefully not

-Do you believe in love at first sight?
yes i think.. maybe~~~~~

-Like picnics?
hmm. used to like..yeh!

-Who was/were...The last person you danced with?
yeh.. with ma friend when we had Hari kebudayaan ( Zapin Dance )

-Last made you smile?
Yes..Macam2 Aznil show

-You last yelled at?
Dun rememba~
-Today did you...Talk to someone you like?
yeh..secreto

-Kissed anyone?
Yup~ Ma Mom

-Get sick?
Yeh~!

-Talk to an ex?
Nop~

-Miss someone?
Yeh

-Who do you really hate?
Shaytan + Ammarah or someone who makes me Piss Off~

-Do you like your hand-writing?
Nop really. prefer typing..

-Are your toe nails painted?
Yes~ Henna on ma fingers.. Love it!

-Whose bed other than yours would you rather sleep in?
Ma parents

-What color shirt are you wearing now?
Red colour

-Are you a friendly person?
yep..sumtimes , depends on ma mood

-Do you have any pets?
used to have- Hamsters,turtles

-Do you sleep with the TV on?
Yes..sumtimes

-What are you doing right now?
Typing..writing..listening 2 Nasyid.fm

-Can you handle the truth?
insyaAllah

-Are you closer to your mother or father?

erm.. my mum.. my dad not so close..


-Do you eat healthy?

Yeh~


-Do you still have pictures of you & your ex?
No~

-If you’re having a bad day, who are you most likely to go to?
My Room...

-Are you loud or quiet most of the time?
depends~
-Are you confident?
Not alwaiz

-5 things I was doing 10 years ago
1) layan lagu Back Street Boys
2) jadi pengawas..catit nama pelajar x ikut school rules then bagi dekat cikgu disiplin

3) Main batu seremban + lompat getah
4) amik UPSR

5) belajar2...


-5 things I would do if I were a billionaire
1) Around d world with ma family~

2) Buy a house in Germany & Switzerland

3) buy a thing that i wish
4) Sadaqah
5) & sama waktu, hari tarikh & tempat...

-5 of my bad habits

1) sleep at 4-5 am..

2) wake up late~
3) to lazy to work out~ duh!

4)
Internet 24 7...
5)
be a friend of mine n u know...

-5 places I've lived/living
1) Wuerelingen, Switzerland

2) Berikon, Switzerland

3) Buchs, Switzerland
4)
Ar-Riyad Street,Khartoum,Sudan
5) Taman Serdang Utama, Seri Kembangan

-5 persons dat i wanna tag:

1)Aishun

2)Hana

3)
Afzan
4)Kikudin

5)dan sesapa yang baik hati & rajin nak buat tag..

Sila-Sila..

++ I schriebe~~~~.. nie scho wightig...

I schriebe~~~~

I fuehle schoo muede~~~

Najibah isch schoo langweilig.nur zu hei blieben..jedentag.jo!..was mues i denn mache?.i geh kei schuel mer..du, i vermisse euch in die schweiz + meine schuel KantiWettinge au !

Photobucket
Mini liebi kollige.. in die Scweiz (2DD und in die kanti Wettinge),uus Deutschland ond Argentinean~
  • Aline Kaufmann
  • Daniella Bucher
  • Corrine Wacher
  • Corrine Weber
  • Jelena Arsic
  • Fabienne Berner
  • Karin Urech
  • Angi Nyfeller
  • Viginia
  • Nicole Meier
  • Ewelina Pohl
  • Nina
  • Naomi
  • ond vell mer.....
i liebi eu gansch toll..wenni chaco chummi~~~~~~~ :D kuessli..

Najibah www.jiebahoshin.blogspot.com.. i cha kei a nig.was i mache soll..lala. i hoere jetzt Irgendinisch- Pluesch..Schweiz, wenni chacho chummi~~~.


Najibah sage: also, i geh jetzt esse..en guete~!.


hasch du nie verstande was hab i scho gschriebe? also, was sollst :P

++ Dunia & wanita berpurdah





Suatu kisah...

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.


"Siapakah wanita itu?"


Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh, " kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.---- --------- --------- ---------


Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "

++ CUP CAKES Kawaii ne~~~~

So Schoen~!!!! ... und koestlich auch!


nak satu?.. silalah amik.. pilih... jangan segan2 :D

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam