سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, November 5, 2008

++ DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

Assalam Mu'alaikum Wbrth! & Salam Sejahtera~

banner brain Pictures, Images and Photos

Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam...

bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

My Brain gif animation Pictures, Images and Photos

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya mereka mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Melainkan mereka sujud semsa sembahyang!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini..

++ Darul Taqwa..

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. “Assalamualaikum pakcik, tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini. “Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik”, kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. “Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini! Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis?” Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang ‘sofistikated’. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. “Ah, di mana aku sekarang ini!”, gerutu hati Datuk Dr. Johar.

“Hoi budak, Aku dimana sekarang?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. “Apakah ini Aladdin, budak arab dengan lampu ajaibnya?” Teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. “Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik.

Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.” Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang.

Namun egonya membumbung tinggi. “Apa? Dia nak marahkan aku? Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?”, tanyanya angkuh. “Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat”, kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. “Oh, oh maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu?”, tanya pegawai itu pula. “Aku yang gila, atau dia yang gila?”, detak hati Datuk Dr. Johar.

Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula, Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. “Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.” “Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni.” “Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni.

Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa.
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?”, dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. “Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.” “Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?” Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. “Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat.
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. “Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa Neraka amat pedih. Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat”, rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas. Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba dia terdengar suara komputer dari ‘sound system’ di tepi-tepi jalan : “Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini beliau menjamu nasi dan minuman.
Sila datang!”

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. “Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.” “Ceh, Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan!” Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.
“Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”

Lelaki itu tersenyum. “Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan”, terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

“Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni.” “Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi itu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu. Subhanallah.”, keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika dia manggeleng-gelengkan kepalanya. “Ah, persetankan semua itu. Perut aku lapar.

Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan!”, ujarnya kepada pelayan. “Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan. “Ya! Apa peliknya?” “Baik, tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?”, tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. “Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku.
Aku ada pendirian!”

Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. “Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki”, kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. “Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh”, ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.
“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?”, tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit, malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana”, keluhnya. “Susah kita sekarang.

Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. “Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita”, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

“Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.” “Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat”, kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr. Johar makin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi!”, ujarnya kepada pelayan restoran. “Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan”, kata pelayan itu lagi. “Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!”, bentaknya, marah campur geram.

“Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!” “Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini?”, leternya perlahan-lahan. “Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit itu dah tak ada siapa menghidapnya.

“Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati?”, tanyanya. “Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.” Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardin ini dia masih kelihatan kolot. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar.
Pada pakaiannyakah atau otaknya?

Diberanikan hatinya. Satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA. Oh, oh seram sejuk tubuhnya. “Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi”, protes hati Datuk Dr. Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti: FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? “Tak ada lagu yang hot sikit ke?”, tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. “Nanti ya pakcik, saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top hit anak-anak muda sekarang.” “Ya, ya saya setuju”, balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu.

Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran. “Eh, ni suara orang mengaji.” “Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya”, kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema. “Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta, stanza hati merindu Ilahi!”

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. “Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah.” Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata , “Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. “Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah.” “Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.
“Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.” “Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya”, pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIR TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya.

Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : “KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH.” Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. “Ish, meluatnya!” Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. “Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?”, Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit.

Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. “Datuk! Datuk! Bangun, Datuk. Ada berita buruk .” Datuk Dr. Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. “Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?”, tanya Datuk Dr. Johar. “Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.

Mereka tak mahu pilihanraya.” “Habis, mereka mahu apa?” “Mereka mahu Islam, Datuk” “Islam?”, keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya. “ISLAM AKAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG. ITULAH JANJI ILAHI.” “Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah.

++ Cinta Sejati..

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.

"
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu.
Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah.
Setelah peristiwa itu,
turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama
mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-
orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.
"

Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .

Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .

Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.

Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

muhammad Pictures, Images and Photos

++ Kemenangan menyebelahi BARRACK OBAMA..President berkulit hitam pertama di AMERIKA

Obama sweeps to victory as first black president

Obama Pictures, Images and Photos

WASHINGTON – Barack Obama swept to victory as the nation's first black president Tuesday night in an electoral college landslide that overcame racial barriers as old as America itself. "Change has come," he told a jubilant hometown Chicago crowd.

The son of a black father from Kenya and a white mother from Kansas, the Democratic senator from Illinois sealed his historic triumph by defeating Republican Sen. John McCain in a string of wins in hard-fought battleground states — Ohio, Florida, Iowa and more. He captured Virginia and Indiana, too, the first candidate of his party in 44 years to win either.

Obama's election capped a meteoric rise — from mere state senator to president-elect in four years.

Spontaneous celebrations erupted from Atlanta to New York and Philadelphia as word of Obama's victory spread. Supporters filled Pennsylvania Avenue in front of the White House.

In his first speech as victor, to well over 100,000 people in Grant Park in Chicago, Obama catalogued the challenges ahead. "The greatest of a lifetime," he said, "two wars, a planet in peril, the worst financial crisis in a century."

He added, "There are many who won't agree with every decision or policy I make as president, and we know that government can't solve every problem. But I will always be honest with you about the challenges we face."

McCain called his former rival to concede defeat — and the end of his own 10-year quest for the White House. "The American people have spoken, and spoken clearly," McCain told disappointed supporters in Arizona.

President Bush added his congratulations from the White House, where his tenure runs out on Jan. 20. "May God bless whoever wins tonight," he had told dinner guests earlier.

Obama, in his speech, invoked the words of Lincoln, recalled Martin Luther King Jr., and seemed to echo John F. Kennedy.

"So let us summon a new spirit of patriotism, of service and responsibility where each of us resolves to pitch in and work harder," he said.

He and his running mate, Sen. Joseph Biden of Delaware, will take their oaths of office as president and vice president on Jan. 20, 2009. McCain remains in the Senate.

Sarah Palin, McCain's running mate, returns to Alaska as governor after a tumultuous debut on the national stage.

He will move into the Oval Office as leader of a country that is almost certainly in recession, and fighting two long wars, one in Iraq, the other in Afghanistan.

The popular vote was close — 51.7 percent to 47 percent with 84 percent of all U.S. precincts tallied — but not the count in the Electoral College, where it mattered most.

There, Obama's audacious decision to contest McCain in states that hadn't gone Democratic in years paid rich dividends.

Shortly after 2 a.m. in the East, The Associated Press count showed Obama with 349 electoral votes, well over the 270 needed for victory. McCain had 147 after winning states that comprised the normal Republican base, including Texas and most of the South as well as several in the Midwest and Rocky Mountain west.

By comparison, Bush won the White House twice, and never tallied more than 286 electoral votes.

Four states remained unsettled — Georgia, Missouri and North Carolina. All voted for Bush in 2004.

Interviews with voters suggested that almost six in 10 women were backing Obama nationwide, while men leaned his way by a narrow margin. Just over half of whites supported McCain, giving him a slim advantage in a group that Bush carried overwhelmingly in 2004.

The results of the AP survey were based on a preliminary partial sample of nearly 10,000 voters in Election Day polls and in telephone interviews over the past week for early voters. Obama has said his first order of presidential business will be to tackle the economy. He has also pledged to withdraw most U.S. combat troops from Iraq within 16 months.

In Washington, the Democratic leaders of Congress celebrated.

"It is not a mandate for a party or ideology but a mandate for change," said Senate Majority leader Harry Reid of Nevada.

Said Speaker Nancy Pelosi of California: "Tonight the American people have called for a new direction. They have called for change in America."

Democrats also acclaimed Senate successes by former Gov. Mark Warner in Virginia, Rep. Tom Udall in New Mexico and Rep. Mark Udall in Colorado. All won seats left open by Republican retirements.

In New Hampshire, former Gov. Jeanne Shaheen defeated Republican Sen. John Sununu in a rematch of their 2002 race, and Sen. Elizabeth Dole fell to Democrat Kay Hagan in North Carolina.

Biden won a new term in Delaware, a seat he will resign before he is sworn in as vice president.

The Senate's Republican leader, Mitch McConnell, survived a scare in Kentucky.

In Georgia, Republican Sen. Saxby Chambliss hoped to avoid a December runoff. His was one of four races that were uncalled. The others were in Alaska, Minnesota and Oregon, and in each, Republican incumbents hoped to eke out victories.

The Democrats piled up gains in the House, as well.

They defeated eight Republican incumbents, including 22-year veteran Chris Shays in Connecticut, and picked up nine more seats where GOP lawmakers had retired.

At least four Democrats lost their seats, including Florida Rep. Tim Mahoney, turned out of office after admitting to two extramarital affairs while serving his first term in Florida. In Louisiana, Democratic Rep. Don Cazayoux lost the seat he had won in a special election six months ago.

The resurgent Democrats also elected a governor in one of the nation's traditional bellwether states when Missouri Attorney General Jay Nixon won his race.

An estimated 187 million voters were registered, and in an indication of interest in the battle for the White House, 40 million or so had already voted as Election Day dawned.

Obama sought election as one of the youngest presidents, and one of the least experienced in national political affairs.

Obama Pictures, Images and Photos

That wasn't what set the Illinois senator apart, though — neither from his rivals nor from the other men who had served as president since the nation's founding more than two centuries ago. A black man, he confronted a previously unbreakable barrier as he campaigned on twin themes of change and hope in uncertain times.

McCain, a prisoner of war during Vietnam, a generation older than his rival at 72, was making his second try for the White House, following his defeat in the battle for the GOP nomination in 2000.

A conservative, he stressed his maverick's streak. And although a Republican, he did what he could to separate himself from an unpopular president.

For the most part, the two presidential candidates and their running mates, Biden and Republican Gov. Sarah Palin of Alaska, spent weeks campaigning in states that went for Bush four years ago.

McCain and Obama each won contested nominations — the Democrat outdistancing former first lady Hillary Rodham Clinton — and promptly set out to claim the mantle of change.

Obama won California, Colorado, Connecticut, Delaware, the District of Columbia, Florida, Hawaii, Illinois, Indiana, Iowa, Maine, Maryland, Massachusetts, Michigan, Minnesota, Nevada, New Hampshire, New Jersey, New Mexico, New York, Ohio, Oregon, Pennsylvania, Rhode Island, Virginia, Vermont, Washington and Wisconsin.

McCain had Alabama, Alaska, Arizona, Arkansas, Idaho, Kansas, Kentucky, Louisiana, Mississippi, Montana, Nebraska, North Dakota, Oklahoma, South Carolina, South Dakota, Tennessee, Texas, Utah, West Virginia and Wyoming.

He also won at least four of Nebraska's five electoral votes, with the other one in doubt.

Mc Cain Pictures, Images and Photos

Obama menewaskan Mc Cain & Sarah Palin
source:Yahoo

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam