Salam..
Lupa nak post, sabtu malam yg lepas aku bersama keluarga tercinta berkesempatan menyaksikan teater muzikal Sirah Junjungan Tahajjud Cinta yg diadakan di Istana budaya..MasyaAllah, tidak aku sangka lakonan dan watak yang dicetus oleh karyawan serta pelakon yang tidak asing lagi iaitu Pn. Eirma Fatimah telah membuka mata setiap penonton yang hadir menyaksikan persembahan teater tersebut. Baru kini, aku dapat lebih menghayati dan merasai pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dalam menegakkan agama Allah, iaitu Islam..
Ia juga mengisahkan ttg perjalanan hidup Rasulullah S.A.W, rasanya memang sangat berbaloi dan best kalau kita datang sama2 meriahkan teater ni..teater yang bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 11 malam tidak mengecewakan aku sekeluarga malah, kesedaran dan keinsafan yang lahir di lubuk hati aku dan sudah tentu para penonton yang hadir pada malam itu juga..
Memang bnyk part yg menarik, jln ceritanya, lagu2 yg dipersembahkan, lakonan2 yg mantap, dan vokal penyanyi utama malam tu iaitu Mawi mmg sangat power..
Air mata keinsafan & kesedihan para penonton mengalir serta suara keesakan pabila melihat umat Islam di hina, dicaci oleh masyarakat kafir Quraisy demi mempertahankan agama Allah yang Esa..
[Di bawah ini adalah petikan kata-kata daripada Pn. Eirma Fatima]
Salam Sahabat Muslim yang dikasihi,
KETIKA ISLAM DI CABAR...RASULULLAH s.a.w DIHINA DAN DI CERCA...
tidak ada yang termampu dilakukan oleh insan seni seperti aku.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memandang seni ini sesuatu yang menjijikkan.
Namun aku percaya..ALLAH maha mengetahui segalanya. Tidak ada yang dapat aku korbankan...tidak ada apa yang dapat aku perjuangkan selain dari sebuah karya yang memaparkan keagungan Rasul yang di cintai melalui pementasan SIRAH JUNJUNGAN sebuah kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dari mulai baginda lahir hinggalah wafat.
Tidak ada ertinya sebuah karya tanpa sokongan..Mohon sahabat-sahabat Muslim ku...siapa yang akan menyokong usaha aku ini kalau bukan kalian..sahabat sebangsa dan seagama ku.Demi RASUL TERCINTA...
dari Insan Seni Hina..
Eirma Fatima
**Seperti mana yang telah diwar-warkan sebelum ini, satu pementasan bercorak Islamik terlah selamat dipentaskan pada bulan Mac ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Teater muzikal yang berkisarkan tentang perjalanan dan riwayat hidup junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ini diarahkan oleh Eirma Fatima dan telah memasuki musim yang kedua setelah kejayaan pementasan musim pertama pada tahun lepas. Tahun ini, Eirma Fatima tampil sekali lagi dengan naskhah yang sama, ditambah dengan pelbagai sentuhan yang baru dan segar.
Untuk pengetahuan umum, pementasan Sirah Junjungan pada musim ini turut menampilkan para pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia selain daripada Istana Budaya, DBKL, UIAM dan ASWARA. Para pelakon utama terdiri daripada Ahmad Yatim, Vanidah Imran, Rebecca Nur Islam, Shahronizam Noor, Mazlan Tahir dan lain-lain. Pementasan ini juga diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis ternama tanah air seperti Jamal Abdillah (09-14 Mac), Dato' Siti Nurhaliza (18-20 Mac), Mawi (21 Mac) dan Amy Search (22 Mac).
Di bawah ni, aku kongsi serba sedikit gambar sepanjang musikal teater Sirah Junjungan tuh..
Barisan pelakon bersama Pn. Eirma Fatima
Bergambar kenangan
Sesi bergambar dan tandatangan bersama para Pelakon
Vanida Imran sebagai Siti Khadijah
Mawi [Penyanyi /vokal]
Rabecca Nur Islam sebagai Hendon
Kiri: Aman Graseka sebagai Saidina Usman
Kanan: Sahronizam Noor sebagai Saidina Hamzah/Sawadah
Terdapat ramai pelakon lain yang turut menjayakan teater Sirah Junjungan ini seperti Yus Waisar sebagai Saidina Abu Bakar,Mohd Syukor Ibrahim sebagai Saidina Ali, Mazlan Tahir sebagai Narator/ suara Muhammad, Ahmad Yatim sebagai Abu Talib dan ramai lagi.
aku bersama Pn. Eirma Fatima
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment