Percaya kepada kuasa lain selain kuasa Allah adalah SYIRIK!
Sudah berkali-kali saya terima e-mail seperti ini dan berkali-kali juga saya memberi nasihat yang sama... Sekali lagi sekiranya anda percaya e-mail ini jika disebarkan boleh mendatangkan kebaikan untuk anda atau kecelekaan sekiranya tidak disebarkan? Mengucap dua kalimah syahadah patut anda lakukan sekarang!!
E-mail seperti ini bermula sejak zaman 50-an lagi. waktu itu surat layang.. Di tulis oleh seorang paderi kristian dengan tujuan untuk merosakkan akidah umat Islam. Bagai mana akidah rosak? Iaitu mempercayai e-mail ini boleh mendatangkan kebaikan dan kecelakaan pada diri.
Adakah anda fikir saya silap?
Saya fikir anda jangan tersilap...
Hujah saya ialah...
Adakah kita boleh bermimpi bertemu Rasullulah? Kalau kita bertemu pun, pastikah kita itu Rasullullah? Anda pernah tengok wajah Rasulullah? Penjaga makam itu pernah tengok wajah Rasulullah?
Adakah penjaga makam yang nama seperti dinyatakan? Anda pernah pergi ke makam rasullulah dan bertanya nama penjaga? Anda kenal beliau?
Tan Sri Ghazali Jawi seperti yang dinyatakan, tidak pernah menerima surat layang ini.
Sekiranya anda mencetak e-mail ini dan sebarkan kepada 20 orang maka boleh mendatangkan kebaikan pada diri anda. Betul kah? Astafirullah. Saya langsung tak percaya..
Bukan kah lebih baik kita bersyukur dan mengingati Allah, tidak meninggal solah, membaca Al-Quran dan berpuasa di bulan Ramadhan. Berbuat baik sesama kita dan bersedekah... (semoga amalan kita diterima). Daripada menghantar e-mail ini dan merosakkan lagi akidah seluruh umat Islam?!!
Ada banyak versi e-mail ini dan setiap kali telah ditukar nama penjaga makam itu... Nasihat saya, jangan percaya e-mail ini boleh mendatangkan musibah atau mempunyai kuasa! E-mail ini tidak mempunyai kuasa @ power @ magic!! Kita sudah pun diajar cara untuk mencari keredhaan Allah iaitu dengan bersembahyang, berzikir, berpuasa, bersyukur dan lain-lain lagi. Percaya kepada kuasa lain selain kuasa Allah adalah SYIRIK!
Dan pesanan yang dinyatakan juga tidaklah boleh dianggap datang dari Rasulullah melalui mimpi penjaga makam. Rujuklah kepada yang lebih berilmu sebelum membuat keputusan..
Nauzubillah...
diantara keikhlasan dan ketakutan....(Ya Allah, sesungguhnya Kau maha mengetahui segalanya..keampunanMu dan peliharaanMu, ku pohon...amin).
Ini adalah benar... sila baca sehingga habis...dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di manabintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM....SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM...
"TOLONGLAH BERTAUBAT WAHAI UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment