سلامت داتڠ .. (^_^)
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)
Saturday, October 4, 2008
++ Berbaik sangka..
Bila berjumpa kanak-kanak
Anggaplah mereka lebih mulia daripada
kita kerana mereka belum dibebani dosa...
Bila berhadapan orang tua
Anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih lama
beribadah daripada kita...
Bila berjumpa orang Alim
Anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu...
Bila melihat orang jahil
Anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa
disebabkan kejahilan mereka sedangkan
kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya...
Bila berjumpa orang jahat
Jangan anggap kita mulia
Katakan mungkin mereka akan
bertaubat pada masa tuanya sedangkan
kita belum tahu akhirnya(akhir hidup mereka)...
++ [NASYEED] Mawaddah - Bantulah Aku Melawan Nafsu
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua
Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku
Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu
Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu
Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti
Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan
Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu
Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku
Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku
Pengirim : aliff
Sumber http://mawaddah.com.my/
++ [NASYEED] Mawaddah-Miliki Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com
Melalui sembahyang,zikir,puasa dan baca Al Quran
Tuhan adalah segala-galanya
Kerana segalanya adalah ciptaan Tuhan
Chorus
Kehilangan Tuhan,kehilangan seglanya
Mendapat Tuhan,mendapat segala-galanya
Marilah kita miliki Tuhan
Agar segalanya kita miliki
Memiliki Tuhan,memiliki segalanya
Kehilangan Tuhan tiada erti segalanya
Kerana segalanya bila-bila masa diambil Tuhan
Kehilangan segalanya tidak mengapa
Jangan sampai kita kehilangan Tuhan
Segala yang kita miliki tiada gunanya
Milikilah Tuhan,Dia kekal abadi
Penyelamat kita dunia akhirat
Chorus
Segalanya selain Tuhan akan binasa
Dia tidak akan dapat menyelamatkan kita
Cintailah Allah dan agungkanNya
Syukurilah Dia kerana nikmat dan rahmat-Nya
sabar atau redhalah diatas ujian-Nya
Kerana ada didikan dan hikmah kepada kita
++ UMMI.. ABATIE ku...
++ Fatimah pun nak raye jugak.. heee
++ Eid UL FiTr..
EID UL FITR
By Obaid Ahmed, 8 years
Now that we fasted and did extra good deeds,
We celebrate Eid-ul-Fitr, one of the two Eids!
Allah prescribed two Eids and forbid all other festivals,
He told us to worship Him and try to get the medals!
Ramadan is a special training for a Muslim,
Practice Islam even when its light appears to be dim.
Continue doing good deeds, just as in Ramadan
And give Sadaqa-e-Fitr, for every child, woman and man
We go to the Eid-gah and say the Takbir,
On Eid day, our best clothes we do wear!
We listen to the Eid khutbah,
And don’t leave until we pray the Eid salah!
We go to the Eid prayer in any type of weather,
And give presents to each other!
We say Eid Mubarak,
And wish each other good luck!
We celebrate festival of Eid
By thanking Allah for granting us our needs!
++ SIHIR..
Kelas Usz. Fatma El-Zahra .. She continued to talk about sihir -
sambungan from her previous class. Dr. Fatma amanahkan anak murid dia untuk sampaikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. So, I want to share this knowledge to you all, since kita pun terdedah dengan perbuatan sihir ni everyday.
Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.
Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?
1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.
Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!
Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart!
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati
- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?
- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.
2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!
3. Lebihkan zikir.
- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul. ."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.
Note!
"Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.
4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time to change!
5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.
6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.
7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.
8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.
Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir
.Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:
Bismillaahi (3x)
A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.
Bacalah ayat di atas 7 kali.
Kemudian baca doa: Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.
Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.
Treating Orang yang Kena Sihir
1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:
- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
- Qul ~ Ahad
- Qul ~ Falaq
- Qul ~ Naas
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."
2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.
3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).
Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.
Sekian, Wallahu a'lam.
++ Puasa enam Syawal
Oleh Ustaz Zainudin Hashim
Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.
Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).
Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).
Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.
Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam
Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
Izin suami penting untuk puasa enam
Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?
Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.
Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.
Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.
Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?
++ Tag lagi???? Yezza Tag Tag Tag~!!
Kali ni saya mengetag diri sendiri..setelah selama ni ditag oleh orang.. NgEeEe~~~
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Kitab Suci Al-Quran, Family~!!
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
ape eh? rasanya cam dah lama x kuarkan duit sendiri.. dapat duit raye ade lah..hee
3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Masjid
4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Boleh bagi specifik x? hubungan saudara dgn Islam, keluarga dan Pencipta akan kekal sampai bila2,inshaAllah. Sudah tentu hubungan yang di redhai Allah.. juga hubungan dalam perkhawinan..
5. Adakah anda di lamun cinta?
bercinta dengan Allah~itu yang kekal selamanya!
6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
hmm restoran?..dah lama juga x mkn di restoran.. lupa dah.. huhu. restoran di rumah bleh? hee
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku tentang Nabi Muhammad (mengenali nabi), Cara amalan kesihatan Nabi Muhammad, dan buku tentang pengubat hati..naluri & rohani..
8. Apakah nama penuh kamu?
Najibah binti Ali
9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Mak of course.. leh jadikan geng tuk beborak.. luah perasaan & gelak.. hehe.. abah pun not bad..cuma dia strict sket..hehe.. ampun pak~!
10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
11. Christina atau Britney?
tak de siapa..coz..2 2 x mengajak masuk SYURGA..
12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Kadang2 yea.. hee
13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Mekah and Madinah, Switzerland
14. Pelukan atau ciuman?
Soalan ape ni?
kalau dr suami yang sah~ Perlukan 2 2...
erm.. terfikir sejenak
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
alahai ana mengetag diri ana.. nak tau juga ke??
1. suke berlawak
2. mengelabah
3. xle tension2 nanti dia pun tension..[ ape punyer ayat ni ] ;p ..hee
4. suke budak2.. baby expecially..
5. suke makanan simple2.. ngee..
16. 8 perkara yang amat saya gilai
1.internet
2.jubah
3.blogging
4.menulis
5.Music
6.window shopping
7.novel islam
8. download lagu
17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
1.salam
2.hmm
3.hehe
4.ah sadap...
5.sedih
6.eh yeke?
7.huhu
8.ok2
18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
1. Ayat-Ayat Cinta
2.Kamus German
3.German grammar
4.buku tentang pengubat hati..naluri & rohani..
5.ketika cinta bertasbih 2
6.Mengenali Nabi Muhammad
7.amalan kesihatan Nabi Muhammad
8.tentang cinta
19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
1.Meniti di Barzakh
2.Destinasi Cinta
3.Lagu2 drpd kump. Mawaddah
4.erti syukur
5.hanya tuhan yang tahu
6.Nur Sahadah
7.Bilal bin Rabah
8.cinta pertama
19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
- belajar bersabar + jgn cepat marah
- kurangkan mengadap lap top..ngeee..
- lebih2kan bersukan..huhu
- banyakkan baca buku..
- jgn dengar lagu yang melalaikan.. lebihkan nasyid
- menjadi yang terbaik.
- bynkkn baca Al-Quran
- hafalkan doa2..
Angah
Kiden..
lagi..lagi? sesape je la..hee
*buat lah bila2 anda free*
++ Buat ape eh hr ni?? dah masuk raya ke 4..
Salam Alaik & Selamat Pagi..
ana masih di kampung atuk.. menghitung hari untuk pulang ke KL.. balik ni ada banyak perkara perlu ana selesaikan.. erm kena kuarkan duit dlm bank.. jumpa kawan2 kelas..aih terase malas pula.. tapi ada amanah yang perlu ana selesaikan.. well.. hari agak membosankan.. tidak kemana2.. saudara mara , family ana semua dah pulang ke rumah masing2. cuma tinggal atuk, nenek & ana saje di sini.. hmm tetibe teringat pula kenangan raya yang lepas. Sungguh seronok.. since balik Sudan, terasa keseronokan beraya di negara sendiri.. terutama di kampung atuk..bunyi mercun, masak serunding, merebus ketupat.. saudara mara yang kecoh2.. wah.. best sekali~ tapi cepat sungguh masa berlalu..erm terasa baru semalam sambut hari raya pertama.. tup tup dah raya ke 4... Ish Ish..
petang ni keluarga makcik pulang ke rumah atuk.. jadi mungkin riuh sikitlah rumah atuk nanti.. anak2 dia yang comel tu..layan telatah diorang. erm ape lagi eh?.. ana rasa, balik Serdang ni mesti abah ajak pergi rumah terbuka.. macam best. tapi nak pergi ke taknak? entahler.. sejak menjak ni, terasa malas sj nak kuar.. dah sebati di rumah agaknyer kot.
oklah, rasanyer itu saja yang ana dpt luahkan .. tak tahu nak tulis ape, sebab xde buat ape sgt..mungkin esok adalah aktiviti sket..atuk nak ajak beraya rumah sudara.. well.. jumpa lagi yea :D
Renungan hari ini..
"Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya."
Mari Me'release' tension~
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~