سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, February 23, 2009

++ Ingat Mengingati..Jangan Asyik mengata orang...

forgive Pictures, Images and Photos

Pepatah Melayu lama: Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!

Manusia macam kita..
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Menggelakkan orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan…Asyik mengata orang,

Al-Quran kamu tak baca,Asyik menyalahkan orang,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik mengutuk orang,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik perlekehkan orang,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik merendahkan orang,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik ber email dengan kawan,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik berceramah sana sini,!
Al-Quran kamu tak baca,Asyik berkuliah sana sini,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik berforum di internet,
Al-Quran kamu tak baca,asyik berchit-chat di IRC,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik bergebang di telefon,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik mendongak televisyen,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik mengadap komputer,
Al-Quran kamu tak baca,Asyik bersembang politik,
Kenapa tak baca?Tak sempat?Busy?Tak faham?Tak reti?Malas?

1.Dapat surat dari pejabat tanah, dalam bahasa Melayu,kamu boleh baca.
2.Dapat surat lawyer, dalam bahasa inggeris,kamu boleh baca
3.Dapat surat daripada Allah,dalam bahasa Arab,kamu tak boleh baca apa nak jadi?
Rugi! rugi! rugi!

Itu sajalah bekalan Untuk diri sendiri? Di belakang hari?Dan hari ini?
Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi

Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri

Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi

Hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
Istilah juga tidak berguna lagi

Kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

Barangkali yang gemuk, kurus, tinggi atau pendek ada hikmah kejadian disebaliknya.
Tidak ALLAH jadikan makhluknya itu secara sia-sia. Kalau kita mengkritik, mencemuh atau menghina seseorang kerana fizikalnya.
Ingatlah semua makhlukNya itu adalah merupakan hasil ciptaanNya.
Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dalam pelbagai bentuk dan saiz yang tersendiri… sekiranya anda membandingkan diri dengan orang lain dah tentunya anda akan asyik berfikir dan membuat perbandingan tanpa kesudahan yang pasti… sampai bila pun takkan selesai kalo nak buat apa-apa perbandingan antara satu sama lain…

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi hambanya itu menolong saudaranya."(Muslim & Abu Daud)

"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Hadith Riwayat Muslim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam