سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, January 21, 2009

++ Perang Gaza dan Anugerah Juara Lagu

falasteenPhotobucket

Setelah berbelas hari Gaza dibedil dan juga beribu-ribu rakyatnya menjadi mangsa kekejaman rejim zionis, orang Melayu beragama Islam di Malaysia yang sebegitu prihatin akhirnya tiba masa untuk mereka menghiburkan diri dengan agenda terkini TV3, "Anugerah Juara Lagu".

Sebelum upacara yang menjurus ke arah maksiat ini dilaksanakan, mereka menghadiahkan Al-Fatihah buat mangsa perang di Gaza. Pelik tapi benar apabila mereka yang ingin berhibur berdoa pula untuk kebaikan saudara Islam di Palestin melalui ayat yang merupakan ibu segala surah.

Apakah rancangan Anugerah Juara Lagu ini pada 18 Januari 2009 terlalu penting hingga umat Melayu di Malaysia sanggup meneruskannya tanpa mempedulikan nasib saudara agama kita di Palestine?

Tidak bolehkah program hiburan seperti ini dihentikan atau ditangguhkan sementara menunjukkan kita turut insaf serta sedih dengan apa yang berlaku di Palestin?
Mengapakah umat Melayu ini sebegitu lantang bersuara mengenai nasib orang Palestin tetapi terus bergelumang dengan hiburan yang mereka anggap seperti nadi kehidupan mereka?
Tidak cukup lagikah rancangan hiburan di Malaysia ini dengan Akademi Fantasia, Mari Berdansa dan banyak lagi elemen hiburan yang tidak langsung menguatkan kita sebagai pejuang ke arah jihad?

Apakah masyarakat Melayu beragama Islam ini terus dibelenggu oleh hiburan selama�lamanya dengan bersikap sambil lewa terhadap perjuangan menuju ke jalan Allah, sehingga isteri Timbalan Perdana Menteri sanggup membazirkan masa menganugerahkan habuan kepada pemenangnya.
Salahuddin Ayubi pejuang dan ketua umat Islam sewaktu Perang Salib selalu melakukan rondaan untuk memastikan tentera Islam yang akan pergi ke medan peperangan melakukan solat pada waktu tengah malam dan pada tentera yang tidak melakukannya akan dilarang dari menyertai pertempuran keesokan harinya.

Ini perjuangan sejati tentera Islam di waktu itu. Apakah petanda bahawa umat Islam yang berbangsa Melayu di Malaysia begitu bersungguh-sungguh bersama rakan-rakan kita di Palestin?

Jika rancangan hiburan di media elektronik menjadi antara jadual penting kehidupan seharian maka kita telah tewas sebelum ditewaskan kerana inilah senjata anti-Islam yang paling senyap dan terlalu mudah.

Amat jarang sekali umat Melayu di Malaysia ini memanafatkan channel Astro 511 (CNN), 512 ( BBC ), 513 (Al-Jazeera), 519 (Bloomberg), 551 (Discovery), 553 (National Geographic), 555 (History) dan banyak lagi saluran maklumat yang memaparkan segala macam pengetahuan untuk kita miliki. Peratusan kajian ada menunjukkan kadar orang Melayu yang menonton saluran-saluran maklumat ini hanyalah 4-6 peratus dari jumlah orang Melayu yang ada di Malaysia ini.

Umat Islam terutamanya di Malaysia patut mengembeleng tenaga dan fikiran untuk lebih berdaya maju dan dapat menguasai ekonomi didunia dan hanya dengan menimba ilmu sahaja kita dapat menguasai ini semua.

Tanpa ilmu kita bagaikan pohon kayu yang kekeringan dan lemah serta menunggu masa jatuh ke bumi. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat memboikot Zionis serta pakatannya secara agresif kerana mereka ini adalah tulang belakang sektor ekonomi dunia yang menentukan hala tuju ekonomi banyak negara maju di dunia ini.

Ilmu adalah harta yang paling bernilai dan ianya tidak akan habis digunakan. Jika orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam masih tidak mengendahkan ilmu maka kita mungkin akan menerima nasib yang sama seperti saudara kita di Gaza di kemudian hari kelak.

Sehingga hari ini tiada apa yang kita orang Melayu islam di Malaysia dapat melakukan yang mana boleh melemahkan rejim Zionis serta pakatan mereka. Hanya doa dan derma yang mana hanya Allah saja yang dapat menyampaikannya.

Sehingga hari ini juga kebanyakan orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam masih menjadikan saluran hiburan di media elektronik sebagai keutamaan kehidupan harian mereka dan semoga mereka dapat membaca artikel ini serta merubah cara hidup mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam