Orang yang tidak mematuhi atau tidak memahami Al-Qur’an menganggap pemberian barangan hak miliknya yang telah lama atau tidak lagi digunakan lagi sebagai sedekah. Pemikiran sebegini telah menjadi pegangan dan tradisi dalam masyarakat yang tidak memahami Al-Qur’an dengan jelas.
Malah dalam pengumpulan barang-barang untuk disedekahkan mereka begitu berhati-hati supaya tidak memasukkan barangan yang mereka masih sayangi.Kebiasannya, tujuan utama mereka ialah untuk membuang hak milik barangan yang lama dari mereka dan ini sebenarnya telah menwujudkan satu imej berbuat kebajikan/kebaikan yang palsu.
Dalam satu ayat, Allah menunjukkan bahawa niat mereka selalu untuk menunjuk-nunjuk:
Surah An-Nisaa’: ayat 38(maksudnya)
“Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya[1] kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya” (Surah An-Nisaa’: ayat 38)
[1] Riya ialah melakukan sesuatu karena ingin dilihat dan dipuji orang.
Memberikan harta yang seseorang tidak sukai lagi mungkin kerana (jika ianya pakaian) telah ketinggalan zaman, sudah lusuh atau terkoyak ialah tanda bertapa si pemberi memandang si penerima sebagai golongan kelas rendah berbanding diri mereka. Mereka seolah-olah telah mengkelaskan manusia mengikut wang atau kekayaan mereka, dan tidak menganggap seseorang yang memerlukan itu patut dihormati. Oleh kerana itulah mereka sanggup memperuntukkan pemberian barangan yang telah lama/rosak/lusuh kepada orang yang menerima malah tanpa rasa segan dan malu mendabik dada mengatakan bahawa itulah pemberian mereka yang ikhlas. Bagaimanapun, Al-Qur’an memerintahkan seperti berikut:
Surah Al-Baqarah: ayat 267 (maksudnya)
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
(Surah Al-Baqarah: ayat 267).
Teras keadilan dan belas kasihan bagi orang-orang beriman menuntut supaya hak-hak semua orang dilindungi, orang beriman tidak boleh membiarkan saudara mereka mempunyai taraf hidup lebih rendah daripada diri mereka. Pada masa yang sama mereka tidak membenarkan orang lain menganggap orang miskin itu hanya berhak menerima sesuatu bertaraf rendah. Golongan yang kaya cuba menyediakan keadaan yang terbaik bagi orang beriman yang memerlukan supaya mereka juga dapat mencapai taraf kehidupan seboleh-bolehnya menyamai taraf hidup mereka.
Apabila memberi sedekah untuk mendapatkan keredhaan Allah, adalah penting untuk membuat pengorbanan daripada hak milik yang terbaik bukan sebaliknya. Sebagaimana jelas bukan dikira satu pengorbanan apabila memberikan sesuatu yang tidak diingini lagi. Orang yang beriman dapat membezakan ini daripada hati nurani mereka. Benda-benda yang hendak diberikan, dipilih oleh mereka daripada hak milik mereka yang mereka hargai. Inilah satu gambaran yang jelas tentang sifat belas kasihan dan pemurah serta pengorbanan seorang yang beriman terhadap saudara beriman yang lain.
Firman Allah dalam Surah Ali-‘Imran: ayat: 92 (maksudnya)
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Surah Ali-‘Imran: ayat: 92)
wallahualam.
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment