
- Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
- Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
- Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
- Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
- Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
- Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
- Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
- Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
- Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
- Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
- Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
- Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
- Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
- Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
- Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
- Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
- Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
- Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
- Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
- Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
- Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
- Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
- Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
- Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
- Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
- Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
- Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
- Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
- Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
- Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….
- Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
- Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
- Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
- Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
- “Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….
- Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
- Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….
- Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
- Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..
- Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
- Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….
- Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa….
- Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…
- Tapi bersahabatlah kerana Allah.. ;)
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment