HADIS 2 :
Daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : "hampir tiba suatu masa di mana bangsa² dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangn mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "apakah dari kerana kami sedikit padahari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan ALLAH akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh² kamu dan ALLAH akan mencampakkn ke dalam hati kamu penyakit wahan". seorang sahabat bertanya : "apakah wahan itu hai Rasulullah?" nabi menjawab : "cinta pada dunia dan takut pada mati"
(H.R ABU DAUD)
KETERANGAN :
Memang benar apa yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w akan keadaan umat Islam pada hari ini. w/pun mrk mempunyai bilangn yg ramai ttp mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa² lain. mereka ditinda,diinjak-injak,disakiti,dibunuh dan sbgnya.
bangsa² dari seluruh dunia w/pun berbeza-beza agama,mrk bersatu utk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. sebenarnya,segala kekalahan kaum Muslimin adalah punca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri,iaitu penyakit "wahan" yg merupakan penyakit campuran dari 2 unsuryg selalu wujud dalam bentuk kembar 2, "cinta dunia" dan "takut mati". kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "cinta dunia" bermakna tamak,rakus dunia dan tidak ada perasaan untuk berkorban dgn diri dan jiwa dalam memperjuangkn agama,bakhil dn tidak mahu mendermakan harta di jalan ALLAH s.w.t. "takut mati" pula bermakna leka dgn kehidupan. kita berdoa agar ALLAH s.w.t menurunkan nushrahNYA kpd kaum muslimin dn memberikn kpd mrk kejayaan d dnia dn dakhrat.
=======================================
"duni a luar dtg menyerang,
dunia islam sudah terkurung,
ibarat buih hanyut terapung,
dipikul ombak besar menggulung."
"bilngan banyak tidak berguna,
bila "wahan" penyakit kita,
takutkan mati cintakn dunia,
sgt rosak iman didada."
WALLAHU A'LAM..
smuanya daripda yg ESA..
~wassalam~
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment