سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, December 1, 2008

++ Ikhlas Rahsia Allah

ikhlas.... Pictures, Images and Photos


Ketentuan Allah merupakan satu ketentuan yang pasti akan kita hadapi suatu hari nanti. Batas di mana manusia tidak dapat berdalih lagi. Hari di mana kita terpaksa menerima akibat dari usaha kita selama hidup di dunia. Pada hari itu manusia yang tidak ikhlas akan melolong, memekik dan menyesal kerana amalannya tertolak. Dia sangka dapat membohongi Allah dengan segala amalannya, rupanya tidak. Allah sifat-Nya Maha Mengetahui lebih tahu dari diri kita sendiiri tentang gerak hati kita sendiri.

Oleh yang demikian, ada baiknya kita insaf dari sekarang, betulkan niat kita ketika melakukan suatu amalan. Memohon dari Allah agar diberi-Nya hati yang ikhlas. Sebab ikhlas adalah anugerah dari Allah. Dalam satu Hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:
“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang aku mengasihinya” (HR Abu Hasan Al-Basri)
Kerana ikhlas itu satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas, “saya Ikhlas”.

Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah, namun Islam membuat satu garis panduan untuk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan adalah bila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama sahaja. Kita tidak bernafsu untuk mendengar pujian terhadap amalan kita atau tidak ada amarah mendengar cacian atau ejekan terhadap amalan kita. Pujian tidak membuatkan kita rasa bangga dan kejian tidak pula menyusahkan dan menyedihkan hati kita sedikitpun. Itulah kayu ukur keikhlasan. Maknanya, amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah, bukan kerana manusia. Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati tidak terasa cacat, tidak timbul rasa marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu. Hati rasa tenang sahaja.

Begitu juga, kalau orang puji, pujian itu tidak membekas di hatinya. Tidak timbul sedikitpun rasa bangga, puas hati dipuji atau juga tidak bertambah kasih sayang pada orang yang memuji itu, disebabkan oleh pujiannya. Bagi orang-orang yang ikhlas, pujian atau kejian tidak pernah difikirkan apa lagi hendak diharapkan. Mereka hanya takut kalau-kalau Allah menolak amalan dan memurkai mereka sahaja. Sebaliknya mereka hanya sangat berkeinginan Allah menerima baik amalan-amalan mereka sertai meredhai mereka. Amalan yang mereka lakukan bukan untuk membuatkan manusia sukakan mereka tetapi amalan yang dilakukan hanya untuk membuat Allah suka dan redha kepada mereka.

Mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredhaan Allah. Mereka tidak bimbang nasib diri, rugi atau untung, orang keji atau puji, menang atau kalah, yang penting supaya Allah menerima baik amalan mereka. Rasulullah s.a.w. kerana menganjurkan sifat ikhlas pernah bersabda:

“berbuat baiklah pada orang lain yang berbuat jahat kepada kamu”

Seseorang yang benar-benar mencari keredhaan Allah, akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada-Nya. Ketika orang lain bertindak jahat kepada mereka, mereka akan merasa berpeluang untuk mendapat pahala dan kasih sayang Allah. Sebab itulah kejahatan orang lain terhadapnya diterima baik dan dibalas dengan kebaikan pula.

Hal ini benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin. Ketika mendengar orang menghina mereka, langsung dihantarkannya hadiah pada orang itu. Bila ditanya apa tujuan hadiah itu, jawapan mereka adalah, “orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala kepada kita(disebabkan kita sabar). Memberi pahala sama seperti memberi syurga. Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar pada kita, memang patutlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya”. Begitulah hati yang ikhlas. Dia tidak melatah jika orang menggugatnya, malah gugatan itu membuatkan dia makin dekatkan diri kepada Allah Ta’ala.

Wallahualam

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam