Soalan:
Adakah dengan cara berdiam diri itu dapat mengelakkan kita daripada terlibat dalam hal mengumpat sedangkan kita sendiri mendengarnya dan tak terdaya untuk menegur mereka yang melakukannya?
Al-Quran menggariskann kepada kita supaya tidak duduk di dalam majlis orang yang membicarakan soal-soal yang buruk. Majlis yang buruk adalah umum di sini, termasuklah majlis mengumpat. Dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh imam Muslim menjelaskan sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah merubah kemungkaran itu dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.
Dalam sebuah hadis yang lain menjelaskan; Orang yang melihat orang lain melakukan kemungkaran sedangkan ia mampu berbuat demikian, tetapi tidak diambil apa-apa tindakan, maka laknat Allah turut menimpa ke atas dirinya. Dalam kes di atas oleh kerana anda tidak berjaya merubah kemungkaran itu walaupun anda bersama dengan orang yang melakukannya, maka hendaklah anda membencinya di dalam hati. Jika boleh anda hendaklah menunjukkan kerut muka, atau dahi atau kening yang menunjukkan anda sebenar tidak bersetuju dengan perbuatannya itu .
Sayugia diingatkan dosa mengumpat di dalam islam amatlah berat sehinggakan Allah SWT menyamakannya dengan memakan daging saudara sendiri. Anda juga dinasihatkan supaya sentiasa menjauhi dari majlis seumpama ini, supaya anda terselamat dari dosa mengumpat.
Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Dosa Tanpa Nikmat DN 099
2. 170 Amalan Yang Ditolak DN 261
3. Penghalang Kesucian Batin DN 109
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment