سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, January 11, 2009

++ Iklan Colgate di esnips.com

Colgate Toothpaste! Pictures, Images and Photos

Oleh myogis

"Ramai yang tidak tahu website esnips berpangkalan di Isreal dan dimiliki sepenuhnya oleh Yahudi. Website ini menyediakan ruang simpanan untuk menyimpan data berkapasiti besar sehingga 5GB secara percuma. Laman web Yahudi ini juga merupakan salah satu daripada laman web perkongsian yang mempunyai lebih daripada 1 juta lagu.

Namun begitu pelayar internet hanya dibenarkan mendegar lagu-lagu yang terdapat dalam laman web tersebut secara streamming sahaja. Walaubagaimanapun terdapat beberapa blog yang menulis cara bagaimana hendak memuat turun lagu-lagu mp3 dari laman web tersebut.

Apa yang amat menyedihkan ialah umat Islam sudah tidak menjadi sensitif dengan keganasan Yahudi. Kita secara tidak sedar turut bersekongkol dengan Yahudi Laknatullah. Lebih-lebih lagi jika kita turut mendaftar dan menyimpan data-data kita di laman web tersebut. Kepada sahabat-sahabat yang telah membuka ruang simpanan di esnips, segeralah keluar dari laman web tersebut kerana fail-fail kita akan digunakan oleh esnips terutamanya mp3 untuk menarik lebih ramai pengunjung dan seterusnya memperolehi keuntungan yang besar melalui transaski jual-beli dan ruang pengiklanan. Lihat alamat operasi esnips dan lihat juga maklumat penuh pemilikan disini.

Lebih mengejutkan, ubat gigi berjenama yang menggunakan bungkusan berwarna merah juga mengiklan disitu. Dalam keadaan umat Islam seluruh dunia mengutuk tindakan kejam Israel terhadap bangsa Palestin di Gaza, syarikat multi nasional itu masih lagi tidak peka dengan sensitiviti umat Islam terutamanya di Malaysia. Walaupun syarikat tersebut menggunakan Google Adsense sebagai agen pengiklanan, kemunculan ubat gigi tersebut pada laman iklan esnips menimbulkan banyak kecurigaan. Benarkah syarikat tersebut dimiliki oleh Yahudi? Mengapa syarikat itu mengiklah di laman milik Yahudi? Adakah kerana ada kaitan dengan Yahudi syarikat ubat gigi tersebut terlalu liat untuk memasukkan tanda halal pada kotak produknya? Dalam usaha untuk mengekalkan pengguna sedia ada dan menarik minat pengguna yang baru, perbuatan tidak bertanggung jawab dan bebal terhadap sensitiviti umat Islam sangat mendukacitakan. Sekiranya masih ada umat Islam yang setia dengan jenama tersebut, sedarlah kita sudah ada banyak pilihan lain. Tepuk dada tanya iman.

Setelah menggeledah beberapa jam di esnips, apa yang saya dapat? Alhamdulillah, saya dapat jawapan kepada post-post saya berkaitan dengan spam. Ada pembaca suarasa.com memberi komen yang kritikal kepada post saya dan tidak kurang juga yang mahu belajar bagaimana menggunakan spam. Lihat post103, post105, post109 dan post113. Saya bukan pakar dalam hal-hal begini. Saya perlukan juga respons dari pembaca atau mungkin para hackers di luar sana yang mempunyai 1001 macam cara untuk membuat spam. Saya sokong demonstrasi, saya sokong bantahan dan resolusi. Saya sokong boikot barangan Israel. Tapi persoalannya adakah Yahudi dengar suara kita? Saya masih terngiang-ngiang bicara khatib pada Jumaat yang baru beberapa hari lalu. “Walau sekuat manapun suara kita menyatakan bantahan, Yahudi tetap tidak akan mengundur ke belakang walau selangkah”. Ternyata pahit untuk diterima, tetapi itulah kenyataan tentang perangai Yahudi yang mendapat kutukan sepanjang zaman. Lihat post69.

Begitu juga dengan boikot! Kita masih sempat bergaduh sesama kita dalam forum, bertelingkah tentang barang yang perlu di boikot dan bercakar tentang barang yang boleh dijadikan ganti. Saya mahu tanya disini. “Lepas hancur luluh bumi Gaza nanti, dan si celaka Yahudi pulang bersenang-senang, Masihkah kita sibuk dengan memboikot?” Lupakah kita dengan pengeboman di Selatan Lubnan beberapa tahun yang lalu. Kita waktu itu sibuk juga dengan urusan boikot memboikot. Tapi bila perang reda, adakah boikot pun reda juga.

Bantahan, demonstrasi, buka tabung dan sebagainya saya sokong. Kalau berkesempatan saya pun mahu juga ikut serta membakar patung dan bendera. Namun begitu saya tertanya-tanya bagaimana kita yang IT Savvy ini boleh turut serta berjihad membantu suardara kita di Gaza yang tertindas. Bukan setakat menyebarkan bacaan-bacaan doa serta qunut nazilah tetapi lebih dari itu. Sebab itu saya anjurkan supaya kita menghantar spam ke emel regim israel, supaya suara bantahan dan rasa benci kita kepada kezaliman Israel masuk terus ke hati mereka. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, wahai Tuhan yang mengarakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka. Lihat senarai laman web berpangkalan di Isreal yang telah digodam oleh Jaringan ansar Al-Mujahiddin.

Ada dua matlamat yang mahu dicapai dalam post ini. Pertama, menghancurkan site esnips dan yang kedua menghantarkan spam bantahan kepada emel@gov.il.

Begini:
1. Buka link ini klik disini, anda juga boleh tiapkan [site:esnips.com/selectedfile/emaildoc/] lihat contoh disini
2. Pilih mana-mana page, klik pada perkataan “Compose mail” untuk membuka laman web tersebut.
3. Copy emel address dari mana-mana post - Lihat post103, post105, post109 dan post113.
4. Paste dalam ruang To:
5. Ruang Your Email: anda boleh biarkan kosong
6. Subject boleh ditukar ikut kreativiti anda
7. Message: , anda boleh copy teks dari mana-mana laman web yang menyokong perjuangan di Gaza. Boleh paste seberapa banyak teks yang anda suka.
8. Tekan butang send
9. Sekiranya alamat emel terlalu banyak, anda mungkin akan gagal untuk menghantar. Saya tidak pasti berapa maksimum alamat emel yang boleh dimasukkan. Saya tidak dapat mengagak bagaimana ia befungsi sebab pertama kali saya berjaya menghantar ke 1600 alamat emel. Sekiranya tidak berjaya cuba gunakan 200 emel sahaja.

Sebarkan post ini supaya lebih ramai IT Savvy dapat memberi idea yang lebih baik bagaimana boleh menghancurkan Yahudi dengan IT kerana percayalah sesudah di Gaza, Israel akan mengganas ke Lubnan dan Syria pula . Dengan izin Allah, kita akan hancurkan Yahudi dengan senjata Yahudi sendiri. Amin Ya Allah…

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam