سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, December 31, 2008

++ Doa memohon kesabaran dan mati dalam iman














WAHAI Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah sepenuh hati kepada-Mu). (A'raf: 89)

Keterangan Ayat

Allah SWT menggunakan perkataan 'limpah' laksana air. Sabar berperanan seperti air yang menjadi agen pembersihan dan ketenangan. Seperti mana air membersihkan kekotoran, demikian juga sabar membersihkan dosa. (Tafsir al-Baidhawi, tafsir ayat 126, surah al-A'raf)

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabari dalam tafsirnya, ayat ini menceritakan tentang tabahnya iman ahli sihir terhadap Allah sesudah meyakini perutusan Nabi Musa.

Walaupun mereka takut kepada Firaun yang berkuasa menzalimi mereka tetapi mereka memilih mati syahid demi mempertahankan akidah mereka.

Ahli-ahli sihir yang rancak mempamerkan tipu daya mereka pada sebelah pagi bertukar menjadi mujahid di jalan Allah SWT pada sebelah petangnya. (Jami' al-Bayan li al-Tabari, tafsir ayat 126, surah al-A'raf)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Oleh itu, kita wajar mencontohi iman dan keyakinan golongan mukmin seperti ini. Walaupun kita beriman, kadangkala iman boleh tergugat apabila berhadapan dengan tipu daya dunia. Maka awasilah iman dengan cara beramal dengan ayat ini supaya mampu menikmati iman 'ahli-ahli sihir' yang dipilih Allah SWT menjadi para 'syuhada.'

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Lauk pauk menyelerakan sambut tahun baru


PELBAGAI cara untuk meraikan tahun baru 2009. Bagi yang gemar menjamu teman- eman, apa kata anda menjemput mereka bertandang ke rumah dan menyediakan hidangan menyelerakan dan juga berkhasiat. Selain menjamu selera, anda juga boleh berkongsi idea hebat untuk tahun baru yang bakal dilalui.


Ayam Panggang Berbayam

BAHAN-BAHAN:

250 gm bayam
20 gm bawang putih – ditumbuk
25 gm mentega
15 ml minyak zaitun
400 gm ayam bahagian dada
30 gm bawang merah – dimayang
10 gm daun thyme
15 ml krim
10 gm biji sawi
15 gm sos perang

BAHAN UNTUK HIASAN:
1 biji timun
1 biji kentang
10 gm bawang putih – dimayang
10 gm mentega
10 gm bawang merah – dimayang
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam bersama garam dan lada sulah. Masukkan di tengahnya bayam yang ditumis bersama bawang putih, minyak zaitun dan mentega. Kemudian goreng hingga masak.

2. Untuk membuat sos pula, goreng bawang merah dengan sedikit mentega dan daun thyme. Masukkan stok ayam atau air dan biji sawi. Masukkan juga sos perang dan biar hingga mendidih. Akhir sekali masukkan krim.

3. Untuk hiasan, rebus timun dan kentang dan kemudian goreng seketika dengan bawang putih, mentega dan bawang merah. Susun atas pinggang dan letakkan ayam dan siramkan sos di atasnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ BEBASKAN PALESTIN!!!




Salam...

Para pengunjung diseru untuk membaca Qunut Nazilah setiap kali kita solat fardhu. Ini salah satu usaha kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!


-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...



Tuesday, December 30, 2008

++ Salam Ma' al Hijrah 1430 Hijrah




“semakin dekat bahtera diri kepada Allah,semakin kuat ribut taufan melanda,biar rebah jangan berubah,biar terbuang teruskan perjuangan!kerana kemanisan dalam perjuangan dirasai bila berhadapan dengan cabaran,ketenangan yang hakiki dirasai dengan manisnya iman,kekerdilan dirasai dengan sifat kehambaan& ketaqwaan.senyum mujahid mencari syahid”

++ Jadikan islam sbgai 1 cara hdup….walau dmna kita berada..



** Setiap org yg mngakui keesaan Allah subhanahuwataala dn kerasuln mhmmd sallahualaihiwasallam adalah seorg muslim,akn tetpi bkn smua org islm mngenali islam dlm ertikata yg sbenrnya….tdpt mrk yg mganut islm bkn brdsarkn kpd kefahamnya yg sbenr tntg islm ttpi bdasarkn kpd kturunan dn ikutn semata2 lalu mngamalkan islm sbgai 1 kbiasaan sja,bkn sbgai 1 cara hidup…
Jadikan islam sbgai 1 cara hdup….walau dmna kita berada..

“ Setiap umatku akan masuk syurga kecuali org yg enggan .Mereka bertanya:= “Siapakah yg enggn itu Rasulullah?” Lantas Rasulullah Bersabda: Siapa yg taat kepada aku,msuk syurga dan siapa yg menderhakai aku adalah org yg engkar(enggan)..

( Hadis riwayat oleh bukhari)
jadilah kita seorg yg taat akn kepadanya…sama2 muhasabah diri.

**Masinnye air laut tidk mampu menyerap ke dalm isi ikan..
Tp..
Bila ikan itu mati…
Secubit garam pun sudh cukup untuk memasinknnya..
Begitulh hati…
Hati y hidup sgt sukar dinodai..
Tp..
Bila hati itu telah mati…
Dgn mudahnye dpt dpengaruhi..
Itulh prumpamaan jiwa2 insan..
Mudah leka..lupa dn alpa..
Sedarlh..dn same2 kta saling ingt mengingtkn…
Smoga hti kta dpelihara n trpelihara..

**Cinta pd hakikatnye suci n indah….
Tp….
Manusialh y mengotorinye dgn calitan nafsu dn syahwat…
Islam sbg agama y indah x pernah memusuhi cinta…
Malah islam sntiasa menyeru umatnya saling mncintai dan menyayangi….
Cinta brtambah indah dn suci apabila islam memagari dn mengawalnye dgn perbatasan syariat..
Hasil nukilan…
Serikandi islam…


++ Terhutang Budi ?

www.iluvislam.com
Adibah Abdullah*
Editor : mawaryangtinggi

Salam.

Saya kurang senang dengan nada 'terhutang budi'. Frasa yang lebih sedap didengar, barangkali, ialah 'mengenang budi'. Kalimat 'hutang' itu seolah-
olah menekan sesiapa yang pernah menerima kebaikan daripada pihak lain untuk berasa terbeban dan terpaksa untuk membalas kebaikan tersebut, walaupun melibatkan logika yang karut.

Pada pendapat saya, budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana pertolongan itu.

Mengapa? Kebaikan yang dilakukan itu adalah pilihan individu untuk melakukannya, si penerima tidak akan dapat memaksa pemberi, jika budi diberi dengan paksaan maka ia bukan lagi budi. Mengapa penerima perlu dibebankan oleh keputusan bebas oleh si pemberi? (Ini terutamanya boleh diaplikasikan dalam konteks "termakan budi, tergadai body" - perhatian dan wang ringgit yang dicurahkan menyebabkan penerima rasa bersalah untuk menolak permintaan pemberi. Hello, budi itu diberi atas kerelaan sendiri, kenapa mesti dibalas? Ini jual beli ke? Saya tidak faham dengan orang yang rasa bersalah tidak tentu hala begini, apatah lagi sampai merosakkan diri!)

Satu lagi sebab mengapa saya berpendapat budi bukanlah sesuatu yang boleh dihutang-hutangkan, atau dijadikan bahan peras ugut emosi (emotional blackmail), adalah kerana konsep PEMBALASAN bagi orang yang berTuhan adalah hak mutlak Tuhan. Tidakkah silap jika si pemberi berharap budinya akan dibalas oleh si penerima, atau si penerima menyangka perbuatan baiknya kepada si pemberi dapat menebus budi yang ditaburkan? Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia - terutamanya Muslim - perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.

Berbalik kepada institusi atau organisasi yang 'berbudi', di sini saya lihat ada kesilapan (fallacy) juga. Budi adalah sesuatu yang dilakukan dengan pilihan, di mana pemberi boleh memilih sama ada hendak melakukannya atau tidak. Jika kebaikan itu adalah tanggungjawab, saya ulang, tanggungjawab, obligasi, kewaji
ban, maka, ia bukan lagi budi. Malah menjadi kesalahan jika ia tidak dilakukan oleh institusi terbabit.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan konsep 'hutang' budi, tetapi saya mencadangkan konsep 'kenang' budi sebagai gantian. Kita tidak bergantung dengan manusia, tetapi kita diajar Allah mengamalkan sikap tolong-menolong dan berterima kasih. Sepertimana tidak ada paksaan untuk orang berbudi kepada kita, tetapi mereka memilih untuk menabur kebaikan, demikian jugalah tidak ada paksaan untuk kita berbudi kembali, tetapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia.

Kita tahu kebaikan yang dilakukan oleh ibu bapa, institusi, o
rganisasi, semuanya adalah kewajiban mereka, bukannya budi yang sukarela, tetapi kita diperintahkan oleh Allah supaya berbuat baik, menghormati, dan mentaati figura-figura autoriti ini. Malah dalam sesetengah sistem - seperti kekeluargaan dan pendidikan - ketaatan dan penghormatan yang dituntut adalah hampir mutlak, dengan pengecualian hanya dalam satu aspek - jangan sampai bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah keseluruhannya. Jangan kita lupa dengan ingatan (caveat) ini apabila menjadikan ketaatan dan penghormatan itu sebagai justifikasi untuk melakukan sesuatu.

Dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Post-Script: Memandangkan saya ada menyebut 'ibu bapa' dalam bahagian untuk 'tanggungjawab vs budi sukarela' - saya akui, amnya kasih sayang ibu bapa dalam mengasuh dan bermesra dengan anak-anak adalah ikhlas dan sukarela, malah lebih daripada apa yang diwajibkan. Malah ketaatan kepada ibu bapa diberi perhatian khusus dalam ajaran Islam, walaupun caveat yang sama tetap dikenakan.




++ Adakah yang akan mendoakan kita?



www.iLuvislam.com
oleh: syahiida
editor: everjihad

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati. Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah. Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka. Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu. Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat. Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku? Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu. Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.



Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.


Kuasa Doa


Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain. Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan,


''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. " ..

++ Winter break... Nabil in Belfast, Glasgow, Manchester & Cardiff

A Journey to Remember....















































Clix Pic 2 ENLARGE pic

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam