Aku tahu pastinya dia juga terasa sakit sekarang, terpaksa melalui keperitan sambil dimamah usia. Mungkin juga aku tahu bahawa dia sudah mahu pergi sekarang dan terpaksa meninggalkan semua?
“Saat cinta bicara, aku tak kuasa untuk bisa jauh darinya dirinya,
sejak membuka mata hingga malam tiba, ku lihat hanya bayang dirinya,
jangankan selingkuh pikirkan yang lain, sejenak bisa tak mampu,
Rindu ini menerjah sangat kuat sayang dan kau begitu memikat setiap saat sayang…”
Sejujurnya dia juga begitu, terikat dalam bulatan atau terlekap sudah dalam takdiran. Pastinya kini kita mengerti bahawa cinta itu tidak pernah tahu sempadan , usia, pangkat atau kebendaan. Biar dari jauhnya dan luasnya lautan tetap akan harungi jua. Setia kasih dan jujurnya, diri akan terasa begitu aman ketika bersama, tiada pikiran luar yang mahu disisipkan, tidak rela jauh dari pelukan dan hembusan nafas ketika beradu mata hati…
Tiada siapa tahu, bila kehadiran cinta itu..atau ianya begitu halus untuk diterjemahkan. Walau tidak terusan tapi diri ini seakan pernah bertemu mengikat kasih dari masa yang lampau..dan ketika benar-benar di temukan ianya begitu ringkas dan membuatkan hati terasa aman. Pasti sudah tahu ianya begitu sempurna walau tidak kelihatan
dgn terang. Pandangan luaran bukanlah ukuran seperti yang aku ungkapkan kerana setiap manusia itu dijadikan dgn unik dan melengkapkan.
Tidak dinafikan, kita banyak melakukan kesilapan tp semua itu mungkin cabang-cabang cinta yang harus di tanganni..bagaimana mengendalikan itu juga bergantung pada kesempurnaan dan masa.
sumber:Hairul Ns
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment