سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, September 21, 2008

++ Bahayanya pokemon



Assalamualaikum………..

Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).

contohnya:


POKEMON - saya yahudi

CHARMANDER - ALLAH itu lemah…

(SUBHANALLAH!)

PIKACHU - jadilah seorang yahudi..

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.

sumber:naim

++ ribena ada arak



Spread this article out..dpt dr emel

p/s - even setitik arak pun dikira haram

Tak tahu sejauh mana kebenarannya. Sekadar peringatan dan sama-samalah
kita
mengumpul maklumat lebih lanjut utk membuktikan kebenarannya kerana
sedia
maklum Ribena ni minuman kegemaran kanak2.Harap dapat kongsi maklumat
sama-sama

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan
menyeluruh
dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan
bahawa
dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena
dan
Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu
mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.

Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu,
Glaxo-SmithKline
menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu
pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa
semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan
yang bercampur arak meskipun amat sedikit.

Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada
bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek
keju
dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.

Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1
peratus
tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa
selepas
mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada
paras
yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa
terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam
makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.

"Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman
ringan
seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman
Khan
berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa
minggu
lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan
pasti
tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi
penyediaan makanan itu dinyatakan.

"Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat
sensitif
dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia
dimaklumkan kepada kami," katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika
dan
sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang
disediakan untuk Ribena. - Agensi


sumber: Naim

++ Bahaya Buku kanak² yg boleh rosakkan Aqidah?? [Pic]



















Bahaya Buku kanak² yg boleh rosakkan Aqidah?? [Pic]



Menurut penulis.

"saya mendapat buku ini daripada seorang rakan pada hari ini (Jumaat 8/9/2006). Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam. Buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal). Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Bersama ini disertakan bukti-bukti dalam bentuk Adode PDF dan attachment gambar. harap email ini disebarkan untuk makluman Saudara Islam kita….. "

Apa pandangan korang??

let’s checkitout!!!

sumber: naim

++ AYAT-AYAT CINTA ~ FULL MOVIE VERSION













++ Jerman akan menjadi negara islam?




Allahu Hu Akbar..du bisch uuf d rightige weg~...

++ kenapa daging babi itu diharamkan dalam islam ?



NO PORK FOR ME!

++ The amazing azan discovery 24 Hours NON STOP!

++ Kisah Nabi Muhammad SAW

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4

BILAL BIN RABAH- the first Muazzin of Islam



Bilal Bin Rabah - All One



Bilal bin Rabah

SUARA MUAZZIN TERDENGAR
MEMANGGIL INSAN MENYEMBAH ALLAH
SEJENAK TERIMBAU INGATAN
KEPADA INSAN YANG MULIA

DIRIMU HANYALAH SAHAYA
SYAHADAH ITU KEBEBASANMU
DERAPAN KAKIMU TERDENGAR
DI DEPAN RASULMU DI SYURGA

ALUNAN AZANMU TERHENTI
HARI KEWAFATAN KEKASIH TERCINTA
LALU BERDERAILAH TANGISAN
SUARA EMAS TAK TERDENGAR LAGI

KAU BILAL BIN RABAH
CEKAL DAN TABAH
DIPANGGANG DI GURUN YANG PANAS
BIARPUN DIRIMU DIDERA DISIKSA
BIBIRMU TETAP MENYEBUT

ALLAH TUHANKU
ALLAH YANG SATU
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD PESURUH ALLAH

DI BALIK KULITMU YANG HITAM
TERSIMPAN HATI SEPUTIH KAPAS
SUARA AZANMU BERGEMA
ADALAH SILAMMU YANG LUKA
ADALAH BUTIRAN MUTIARA
MENJADI TAULADAN MANUSIA

Kisah Bilal bin Rabah di

http://anwary-islam.com/companion/s-bilal.htm


SUMAYYAH -great women in Islam story..



++ Akibat Mengumpat...

Menjaga lisan daripada mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Suka mengumpat, mencerca dan melaknat adalah satu sifat yang sering dikaitkan dengan wanita –kita memohon keselamatan dari Allah supaya dijauhkan dari sifat ini-. Manakan tidak, sedangkan Allah sendiri mengkhususkan larangan ini kepada wanita di samping ayat yang umum melarang orang mukmin itu menghina sesama mukmin.

Allah berfirman yang bermaksud :
"…dan jangan pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu lebih baik dari perempuan yang menghina…" [al-Hujurat : 11]
.

Allah mengkhususkan larangan ini kepada wanita kerana kaum inilah yang seringkali cepat mengeluarkan kata-kata yang tidak baik samada mengumpat, menghina, mengata dan sebagainya.

Syeikh al-Sa'di rahimahullah di dalam tafsirnya berkata : '…pada realitinya memang selalunya mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina, kerana penghinaan itu tidak akan datang kecuali dari hati yang penuh dengan keburukan dan akhlak yang keji…'.



sumber:Aishahtur [cato]

++ IFTAR di Times Square..

,Berbuka di Shabu-Shabu Train Restaurant di Times Square..
Menu Hari ni.. Seafood Steamboat + Japanese Foods.. =)

Peace di bulan RAMADHAN..hehe

Emak & Abah bergambar sebelum tgu makanan sampai..

hmm...lama juga nak tgu makanan ni sampai..sementara tu meh kita baca buku...huhu

Lepas Iftar, solat Maghrib..kami bersantai di Starbucks..minum coffee..then baru balik rumah.. :)

++ Alahai tinggal 2 Beradik jew... sobs!

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam