Ghibah(Mengumpat)
Salam alaik & Salam Ramadhan,
Syukur alhamdulillah, Allah berikan saya kesempatan setiap kali hujung minggu untuk saya meluangkan sedikit masa di journal nasyidfm. Di harap apa yang saya cuba kongsikan ini dapat di terima oleh pembaca-pembaca sekalian. InsyaAllah.
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kita kadang-kadang terleka dengan keadaan yang datang tanpa ucapan salam, mungkin dalam tidak sedar, kita terngumpat dan menceritakan aib orang tanpa segan silu. Saya sempat mengcopy n paste tentang ghibah ataupun mengumpat.
Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).
Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:
” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)
Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)
**sumber nasyidfm
2 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
.......hmmm....a lot of politicians do this.
yeah2..dats right... erm..well... what can i say about that...lumrah dunia..thnks for ya comment ;)
Post a Comment