سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Saturday, February 28, 2009

++ Jemputan Umrah Astro Oasis & Iktibar dari Tanah Suci..

KENANGAN indah di depan Masjid Nabawi...(Dari kiri) Nurjannah Mohd. Salleh, Wan Halimah Wan Ismail, Abdul Razak Ahmad, Rosli Roslan, Nasrul ABDUL. Hamid, WAKIL dari Kementerian Penerangan DAN kEBUDAYAAN Arab Saudi, PEGAWAI Masjid Nabawi dan Md. Zaidi Md. Yasin.
Salam..

Alhamdulillah..

Jutaan TAHNIAH aku ucapkan kepada semua pemenang rancangan Jemputan Umrah astro Oasis Pictures, Images and Photosmusim pertama..rancangan seperti ini amat baik untuk tontonan umum khususnya umat Islam..

Kini, rancangan Jemputan Umrah musim pertama sudah selamat melabuhkan tirainya.. dan bagi aku, mereka berjaya dan jutaan tahniah daripada aku untuk warga2 ASTRO Oasis (Inspirasi Sanubari) yang berjaya menarik ramai penonton untuk mendekati, merasai dan melihat sendiri suasana di rumah Allah walaupun hanya di kaca TV.

Semenjak aku menonton rancangan ini, semakin kuat hati aku ingin menjejaki tanah suci Mekkah itu sendiri.. rasa insaf menyelubungi diri ini tatkala diri ini terlalu kerdil untukmu ya Allah.InsyaAllah, jika diberi peluang, akan ku guna sebaiknya nikmat pemberianMu itu..

Aku pernah ke sana..tapi semuanya seolah2 hanya sebuah bayangan semata..di waktu tu, aku masih kecil..belum kenal erti ibadah dah juga tanah suci yang aku jejak..sekadar melawat tempat2 menarik di situ..adik2 masih kecil diwaktu itu,apa yang kami tahu hanya berseronok..tapi kini, baru aku tahu ertinya tanah suci Mekkah Mukarramah..Hati kecilku seperti ditarik-tarik untuk ke sana lagi..

setiap kali aku menonton rancangan ini, air mata pasti mengalir.. mengenang nasib diri yang terlalu berdosa padaNya, dosa yang sedar mahupun tidak..
Aku berasa sungguh gembira melihat tetamu Allah yang dijemput ke sana dengan hati yang luas terbuka.Keinsafan dan kesyukuran pada diri masing-masing juga jelas terpancar..
Aku? sama-sama tumpang gembira..Syukur,Alhamdulillah..

Akhir kata,aku berharap agar pihak ASTRO Oasis sekali lagi akan menganjurkan program-program ilmuan seperti ini yang pasti akan menarik ramai lagi penonton untuk mengetahui suasana/keadaan semasa berada di tanah suci dan juga bersama-sama dapat mempelajari cara-cara mengerjakan umrah/haji di sana..



Iktibar dari Tanah Suci



Ikuti sambungan kisah Jemputan Umrah di tanah suci di sini

kaabah Pictures, Images and Photos

Makkah Mukarramah..

Anugerah indah Astro Oasis

BARANGKALI tidak ramai menantu lelaki yang terfikir untuk membawa ibu mertua ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji mahupun umrah.Pun begitu, bagi Rosli Roslan, 34, itulah impiannya biarpun dia sedar bukanlah semudah itu untuk merealisasikannya.

Menantu kelapan dalam keluarga mertuanya, Wan Halimah Wan Ismail atau mesra dengan panggilan Mak Wan, 65, pada satu hari terpandang akan promosi iklan mengenai program Jemputan Umrah yang disiarkan di saluran Astro Oasis.

“Saya terus menghantar esei yang merupakan coretan ringkas menyatakan betapa saya ingin membawa ibu mertua saya andainya saya terpilih.

“Tanpa disangka, pihak Astro datang menghantar sendiri berita gembira itu kepada saya dan berita itu menjadi kejutan pula pada mertua saya,’’ ujarnya.

Antara lain Rosli dalam catatan itu, mahu menjadikan impian ke tanah suci, satu realiti kerana menyedari ibu mertuanya sentiasa berdoa dan berharap agar dapat menunaikan ibadah umrah dan haji.

Yang menjadi tanda tanya di kalangan para peserta rombongan ialah kenapa Rosli memilih untuk membawa ibu mertuanya berbanding ibu kandungnya atau isterinya.

Kata Rosli, dia punya sebab kenapa berbuat demikian.

Paling utama ujarnya, ibu mertuanya merupakan seorang ibu tunggal dan ingin sekali ke tanah suci. Bersyukur juga dia kerana kedua ibu bapanya memahami perasaannya mentelah pula mereka telah menunaikan haji.

Sementara isterinya, Nor Azma Mustafa pula sangat memahami keinginan ibunya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.

Beliau dan ibunya mertuanya ditemui semasa mengikuti rombongan Astro Oasis dan Th Travel & sERVICES Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Mereka berdua yang merupakan penerima ketiga Jemputan Umrah, ditemubual dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah, Arab Saudi.

Selain ‘hadiah’ umrah mereka berdua juga mendapat wang saku RM1000 SEORANG yang diberi dalam mata wang riyal seorang daripada Bank Al Rajhi.

Dalam kesamaran malam, sempat juga melihat wajah nenek kepada 23 orang cucu yang manis dengan senyumannya.

Sememangnya walaupun terasa agak letih selepas berada lapan jam di dalam penerbangan, tetapi hati bagaikan sudah tidak sabar lagi untuk mengenali lebih lanjut mengenai nenek ini.

Rosli seorang juruteknik awam di Majlis Daerah Maran, Pahang, ini berkata, ibu mertuanya sentiasa memberatkan majlis-majlis meraikan jemaah ke tanah suci. Kalau ada hal macam manapun dia tetap akan mencari waktu bersama mereka.

Air mata tumpah

“Sejak menjadi menantu sekitar 10 tahun yang lalu, saya perhatikan itulah cita-cita emak. Saya bersyukur kerana akhirnya impiannya itu menjadi kenyataan,’’ ujarnya.

Mak Wan yang berasal dari Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu pula memberitahu, tiada kata-kata yang dapat digambarkan perasaannya ketika itu.

Dalam temu bual dengannya, Mak Wan yang tidak mampu menghalang air matanya daripada tumpah berkata: “Mak cik tidak menyangka impian mak cik tercapai juga dengan ikhtiar menantu. Inilah dikatakan qada dan qadar. Memang Mak Wan sentiasa berdoa, agar suatu hari nanti, dapat datang menjadi tetamu Allah.”

Sememangnya Mak Wan mempunyai keistimewaan sendiri. Setiap patah yang diucapkan bagaikan disusun dan diatur. Apa yang tersemat di hati itulah yang diluahkan.

Mak Wan yang merupakan guru agama bertauliah, juga mengajar anak-anak jirannya mengaji al-Quran sejak sekian lama. Cuma sejak kebelakangan ini ‘berehat’ seketika tetapi mengajar cucu-cucunya pula.

“Melihat emak, saya insaf. Terasa ingin membantunya malah kami adik beradik, ipar duai juga berusaha untuk membantu emak. Pemilihan ini nampaknya rezeki emaklah.

“Biarpun saya seorang penyimpan Tabung Haji, simpanan belum mencukupi, justeru itu saya juga turut berdoa agar impian emak tercapai juga,” kata Rosli yang begitu akrab dengan mertuanya.

Cara dan gaya Mak Wan bercerita mengenai menantunya juga menunjukkan Mak Wan seorang mertua yang baik.

Sepatah kata Mak Wan, semua menantunya dianggap seperti anak sendiri, tiada beza dan itulah rahsia menjaga kebahagiaan berkeluarga besar.

Sambil bercerita Mak Wan terus tersenyum bahagia. Di depannya bagaikan sudah terbayang kota suci Mekah dan Madinah. Di situ hatinya sudah berlabuh.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di destinasi yang dituju di waktu dinihari. Dari jauh tampak jelas Masjid Nabawi begitu indah tersergam bermandi cahaya.

Sememangnya Madinah, bandar suci Islam kedua selepas Makkah Al Makaramah terkenal sebagai Kota Cahaya.

Hari-hari berikutnya di Madinah merupakan hari-hari yang bahagia buat rombongan Jemputan Umrah khususnya Mak Wan dan Rosli.

Sementelah pula kala bersolat di Masjid Nabawi dan berziarah di makam Rasulullah, Nabi Muhammad SAW

Sempat bertanya perasaan Mak Wan selepas itu. Kata Mak Wan dalam nada perlahan.

“Mak Wan cukup bersyukur ke hadrat Illahi dapat menunaikan solat di masjid Nabawi. Satu pengalaman yang Mak Wan tidak boleh lupakan.

“Apa lagi apabila dapat solat sunat di Raudhah. Allah saja yang mengetahui perasaan Mak Wan. Gembira rasanya,” Ujar Mak Wan.

Pihak Astro Oasis, TH Travel & Services serta produksi Cipta Asia yang sentiasa melayani Mak Wan dan Rosli serta rombongan dengan baik.

Malam terakhir di Madinah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cipta Asia Motion Sdn. Bhd., Nasrul Abdul Hamid, mengadakan jamuan istimewa dengan sajian cukup enak, sajian nasi mandi ikan besar dan ayam panggang berempah.

Keenakan nasi mandi itu masih terasa sampai ke hari ini dan Mak Wan sendiri nampak turut berselera.

Kejutan buat Mak Wan

Pada malam itu juga, Mak Wan mendapat satu lagi berita menggembirakan.

Anak bongsunya, Norul Ain Mustafa, selamat melahirkan cahaya mata pertama, seorang bayi lelaki.

Orang kuat Astro Oasis iaitu Penerbit Eksekutif program ini, Nurjannah Mohd. Salleh memberi kesempatan kepada Mak Wan bercakap terus dari Madinah dengan Norul Ain di tanah air.

Sekali lagi titisan air mata gembira menitis membasah wajah ibu ini mendengar berita kelahiran cucunya yang ke-23 itu. Selepas tiga hari di Madinah dan akhirnya melakukan ziarah wida’, rombongan Jemputan Umrah yang membawa dua tetamu istimewa ini bertolak ke Mekah Al Makaramah.

Di dalam perjalanan ke Mekah, di Bir Ali, rombongan bermiqat umrah.

Pengurus Pemasaran TH Travel & Services, Wilayah Utara, Ustaz Abdul Razak Ahmad, yang turut serta dalam rombongan ini, bertindak sebagai mutawif (PEMBIMBING) pada hari itu.

Selesai solat sunat umrah, perjalanan terus ke kota Mekah. Selepas urusan check in di hotel selesai, rombongan kami yang dipimpin oleh Razak dan seorang lagi kakitangan Tabung Haji yang menetap di Mekah, Ustaz Md. Zaidi Md. Yasin, masuk ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadat umrah.

Masing-masing bagai kehilangan kata-kata sebaik terpandang Kaabah di hadapan mata. Sedar-sedar air mata mengalir tanpa dipinta, rasa sebak dan insaf dengan kebesaran Yang Maha Esa.

Syukur Alhamdulillah, kami selesai menunaikan umrah yang diakhiri dengan berselawat.

Dalam pada itu, penulis sempat juga mencuri pandang ke arah wajah Mak Wan. Terserlah kebahagiaan dan kegembiraan di wajahnya.

Keesokkan harinya kami berziarah dan miqat di Tanaim, bagi Umrah Sunat. Apa yang pasti perjalanan rombongan Jemputan Umrah Astro Oasis berjalan lancar seperti yang dirancang.

Sebaik menjejak kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali lagi penulis cuba mendekati Mak Wan dan Rosli.

Sesungguhnya impian Mak Wan menjadi kenyataan. Mak Wan nampak gembira dan cukup tenang, sementara Rosli masih menitis air mata penuh syukur.

Mak Wan yang cergas orangnya berbisik: “Mak Wan mahu pergi lagi. Itulah azam dan doa Mak Wan selepas solat dan juga semasa di depan Kaabah. Mak Wan cukup bersyukur ke hadrat Ilahi. Cuma kali ini Mak Wan berazam tunaikan ibadah Haji.”

Mak Wan dan Rosli berharap program Jemputan Umrah yang berlangsung hingga Februari depan dapat diteruskan pada musim seterusnya.

Sumber:Utusan Malaysia

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam