(HR Bukhari dan Muslim. No. 1614 dr. Kitab Nuzhatul Muttaqin)
(Surah Adz-Dzaariyaat: ayat 55)
MELAYU mutakhir ini sebenarnya haprak. Haprak pada agama Islamnya dan lebih haprak lagi terhadap keturunannya sendiri.
Mereka bertelagah dalam agama, hanyut dalam hawa nafsu, tenggelam dalam arus kemodenan hingga akhirnya terkapai di daratan kemakmuran.
Semuanya kerana fenomena kurang Islamik, jarang berfikir dan malas berzikir tetapi mudah jadi pak turut kerana ralit bertauhid tapi gah dengan segala macam kemungkaran.
Malah ramai mualim Melayu yang agak pantas mencorak akal untuk menggerak fizikal dengan menjana ilusi melalui program realiti, tetapi terlalu sedikit murabbi dalam membentuk rohani untuk mencanang hati insani merealitikan Islamik.
Itu antara perkara menarik untuk ditelusuri dalam buku terbaru terbitan Telaga Biru hasil garapan penulis, Pahrol Mohamad Juoi dalam buku berjudul Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir? terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jika anda anak dan bangsa Melayu, buku ini bagus ditelaah untuk kita berfikir, merenung dan menilai diri sendiri mengenai siapa kita dan di mana serta ke mana Melayu sebenarnya.
Sebab apabila bertambah ramai yang tidak kenal dirinya adalah Melayu, dengan mudah bangsa asal Tanah Melayu yang mendominasi nusantara mudah dipermain dan diperlekehkan bangsa kaum ‘pendatang’.
Namun apakah benar anda Melayu? Betulkah pula Islam adalah agama kepercayaan dan pegangan orang Melayu dan bagaimana dengan agenda politik dan ekonomi?
Pahrol melalui Dilema Melayu - Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir menyoroti fenomena itu dalam kepelbagaian sudut melalui analisis perkembangan politik kontemporari daripada kaca matanya secara bebas.
Cuba berfalsafah bagi menyedarkan orang Melayu melalui tulisan berkonsep analisis, buku ini sebenarnya agak mudah, ceria dan bersantai tetapi menusuk hati melalui ayat-ayat pendek namun padat yang disusunkan dalam 39 bab.
Boleh dikategorikan dalam kelas buku motivasi, pendekatan tulisan Pahrol bagaimanapun tidak ubah cedokan daripada buku tazkirah tersohor Arab yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa iaitu buku La Tahzan atau Jangan Bersedih.
Untuk menilai sendiri, elok anda dapatkan buku ini yang dijual pada harga RM30 senaskah di pasaran sekarang.
"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?. Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati?" Al- Qiaamah 36-40
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~
Syukran jazilan sudi ziarah blog hamba