JANUARI 2009Izwan Abdul Halim
Tue | Jan 20, 09 | 4:16:58 pm MYT
ALOR SETAR, 20 Januari (Hrkh) - Kekejaman Zionis Israel ke atas bumi Palestin di Gaza bukan sahaja telah mengorbankan lebih seribu nyawa umat Islam di sana, malah telah meninggalkan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang dahsyat di bandar tersebut.
Iklan
Meneruskan komitmen membantu saudara seagama dan atas semangat kemanusiaan, masyarakat Malaysia khususnya di utara tanah air dijemput ke Majlis Solat Hajat Dan Ceramah Perdana yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti, di sini pada Isnin, 26 Januari depan.
Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah itu akan bermula dengan solat Maghrib, solat hajat dan Isyak berjamaah diikuti tayangan khas kesengsaraan di Gaza. Ceramah akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak; Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan wakil Hamas.
Menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad, turut diadakan
ialah pameran dan jualan amal untuk Palestin yang akan bermula jam 5.00 petang.
Beliau menasihatkan orang ramai agar hadir awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas serta membawa sejadah atau alas solat.
Katanya, penganjuran pada malam itu berhasrat mengumpulkan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk diserahkan kepada Palestin.
Tegas beliau, Zionis Israel pada hakikatnya tidak berundur, sehubungan itu Pemuda PAS Kedah menyediakan peluang kepada masyarakat menyalurkan sumbangan berterusan sebagai dana untuk Palestin.
Sebarang sumbangan awal juga boleh dibuat dan disalurkan melalui akaun BIMB 02011010058915 atas nama Tabung Sukarelawan Pemuda Kedah. - mns _
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment