سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, December 19, 2008

++ Aneh ada orang takut 'sajak kematian'

Batu Nisan Terazo - Dewasa Pictures, Images and Photos

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu | Dec 18, 08 | 11:40:26 am MYT

MATI ini bukan satu kerja yang boleh dibuat lepas tangan. Malangnya, ia tiada langsung dalam agenda orang sekular. Bahkan, orang yang sekular akan mudah marah-marah apabila tajuk ini disentuh.

Bagi ajaran sekular, mati itu dianggap tamat riwayat hidup. Pandai-pandai mereka menutup riwayat semua orang selepas berlaku kematian dengan satu istilah selesa yang mudah iaitu "rest in peace" (RIP).

Walaupun dalam Islam, Rasulullah s.a.w. pernah berdoa yang berbunyi: "Ya Allah, bila aku mati rehatkanlah diriku dari segala masalah (keburukan)."

Ini berbeza dengan harapan orang sekular yang hanya mengharapkan kerehatan dalam ketenangan, sedangkan sewaktu hidup dahulu mereka melakukan segala kerja khianat yang menyusahkan orang dan diri sendiri.

Di dalam Islam, mati itu satu proses hidup. Tamat dan muktamadnya riwayat sebenar hidup manusia itu adalah apabila seseorang itu memasuki syurga atau memasuki neraka. Ini kerana penghuni syurga kekal terus-menerus dan tak mati-mati. Begitulah juga dengan penghuni neraka.

Perihal adanya kematian dan hari kebangkitan, yang menandakan mati itu sendiri adalah satu proses hidup dapat kita lihat di dalam al Quran melalui mesej dari Allah SWT berbunyi:
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)." (Surah Yasin: 12)

Demikian juga dalam surah al-Juma'ah. Allah SWT menyebutkan: "Mereka (Yahudi) tidak terlintas kematian itu selama lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan usaha mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Mereka tiada terlintas kematian itu.

"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan bertembung dengan kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah al-Jumaah: 7-8).

Jadi, tajuk mati menjadi satu mata pelajaran yang amat penting dalam ajaran Islam. Ini supaya manusia awal-awal lagi membuat persiapan.
Sebagaimana tidur, manusia yang sudah mati kehilangan kemampuan untuk berikhtiar. Lantaran itu, tidur itu sering disebut orang sebagai 'adik beradik' mati.
Dengan ketiadaan ikhtiar setelah mati, maka mustahak sangatlah kita berusaha sewaktu hidup. Dengan izin Allah, manusia boleh berikhtiar untuk menuju ke syurga dengan melakukan setiap aktiviti hidup berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Ini dipanggil mengikut sunnah. Inilah yang disebut pahala. Nabi pula tidak melakukan sesuatu melainkan apa yang diwahyukan kepada baginda oleh Allah SWT.
Demikian juga dengan neraka. Jika hidup manusia tidak diatur selaras dengan al-Quran dan sunnah, maka manusia itu hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah dan rasul-Nya.
Inilah yang disebut hidup dalam dosa. Keadaan hidup dalam pahala atau dosa inilah pula yang akan menentukan keadaan pengakhiran riwayat hidupnya.

Ia sama ada disebut mati dalam husnul khatimah atau su ul khotimah.
Ini yang menjadikan hidup dan mati tadi sebagai satu pusingan. Ia satu 'cycle' menuju kepada alam kubur yang juga satu jenis kehidupan juga sementara menantikan alam kebangkitan dan alam mahsyar.

Hidup yang tidak mati-mati tetapi dalam keadaan yang berlain-lainan. Ia akan berakhir secara mutlak hanya di dua tempat iaitu sama ada di syurga atau di neraka.
Pendek kata, mati itu benda yang positif. Ia sama positif dengan hidup. Dalam surah al-Mulk ia disebut begini:

"Maha Suci Allah Yang di Tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Dia) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

Ertinya, mati itu sendiri adalah benda atau makhluk yang diciptakan. Ia lebih awal dicipta dan di dahulukan. Ia diawalkan kejadiannya dari hidup itu sendiri. Hidup dan mati itu sejenis regu. Ia dicipta berpasangan untuk tujuan ujian bagi mencari siapa yang lebih baik amalnya.

Mengingatinya menyemai daya juang. Ia menyuntik daya jihad, kesungguhan dan istiqamah untuk berbekal sesudah mati.
Namun malang sungguh masih ada yang mempertikaikan tayangan klip video berjudul 'sajak kematian' bagi sesi pengajaran murid Tahun Satu dan Dua.

Biar pun saya sendiri belum melihat kandungannya, namun cadangan untuk mengharamkannya bermakna tajuk mati itu sesuatu yang tidak disukai kerajaan.
Pernah berlaku suatu ketika dahulu lagu selimut putih yang dinyanyikan kumpulan nasyid telah diharamkan kerajaan, biar pun ia tidak membawa unsur negatif.
Sedangkan seni katanya mengajak kita untuk mengingati mati.

Saya juga pernah menganjurkan pertandingan nasyid yang menyentuh soal akhirat dan pemenangnya diberi hadiah sebanyak RM1,000.
Kerana apa kita takut kepada mati yang tetap datang walaupun kita bersembunyi di sebalik tembok besi. Mati tetap datang biar pun tak dijemput, cuma masa yang akan menentukan giliran kita.

Tidakkah sajak kematian boleh menyedarkan kita. Anehnya ada orang takut. Atau kita takut untuk sedar dan akhirnya mendekati agama. Agama inilah yang kami perjuangkan. - mks. _

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam