سلامت داتڠ .. (^_^)
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)
Friday, February 27, 2009
++ Kita mudah leka..lupa dan alpa..
Tp..
Bila ikan itu mati…
Secubit garam pun sudh cukup untuk memasinknnya.. Begitulh hati… Hati y hidup sgt sukar dinodai..
Tp..
Bila hati itu telah mati… Dgn mudahnye dpt dpengaruhi.. Itulh prumpamaan jiwa2 insan..
Mudah leka..lupa dn alpa.. Sedarlh..dn same2 kta saling ingt mengingtkn… Smoga hti kta dpelihara n terpelihara..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
++ Saya Mahukan Wanita Solehah
Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.
Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:
1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.
2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.
3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.
4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.
“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Qadhi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah bilang ibu.
Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua. Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika. “Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?” Tanya balik akhawat tersebut. Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati. "Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya.
Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya. Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja. Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kuikui,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam. Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan. Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi mahukan yang solehah.
“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah. “Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
++ Perginya seorang abang, sahabat dan teman..
erm kenapa ye, tetibe aku terasa rindu sangat pada Allahyarham abang angkat aku..sudah beberapa hari aku termimpi berjumpa arwah..pabila aku terjaga, terus aku sedekahkan Al-Fatihah padanya...MasyaAllah...terasa bagai semalam dia pergi..pergi meninggalkan dunia sementara.. tapi kini semuanya menjadi kenangan..kenangan yang kekal abadi..tidak kusangka, masa sungguh pantas berlalu..dia meninggal dunia pada 4.Dec.2007..
aku menangis bila melihat gambarnya. terasa sayu hati ini dan sudah pasti ahli keluarganya akan berasa lebih sedih daripada aku..
Al-Fatihah buat Allahyarham Khamzah bin Md Noh..semoga rohnya akan sentiasa bersama2 golongan beriman dan berbahagia di syurga Allah...amiin..
Al-fatihah buat sahabat ku...Perginya sorang sahabat dan abang yang pernah kusanyangi ..Semoga engkau berbahagia di SyurgaAllah...Amin..Kenangan sewaktubersamamu...sukar untuk ku lupakan..Alfatihah kepada Allahyarham, Khamzah bin Md noh..Engkau terlalu banyak mengajarku erti kehidupan..erti keislaman..erti kebahagiaan..erti persahabatan,erti kemanisan iman dan erti cintakan kepada Allah...segala nasihatmu, kata2 semangatmu...sukar..amat sukar untuk ku melupakan dirimu...akan ku semat di dalam hati dan fikiranku...Al-Fatihah...
Segala memori bersama mu , kata2 mu..masih berlegar2 di fikiranku..suara mu..ketawa mu..sukar untuk ku lupakan..Allah lebih sayangkan mu..pemberianmu..akan ku gunakan sebaiknya..hilangnya permata pemberian Allah..tidak kusangka..tragedi 4.dec.07..membawa satu memori pahit yang penuh bermakna..sukar..amat sukar untuk ku lupakan...walau berlinangan air mata ini..ia tidak bermakna & tidak dapat mengembalikanmu..hanya kebaikan mu didunia..hanya doa dr ahli keluargamu..rakan2mu..,Al-Fatihah & yasin..menemanimu di alam nyata..
email yang pernah kau kirimkan kepadaku..yang bertarikh Feb 15,2005
“Wahai Tuhan, Engkau tahu aku tidak inginkan dunia dan aku tidak mahu dipanjangkan hayatku untuk tinggal di dunia…Wahai Tuhan,ambillah rohku dengan kebaikan sebagaiman Engkau menerima roh orang yang beriman…”
Lalu Muaz bin Jabal yang sepanjang hayatnya telah mengabdikan diri untuk berkhidmat di jalan Allah itu, menghembuskan nafas terakhirnya jauh dari keluarga dan kaumnya.
Ku terkejut..apabila membaca perenggan terakhir ini..aku terfikir..mgkn kau ingin menjadi seperti Muaz bin Jabal..yang sentiasa dibawah keredhaan Allah S.W.T..
Ku doakan semoga engkau berbahagia di sana...
Al-Fatihah..
aku sangat rindu padanya...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
++ Apekah HP kesukaan anda??? TAG version~~
yiihaa.. tag lagi.. waduh2.. da lama sih aku enggak ditag.. uhuuuk! eh.awat aku cakap cam orang indon je nih...ni mesti kena penangan cite INTAN nih... huhu
okle..kali ni aku ditag oleh cik Anne..makasih yaaaaa..
Dulu gune HP N73 sekarang ni dok gune hp
dah... haha..
2. A picture of it
Ni gambo yang agak lame, time ni aku dengan kawan2 sekuliah..erm kat mana eh..alamak lupe lak.. tapi yang pastinyer aku still study kat UNITAR dalam tahun 2006..
3. How many times did your hp get tortured by you?
hurm.. entah le..xingtla plak..huu
4. Which part of your hp u hate the most and why?
Gambo.. bila tangkap bebanyak mulelah HANG.. da nak kene restart balik.. aiseh..hampeh!
5. Which part of your hp you like most and why?
Part yang paling best ialah CAMERA dan juge KEYPAD..kalau xde camera,hp ni lah penyelamatnyer..huu..juge, kalau xde keypad camne nak tulih msg... kan kan kan..
6. What icon do you like the most?
Of coursela.. MAIL icon.. sebab dia beeestttt.. huhu :P xdelah, sebab part ke2 penting selain ikon telefon..
7. What else to change to become a perfect hp?
Of course beli HP baru..sebab da lama bebenor x gune hp changgih..huhu.. mungkin juga jika ada rezeki nak tukar PDA..jenama, usha dulu..
8. You need a handphone because?
Mudah..Senang..Selesa..dan bermacam2 lagis.. huhu..ni kan kemudahan....so..kene lah mudah..hikhik (ape dah aku merepek!)
9. Who bougth this handphone for you?
oh ni le hp pertama yang aku guna duit sendiri.. oh ye, dan ditambah sedikit dengan duit abah aku.. huhu.. aku dok kije lagi loh..mane le cukup nak beli 100% gune duit sendirik..huhu
10. With the total amount of your hp price, what could you buy others than hp?
beli baju...beli kasut..beli le le (gule2)...entahle..rasanya kalau beli makanan , telobeh konyang gak den..
11. Is your hp model popular in the market?
yup..dulu..sekarang ni leh dapat murah je.. bawah seribu da leh dapat..time aku gune hp tu, nak carik 'casing' pun payah.. huhu
12. Describe yourself as a smart hp user?
oh.. macam2.. terlebeh smart ,sebab tu aku da x pakai hp tu lagi..hehehe
13. How often do u charge your hp?
oh.. rasa-easa tenage bateri tu nazak..ha time tuh la aku charge..
14. Estimate ,how long could your hp survive?
dah x selamat dah.. la ni aku x gune hp..apa2, bantai hp mak..huhu sonang..abah pernah cakap nak belikan.. tapi macam kesian pula nak tanye dia lagi...
15. Actually are you interested in hp?
boleh la.. tapi xde la fanatik..setakat leh guna dan kena pada kemampuan cukuplah..
16. Are u happy with your hp condition now?
erm camne eh aku nak cakap.. hp aku tu dah lama masuk wad.. so dah lama senyap.. kalau bising pun time orang calling ke msg2 ke tu pun aku kongsi hp dgn mak...
17. Every morning, what is the first thing u do with your hp?
oh.. tgk msg.. huhu ada msg ke mizcall ke.. aku kalau tido, boleh dikatekan suke tutup hp.. xske orang ganggu..
18. Imagine someone takes your hp away for 1 day.. What would happens?
ohhhh.. ni kejadian paling takbest dalam hidup aku sepanjang menggunakan hp.. sebelum ni aku gune HP sabun sebelum guna N73 nih.. erm. time tu dalam bus, ramai gak lah.. aku perasan time tuh aku pegang hp sambil masuk bus.. last2 bile aku nak ambil hp aku dalam kocek, hilang dah.....aku rase, aku kene pukau time tuh.. ish ish..aku nangis xberlagu tuhhh..sobb!
19. No hp no life. agree or bullshit?
Yezza.. i tingkap...opss..silap lak! yup, i think so..sebab kalau emergency senang..so my answer is AGREE~!
20. Tag 4 sexy phone users
- Ukhti Afzan..
- Mizie..
- Farha..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
++ Jumaat datang lagi yakni penghulu segala hari.
"Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat." Hadith riwayat 5 perawi kecuali Bukhari.
Maka hari Jumaat merupakan hari yang paling mulia dalam seminggu. Di dalamnya ada waktu yang sangat mustajab doa. Di dalamnya disyariatkan solat Jumaat. Di dalamnya disyariatkan khutbah Jumaat. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jumuah, ayat 9:
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk mengerjakan solat Jumaat maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu ketahui.
Di antara hikmah Allah s.w.t mewajibkan solat Jumaat adalah agar kita sentiasa diperingati untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah. Malah wasiat untuk bertaqwa kepada Allah merupakan satu rukun yang wajib pada khutbah Jumaat. Begitu juga setiap hari Jumaat merupakan peluang untuk kita mendengar nasihat, peringatan dan kebesaran Allah s.w.t, agar kita memperbaharui keimanan kita kepada Allah, mengukuhkan lagi aqidah kita dan menambahkan lagi cinta kita kepada Islam. Inilah antara hikmah diadakan khutbah pada solat Jumaat.
Amat sedih sekali jika kita menganggap solat Jumaat ini sebagai satu perkara yang rutin, yang diulangi tanpa ada apa-apa kesan didalam jiwa. Malah lebih malang lagi apabila ada sebahagian kita menganggap waktu khutbah Jumaat sebagai waktu rehat, waktu melelapkan mata, waktu tidur. Ada sebahagian jemaah yang bukan sahaja tidak menghayati khutbah yang disampaikan, malah dibuai mimpi, seolah-olah khutbah Jumaat adalah cerita-cerita belaka. Tentu kita tidak mahu menjadi orang yang khayal ketika khutbah disampaikan. Tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang tidur ketika khutbah disampaikan.
Kerana orang yang tidur dan khayal ketika khutbah disampaikan akan terlepas fadhilat mendengar khutbah, mereka akan terlepas meningkatkan ketaqwaan mereka. Akan terlepas dari mereka peluang untuk menambahkan keimanan mereka. Rasulullah s.a.w melarang kita dari berbual ketika khutbah sedang disampaikan. Sesiapa yang berbual maka akan terlepas pahala Jumaat mereka. Mengapa? Agar kita dapat menghayati khutbah. Inikan pula seorang yang tidur ketika khutbah disampaikan. Bagaimanakah mereka akan mendapat rahmat Allah?
Mungkin tajuk khutbah yang disampaikan sudah biasa kita dengar. Mungkin juga khatib yang menyampaikan khutbah tersebut tidak mahir berpidato. Mungkin juga kita tidak faham apa yang disampaikan. Tetapi ini bukan alasan untuk kita khayal atau tidur ketika khutbah disampaikan. Kerana rahmat yang Allah turunkan tidak bergantung keseluruhannya kepada isi khutbah Jumaat, ataupun cara khatib menyampaikan khutbah, ataupun bahasa khutbah itu sendiri. Rahmat yang Allah turunkan bergantung kepada tahap khusyuk dalam hati kita. Bagaimana kita boleh mendapat khusyuk kalau kita tidur? Jika kita tidak dapat menghayati khutbah, maka sebaiknya berzikirlah dalam hati. Atau kita mengingati kembali segala dosa-dosa dan maskiat yang kita telah lakukan. Dan bersegeralah meminta ampun daripada Allah s.w.t, moga-moga ketika kita memohon ampun dari Allah tersebut adalah waktu mustajab doa. Kita tidak tahu samada kita dapat berjumpa Jumaat akan datang atau tidak. Malah kita tidak tahu samada ajal kita akan tiba apabila kita selesai dari mengerjakan solat Jumaat ini. Maka anggaplah ini merupakan solat Jumaat yang terakhir kita di muka bumi ini. Anggaplah setiap Jumaat merupakan yang terakhir kita di muka bumi ini. Tidakkah kita mahu bertaubat sebelum ajal datang menyambar. Allah s.w.t berfirman:
"Bagi setiap umat ajalnya. Apabila datang ajal mereka maka tidak diperlambatkan atau dipercepatkan sedikitpun."
Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah memastikan bahawa niat kita diperbetulkan apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat. Adakah kita pergi ke masjid hanya sekadar melepaskan tanggungjawab solat Jumaat? Adakah kita pergi ke masjid untuk berehat? Atau adakah kita pergi ke masjid untuk mendapat rahmat dari Allah? Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadith yang masyhur:
Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat. Dan sesungguhnya setiap seorang mendapat hasil dari apa yang diniatkan. Oleh itu, marilah kita perbetulkan niat kita apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat. Kita pergi ke masjid atas niat untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Insya Allah, rahmat Allah yang akan kita perolehi kelak. Dan dengan rahmat Allah, kita akan dapat mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan mereka tidak takut kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka tergolong dalam orang-orang yang diberi petunjuk." (At-Taubah, 18)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
Oleh itu marilah kita memuliakan hari Jummat yang penuh dengan Fadhilat.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
Mari Me'release' tension~
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~