Oleh amkns
"Dari Blog Faisal Tehrani
Anda mahu boikot Amerika? Argh kelakar, rokok terkepit antara bibir pun tak dapat dilepas. Jika anda bercakap tentang hasrat untuk memboikot Amerika dan Yahudi, anda harus bermula dengan televisyen di rumah anda. Atau pilihan sinema anda.
Mungkin, anda tergiur dengan plot filem Hollywood yang penuh aksi, atau terkesima dengan Kate Winslet melondehkan kembannya, barangkali ada gadis di luar sana terkecur liur dengan Brad Pitt, argh di belakang mereka ada Yahudi.
Saya kira belum ada negara yang berjaya memboikot industri hiburan pencinta Yahudi ini melainkan Republik Islam Iran.
Bagaimana menikmat hasil seni dari Hollywood dengan wajah anak Gaza kepalanya putus dibom Israel, atau bagaimana berasa seronok menyaksikan American Idol jika terkenangkan kanak-kanak di Jabilya yang disembur fosforus putih yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa.
Bayangan dalam kepala saya ialah bagaimana meyakinkan umat Islam dan sekian umat yang prihatin terhadap tragedi kemanusiaan di Gaza untuk turut memboikot misalnya siri televisyen popular Heroes, 24, Prison Break, Desperate Housewives, American Idol, Survivor dan aduh, senarainya panjang sekali.
Terkebelakang, kita diperkenalkan dengan gergasi-gergasi seni perfileman Amerika antara lain Woody Allen, Mel Brooks, Billy Crystal, Robert De Niro, Richard Dreyfuss, Bob Dylan, Harrison Ford, Richard Gere dan Jeff Goldblum. Oh ya, bapa media massa Rupert Murdoch juga seorang Yahudi dari Israel. Hari ini, Presiden News Corp. Peter Chernin adalah Yahudi; Presiden Paramount Pictures, Brad Grey adalah Yahudi; Eksekutif Walt Disney Co. Robert Iger adalah Yahudi;
Pengerusi Sony Pictures iaitu Michael Lynton adalah Yahudi dari Belanda; Pengerusi Warner Bros. Barry Meyer adalah Yahudi, Ketua Eksekutif CBS Corp. Leslie Moonves adalah Yahudi, malah mendiang bapa saudaranya adalah bekas perdana menteri Israel yang pertama; bos MGM Harry Sloan adalah Yahudi dan Ketua Eksekutif NBC Universal iaitu Jeff Zucker juga seorang Yahudi. ‘Weinstein brothers’ yang terkenal di Hollywood juga Yahudi. Studio di atas adalah pengeluar siri televisyen juga filem yang terkenal di Amerika, malah dunia.
Presiden Persatuan Pelakon Hollywood, Alan Rosenberg (argh Yahudi juga). Ejen pelakon paling berbobot di Amerika ialah Ari Emanuel (ibu-bapanya rakyat Israel) pendek kata seperti yang disebutkan oleh Brando, ia adalah dunia Yahudi yang melemaskan.
Sangat-sangat merimaskan sehingga Mel Gibson seorang ultra Katolik yang mabuk sempat memaki Yahudi di jalanan dipaksa memohon maaf dan dipinggirkan sama sekali dari dunia perfileman.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment