سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, December 16, 2008

++ RESEPI Masakan ala2 kampung~


DAGING SALAI MASAK LEMAK


BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10gm kunyit hidup
70gm cili padi
25gm serai
30gm cili merah
3gm serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
10gm asam keping
500gm ubi kentang
1liter santan
20gm minyak masak
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:
1. Daging dibakar sehingga masak.

2. Untuk membuat kuahnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan semua bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan berbau wangi.

3. Selepas itu masukkan serbuk kunyit, daun kunyit, asam keping dan garam secukup rasa.

4. Masukkan ubi kentang dan santan. Masak sehingga kentang lembut dan santan menjadi pekat.

5. Masukkan daging salai tadi. Kacau rata.

6. Angkat dan sedia dihidangkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKAN SOS THAI

BAHAN A:
1 ekor ikan kerapu atau siakap

BAHAN B:
20gm sos plum
10gm sos ikan
2 biji limau nipis
10gm serai
3gm bunga kantan
2gm cili padi
2gm gula
Garam secukup rasa

BAHAN C:
½ biji mangga muda
1 biji cili merah
1 biji bawang merah
2 biji cili padi

CARA MEMASAKNYA:
1. Satukan sos plum, sos ikan, perahan limau nipis, bunga kantan, cili padi, gula dan garam
ke dalam satu bekas. Kacau rata sehingga sebati. Ketepikan.

2. Gorengkan ikan. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan.

3. Bahan C dicampurkan ke dalam sos tadi. Tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.

4. Sedia dihidangkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UDANG SAMBAL PETAI

BAHAN-BAHAN:
100 gm udang
50 gm petai
4 sudu makan cili kering yang telah dikisar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak masak

CARA MEMASAKNYA:

1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing bersama dengan cili kering.

2. Kemudian masukkan udang dan petai.

3. Perasakan dengan garam, air asam jawa dan garam secukup rasa.

4. Biarkan sehingga udang masak dan sedia untuk dihidang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

UDANG NESTUM

BAHAN A:
100gm udang
30gm Nestum
10ml krim jagung manis
2gm gula
15gm marjerin
4gm garam

BAHAN B:
5 biji cili padi
1 tangkai daun kari
1 batang serai

CARA MEMASAKNYA:
1. Goreng udang terlebih dahulu. Ketepikan.

2. Panaskan marjerin di dalam kuali, tumiskan cili padi, daun kari dan serai yang dicincang sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan nestum, krim jagung manis, gula dan garam. Kacau selama dua hingga tiga minit dengan api dapur sederhana.

4. Masukkan udang yang telah siap digoreng ke dalam bahan yang ditumis tadi. Kacau selama dua hingga tiga minit.

5. Sedia dihidangkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila scroll ke bawah untuk membaca resepi seterusnya~

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam