| Sumber: Aishun | ||
|
سلامت داتڠ .. (^_^)
ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)
Sunday, September 14, 2008
++ Larangan MEMAKAI GELANG bagi LELAKI..
Saturday, September 13, 2008
++ Jangan..
| Jangan... daripada : Saudara Abu Hassan Al-Ariffin bin Harun Kalo km MUSLIM, jgn blg "mosque" tp "masjid" krn orgnisasi Islam mnemukn bhw "mosque"=mosquitos=nyamuk.. Jgn tulis "mecca" tp "MEKKAH" krn mecca =rumah anggur/bir... jngn tulis "mohd" tp tulis lengkp "MUHAMMAD" krn "mohd"= anjing brmulut besar... Jngn tlis "4JJI " tp tulislah "ALLAH SWT" krn 4jji =for judas jesus isa almasih.. Jgn tulis "ass" tp tulislah "ASSLM" krn "ass"= punggung. Tolong sebarkan kpd Muslim lain smampu Anda. Terimakasih |
Kalo km MUSLIM, jgn blg "mosque" tp "masjid" krn orgnisasi Islam mnemukn bhw "mosque"=mosquitos=nyamuk.. Jgn tulis "mecca" tp "MEKKAH" krn mecca =rumah anggur/bir... jngn tulis "mohd" tp tulis lengkp "MUHAMMAD" krn "mohd"= anjing brmulut besar... Jngn tlis "4JJI " tp tulislah "ALLAH SWT" krn 4jji =for judas jesus isa almasih.. Jgn tulis "ass" tp tulislah "ASSLM" krn "ass"= pantat. Tolong sebarkan kpd Muslim lain smampu Anda. Terimakasih |
| HAKIKAT ZUHUD-SYEIKH ABU HASAN AS-SYADZILI April 15th, 2007 Pada suatu hari, Syeikh Abu Hasan As-Syadzili bersyarah bab kebaikan sifat zahid di dalam majlis ilmu. Dalam majlis itu hadir seorang fakir yang berpakaian lusuh dan compang-camping, sedangkan Syeikh Abu Hasan berpakaian rapi dan bersih. Si fakir itu berkata dalam hati, kenapa ia berani meghuraikan masalah Zahid, padahal ia sendiri berpakaian bagus dan rapi. Syeikh Abu Hasan menoleh kepadanya dan berkata: "Pakaianmu seperti ini tidak disukai orang dunia, sebab orang mengatakan anda fakir. Sedangkan pakaian ‘kami’ ini dikatakan orang adalah pakaian orang kaya dan bagus." Si fakir itu pun bangkit, lalu berkata: "Demi Allah, aku hanya berkata-kata dalam hati, dan atas ‘Kasyaf’ Syeikh Abu Hasan, dia dapat mengetahui. |
| HAKIKAT ZUHUD-SYEIKH ABU HASAN AS-SYADZILI April 15th, 2007 Pada suatu hari, Syeikh Abu Hasan As-Syadzili bersyarah bab kebaikan sifat zahid di dalam majlis ilmu. Dalam majlis itu hadir seorang fakir yang berpakaian lusuh dan compang-camping, sedangkan Syeikh Abu Hasan berpakaian rapi dan bersih. Si fakir itu berkata dalam hati, kenapa ia berani meghuraikan masalah Zahid, padahal ia sendiri berpakaian bagus dan rapi. Syeikh Abu Hasan menoleh kepadanya dan berkata: "Pakaianmu seperti ini tidak disukai orang dunia, sebab orang mengatakan anda fakir. Sedangkan pakaian ‘kami’ ini dikatakan orang adalah pakaian orang kaya dan bagus." Si fakir itu pun bangkit, lalu berkata: "Demi Allah, aku hanya berkata-kata dalam hati, dan atas ‘Kasyaf’ Syeikh Abu Hasan, dia dapat mengetahui. aku |
| Jadilah kamu hamba Allah sebenar-benar hamba Allah April 12th, 2007 Syeikh Abu Hasan As-Syadzili berkata: Dalam suatu perjalanan, aku pernah bertanya kepada Allah. "Bilakah aku dapat menjadi hambaMu yang bersyukur?." Tiba-tiba kuterdengar jawapan. "Bila anda tidak melihat pemberi nikmat kepada selainmu." Aku pun bertanya pula: "Tuhanku, bagaimana mungkin aku tidak melihat pemberi nikmat kepada selainku, sedangkan Engkau telah mengurniai nikmat kepada para Nabi, Alim-Ulama dan raja-raja?" Terdengar pula jawapan:"Jika tidak kerana Nabi-Nabi, nescaya kau tidak akan dapat pentunjuk. Jika tidak kerana Alim-ulama, nescaya anda tidak akan menjadi orang yang tunduk. Dan jika tidak kerana raja-raja, nescaya anda tidak akan merasa aman. Semuanya itu adalah itu adalah nikmatKu kepada kau." |
| Jadilah kamu hamba Allah sebenar-benar hamba Allah April 12th, 2007 Syeikh Abu Hasan As-Syadzili berkata: Dalam suatu perjalanan, aku pernah bertanya kepada Allah. "Bilakah aku dapat menjadi hambaMu yang bersyukur?." Tiba-tiba kuterdengar jawapan. "Bila anda tidak melihat pemberi nikmat kepada selainmu." Aku pun bertanya pula: "Tuhanku, bagaimana mungkin aku tidak melihat pemberi nikmat kepada selainku, sedangkan Engkau telah mengurniai nikmat kepada para Nabi, Alim-Ulama dan raja-raja?" Terdengar pula jawapan:"Jika tidak kerana Nabi-Nabi, nescaya kau tidak akan dapat pentunjuk. Jika tidak kerana Alim-ulama, nescaya anda tidak akan menjadi orang yang tunduk. Dan jika tidak kerana raja-raja, nescaya anda tidak akan merasa aman. Semuanya itu adalah itu adalah nikmatKu kepada kau." |
++ QURAN MP3

MP3 AL QURAN boleh di muat turun di sini[klik]
Boleh pilih qari yang membaca surah.
Bagus mendengar Al Quran sambil membaca buku dan sebagainya, terutama di bulan Ramadhan ini.
Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan.
++ Nuqaba Perlu Belajar Dari Sifu ”Kungfu Panda”
Salam..
Anda suka tengok kartun? :D
Suka tengok movie? :D
Suka tengok movie kartun? :D
Pernah terfikir pengajaran disebalik movie tersebut? Hehehehe..Mari kita tengok ape yang kita leh amik dari cerita Kungfu Panda (cite ni best :D )
[dipetik dari dr nasyidfm]
“Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift.” Cukup dengan pesanan Master Shifu kepada si Panda Po ini merubah hidupnya dari seorang yang biasa (anak penjual mi) kepada luarbiasa (mahaguru kungfu tumpaskan Tai Long).Ada beberapa mesej menarik saya rumuskan dari filem 3D Kungfu Panda :
1. The secret to be special is you have to believe that you special
Po hampir putus asa kerana tidak mampu memecahkan rahsia Kitab Naga, yang hanya berupa lembaran kosong. Pesanan dari ayahnya-lah yang akhirnya membuatkannya kembali bersemangat dan memandang positif dirinya sendiri. Kalau kita berfikir diri kita adalah “special”, unik, berharga pastinya kita pun akan punyai “burning desire” untuk melakukan hal-hal yang luarbiasa.
2. You just need to believe
Kita akan jadi biasa, kalau kita berfikir kita biasa. Seperti kata Master Oogway, “You just need to believe”
3. Kita tidak akan mampu mengembangkan potensi orang lain, sebelum kita percaya dengan kemampuan orang itu, dan kemampuan diri kita sendiri
Master ShiFu tidak yakin untuk melatih Po. Ia memandang Po tidak berbakat. Kalaupun Po mampu sekalipun, mana mungkin ia mampu melatih Po dalam waktu sekejap. Namun, akhirnya “false perception” dan “judgement” kepada “mad’u” (Po) ini bertukar 180 darjah apabila Master Oogway menegaskan bahawa Po adalah benar-benar Pendekar Naga yang “dianugerahkan” Tuhan secara bukan kebetulan (accidental).
Justeru, sebagai guru atau nuqaba, hal yang paling harus dihindari adalah memberi label bahawa mad’u ini tidak punya peluang untuk berubah. Sangatlah mudah bagi kita untuk menganggap orang lain tidak punya masa depan. Kesulitan juga acap kali membuat kita kehilangan kepercaya an diri, bahwa kita sebenarnya masih mampu untuk membimbing mereka dari manusia “bermasalah” kepada manusia “luar biasa” yang melakar sejarah.
Kung Fu Master Shifu , who has already trained the legendary Furious Five, is now charged with transforming an out-of-shape giant panda named Po into a fighting machine.
4. Kenalpasti “suis” mad’u (selera dan minatnya)
Shi Fu akhirnya mendapati bahwa Po boleh termotivasi dan mampu mengeluarkan semua kemampuannya, bila dikaitkan dengan makanan. Po sememangnya tidak mampu menjalani latihan seperti 5 murid jagoannya yang lain. Justeru setiap mad’u ada “suis” yang tersendiri, ada keunikan pendekatan yang perlu diberikan. Mana mungkin kesemua mad’u yang pelbagai potensi melalui pendekatan tarbiyah nuqaba yang “memukulrata” potensi-potensi mereka.
Hanya “burning desire” untuk mendapatkan kuih itu sudah cukup
merubah Panda melalui “tarbiyah” secara short-cut lalu menjadi
mahaguru luarbiasa
Setiap mad’u kita mempunyai keunikan yang tersendiri.
Janganlah “pukulrata” sahaja tarbiyah kita kepada mereka.
5. Jangan “melepas pandang” pada sisi jahat (akhlak buruk) pada mad’u. Ia mesti dibaiki dan dirawat.
Master ShiFu sangat menyayangi Tai Lung, murid pertamanya, yang dia asuh sejak bayi. Dia membentuk Tai Lung sedemikian rupa agar sesuai dengan harapannya. Dia memberikan impian bahwa Tai Lung akan menjadi Pendekar Naga yang mewarisi ilmu tertinggi. Sayangnya Shi Fu tidak melihat sisi jahat dari Tai Lung dan harus membayar harga yang mahal termasuk nyawanya akibat dari Tai Lung yang sudah menyalahgunakan ilmu yang diberikan Shifu.
6. Cermin diri rahsia menjadi luarbiasa
Pada saat Gulungan Naga (ilmu tertinggi dalam Dragon Warrior) diambil dan diberikan kepada Po, ternyata dalam gulungan itu tidak tertulis sebarang ilmu atau kata-kata hikmah sedikitpun. Hanya kosong dan merupakan lembaran kosong yang bersinar ibarat cermin yang boleh merefleksikan wajah kita sendiri. Semua terkejut termasuk sifu yang tidak menyangka Scroll yang diwar-warkan mempunyai rahsia tertinggi itu rupanya tidak tertulis apa-apa. Yang ada hanya “cermin”…
++ GHIBAH (Mengumpat)
Ghibah(Mengumpat)
Salam alaik & Salam Ramadhan,
Syukur alhamdulillah, Allah berikan saya kesempatan setiap kali hujung minggu untuk saya meluangkan sedikit masa di journal nasyidfm. Di harap apa yang saya cuba kongsikan ini dapat di terima oleh pembaca-pembaca sekalian. InsyaAllah.
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kita kadang-kadang terleka dengan keadaan yang datang tanpa ucapan salam, mungkin dalam tidak sedar, kita terngumpat dan menceritakan aib orang tanpa segan silu. Saya sempat mengcopy n paste tentang ghibah ataupun mengumpat.
Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).
Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:
” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)
Renung-renungkan dan selamat beramal.. =)
**sumber nasyidfm
Mari Me'release' tension~
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~



