
‘Datuk’ Shah Rukh Khan
Belum pernah saya berbahasa seperti ini.
Namun berita perihal Shah Rukh Khan seperti yang disiarkan di Berita Harian Sabtu 11 Oktober 2008 menjadikan saya gagal menekan butang PAUSE. Entah apa jasanya, Shah Rukh Khan bakal dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk
MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.
Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
Apakah sistem nilai yang diguna pakai dalam penganugerahan gelaran sebegini?
Apakah asas budaya dan timbang bicara yang dirujuk untuk menabalkan Shah Rukh Khan dengan pangkat sedemikian?
Maaf jika saya kebingungan, namun sebagai seorang yang bangga dengan Islam, Melayu, Malaysia dan maruah diri… saya berasa sungguh terhina dengan berita ini. Sungguh berita ini adalah KEMUNCAK DOGOL.
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment