سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Saturday, September 13, 2008

++ Jangan..

Jangan...
daripada : Saudara Abu Hassan Al-Ariffin bin Harun




Kalo km MUSLIM, jgn blg "mosque" tp "masjid" krn orgnisasi Islam mnemukn bhw "mosque"=mosquitos=nyamuk.. Jgn tulis "mecca" tp "MEKKAH" krn mecca =rumah anggur/bir... jngn tulis "mohd" tp tulis lengkp "MUHAMMAD" krn "mohd"= anjing brmulut besar... Jngn tlis "4JJI " tp tulislah "ALLAH SWT" krn 4jji =for judas jesus isa almasih.. Jgn tulis "ass" tp tulislah "ASSLM" krn "ass"= punggung. Tolong sebarkan kpd Muslim lain smampu Anda. Terimakasih


Kalo km MUSLIM, jgn blg "mosque" tp "masjid" krn orgnisasi Islam mnemukn bhw "mosque"=mosquitos=nyamuk.. Jgn tulis "mecca" tp "MEKKAH" krn mecca =rumah anggur/bir... jngn tulis "mohd" tp tulis lengkp "MUHAMMAD" krn "mohd"= anjing brmulut besar... Jngn tlis "4JJI " tp tulislah "ALLAH SWT" krn 4jji =for judas jesus isa almasih.. Jgn tulis "ass" tp tulislah "ASSLM" krn "ass"= pantat. Tolong sebarkan kpd Muslim lain smampu Anda. Terimakasih

HAKIKAT ZUHUD-SYEIKH ABU HASAN AS-SYADZILI
April 15th, 2007
Pada suatu hari, Syeikh Abu Hasan As-Syadzili bersyarah bab kebaikan sifat zahid di dalam majlis ilmu. Dalam majlis itu hadir seorang fakir yang berpakaian lusuh dan compang-camping, sedangkan Syeikh Abu Hasan berpakaian rapi dan bersih.

Si fakir itu berkata dalam hati, kenapa ia berani meghuraikan masalah Zahid, padahal ia sendiri berpakaian bagus dan rapi.

Syeikh Abu Hasan menoleh kepadanya dan berkata: "Pakaianmu seperti ini tidak disukai orang dunia, sebab orang mengatakan anda fakir. Sedangkan pakaian ‘kami’ ini dikatakan orang adalah pakaian orang kaya dan bagus."

Si fakir itu pun bangkit, lalu berkata: "Demi Allah, aku hanya berkata-kata dalam hati, dan atas ‘Kasyaf’ Syeikh Abu Hasan, dia dapat mengetahui.

HAKIKAT ZUHUD-SYEIKH ABU HASAN AS-SYADZILI

April 15th, 2007
Pada suatu hari, Syeikh Abu Hasan As-Syadzili bersyarah bab kebaikan sifat zahid di dalam majlis ilmu. Dalam majlis itu hadir seorang fakir yang berpakaian lusuh dan compang-camping, sedangkan Syeikh Abu Hasan berpakaian rapi dan bersih.

Si fakir itu berkata dalam hati, kenapa ia berani meghuraikan masalah Zahid, padahal ia sendiri berpakaian bagus dan rapi.

Syeikh Abu Hasan menoleh kepadanya dan berkata: "Pakaianmu seperti ini tidak disukai orang dunia, sebab orang mengatakan anda fakir. Sedangkan pakaian ‘kami’ ini dikatakan orang adalah pakaian orang kaya dan bagus."

Si fakir itu pun bangkit, lalu berkata: "Demi Allah, aku hanya berkata-kata dalam hati, dan atas ‘Kasyaf’ Syeikh Abu Hasan, dia dapat mengetahui. aku
Jadilah kamu hamba Allah sebenar-benar hamba Allah

April 12th, 2007
Syeikh Abu Hasan As-Syadzili berkata: Dalam suatu perjalanan, aku pernah bertanya kepada Allah. "Bilakah aku dapat menjadi hambaMu yang bersyukur?." Tiba-tiba kuterdengar jawapan. "Bila anda tidak melihat pemberi nikmat kepada selainmu." Aku pun bertanya pula: "Tuhanku, bagaimana mungkin aku tidak melihat pemberi nikmat kepada selainku, sedangkan Engkau telah mengurniai nikmat kepada para Nabi, Alim-Ulama dan raja-raja?"

Terdengar pula jawapan:"Jika tidak kerana Nabi-Nabi, nescaya kau tidak akan dapat pentunjuk. Jika tidak kerana Alim-ulama, nescaya anda tidak akan menjadi orang yang tunduk. Dan jika tidak kerana raja-raja, nescaya anda tidak akan merasa aman. Semuanya itu adalah itu adalah nikmatKu kepada kau."

Jadilah kamu hamba Allah sebenar-benar hamba Allah
April 12th, 2007
Syeikh Abu Hasan As-Syadzili berkata: Dalam suatu perjalanan, aku pernah bertanya kepada Allah. "Bilakah aku dapat menjadi hambaMu yang bersyukur?." Tiba-tiba kuterdengar jawapan. "Bila anda tidak melihat pemberi nikmat kepada selainmu." Aku pun bertanya pula: "Tuhanku, bagaimana mungkin aku tidak melihat pemberi nikmat kepada selainku, sedangkan Engkau telah mengurniai nikmat kepada para Nabi, Alim-Ulama dan raja-raja?"

Terdengar pula jawapan:"Jika tidak kerana Nabi-Nabi, nescaya kau tidak akan dapat pentunjuk. Jika tidak kerana Alim-ulama, nescaya anda tidak akan menjadi orang yang tunduk. Dan jika tidak kerana raja-raja, nescaya anda tidak akan merasa aman. Semuanya itu adalah itu adalah nikmatKu kepada kau."

++ QURAN MP3




MP3 AL QURAN boleh di muat turun di sini[klik]

Boleh pilih qari yang membaca surah.

Bagus mendengar Al Quran sambil membaca buku dan sebagainya, terutama di bulan Ramadhan ini.




Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan.


++ Nuqaba Perlu Belajar Dari Sifu ”Kungfu Panda”

Salam..

Anda suka tengok kartun? :D
Suka tengok movie? :D
Suka tengok movie kartun? :D
Pernah terfikir pengajaran disebalik movie tersebut? Hehehehe..Mari kita tengok ape yang kita leh amik dari cerita Kungfu Panda (cite ni best :D )
[dipetik dari dr nasyidfm]

Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift. Cukup dengan pesanan Master Shifu kepada si Panda Po ini merubah hidupnya dari seorang yang biasa (anak penjual mi) kepada luarbiasa (mahaguru kungfu tumpaskan Tai Long).Ada beberapa mesej menarik saya rumuskan dari filem 3D Kungfu Panda :

1. The secret to be special is you have to believe that you special
Po hampir putus asa kerana tidak mampu memecahkan rahsia Kitab Naga, yang hanya berupa lembaran kosong. Pesanan dari ayahnya-lah yang akhirnya membuatkannya kembali bersemangat dan memandang positif dirinya sendiri. Kalau kita berfikir diri kita adalah “special”, unik, berharga pastinya kita pun akan punyai “burning desire” untuk melakukan hal-hal yang luarbiasa.

2. You just need to believe
Kita akan jadi biasa, kalau kita berfikir kita biasa. Seperti kata Master Oogway, “You just need to believe

3. Kita tidak akan mampu mengembangkan potensi orang lain, sebelum kita percaya dengan kemampuan orang itu, dan kemampuan diri kita sendiri

Master ShiFu tidak yakin untuk melatih Po. Ia memandang Po tidak berbakat. Kalaupun Po mampu sekalipun, mana mungkin ia mampu melatih Po dalam waktu sekejap. Namun, akhirnya “false perception” dan “judgement” kepada “mad’u” (Po) ini bertukar 180 darjah apabila Master Oogway menegaskan bahawa Po adalah benar-benar Pendekar Naga yang “dianugerahkan” Tuhan secara bukan kebetulan (accidental).

Justeru, sebagai guru atau nuqaba, hal yang paling harus dihindari adalah memberi label bahawa mad’u ini tidak punya peluang untuk berubah. Sangatlah mudah bagi kita untuk menganggap orang lain tidak punya masa depan. Kesulitan juga acap kali membuat kita kehilangan kepercaya an diri, bahwa kita sebenarnya masih mampu untuk membimbing mereka dari manusia “bermasalah” kepada manusia “luar biasa” yang melakar sejarah.

Kung Fu Master Shifu , who has already trained the legendary Furious Five, is now charged with transforming an out-of-shape giant panda named Po into a fighting machine.

4. Kenalpasti “suis” mad’u (selera dan minatnya)
Shi Fu akhirnya mendapati bahwa Po boleh termotivasi dan mampu mengeluarkan semua kemampuannya, bila dikaitkan dengan makanan. Po sememangnya tidak mampu menjalani latihan seperti 5 murid jagoannya yang lain. Justeru setiap mad’u ada “suis” yang tersendiri, ada keunikan pendekatan yang perlu diberikan. Mana mungkin kesemua mad’u yang pelbagai potensi melalui pendekatan tarbiyah nuqaba yang “memukulrata” potensi-potensi mereka.

Hanya “burning desire” untuk mendapatkan kuih itu sudah cukup
merubah Panda melalui “tarbiyah” secara short-cut lalu menjadi
mahaguru luarbiasa

Setiap mad’u kita mempunyai keunikan yang tersendiri.
Janganlah “pukulrata” sahaja tarbiyah kita kepada mereka.

5. Jangan “melepas pandang” pada sisi jahat (akhlak buruk) pada mad’u. Ia mesti dibaiki dan dirawat.

Master ShiFu sangat menyayangi Tai Lung, murid pertamanya, yang dia asuh sejak bayi. Dia membentuk Tai Lung sedemikian rupa agar sesuai dengan harapannya. Dia memberikan impian bahwa Tai Lung akan menjadi Pendekar Naga yang mewarisi ilmu tertinggi. Sayangnya Shi Fu tidak melihat sisi jahat dari Tai Lung dan harus membayar harga yang mahal termasuk nyawanya akibat dari Tai Lung yang sudah menyalahgunakan ilmu yang diberikan Shifu.

6. Cermin diri rahsia menjadi luarbiasa

Pada saat Gulungan Naga (ilmu tertinggi dalam Dragon Warrior) diambil dan diberikan kepada Po, ternyata dalam gulungan itu tidak tertulis sebarang ilmu atau kata-kata hikmah sedikitpun. Hanya kosong dan merupakan lembaran kosong yang bersinar ibarat cermin yang boleh merefleksikan wajah kita sendiri. Semua terkejut termasuk sifu yang tidak menyangka Scroll yang diwar-warkan mempunyai rahsia tertinggi itu rupanya tidak tertulis apa-apa. Yang ada hanya “cermin”…

Akhir kata, sudahkah Anda nonton Kung Fu Panda…..? :D

++ GHIBAH (Mengumpat)

Ghibah(Mengumpat)

Salam alaik & Salam Ramadhan,

Syukur alhamdulillah, Allah berikan saya kesempatan setiap kali hujung minggu untuk saya meluangkan sedikit masa di journal nasyidfm. Di harap apa yang saya cuba kongsikan ini dapat di terima oleh pembaca-pembaca sekalian. InsyaAllah.

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kita kadang-kadang terleka dengan keadaan yang datang tanpa ucapan salam, mungkin dalam tidak sedar, kita terngumpat dan menceritakan aib orang tanpa segan silu. Saya sempat mengcopy n paste tentang ghibah ataupun mengumpat.

Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)

Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)

**sumber nasyidfm



++ Al-Quran..


~al-Quran~

Al-Quran Sebagai Pembela di Hari Akhirat
www.iluvislam.com
oleh: miey_86kmc

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an :"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

++ Janganlah kau BERPUTUS ASA


"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

++ Alam Persekolahan



Dinyanyi oleh : Mirwana



Allah oh Tuhan…
Pencipta alam
Ku pohon dariMu
Berdoa padaMu

Allah Oh Tuhan…
Terangilah hatiku
Agar ku mampu
Terus maju

Alam persekolahan
Penuh dengan cabaran
Perlukan kesabaran…
Keteguhan…iman
Dengarlah Oh Tuhan

Ku mahu.. Menimba ilmu
Agarku mampu
Majukan umatku
Berusaha penuh
Sedaya yang mampu
Dan berserah padaMu
Allah yang satu

Menuntut ilmu
Bersabar selalu
Ku lengkapkan diriku
Dengan azam baru

****

Apapun, memang best waktu di sekolah. Betul tak? :)

++ Terimalah SEADANYA..


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya..

++ Jika Mata Terbuka lagi..

Tatkala Mata Terbuka Lagi
sumber:www.iluvislam.com
oleh: afdhal87

Setiap bangun tidur dan membuka mata,yang terucap adalah kalimat syukur bahwa Allah masih mengizinkan diri ini kembali melihat fajar.Merasai hembusan angin bayu pagi yang menerobos celah jendela dan menjumpai semua yang semalam terlihat sebelum mata terpejam masih seperti sedia kala, tidak ada yang berubah.

Kemudian melangkahlah dengan iringan doa di gerbang mungil menuju arena perjuangan kehidupan,dengan tuntutan-Nya lah diri ini tak melangkah ke jalan yang salah,tak menjamah yang bukan hak,tak melihat yang dilarang,tak memamah yang tidak halal,tak mendengar yang batil,dan tak banyak melakukan sia-sia.Kerana setiap waktu yang terlewat pasti akan ditagih tanggunjawabnya.Lantaran semua jalan yang dilalui akan diminta kesaksiannya atas diri ini dan sebab seluruh indera ini akan diminta bicara tentang apa-apa yang pernah tercipta.

Hari ini, masih ada lali terbuat.Masih juga lengah sehingga khilaf tercipta.Mesti segunung peringatan pernah didengar,mulut ini masih terselit berucap dusta,saringan telinga ini tetap tak mampu membendung suara-suara melena lalaikan dan masih saja ada perbuatan yang salah,walau itu dalam bingkai alpa.Padahal,di setiap terminal ruhiyah.Sedikitnya 5kali sehari lidah ini berucap,tangan ini tertengadah dan mata ini menitikkan butir bening,seraya memohon perlindungan dari Allah dijauhkan dari salah dan dosa.Tetapi, masih juga langkah ini menuju arah yang sesat.

Setiap hari menangis, setiap hari meminta ampunan,setiap hari mencipta dosa,esok sibuk bersujud,meluluhkan air mata,menyusun kalimah doa,mengayam pinta smeoga Allah menghapusnya,bahkan kadang lupa.Padahal,bias saja sedetik kemudian diri ini tak lagi sempat memohon ampunan.Lupakah bahawa waktu sangat cepat berlalu.Lupakah pula bahawa menyesal di akhirat hanyalah kesiaan yang nyata?

Bagaimana jika hari esok tak pernah datang, padahal baru saja seharian ini berenang di lautan dosa,padahal belum sempat menghapus noda hari ini , kelmarin,seminggu yang lalu,setahun lalu dan bertahun-tahun yang lalu.Bagaimana jika Allah tak berkenan membukakan mata diri ini setelah sepanjang malam terlelap? Bagaimana jika perjumpaan dan canda riang bersama keluarga semalam adalah yang terakhir kalinya,ketika esok harinya ruh ini melihat seluruh keluarga menangisi jasad ini yang terbujur kaku berkafan putih..

Bagaimana jika matahari esok terbit dari barat, tak seperti biasanya dari timur? Padahal hari ini lupa menyebut nama-Nya.Padahal di hari ini,belum sempat mengunjungi satu persatu keluarga,kerabat,sahabat,tetangga dan orang-orang yang pernah tersakiti oleh lidah dan tindakan kita.Sudah terlalu lama tak mencium kaki orang tua mencari keredhaannya,walau tak terhitung salah diri.Belum lagi sempat berderma,setelah derma kecil beberapa tahun lalu yang sering kita banggakan.

Dan jika memang esok tak pernah datang.Sungguh celakalah diri ini.Benar-benar celaka, bila belum sempat mencuci dosa sepanjang hidup,bila belum mendengar ungkapan maaf dari orang-orang yang pernah terzalimi,bila belum menyisihkan harta yang menjadi hak orang lain,bila belum sempat meminta ampun atas segala salah dan khilafnya yamg tercipta.

Maka saat pagi Allah masih memperkenalkan diri menikmati fajar ,mulaikan hari dengan kalimat
“Terima Kasih Allah”

“Terima Kasih Allah”

“Terima Kasih Allah”

Semoga kita semua beroleh keampunan dari ilahi atas segala kesilapan dan kejahilan kita sepanjang hidup bernama manusia..

Wallahualam

++ Jangan Merajuk Wahai Da'ie..

Jangan Merajuk Wahai Da'ie
sumber: www.iluvislam.com
dihantar oleh: assyahida



Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…




Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...


sumber : bahantarbiyyah.info

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam