Pada 4 Mac 2008, Istana Budaya dengan kerjasama Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia telah mengadakan satu sidang media pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”. Biasanya sidang media dibuat di Lambang Sari, tetapi malam tadi Istana Budaya mengubah selera dengan mengadakannya di Laman Puri iaitu di kawasan luar laman Istana Budaya. Teater arahan Erma Fatima ini dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.
Muzikal ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 19-22 Mac 2008, sempena Sambutan Maulidur Rasul.
Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan” adalah merupakan sebuah karya serta arahan Erma Fatima bersempena sambutan Maulidur Rasul 1429H. Ianya memaparkan riwayat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dari saat kelahiran Baginda, perjuangan menegakkan syariat Islam sehinggalah detik wafatnya. Kisah-kisah ini akan dipaparkan melalui persembahan lakonan, penceritaan dan nyanyian diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Saudara Eddie Marzuki. Naskah ini ditulis khas sempena Maulidur Rasul dimana sejarah Rasulullah dari mulai lahirnya baginda hinggalah wafat. Ulama terkenal Indonesia Aagym sebagai pencerita ini akan disulami dengan lagu-lagu selawat dan ketuhanan mengenai baginda Rasulullah.
Turut hadir pada majlis ini ialah barisan pelakon Ahmad Yatim, Datin Norish Karman, Ellie Suriaty, Azri Iskandar, Shahrul Nizam, Mazlan Tahir, Shoffi Jikan, Jessie dan lain-lain serta barisan penyanyi Jamal Abdillah, Tuty dan Kumpulan Al-Fahmy.
Kategori : Teater
Tarikh : 09 - 22 Mac 09
Masa : 8.30 Malam, 3.00 Petang
Teater arahan Erma Fatima akan dipersembahkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Cerita mengisahkan babak-babak penting dalam sejarah Rasulullah S.A.W yang pastinya menyentuh jiwa dan keimanan orang-orang mukmin.
Penyanyi Undangan
Dato' Siti Nurhaliza (18-20 Mac 2009)
Jamal Abdillah
Amy Search
Mawi
Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket
RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 & RM200
Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel :













Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)
Pembelian Tiket Secara Online
www.ticket2u.biz Tel:













Najeeba El-Noura Ali Tidak sabar untuk menonton Teater "SIRAH JUNJUNGAN" bersama keluarga di Istana Budaya esok :)).Moh beramai-ramai kita menimba ilmu.. :))
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment