Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.
"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya. Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.
Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari. “Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081029002900/Article/index_html
4 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Salam kenal..
tuler masalahnye..
kononya mengejar arus kemodenan
mencari sesuatu kelainan
agar diri selalu terkedepan
taktau itu sebenarnya kemurkaan
mengheret manusia ke jalan kehancuran
sebab kurang keimanan dan juga ilmu pengetahuan
banyak berlaku di kota mospolitan
marilah kita pulang ke pangkal jalan
luruskan akidah yang tergelinciran
salam..
dunia makin maju, manusia makin inginkan kesenangan, akan tetapi, setiap perbuatan tanpa di kaji telebih dahulu..dan akhirnya memakan diri sendiri.. siapa yang susah?..mereka juga...
syukran saudari naz.
sALAM sENAMAN...
kLU tAI-CHI tak pe kot,
memang best, layannnnnn!
tapi yoga tu, memang nampak cam bertapa pun ade..
salam bersukan.. hehe..
betoi2..kot yea pun nak kuruskan badan sihat kan badan..kan banyak lagi cara lain boleh dibuat selain daripada lakukan Yoga ni.. hehe .. tu la kan, negara makin maju, makin banyak benda yang terpesong...dan yang menyedihkan umat islam sendiri ada yang lakukannya tanpa berfikir panjang... syukran el tuk pendapat.. :)
Post a Comment