Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Janganlah kamu banyak bercakap perkara yang bukan mengingati Allah. (Kerana) sesungguhnya banyak bercakap pada perkara yang bukan mengingati Allah (akan) mengeraskan hati. Dan sejauh-jauh manusia daripada Allah ialah orang yang keras hati”
(HR Tirmizi hadis no. 1519 dari Kitab Nazhatul Mutaqqin)
Pengajaran:
1. Banyak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah akan mengeraskan hati dan seterusnya menjauhkan mendapat rahmat Allah SWT.
2. Orang yang degil dan keras hati daripada menerima kebenaran adalah orang yang sangat jauh daripada mendapat rahmat Allah SWT.
Daripada Uqbah bin Amir r.a. katanya,
“aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dia (sebab) kejayaan?” Baginda menjawab; “peliharalah lidahmu, dan hendaklah rumahmu melapangkanmu (penuhkan rumahmu dengan ketaatan kepada Allah) dan menagislah (bertaubat) di atas kesalahanmu”
(HR Tirmizi. Status hadis: Hasan. Hadis No. 1521 dari kitab Nazhatul Mutaqqin)
Pengajaran:
1. Saranan untuk menjaga lidah jika tidak mampu untuk bercakap untuk kebaikan,
2. Saranan supaya mengurangkan bergaul jika bimbang pergaulan akan mendatangkan keburukan kepada diri dan agamanya dan tidak mampu memberikan manafaat keagamaan kepada orang lain,
3. Bersungguh-sungguh bila bertaubat dia atas kesalahan dan dosa.
Daripada Abi Said al-Khudriyy r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“apabila tibanya waktu pagi, seluruh anggota akan tunduk (merendah diri) kepada lidah dan berkata (merayu) : “takutlah kepada Allah (wahai lidah) dalam menjaga kami. Sesungguhnya kami bergantung kepadamu. Kalau kamu betul (dengan kebenaran) kami juga akan betul dan jika kamu bengkok (daripada kebenaran) kami juga akan bengkok” (HR Tirmizi hadis no. 1522 dari Kitab Nazhatul Mutaqqin)
Pengajaran:
1. Kepentingan menjaga lidah untuk keselamatan. Ini kerana lidah adalah penterjemah utama kepada hati yang menjadi raja anggota manusia.
2. Anggota-anggota lain akan terkesan dengan kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh lidah.
3. Kebersihan hati tercermin dari keluhuran dan kesopanan tutur kata, jika kata-kata penuh dengan sumpahan dan makian, maka begitulah juga rupa hati seseorang itu.
Maksud Surah Adz-Dzaariyaat: ayat 55
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Adz-Dzaariyaat: ayat
55)
wallahualam
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment